Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


02 January 2004
Hari Ni
Pagi nie aku jd malas nak bangun tido pasal dah baper ari cuti..aku menyesal ni pasal terlupa amik cuti ari ni..kalau tak boleh sambung cuti panjang.Tapi tak per..karang bos aku carik plak pasal dah kata ada menda nak bincang ari nie..SKT 2003..

Semalam Hari Khamis
Semalam seharian aku tunggu S..rupanya dia tertidur kat opis sampai tengahari. Pastu dia terus balik rumah mandi dan siap gi kerje semula.Cian aku dan Cian dia jugak...Selamat Tahun Baru..untuk aku,kau dan dia..(mcm iklan Ponds plak)

Kelmarin Hari Rabu
Sold Out
Aku bangun lambat betul..kul 1 tghri baru aku turun katil..Siap-siap nak g bank.Tepon kak Indah,rupanya dia ada kat KL. Janji kuar sama. G Puduraya beli tiket untuk dia balik Perlis Ahad ni. Pastu gi CT bank selesaikan urusan aku. Pastu kami g KLCC.Hajat hati nak tengok LOTR..tapi sold out sampai malam..Hampess betul. G mkn jer laaa.

Bunga Api dan Air Mata
Malamnya,aku lepak kat rumah jer. Nak kuar tak der kawan.Ada gak org ajak tapi tak tepon lagi pun...last2 aku sambut new year depan TV jer. Masa pertunjukkan bunga api kat KLCC tu, tanpa disedari aku nangis..tengok bunga api pun nangis...Pasal aku teringat, dedulu beberapa kali aku tengok bunga api dgn dia. Aku suka dan rindu sgt kenangan macam tu.Tapi mlm nie,aku tahu dia dah boleh pergi tengok bunga api kat KLCC tu dengan kengkawan dia...tanpa aku...dia tak ajak aku pun..dan aku hampir pasti dia tak terfikir pun nak tengok bunga api dengan aku lagi..(malam tahun baru aku menangis)..

PerangLagi satu,aku rasa mlm tu macam ader peperangan plak kat KL ni.Sana sini mercun dan letupan.Bak kata makcik kat kantin tu tadi, kalau ada org bom pun tak sedar ingat bunyi mercun.

Selasa..Kem Lambaian Danau
Lrt
Aku bangun macam biasa, tapi aku terlambat kuar rumah. Apsal payah betul nak pakai CL ni?Merah dah mata aku..Sampai kat LRT Bukit Jalil kak Azah dah tunggu..

Tukar Kereta
Kami tukar kereta kat MMU. Kak Azah park keta kat rumah Mal dan kami naik kete Mal ker Kem. Rupanya kak Sal sampai awal tapi tersesat nak cari rumah Mal.Cakap org,kami pun sesat ntah sampai mana. Org suruh gi rumah staf dia pergi rumah student..hehehe...

Tunggu
Nampaknya kami yg terawal sampai kat Hentian Rehat Air Keroh tu...sempat lagi gi tengok pameran ART PLUS kat situ..tergezut aku, kat hentian highway pun ada pameran Art..ok gak tu..tak lama Wkdin sampai. Kami terus ker Tol Tangkak dan tunggu EP kat sana. Dalam 1/2 jam Ep dan kak Ungku sekeluarga sampai...Berkobar-kobar nak sampai Kem Kak G..

Sesi Suai Kenal

Bestnya dapat sampai Kem Lambaian Danau dan jumpa Kak G..Lepak-lepak di pelantar opis dan berborak-borak. Wahhh..bestnya duk tepi tasik nie..rasa cam nak duduk terus kat sini. Baru tahu rupanya kak G banyak pantang makan. Cian dia. Aku insaf,sementara aku ada lagi keupayaan untuk merasai nikmat Tuhan nie aku akan guna sebaiknya..Makan dengan betullah..bukan bantai makan sumer...Pastu kak G bawak jalan-jalan sekitar Kem. Heheheh...Kak Azah dengan baju kurungnya..kak Ungku dengan kasut tumit tingginya. Kat kem nie ada banyak periuk kera yg aku baru tahu airnya berkhasiat untuk mencuci mata. Pakat reramai cuci mata..Memacam ada kat sini..lopak lumpur pun ada. Nasib baik tempat tu kering tak berair..kalau tak kak Ungku nak terjun buat facial lumpur tu..

