Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


26 January 2004
Memula aku nak baca doa dulu......

"Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Ya Tuhanku...Berkatilah Blog Ku Ini..Janganlah Hendaknya Hasil Nukilan Ku Ini Mendatangkan Kemudaratan dan Kesulitan Kepadaku Nanti. Amin..." ( Ni sebenarnya gerun dah ni takut2 tersilap kata pastu kena tangkap plak pasal menyinggung mana2 pihak yg penting pihak2 berkuasa.) Ampun yaaaaa.....

Semua yang aku tulis ni hanyalah hasil nukilan aku jer. Apa yg tercetus di minda...tapi selalunya apa yg membuatkan ada banyak tanda soal muncul atas kepala aku ni. Aku menulis sekadar meluahkan perasaan serta menyatakan kemusykilan saja.....

Si Penjual VCD....
Semalam, aku kuar gi Jalan Masjid India...
Seperti minggu lepas, lorong pejalan kaki sepanjang Sg. tu dah bersih daripada gerai2 tu.
"Ler yer ker? baru ingat nak beli handbag kat situ"...tu kata kawan aku bila aku bgth dia tentang keadaan tu.
Suasana lengan ni terjadi sebab tindakan pihak DBKL yg aktif dan agresif membersihkan bandaraya Kuala Lumpur kita ni.
(Bersihkan dr apa ekkkk?? Yang aku nampak mmg jadi bersih)
Gerai-gerai tu sumer dipindahkan di satu tempat yang aku rasa mmg malas aku nak gi sana.
Apa yg memusykilkan aku ni ialah...Si Penjual VCD yg masih berleluasa....
Menda ni pun ada diperkatakan oleh kengkawan aku yg lain. Seingat aku, tiap2 hari mesti ada lori DBKL park kat depan Masjid India tu ditambah pula dgn pegawai-pegawai beruniform DBKL yg sentiasa berkeliaran di kawasan berkenaan.
Tapi kan, macam mana tak jauh drpd lori tu beberapa org penjual VCD (pirate kot?) menjalankan perniagaannya. Bukan sorang dua. Ramai tu.....dah macam ada pasar malam kat kawasan LRT tu. Selamba jerk diorg. Uish...aku musykil nie. Apsal diaorg tak takut aaaaa? Tak kanlah En. DBKl tu tak tahu ada org jual VCD kat situ. Terang-terangan lagi tu. Apsal aku tak nampak Pegawai DBKL tu buat rondaan kat kawasan VCD tu? Apsal aaaaaaa? Dek kerana prihatinnya aku, ada jugak aku rasa nak buat laporan dan aduan kat Pegawai-pegawai DBKL yg tengah jejalan (makan angin?) tu. Tapi aku rasa tak selamat. Macam ada mata-mata yg memandang. Jadi aku amik keputusan pandang jerlah dr jauh. Yang pasti kemusykilan tu tetap bersarang kat kepala otak aku ni.

Si Penganyam Bakul
Petang yang sama...
Aku tertarik pada sekumpulan manusia yg berkumpul mengerumuni sesuatu yg aku pasti ianya menarik.
Bila aku sampai sana, aku lihat ada seorang buta...tangannya lincah menganyam bakul. Di sisinya ada 3 orang anaknya yg membantu menjual hasil anyaman ayahnya. Tapi aku musykil lagi. Apsal dalam reramai org ni aku tengok hanya seorg awek jer yg beli bakul tu. Yang lain lebih berminat menjamu mata sambil mengkagumi bakat Si Penganyam tu. Aku sedih..terharu dgn keadaan tu. Tanpa melengahkan masa, aku buang segan aku.( pasal aku tahu aku bakal jd sebahagian bahan tatapan org2 tu) Aku tunduk...pilih salah satu bakul yg comel tu pastu aku bayarlah harganya (bukan mahal sgt pun). Pastu aku terus blah...Dalam pada masa aku berjalan tu, air mata aku tumpah...Apsallah aku sensitif sgt ni?....Selama ni aku rasa aku dah cukup susah. Aku selalu kesempitan wang lelebih lagi bila dah akhir bulan. Aku selalu ikat perut. Dan selalu gak susah hati pasal masalah kewangan aku. Tapi, bila aku nampak org-org yg senasib macam Si Penganyam tu tadi...aku insaf....sesusah-susah aku....masih ada lagi yg lebih susah dr aku rupanya. Alhamdulillah, aku ada rumah yg selesa, katil dan tilam yg best, bantal-bantal peluk yg empuk, teddy2 bear yg gebu bulunya, dapur yg aku membolehkan aku masak, bilik air yg membolehkan aku mandi dgn selesa, TV dan radio buat hiburan aku. Aku pasti masih ada yg tak sebertuah aku.... Lagi sekali aku bersyukur....Air mata kesyukuran dan kesedihanku.....
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)