Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


30 January 2004
Lama dah aku tak usik2 jurnal aku ni...rindu plak rasanya.
Masa dan keadaan tak mengizinkan aku bertapa lelama kat dpan pc....
"Tak Terkata" aku tu ditujukan untuk BOS aku....kalau bos baca entry ni jgnler sengih sesorg atau pun berapi plak...karang ada yg meletup...

Tak Terkata...
Memang tak terkata bila salam bos aku semalam...Semalam...last dia jadi BOS aku. Rasanya mcm banyak jer nak cakap kat bos untuk hari terakhir kitaorg jd partner ni....tapi tak terkata. Aku tengok bos aku mcm tak cukup masa nak berckp ngan aku. Aku tahu dia cuba nk curahkan sebanyak mana ilmu kat aku. Nak nasihat aku bebanyak... Kalau ikutkan ati aku...mmg aku nak belaja sumernya kat dia..tapi kekadang aku blur. Tak tahu apa yg nak dibelajakan. Sepertimana bos aku tak tahu apa yg nak dickpkan kalau aku tak tanya...cam tu jugak aku tak tahu apa yg aku nak tanya kalau aku tak tahu apa yg aku nak tahu. Tapi aku pasti...bila sampai masa aku tahu yg aku tak tahu menda tu mesti aku akan contact dia tanya. Bolehkan Bos....?...Ucapan khas aku untuk bos...(kak zar, kalau akak bc ntry ni suruh bos saya baca ekkk)
' Selamat Berpindah ke tempat baru...mmg ler ketiadaan bos saya terasa sgt pasal saya tahu byk menda yg saya tak tahu lg. Apa pun, bos mmg best. saya tahu ader org jeles saya ader bos yg best pasal org dpt bos tak best atau dia tak der bos. Timer kasih ler bebanyak...atas bimbingan, pertolongan, keprihatinan, kesportingan (betul ke ejaan ni haaa) dan byk lg laaaa...mmg tak terkata...Apa pun bos memang best...best sesangat...!!!!!!'
p/s: belajalah nak buat chash deposit tu..ari rabu ari tu saya terpikir gak..mcm ner lps ni? sapa nak tolong bos?...N....jgn lupa bezday saya 8/2 nie....ehheheheheh...dan kalau ader apapun terkutuk secara realiti ker maya tu sorrylah...gurau jer tu...sesaja suker2..tak gurau tak mesra...tak mesra cam ner nak keje sesama...yer tak?
|

28 January 2004
Uish..tension betul bila tak leh nak tido mlm tadi...
Puas aku pusing sana pusing sini..Berangan sana-berangan sini...Tapi tak jugak mata ni nak lelap. Ni mesti pasal aku dah tido petang tadi. Semalam, aku rasa puas gak aku 'eksesais' satu ari kat opis. Jalan sana jalan sini. Lari sana lari sini. Apsallah opis aku ni besar sgt. Baru nak duduk baca email bos dah panggil. Pergi jer lah corok mana pun....mesti dia dapat cari. Aku tahulah tinggal tak baper ari lg dia kat opis nie. Mcm-mcm kena tolong dia. Fail mejalah, Nota Serah Tugaslah, Laporanlah Projeklah......Kepala otak aku pun penatlah jadinya. Tambah plak mood aku yg mcm Angin Monsun Timur Laut ni..tak menentu plak dia dtg....Oleh sebab tu....sampai-sampai rumah jer aku lelepak pastu terus terlelap sambil peluk teddy2 kesayangan aku tu...
Tapi tulah masalahnya....bila aku dah tidur petang....Aku dah susah nak tido mlm...Aku try jugak buat petua KIRA ANAK KAMBING.....mari ikuti kerja-kerja pengiraan aku tu....

" Seekor anak kambing lompat pagar"
"Dua ekor anak kambing lompat pagar"
"Tiga ekor anak kambing lompat pagar"
"Empat ekor anak kam.....eh, lompatlah sekor-sekor! Jgnlah berebut! Macam ner aku nak kira?
"Empat ekor anak kambing lompat pagar"
"lima ekor anak....woit! Sekor-sekorlah!!!!! Tak berdisiplin punya anak kambing....
"Ya Allah....nantilah woi!!!...Woit!Woit!...Alamak..abislah...roboh pagar tu laaaa...
"Hampes punya anak kambing...aku sembelih buat Lamb Chop baru tahu..."
"Woit! Woit! Eh! Eh eh!!!!!..Ha masuk balik!..Aku ckp masuk baliklaaaaa!!!!

........Akhirnya aku tertidur kepenatan kejar anak kambing terlepas dr kandang...ZZZzzzzzz....

P/S...ari nie punchcard aku merah pasal aku dtg lambat. Apsal aku dtg lambat? Pasal aku malas nak bangun tidu...Pasal aku sesaja jer bangun kul 7.15 pg...sepatutnya time ni aku dah sampai opis. Tapi ari nie aku malas...Alaaaaa..bulan ni baru nie lah sekali nak merahnya...
|

27 January 2004
Okeh tak? Nice gituu.... ;p
|

26 January 2004
Memula aku nak baca doa dulu......

"Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Ya Tuhanku...Berkatilah Blog Ku Ini..Janganlah Hendaknya Hasil Nukilan Ku Ini Mendatangkan Kemudaratan dan Kesulitan Kepadaku Nanti. Amin..." ( Ni sebenarnya gerun dah ni takut2 tersilap kata pastu kena tangkap plak pasal menyinggung mana2 pihak yg penting pihak2 berkuasa.) Ampun yaaaaa.....

Semua yang aku tulis ni hanyalah hasil nukilan aku jer. Apa yg tercetus di minda...tapi selalunya apa yg membuatkan ada banyak tanda soal muncul atas kepala aku ni. Aku menulis sekadar meluahkan perasaan serta menyatakan kemusykilan saja.....

Si Penjual VCD....
Semalam, aku kuar gi Jalan Masjid India...
Seperti minggu lepas, lorong pejalan kaki sepanjang Sg. tu dah bersih daripada gerai2 tu.
"Ler yer ker? baru ingat nak beli handbag kat situ"...tu kata kawan aku bila aku bgth dia tentang keadaan tu.
Suasana lengan ni terjadi sebab tindakan pihak DBKL yg aktif dan agresif membersihkan bandaraya Kuala Lumpur kita ni.
(Bersihkan dr apa ekkkk?? Yang aku nampak mmg jadi bersih)
Gerai-gerai tu sumer dipindahkan di satu tempat yang aku rasa mmg malas aku nak gi sana.
Apa yg memusykilkan aku ni ialah...Si Penjual VCD yg masih berleluasa....
Menda ni pun ada diperkatakan oleh kengkawan aku yg lain. Seingat aku, tiap2 hari mesti ada lori DBKL park kat depan Masjid India tu ditambah pula dgn pegawai-pegawai beruniform DBKL yg sentiasa berkeliaran di kawasan berkenaan.
Tapi kan, macam mana tak jauh drpd lori tu beberapa org penjual VCD (pirate kot?) menjalankan perniagaannya. Bukan sorang dua. Ramai tu.....dah macam ada pasar malam kat kawasan LRT tu. Selamba jerk diorg. Uish...aku musykil nie. Apsal diaorg tak takut aaaaa? Tak kanlah En. DBKl tu tak tahu ada org jual VCD kat situ. Terang-terangan lagi tu. Apsal aku tak nampak Pegawai DBKL tu buat rondaan kat kawasan VCD tu? Apsal aaaaaaa? Dek kerana prihatinnya aku, ada jugak aku rasa nak buat laporan dan aduan kat Pegawai-pegawai DBKL yg tengah jejalan (makan angin?) tu. Tapi aku rasa tak selamat. Macam ada mata-mata yg memandang. Jadi aku amik keputusan pandang jerlah dr jauh. Yang pasti kemusykilan tu tetap bersarang kat kepala otak aku ni.