Makan..
Aku nampak dah apa yg diorg bakar tu. Alamak..aku tak makanlah ikan tu..nampak mcam best.Besar-besar belaka.. Sampai ke acara makan,aku tarik nafas lega pasal ader ayam..kalau tak aku kena mkn nasik jer laaa pasal aku tak makan ikan talapia..besarnya ikan tu lagi besar dr pinggan. Puaslah kak G pujuk suruh mkn tapi aku tak boleh..Dah rasa dah secubit kat pinggan kak Azah. Rasa ikan talapia laaaa....memanglah rasa ikan..aku ni tengok sumer amik seekor sorang...makan habis-habisan nampak...Aku dah tak sabar nak terjun tasik..Cecepat aku mintak izin kak G nak solat pastu boleh main air terus...

Terjun dan Berkayak
Walaupun aku dah banyak kali ikut aktiviti mcm nie tapi kali nie betul-betul lain dari yg lain. Pasalnya, kali nie pesertanya ada bebudak dan mak bapak budak.Macam-macam aksi dan gelagat yg tak boleh lupa..termasuk yg tak ingin kita lihat..hehehhe..Paling best anak kak Ungku sikecik tu...selamba jek dia terjun tasik..siap buat apa yg disuruh oleh Pak Let tu...Yang kak Ungku plak..kalau dah terlentang kat air tu dia tak boleh tegak balik...jgn marah kak Ungku..citer jer...Ok..setelah semua dah rasa-rasa 'konpiden' kat dalam air kitaorg gi berkayak plak..
Acara ni pun bagi aku lain jugak dari yg lain.Selalu aku kayak dan dayung berdua, tapi kali ni kayak berdua tapi kayuh sorang-sorang pasal aku bawak Anis. Tapi aku maintain jerr....steady beb..Fuhh..lepas gian berkayak..Seronoknya..Lagi seronok bila kami berkayak di kawasan safari. Lalu cecalh pokok..kawasan rumput yang aku dan Anis panggil sawah padi. Pengalaman baru, kami berpeluang tengok kawanan anak ikan toman. Kawasan seluas hampir satu meter persegi tu berbuih-buih macam air menggelegak. Bila kena sound jgn masuk tangan dalam air aku terus seram. Seram juga kot tetiba mak toman tu ngap jari aku nie. Tak dapat plak nak sarung cincin nanti...hehehe..Adegan lumba aku ngan Wkdin seronok gak..si kecik berdua yg kami bawak tukang sorak..Tapi aku bantai gelak bila kayak Wkdin tersangkut dan dia terpaksa turun untuk tolak kayak tu..Tu belum citer Si Mal yg sesat..macam nerlah pak cik sorang nie boleh sesat...tetiba dia muncul dari tempat lain....
Dalam perjalanan balik, hujan turun mencurah-curah. Apsallah aku rasa jauh jer pelantar tu haaaaa?Penatlah plak tangan nie..cover punya pasal aku dayung jer laaaa...

Tasik Asid dan Tasik Air Tawar
Bila semua dah bersiap-siap tukar baju, kak G dan angkatannya bawa kami ke Tasik Asid dan Tasik Air tawar. Istemewanya tasik-tasik ni, bersambung dan air tawak boleh masuk ke tasik air asid tapi air asid tak boleh masuk ke tasik air tawar. Kebesaran Tuhan..Berlatarbelakangkan Gunung Ledang,kami berposing sakan. Tak lepas peluang untuk amik gambar. Selepas bersalam-salaman dan ucapkan selamat jalan dan tinggal,kami pun bertolak balik. Sedih laaaaaaa... Aku pasti datang lagi..Terima Lasih Kak G dan husband. Terima Kasih Jepun dan lelain (lupa nama laaaa)..Apa pun terima kasih bebanyak...
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)