Si Penganyam Bakul
Petang yang sama...
Aku tertarik pada sekumpulan manusia yg berkumpul mengerumuni sesuatu yg aku pasti ianya menarik.
Bila aku sampai sana, aku lihat ada seorang buta...tangannya lincah menganyam bakul. Di sisinya ada 3 orang anaknya yg membantu menjual hasil anyaman ayahnya. Tapi aku musykil lagi. Apsal dalam reramai org ni aku tengok hanya seorg awek jer yg beli bakul tu. Yang lain lebih berminat menjamu mata sambil mengkagumi bakat Si Penganyam tu. Aku sedih..terharu dgn keadaan tu. Tanpa melengahkan masa, aku buang segan aku.( pasal aku tahu aku bakal jd sebahagian bahan tatapan org2 tu) Aku tunduk...pilih salah satu bakul yg comel tu pastu aku bayarlah harganya (bukan mahal sgt pun). Pastu aku terus blah...Dalam pada masa aku berjalan tu, air mata aku tumpah...Apsallah aku sensitif sgt ni?....Selama ni aku rasa aku dah cukup susah. Aku selalu kesempitan wang lelebih lagi bila dah akhir bulan. Aku selalu ikat perut. Dan selalu gak susah hati pasal masalah kewangan aku. Tapi, bila aku nampak org-org yg senasib macam Si Penganyam tu tadi...aku insaf....sesusah-susah aku....masih ada lagi yg lebih susah dr aku rupanya. Alhamdulillah, aku ada rumah yg selesa, katil dan tilam yg best, bantal-bantal peluk yg empuk, teddy2 bear yg gebu bulunya, dapur yg aku membolehkan aku masak, bilik air yg membolehkan aku mandi dgn selesa, TV dan radio buat hiburan aku. Aku pasti masih ada yg tak sebertuah aku.... Lagi sekali aku bersyukur....Air mata kesyukuran dan kesedihanku.....
|

21 January 2004
Aku rasa kalau aku cakap semalam lrt 'jem' tentu ada yg tak caya. Tapi aku cakap betullah. Tolonglah percaya. Tolonglaaaaaaa. Citernya mcm nie.......Semalam, lepas aku g beli Mee Sup kat sebelah Haniffa Textiles tu aku pun menuju ke Stesen Lrt Masjid Jame'. Tapi aku pelik pasal aku tengok ramai yg berkerumun kat staff Lrt tu bertanya memacam. Cam ada masalah jer. Bila aku nak melangkah naik tangga aku terkejut pasal ramai org sedang menuruni tangga tu. Selalu tu ramai gak org tapi tak lah mcm ari ni. Aku patah balik dan ala-ala berani aku bertanya kat makcik yg jaga pintu tiket bulanan tu.

Aku: Tumpang tanya makcik..
Makcik: Yer
Aku: Tu yang reramai berkumpul tu kenapa? Ada masalah apa?
Makcik: Ohhh!!! Tren ke Ampang 'deley'. Ada kerosakkan teknikal.
(Datang seorg kakak tumpang tanya jugak)
Kakak: Boleh saya tahu masalah apa tu? Masalah tren ker masalah landasan?
(mesti dia risau landasan Lrt tu nak roboh kot?)
Makcik: Masalah tren. Ada satu tren rosak antara Chan Saw Lin dan Ampang. Bila satu stuck semua pun tak leh jalanlah.
Aku: Agaknya baper lama lagi ekkk makcik?
Makcik: Tu diaorang akan bagitahu kemudian. Biasanya tak lama.
(Biasanya? aku tak biasa pun!)
Aku dan Kakak: Terima kasih makcik.

Uish...kena lagi aku. Ari tu Lrt Putra. Hari ni Lrt Star. Aku SMS kat Leen ngan Kak Nor pasal problem ni. Aku tunggu jugaklah kejap. Manalah tahu kot-kot kejap lagi ok ker. Orang semakin ramai. Ramai yg stuck. Tak lama, tren AMPANG sampai. Aku pelik gak. Serentak dengan pengumuman perjalanan ke Ampang ditangguhkan,tren ni sampai pulak. Dalam hati aku cam ada rasa pelik plak ni. Maka, berebut-rebutlah org naik tren tu. Ceh! tertipu aku. Kan betul seperti yg aku duga. Kitaorg kena turun kat stesen Chan Saw Lin. Aku rasa diorg nie saja jer nak mengurangkan kesesakan kat Stesen Masjid Jame'. Malas aku nak tunggu, aku naik semula tren ke Pudu. Baik aku naik bas. Turun jer tangga stesen Pudu tu aku nampak Kak Nor dgn selamba jer nak panjat tangga naik ke stesen Pudu tu.

Aku: Kak Nor! (aku jerit nie tau)
Kak Nor: Eh! (tahu terkejut....)
Aku: Akak nak g mana?
Kak Nor: Balik lah
Aku: Tak dapat mesej saya?
Kak Nor: Dapat...(sengih)
Aku: Abis tu akak nak g naik lrt tu naper? Tak percaya ekkk Lrt 'jem'?
Kak Nor: Errrr..ingatkan dah ok...(bebuat muka pelik plak)
Aku: Belum. Saya pun nak naik bas ni ha....

Kak Nor yg ari-ari naik Lrt pun tak caya Lrt tu 'jem'. Nikan pulak korang yg tak naik. Wooit!!!! Percayalah ooooo!!!!...Lrt 'jem' semalam........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
|

20 January 2004
Fuhhh, kus semangat!..Baru sehari dah banyak gitu post kat chatterbox aku. Sampai aku rasa tak terlarat nak reply kat sana. Jadi lebih mudah aku reply sini...Apa pun timer kasih untuk sumer...Buat aku bertambah sayang.... :-)

MBA : Time kasih...Eh, kan mush dah belanja steamboat malam tu..Hehahahha!

Ayda : Thanks...Jangan lalu jer..sesinggahlah selalu ekkk...

Tok Rimau: Bakal suami?...Insyaallah (kalau dah ada nantilaaaaa)..tu memang salah satu syarat untuk bakal hubby ( Entry:Sebab Aku Sayang)

Daun : Sesama...Butterflies tangkap dan tampal sendiri tu..last minit baru dapat idea nak buat mcm tu...heheheh...

Mely: Boleh apa salahnya...Cayang Mely...mmmuuahhh!

Emma: Kesilapan teknikal laaaaaa...akan diperbetulkan....timer kacih

EP: Tulah pasal..happy tak habis lagi ni...

Salji: Kalau mcm tu kena tukar MUSHROOMCUN lah pulak...Errrr...sebelum ni tak cun ker? Karang org kata perasan plak...

Manmoncang:
Macam formula kehidupan jugak...kena baca banyak kali baru boleh faham dan ingat..HEhehehe

Mr. Driver: Hehhehehe...jangan jeles yer...kalau nak nanti mush tangkapkan kumbang sekor tampal kat baju Mr.Driver plak...

Kak Noi: Sayang Sesayang Sayangnya...(baper banyak sayang daaaa)

Ct_cute: Lenguh pipi gelak tak hilang lagi ni....

p/s: Baju rerama mush nak gantung dalam frame...heheheh



KL, Hujan dan Banjir....
Semalam..lepas balik opis aku g The Mall.....lepas aku beli sikit-sikit barang...cewah..dengan konpidennya aku jalan kuar nak g LRT...Mak Ai!!!!!!...Hujan lebat giler....setelah beberapa minit terpacak kat pintu masuk tu...aku dengan perasan kalis airnya berjalan ala-ala lenggang kangkung ke LRT tu. Kalau aku lari aku jatuh. Aku rela basah dari malu jatuh tergolek tepi jalan tu ooooo....Payung tak der...nak tunggu hujan reda, aku rasa ada harapan kena tidur kat The Mall ni....Dengan beg plastik kiri kanan, aku basah kuyup...Laaaa..tak kalis air rupanya aku ni...
Sampai LRT Maluri lagi haru....Kawasan rumah aku banjirlaaaaaa.....Oleh kerana tadi aku dah redah jer...sekarang pun aku redah jugak...Time ni lah teringat kat bos aku...dia suruh aku bawak pelampung, boleh pakai time banjir mcm nie. Uish..kali nie kaw-kaw punya banjir...walaupun hanya sikit jer lagi nak sampai paras pinggang...tapi airnya deras juga. Selalu tu hanya sebatang jalan jer yg tenggelam, tapi kali ni aku tengok jalan memana pun sama gak. Sesambil aku meredah air tu, aku tengok ada seorg mamat ni dia sibuk amik gambar suasana dan keadaan banjir tu... Aku rasa dia nak buat report...Alhamdulillah,ada gak org yg prihatin. Aku doakan org tu berjaya dan semoga lepas nie ada perubahan. Aku tengok pun, bukan sikit kete yg tenggelam....cianlah org tu nak kena repair kete dia. Dan aku cian gak kat org yg rumah dia kat tingkat bawah. Mesti dalam rumah pun banjir. Nasib baik rumah aku tingkat 4. Nasib baik. Alhamdulillah...

p/s: sebenarnya seronok gak redah hujan dan banjir tu...sekali sekala apa salahnya...
|

19 January 2004
Abis laaaa muka aku kena sunburn...bila aku tengok muka aku cenggitu apa yg terlintas kat kepala aku ialah.....Fuhhhh! Nasib baik gathering dah lepas..kalau tak buat malu jer nak jumpa org...
Ahad lepas mlm gathering tu aku bangun pepagi walaupun mlmnya aku tidur lambatlah jugak. Untuk pengetahuan semua...aku selamat sampai rumah tau.Timer kasih Mr. Driver...hehheh...Aku tahu ada yg risau kat aku..kalau tak takkan cik Ct_cute SMS aku tanya aku dah sampai rumah ke belum. Best plak rasanya...cam ada org sayang kat kiter...
Berbalik pasal muka aku tu...hari Ahad tu aku pergi ke Hari Keluarga Telekom KL/Selangor. Ayah aku keje Telekomlaaaa. Family Day ni berlangsung di Desa Water Park. So, hari tu, taman tu hanya dipenuhi oleh kaum kerabat Telekom jer... Aku berendam kat dalam air tu sekerat ari jer..tapi mungkin kerana kandungan klorinnya yg begitu tinggi ditambah sinaran sang suria yg begitu memancar-mancar...muka aku berubah habis. Sesia usaha aku pakai Sri Mawar untuk mencerahkan muka aku. Aku kena start balik buat aktiviti facial ni. Sampai aku rasa nak gi opis pakai topeng...sebab aku rasa topeng tu lagi cun dr muka aku sekarang.

Apa jer yg aku buat kat taman air tu?....
Aku bermandi manda...Seronok bukan pasal dapat mandi tapi seronok pasal aku tengok my dear little sister tu seronok. Maklumlah..mana pernah dia pergi tempat mcm nie....kalau pantai tu biasalah. Selain bermandi manda aku main jugak gelongsor2 air kat situ. Tapi sumer aku naik sengsorang pasal si angah penakut. Dia lebih rela duduk atas pelampung dan menyusur sungai buatan tu sampai 4-5 pusingan daripada naik gelongsor tu. Tapi selepas kena cabar dan jeles kat aku yg main semua permainan....akhirnya dia main juga gelongsor tu tapi bukan dengan aku..dengan budak yg kitaorg kenal masa bermandi manda. Aku pun main salah satu gelongsor dgn budak mana ntah yg bertegur sapa ngan aku masa dia ajak aku naik pelampung dgn dia. Uish..apalah punya budak lelaki.. Penakut betu...harap muka jer ok...tapi menjerit sakan lebih sakan dari aku. Nasib kitaorg tak kenal lebih lanjut..kalau tak tentu tiap hari aku kutuk dia....HEhahahhaha!!
|
Bagaimana ya dapat gu gambarkan tentang malam itu?
Seperti biasa, setiap kejadian tentu ada lebih kurangnya serta baik buruknya.
Tapi, seperti biasa juga...walau 1001 kebaikkan yg yang dipamerkan, 1 kekurangan tetap mencelakan.
Agaknya objektif untuk menemukan ahli-ahli tercapai, sebab aku lihat masing-masing begitu seronok berkenalan.
Agaknya juga objektif untuk makan juga tercapai sebab aku lihat setiap meja tak kurang penuhnya.
Aku pun tak ketinggalan.
Agaknya objektif untuk menyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang setiap kategori tercapai sebab aku lihat bukan sedikit yg pulang dengan senyuman serta tak cukup tangan nak pegang bebarang. Termasuk juga aku.
Agaknya juga misi untuk mengambil gambar reramai pun terlaksana kerana aku tengok begitu gembira dan sakannya kita berposing...kita,aku kata kita sebab aku pun termasuk sekali.
Tapi.....kalau nak dibilang tapinya aku pasti ianya lebih banyak dari kelebihan yg aku perkatakan di atas.
Tapinya, kalau majlis tu diatur dgn lebih terperinci kan lebih elok.
Tapinya, kalau suasana majlis tu tak terganggu dengan persekitaran yg hinggar bingar kan lebih selesa.
Tapinya, kalau semua pakai best-best kan lebih bagus..tak lah aku jer sesorang yg terlebih glemer mlm tu.
Tapinya, kalau MC tu bersifat lebih formal kan lebih come'....
Tapinya, kalau ada yang lebih prihatin kepada hadirin kan lebih baik, taklah ada yg balik begitu saja...(terkilan oooo tak dapat kejar dan salam)
Tapinya.....tapinya kalau aku terus mencari saja tapinya pada malam tu tak guna juga. Aku harap akan adanya peningkatan yg lebih baik akan datang. Aku harap dapat hadiri majlis yang lebih bagus tahun depan. Aku harap juga ada peningkatan hadirin di majlis seterusnya sebab aku takut ada yg serik untuk datang lagi.....Insyaallah tahun depan berjumpa lagi.....

Malam Gathering GengJurnal 2004,Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa, 17 January 2004
|

16 January 2004
Ada orang tanya...apsal aku menumpukan lebih perhatian pada Geng Jurnal? (org yg tanya jgn kecik ati ekkk..heheheh..identiti dirahsiakan)

Memula..jawapan yg aku boleh bagi sebab aku minat. Dan aku berterima kasih pada insan yg bertanggungjawab memperkenalkan aku pada Geju pasal dia kata aku tak der kawan...( Timer kasih awak..sekarang saya ada kengkawan yg best)......Bile minat aku jadi suker....akhirnya biler suker aku jadi SAYANG...Bak kata sebahagian Geju...mcm ader power yg membuatkan kiter mesra dan sayang bile berjumpa walhal baru berjumpa buat kali pertama. Macam dah kenal lama...pasal kiter dah kenal org tu melalui jurnal memasing. Tak dinafikan..masih ader juga geju yg misteri...dlm blog lain kat luar lain (mcm Ct_cute dan Mal)..tapi oleh kerana keprihatinan dan jambatan ukhwah yg dipupuk...Eberiting ok!!!!...

Tiada perbezaan umur dan taraf...walaupun ada yg senior dan junior namun ukhwah tetap kuat...Mana aku ada kawan age dia 50 lebih cek oiii...Kat Geju jer aku dpt...Pastu..aku rasa kat geju nie sumer berkawan dgn ikhlas...hati yg bersih kerana apa yg dicari adalah PERSAHABATAN....bagi mereka yg mencari keuntungan itu adalah sampingan. Dan aku pasti....Geju pun akan membantu org seperti mereka...
Kat sini aku jumpa kebaikan internet...Kat sini juga aku kenal pelbagai org....Aku juga pelajari pelbagai erti kehidupan melalui perkongsian...Kat sini, dunia yang besar terasa kecil...Sahabat yang jauh terasa dekat...Masalah yang berat terasa ringan. Tak semua yang kita lakukan mendatangkan keuntungan dari kewangan. Kadangkala..keuntungan dari segi Sahabat dan Ukhwah itu lebih bermakna. Duit boleh pinjam sama itu bank atau Ah Long..tapi kawan sapa mau bagi pinjam?.....Mana mau cari?.....
Ada yg aku risaukan sebenarnya. Aku risau jika aku dah bergelar isteri ni aku akan mengalami kesukaran untuk join Geju mcm dedolu lg. Aku selalu berharap agar bakal hubby aku nanti best dan sporting seperti Hubby Kak Zar dan Abang Kak Ungku. Macam mana dia boleh terima keluarga aku...macam tu jugak aku nak dia terima GEJU......Sebab GEJU juga sebahagian daripada keluarga aku...Aku harap sgt dia akan faham apa yang aku minat dan aku sayang.
Aku bertekad...aku akan cuba sedaya upaya aku untuk tak memutuskan Ukhwah yang terjalin. Walau jauh macam manapun aku nanti, aku tetap juga sebahagian daripada Geju walau tak selalu berjumpa.(Alamak,apasal sebak ni?) Walaubagaimanapun.... Geju tetap KESAYANGANKU...................


|

14 January 2004
Aku baru balik dari satu perjumpaan kecil. Aku, Kak Zareda, EP, Wkdin, MBA, Kak Sri Diah, Idham dan Kak Sri Adriani. Perjumpaan yang diharapkan membawa perubahan positif seperti yang di'wawa'kan. Uish....diam tak diam dekat 3 jam jugak kitaorg lepak. Aku dan kak Zar ketawa sakan dalam keta mengenangkan kami ni kalau jumpa mmg tak ingat dunia dah.... Fuhhhh!!!! Nasib baik boss aku tak cari...
Pembukaan..lunch. Disusuli dgn perbualan demi perbualan..mungkin boleh dikatakan sedikit perbincangan. Di antaranya ialah agenda memujuk kak Sri Diah untuk g gath. Maaf aku katakan. Aku tak mendengar atau aku terlepas perbincangan tujuan utama kami kemari.... Mungkin aku termengelamun atau aku terleka. Dan rasa tak puas hati ni aku simpan jugak sampai ke opis.

Cuti atau keje?
Wops!!!!....aku dengar-dengarnya Sabtu nie keje. Patutnya cuti pasal Sabtu kedua. Uish!..kalau keje..abislah rancangan aku nak g main bowling dgn Geng Jurnal....Sesi Memecah Ais tu laaaaaaa......Kalau tak cuti Sabtu nie maka akan kejelah Sabtu minggu depan pulak...Yang mana satu yer....baru khabar angin jer nie.... Tapi hari nie dah hari Rabu....Agaknya adalah beritanya esok....Tunggu jer laaaa....
|

13 January 2004
Kenapa
Sukar dan teramat sukar
Susah dan masih susah
Ingin dibiarkan
Namun akal tetap bekerja
Sedar
Kalau tidak sekarang
Suatu hari nanti mungkin
Ku Mohon Kepada-Mu
Agar aku diberi petunjuk
Kurniakan ku
Tenang
Sabar
Redha
Bahagia
Agar................................
Hhmmmmmmmm
|

10 January 2004
Pemilik pisau lipat
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapayang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku..
Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..
"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"
Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau
lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...
"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"
|
Aku selalu rasa tak best...dan kalau org tanya mcm ner rasa tak best tu tak tahu aku nak terangkan. Aku rasa cam malas, bengang, menyampah, bosan, penat dan gabungan dari segala yang berkaitan dgnnya. Kekadang tu, tetiba aku rasa cam sunyi sgt dan tetiba jer aku rasa nak nangis. Tak pepasal air mata aku menitis kuar. Ada masa plak, tak pepasal aku rasa cam tak boleh sgt nak tengok muka org tu. Kalau boleh aku tak nak rasa semua ni tapi dia automatik dtg sendiri. Kebiasaannya aku akan jumpa orang kat KLCC. Dan selalu jugak aku akan ajak orang tu masuk Kinokuya. Hanya ada dua sebab kalau aku bawak dia masuk tempat tu. Pertama aku suka dan senang ngan dia dan kedua aku tak senang dgn dia. Kalau aku senang ngan dia, aku suka kalau kami dapat amik beberapa buku yg kami suka dan duduk bersila kat satu sudut sambil berborak-borak tentang buku-buku tu. Kalau aku tak senang ngan dia aku akan amik buku yang aku suka dan aku duduk membaca kat satu sudut sesorang. Dan bila masuk jer kat dalam Kinokuya tu aku akan hilangkan diri aku di balik rak-rak buku tu. Hmmmm...pengaruh buku..
Berbalik pada rasa tak best tu, sebenarnya tulah yg aku rasa petang semalam. Selepas kuar opis aku terus ke Puduraya untuk jumpa abang angkat aku dari aku form 5 lagi. Lama gak tak jumpa dia ni. Aku pelik...bila jauh rasa nak jumpa. Tapi bila ada peluang nak jumpa ni aku rasa tak best. Rasa tak nak jumpa pun ada. Dalam rasa tak best tu aku pegi jugak memandangkan dia singgah kat KL ni sebab nak jumpa aku. Belum jumpa lagi, baru dlm telefon dah gaduh. Bila jumpa, aku rasa cam malas jer nak tengok muka dia. Ada gak rasa cam nak lari balik tapi aku tak sampai hati. Kenapalah aku rasa cam ni. Kalau aku tak suka aku rasa cam lambat jer masa berjalan. Tapi kalau aku suka, mcm cepat jer jam tu pusing...dan mmglah kalau boleh aku tak nak bg orang tu balik..biar dia ada kat depan mata aku jer. Tak caya tanya dia. Dia tu sapa? Hmmmm...
Aku tak jalan ngan abg aku kat KLCC tapi kat Times Square. Aku baru jer dtg sini 2-3 kali tapi aku dah rasa bosan ngan tempat ni. Dah lah bosan ngan abg aku tambah plak bosan ngan Times Square. Tapi aku pasti kalau ngan org yg aku senang dtg bebanyak kali kat sini pun aku suka. :-) Oleh kerana dia tak suka kedai kasut maka, aku amik peluang nie masuk kat semua kedai kasut kat dlm Times Square tu. Tiap kali aku masuk kedai tu, dia tunggu kat luar. jahat tak aku ni? Aku kata nak beli kasut. Tapi last-lastnya kasut tu aku beli kat Jaya Jusco Taman Maluri kat rumah aku. HEhahahah!!! Kasut/sandal tu aku nak pakai time gath tu nanti. Pastukan, aku baliklah rumah aku yg dah dekat sgt tu. Dan abg aku kena balik rumah abg dia kat Sg. Besi naik Lrt sesorg. Dia bukannya pandai sgt naik Lrt..nasib baik aku ni tak sampai hati kalau tak aku kelentong dia biar dia sesat naik Lrt tu..... Aku yang Jahat!!!!!!!
|

09 January 2004
Apa nak jadi ni? Puas aku tunggu tukang audit tu tapi tak datang-datang. Sahlah janji melayu. Actually aku taklah heran sgt si polan tu tak datang. Tapi aku naik kelakar tengok kengkawan aku kat opis nie. Bila tiba hari tukang audit tu nak datang, time tu lah diorang kelam kabut. Aku tengok si A dan S sibuk update fail dia. Fail untuk setahun tu diupdate dalam masa sehari. Kalau satu takper, ni sampai 2-3 fail. Sebenarnya aku bukan nak kutuk diorang, tapi diorang tu buat aku insaf. Aku beruntung dapat bos yg cekap. Oleh kerana semua fail berada di bilik dia dan dia pun rajin update fail tu maka, aku pun terselamat. Alhamdulillah. Sebenarnya aku pun ada gak sikap malas tu. Kat bilik aku tu ada gak fail. Tapi fail aku sendiri. Bukan fail rasmi projek yang perlu di audit. Aku rasa kalau fail tu kena audit mmg aku parah. Pasal senarai isi fail tu tak di update tambahan pula segala kertas dalam tu semuanya tunggang-langgang. Kenapalah kita ada sikap mcm nie? Insafnya sekejap jer.....
Aku bantai gelakkan kengkawan seopis aku...Hehehehahhahah!!!.. Semalam diorang sumer pakai tie. 'Wah, hensem awak pakai tie hari nie!' Tu ayat perli sebenarnya. Kenapa sebelum ni diorang tak pakai tie kat opis sedangkan mmg digalakkan dan dituntut dalam etika berpakaian di pejabat? Kenapa bila tukang audit tu nak datang jer diorang sanggup pakai tie kemas-kemas dari pagi sampai petang sedangkan sebelum ni diorang pakai tie bila nak g jumpa boss besar je? Kenapa ekkkk? (ala-ala gaya cakap Linda Onn)

Lagi satu apa nak jadi...
Berita panas hari ni....isteri Setiausaha Kerajaan Selangor parah dipukul. Uish..Malaysia dah jadi tempat tak selamat dah sekarang agaknya. Macam ne boleh jadi cam ni? Semenjak dua menjak ni banyak pulak kes-kes pukul atau pecah rumah di kalangan pemerintah. Yang aku peliknya, macam ne orang tu boleh terlepas masuk sampai kat dalam rumah? Padahal aku pasti kat rumah diorang tu tentu ada pak guard yang siap pakai uniform. Kalau orang-orang besar macam tu pun dah tak selamat apatah lagi orang-orang biasa macam kita yang sentiasa terdedah dgn bahaya. Peliknya pulak hanya isteri jer yg jadi mangsa. Parah plak tu. Sedangkan anak perempuannya dan orang gajinya tak apa-apa. Jgn kata pukul jentik pun tak. Apa motif si penceroboh ni sebenarnya?
p/s : lepas ni aku nak pasang bodyguard lah pulak.....

Berita yang satu ni pulak aku pasti akan buat pakwe-pakwe penunggang motosikal kat KL nie tak senang duduk. Apataknya...kerajaan dah kuarkan cadangan nak larang motosikal masuk KL. So, si mat-mat dan minah-minah motor ni kenalah naik pengankutan awam. Ni semua pasal jenayah-jenayah yang berkaitan dgn motorlah ni. Aku tengah bayangkan bagaimana KL tanpa motosikal. Tak der lumba haram, tak der lagi eksiden berkaitan motor, tak der lagi motor-motor mencelah-mencelah antara kereta time jammed, tak der lagi kumpulan mat-mat skuter tu....dan tak der lagi panorama awek-awek seksi membonceng pakwenya terutamanya di Bintang Walk. Tu sumer tak menyusahkan aku..tak perlah. Tapi dalam sudut lain bakal gak mendatangkan impak kat aku. Lrt akan penuh. Bertambah berhimpit-himpitlah penumpang dalam tu. Lecehlah macam ni. Sebelum ni pun dah cukup padat, inikan pula selepas ni. Fuhhhh!!!! Tapi, ada satu perkara yang buat aku tersenyum.......pandai ker diorang tu naik LRT ke bas ke? Yelah, sebelum ni aku pasti ada yang tak pernah naik Lrt tu pun sebab dah ada motor. Sama gak cam orang yang dah ada kereta. Yerlah..dah ada motor ngan kereta buat apa nak naik Lrt ngan bas lagi kan? Hehehehhe.. :-)..

p/s: aku pernah cakap kat kawan aku...." Aku rasa kalau bos aku kena naik Lrt, aku gerenti dia akan tepon aku tiap 2-3 minit pasal tak reti naik Lrt..." ..." Qip, lepas ni stesen apa?" "Qip, nak turun mana?" "Qip, nak naik belah mana?" "Qip, naik tren mana?"....Hehehhhe...Pssstttt! Jangan sampai bos aku tahu aku ckp mcm tu aaaaa!!!!!!
|

08 January 2004
Semasa dalam bas pulang dr opis semalam, antara dgr tak dgr berita tentang pengumuman TPM ni. Dalam hati bertanya siapakah gerangannya org tu. Malam, semasa berita Utama soalan aku terjawab. Mr. Najib rupanya. Takper ker aku panggil Mr. Najib ha? Karang tak pasal2 jd isu mcm Pak Lah plak. Aku ucapkan tahniahlah pada Mr. Najib. Semoga pentadbiran negara lebih mantap dgn barisan pemimpin hari ni. Semenjak dua menjak nie aku pun tengok Pak Lah tu segak semacam jer. Tiap kali muka dia kuar berita atau surat khabar, pasti aku akan beri perhatian. Tapi bukan pasal aku nak tengok dia. Aku nak tengok kalau-kalau aku ternampak muka kawan aku yg jadi bodyguard Pak Lah tu.
Di antara menda menarik minat aku pasal berita TV mlm tadi ialah masih ada salah seorang menteri tu panggil PM kiter dgn nama PAK LAH walaupun isu panggilan ni dah heboh dulu. Agaknya dia tak kisah sgt pasal Pak Lah tu kengkawan dia. Tapi org awam dgr kan ker tak sedap tu..macam akulah..kan aku dah panggil Pak Lah je.
Hal kedua yg menarik minat aku ialah isteri TPM kiter. Aku nampak dia gumbira ler sesangat dgn perlantikan hubby dia tu. Berseri-seri muka dia. Yer laaa..isteri mana yg tak gembira kalau mcm tu oiii....Kalau aku pun jadi gumbira jugak. Aku mula pasang angan-angan. Aku yakin..perempuan manalah yang tak pasang cita-cita nak jadi isteri yang baik, pendorong kejayaan suami. Dan aku terfikir, mampukah aku laksanakan cita-cita tu nanti. Untuk laksanakan cita-cita tu aku perlu ada seorg suami. Dan, masalahnya untuk mencari seorang yg bergelar suami tu. Org tu mestilah yg aku suka, yang aku sayang, yang aku boleh seikhlas hati dgn dia. Kalau aku tak ikhlas hati, mcm ner aku nak jadi isteri yg baik. Kalau tak jadi isteri yg baik tak dapatlah aku jadi cam isteri TPM tu. Uish...sebenarnya aku tgh rungsing dgn menda ni. Kalaulah aku boleh baling dadu jer kan senang.......Hmmmmmm
|

07 January 2004
Berlainan dgn org lain, sekarang nie aku ada byk masa bertapa kat dpn pc nie...bila dah selalu sgt aku dah tak der idea nak post apa kat entry aku nie. Tapi aku rasa keadaan nie tak lama. Sikit hari lagi aku mungkin dah busy. Hari nie pun dah terasa bahang-bahangnya. Bebudak kat opis aku gempar sikit. Esok org yg nak audit fail nak dtg. Sumer dok sibuk cari faillah, edit faillah,fail inilah fail itulah. Tak ketinggalan aku gak. Tapi kerje aku takat ni sikit jer. Cuma bos aku pesan esok jgn g memana. Dok opis tengok proses auditing tu. Pastu tolong cover dia plak. Kot dia tak boleh jawab aku kenalah tolong. Aku dok musykil ni. Kalau dia tak boleh jawab apatah lagi aku...Aku senyum jer lah nanti... :-)

Semalam aku amik gambar kat kedai. Gambar yg dah siap dicuci. Gambar-gambar tu termasuklah gambar-gambar kat Kem Lambaian Danau. Tapi aku tak sempat nak scan lagi. Masalahnya kat opis aku tak der scanner. Kalau nan scan kena naik g opis org lain. Tu yg malas tu.....nantilah..kalau aku rajin aku pergilah...Sesapa yg tunggu gambar tu bebawaklah bersabar. Gambar tu tak byk pun...dlm sepuluh keping jer...
|

06 January 2004
You represent... kindness.
You represent... kindness.
You're a very gentle, kind, and caring individual.
You truely care about people and are generally
well-liked. Though sometimes you may be
perceived as weak, you truely have a strong
heart and a good desire to help others.


What feeling do you represent?
brought to you by Quizilla
|
Aku tengok ramai yg bercerita pasal zaman persekolahan mereka. Hmmmm, rugi rasanya kalau aku tak amik kesempatan ni untuk rakamkan kenangan-kenangan yg lepas..

Sekolah Tadika
Dulu-dulu org kata sekolah ni sekolah makan. Pasal belajarnya kurang, makannya lebih. Masa tu, aku tengah sibuk bermain dgn anak patung kertasku. Tak cukup baju-baju kertas yang dibeli, aku lukis sendiri..Kecik-kecik lg dah ada bakat jd 'pesen' designer. Aku tamatkan zaman tadika nie dgn keriangan..Yer lah, kanak-kanak ribena lah katakan..tapi masa tu aku rasa tak pernah pun minum air ribena tu. Dah besar ni baru jumpa.

Sekolah Rendah.
Pengalaman paling best time ni ialah waktu UPSR. Aku tak lah belajar sangat. Waktu tengah kemaruk nak bermain jer. Tapi kan, yg peliknya, aku rasa time tu darjah 6 macam dah besar jer. Macam dah matang betul. Berlainan pula aku tgk bebudak sekarang. Jgn kata darjah 6, tingkatan 1-2 pun masih berperangai cam budak darjah 1. Kenapa ekkk? Berbalik pd UPSR aku td, aku tak dtg sekolah amik keputusan UPSR aku mcm bebudak lain. Aku frust.... Pasal cikgu Alwiza (guru BI) aku kata dia check paper aku dan aku dapat B untuk BI. Dgn yakin dia kata aku tak kan dpt A. Aku merajuk sakan. Cikgu ni mmg anti ngan aku pasal aku selalu tak dtg kelas tambahan petangnya. Bukan aku sengaja, tapi aku nak g sekolah agama.
Keesokkan harinya, di sekolah aku bagaikan heroin plak. Cikgu2 ramai yg dtg ucapkan tahniah pada aku. Yerlah, budak yg tak disangka-sangka dapat 4A... Aku sengih jer lah. Cikgu BI aku dtg peluk aku nangis2 time hari terakhir persekolahan.... Hmmmm alahai cikgu...

Sekolah Menengah
Dulu aku selalu cakap kat org, rugi kalau tak der pengalaman duduk kat asrama. Best.......First time aku masuk asrama....Tiap minggu aku paksa mak ayah aku dtg lawat. Punyalah seksa dengan perasaan rindu tu. Tiap kali aku call rumah, baru jer aku sebut 'Mak....' air mata aku dah laju jer turun kat pipi. Tak tercakap pun. Last-last duit aku habis bagi mak aku dgr aku nangis tersedu-sedu jer. Dah lah tu, aku selalu nangis time nak tidur mlm dan dalam toilet. Kalau diingatkan semula, dada aku pun boleh sebak pasal cam terasa jer lagi rindu tu. Dekat setengah tahun jugak baru aku rasa ok. Tapi bila aku dah berkawan dan seronok berkawan, time balik rumah aku tak nak balik plak. Ader jer rumah kengkawan aku yg aku pegi lawat. Biasalah budak hostel.
p/s: Manja betullah aku tu kan...Tak malu kuat nangis...

Aku suka juga nak bercerita pasal SPM aku. Hehehehehe..! Buku rekod aku sentiasa buat mak ayah aku pening... Last-last diorg dah tak letak harapan kat aku. Mana taknya... sejak peperiksaan semester pertama form 4 tu sampailah ke peperiksaan percubaan SPM aku dapat SAP. Tak pernah aku dapat keputusan selain SAP. Ayah aku frust pasal aku masuk aliran sains. Dia nak aku teruskan dalam aliran Agama. Apa boleh buat, aku tak serasi ngan sekolah agama tu.
Paling menggembirakan time aku amik result SPM aku. Ceh, yakin jer aku lulus. Sekali bila aku dapat tahu aku dan kawan baik aku bertiga dapat pangkat 1 dgn aggregat yg tak sampai pun 20, puaslah kami melonjak sakan. Tak ingat pun time tu aku pakai kebaya. Sampai sekarang aku terdengar-dengar lagi sorakan gembira ayah aku bila aku tepon bgth dia kat tempat keje. Aku fikir, mesti dia ngan kengakawan dia pun melonjak-lonjak gak cam aku... Hehehhehhe...
Tak sesia aku study habis-habisan lepas trial SPM tu.
p/s : Bestlah aku tu..best tak?...
|

05 January 2004
Aku tak pasti apa masalah ngan chatter box aku tu...Kenapa aku tak boleh posting..
Yg aku tension tu, dalam aku cecuba nak posting tu aku nengok ader plak msg lain yg masuk..
Aik..apasal org lain buat boleh aku buat tak boleh? Lawan tokey nampak...
Tak perlaaaa....aku balas kat sini jer laaa..

Ct_cute: Insyaallah...jgn ketinggalan plak len kali
Kak Zareda : Kalau lambat sgt pun bahaya jugak...kena hambat ngan bos..hehhehe
Zhoulsz : Tul jugak kata awak tu. Tapi rasa cam kenal jer gelak jahat awak tu laaaaaa...
Wkdin: Aktiviti yg mana satu? Mengumpat? Atau memboikot?
|

04 January 2004
Berita malam tadi aku tengok penuh minat. Sejak akhir-alhir ni aku berminat betul untuk mengikuti berita termasuklah berita dunia yg semakin panas sekarang ni. Yang amat menarik minat aku ialah cerita tentang Bam...sebuah bandar yang musnah akibat gempa bumi. Seperti yang kita ketahui, saudara kita di sana amatlah memerlukan bantuan dari negara-negara luar. Bantuan perubatan, makanan, pakaian serta keperluan lain. Lebih perit lagi apabila musim sejuk sedang melanda kawasan tersebut. Itu bukanlah tajuk berita malan tadi. Berita memperihalkan tentang Bam yang menolak bantuan dari Washington. Betapa teguhnya mereka memegang prinsip untuk memboikot pihak yang perasan paling berkuasa itu. Mereka sanggup menolak bantuan tersebut walaupun dalam keadaan yang terdesak. Mereka sedar adanya niat lain yang mengiringi bantuan tersebut selain daripada niat untuk membantu. Pihak tersebut menganggap kononnya dengan menghulurkan batuan tersebut, mereka berpeluang memperbaiki hubungan di antara Washington dan Tehran. Jika diingatkan semula, dulu kita di Malaysia ni pun pernah melancarkan kempen boikot Amerika. Walau tak sehebat kempen Jualan Mega Seluruh Malaysia tapi aku pasti setiap dari kita tahu pasal tu. Tapi nampaknya tak de pun perubahan yg nampak. Semuanya tetap seperti biasa. Kenapa kita tak boleh buat macam org-org kat Bam tu sedangkan keadaan kita jauh lebih selesa dari mereka. Rasanya, kalaupun kita memboikot barangan Amerika tu, kehidupan kita tak lah seteruk penduduk Bam. Sebenarnya, hidup kita, darah daging kita dah sebati dengan produk Amerika tu. Pasal itulah sukar benar nak memisahkannya.Ibarat memisahkan irama dan lagu lagaknya..mungkin juga seperti memisahkan ombak dan pantai....Bukan orang lain, aku pun macam tu jugak. Agaknya aku ni hanya mampu berjihad dalam hati. Tapi aku harapkan aku mampu buat lebih dari tu. Aku akan berusaha walaupun sedikit demi sedikit. Insyaallah aku boleh. Aku pasti orang-orang kat luar sana pun boleh. Malaysia Boleh!!!!!!!

p/s: macam ner aku nak boikot....aku sekarang tengah kemaruk nak kumpul
teddy bear McDonald yang comel-comel tu. :-)
|

02 January 2004
Hari Ni
Pagi nie aku jd malas nak bangun tido pasal dah baper ari cuti..aku menyesal ni pasal terlupa amik cuti ari ni..kalau tak boleh sambung cuti panjang.Tapi tak per..karang bos aku carik plak pasal dah kata ada menda nak bincang ari nie..SKT 2003..

Semalam Hari Khamis
Semalam seharian aku tunggu S..rupanya dia tertidur kat opis sampai tengahari. Pastu dia terus balik rumah mandi dan siap gi kerje semula.Cian aku dan Cian dia jugak...Selamat Tahun Baru..untuk aku,kau dan dia..(mcm iklan Ponds plak)

Kelmarin Hari Rabu
Sold Out
Aku bangun lambat betul..kul 1 tghri baru aku turun katil..Siap-siap nak g bank.Tepon kak Indah,rupanya dia ada kat KL. Janji kuar sama. G Puduraya beli tiket untuk dia balik Perlis Ahad ni. Pastu gi CT bank selesaikan urusan aku. Pastu kami g KLCC.Hajat hati nak tengok LOTR..tapi sold out sampai malam..Hampess betul. G mkn jer laaa.

Bunga Api dan Air Mata
Malamnya,aku lepak kat rumah jer. Nak kuar tak der kawan.Ada gak org ajak tapi tak tepon lagi pun...last2 aku sambut new year depan TV jer. Masa pertunjukkan bunga api kat KLCC tu, tanpa disedari aku nangis..tengok bunga api pun nangis...Pasal aku teringat, dedulu beberapa kali aku tengok bunga api dgn dia. Aku suka dan rindu sgt kenangan macam tu.Tapi mlm nie,aku tahu dia dah boleh pergi tengok bunga api kat KLCC tu dengan kengkawan dia...tanpa aku...dia tak ajak aku pun..dan aku hampir pasti dia tak terfikir pun nak tengok bunga api dengan aku lagi..(malam tahun baru aku menangis)..

PerangLagi satu,aku rasa mlm tu macam ader peperangan plak kat KL ni.Sana sini mercun dan letupan.Bak kata makcik kat kantin tu tadi, kalau ada org bom pun tak sedar ingat bunyi mercun.

Selasa..Kem Lambaian Danau
Lrt
Aku bangun macam biasa, tapi aku terlambat kuar rumah. Apsal payah betul nak pakai CL ni?Merah dah mata aku..Sampai kat LRT Bukit Jalil kak Azah dah tunggu..

Tukar Kereta
Kami tukar kereta kat MMU. Kak Azah park keta kat rumah Mal dan kami naik kete Mal ker Kem. Rupanya kak Sal sampai awal tapi tersesat nak cari rumah Mal.Cakap org,kami pun sesat ntah sampai mana. Org suruh gi rumah staf dia pergi rumah student..hehehe...

Tunggu
Nampaknya kami yg terawal sampai kat Hentian Rehat Air Keroh tu...sempat lagi gi tengok pameran ART PLUS kat situ..tergezut aku, kat hentian highway pun ada pameran Art..ok gak tu..tak lama Wkdin sampai. Kami terus ker Tol Tangkak dan tunggu EP kat sana. Dalam 1/2 jam Ep dan kak Ungku sekeluarga sampai...Berkobar-kobar nak sampai Kem Kak G..

Sesi Suai Kenal

Bestnya dapat sampai Kem Lambaian Danau dan jumpa Kak G..Lepak-lepak di pelantar opis dan berborak-borak. Wahhh..bestnya duk tepi tasik nie..rasa cam nak duduk terus kat sini. Baru tahu rupanya kak G banyak pantang makan. Cian dia. Aku insaf,sementara aku ada lagi keupayaan untuk merasai nikmat Tuhan nie aku akan guna sebaiknya..Makan dengan betullah..bukan bantai makan sumer...Pastu kak G bawak jalan-jalan sekitar Kem. Heheheh...Kak Azah dengan baju kurungnya..kak Ungku dengan kasut tumit tingginya. Kat kem nie ada banyak periuk kera yg aku baru tahu airnya berkhasiat untuk mencuci mata. Pakat reramai cuci mata..Memacam ada kat sini..lopak lumpur pun ada. Nasib baik tempat tu kering tak berair..kalau tak kak Ungku nak terjun buat facial lumpur tu..

Makan..
Aku nampak dah apa yg diorg bakar tu. Alamak..aku tak makanlah ikan tu..nampak mcam best.Besar-besar belaka.. Sampai ke acara makan,aku tarik nafas lega pasal ader ayam..kalau tak aku kena mkn nasik jer laaa pasal aku tak makan ikan talapia..besarnya ikan tu lagi besar dr pinggan. Puaslah kak G pujuk suruh mkn tapi aku tak boleh..Dah rasa dah secubit kat pinggan kak Azah. Rasa ikan talapia laaaa....memanglah rasa ikan..aku ni tengok sumer amik seekor sorang...makan habis-habisan nampak...Aku dah tak sabar nak terjun tasik..Cecepat aku mintak izin kak G nak solat pastu boleh main air terus...

Terjun dan Berkayak
Walaupun aku dah banyak kali ikut aktiviti mcm nie tapi kali nie betul-betul lain dari yg lain. Pasalnya, kali nie pesertanya ada bebudak dan mak bapak budak.Macam-macam aksi dan gelagat yg tak boleh lupa..termasuk yg tak ingin kita lihat..hehehhe..Paling best anak kak Ungku sikecik tu...selamba jek dia terjun tasik..siap buat apa yg disuruh oleh Pak Let tu...Yang kak Ungku plak..kalau dah terlentang kat air tu dia tak boleh tegak balik...jgn marah kak Ungku..citer jer...Ok..setelah semua dah rasa-rasa 'konpiden' kat dalam air kitaorg gi berkayak plak..
Acara ni pun bagi aku lain jugak dari yg lain.Selalu aku kayak dan dayung berdua, tapi kali ni kayak berdua tapi kayuh sorang-sorang pasal aku bawak Anis. Tapi aku maintain jerr....steady beb..Fuhh..lepas gian berkayak..Seronoknya..Lagi seronok bila kami berkayak di kawasan safari. Lalu cecalh pokok..kawasan rumput yang aku dan Anis panggil sawah padi. Pengalaman baru, kami berpeluang tengok kawanan anak ikan toman. Kawasan seluas hampir satu meter persegi tu berbuih-buih macam air menggelegak. Bila kena sound jgn masuk tangan dalam air aku terus seram. Seram juga kot tetiba mak toman tu ngap jari aku nie. Tak dapat plak nak sarung cincin nanti...hehehe..Adegan lumba aku ngan Wkdin seronok gak..si kecik berdua yg kami bawak tukang sorak..Tapi aku bantai gelak bila kayak Wkdin tersangkut dan dia terpaksa turun untuk tolak kayak tu..Tu belum citer Si Mal yg sesat..macam nerlah pak cik sorang nie boleh sesat...tetiba dia muncul dari tempat lain....
Dalam perjalanan balik, hujan turun mencurah-curah. Apsallah aku rasa jauh jer pelantar tu haaaaa?Penatlah plak tangan nie..cover punya pasal aku dayung jer laaaa...

Tasik Asid dan Tasik Air Tawar
Bila semua dah bersiap-siap tukar baju, kak G dan angkatannya bawa kami ke Tasik Asid dan Tasik Air tawar. Istemewanya tasik-tasik ni, bersambung dan air tawak boleh masuk ke tasik air asid tapi air asid tak boleh masuk ke tasik air tawar. Kebesaran Tuhan..Berlatarbelakangkan Gunung Ledang,kami berposing sakan. Tak lepas peluang untuk amik gambar. Selepas bersalam-salaman dan ucapkan selamat jalan dan tinggal,kami pun bertolak balik. Sedih laaaaaaa... Aku pasti datang lagi..Terima Lasih Kak G dan husband. Terima Kasih Jepun dan lelain (lupa nama laaaa)..Apa pun terima kasih bebanyak...
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)