Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


09 January 2004
Apa nak jadi ni? Puas aku tunggu tukang audit tu tapi tak datang-datang. Sahlah janji melayu. Actually aku taklah heran sgt si polan tu tak datang. Tapi aku naik kelakar tengok kengkawan aku kat opis nie. Bila tiba hari tukang audit tu nak datang, time tu lah diorang kelam kabut. Aku tengok si A dan S sibuk update fail dia. Fail untuk setahun tu diupdate dalam masa sehari. Kalau satu takper, ni sampai 2-3 fail. Sebenarnya aku bukan nak kutuk diorang, tapi diorang tu buat aku insaf. Aku beruntung dapat bos yg cekap. Oleh kerana semua fail berada di bilik dia dan dia pun rajin update fail tu maka, aku pun terselamat. Alhamdulillah. Sebenarnya aku pun ada gak sikap malas tu. Kat bilik aku tu ada gak fail. Tapi fail aku sendiri. Bukan fail rasmi projek yang perlu di audit. Aku rasa kalau fail tu kena audit mmg aku parah. Pasal senarai isi fail tu tak di update tambahan pula segala kertas dalam tu semuanya tunggang-langgang. Kenapalah kita ada sikap mcm nie? Insafnya sekejap jer.....
Aku bantai gelakkan kengkawan seopis aku...Hehehehahhahah!!!.. Semalam diorang sumer pakai tie. 'Wah, hensem awak pakai tie hari nie!' Tu ayat perli sebenarnya. Kenapa sebelum ni diorang tak pakai tie kat opis sedangkan mmg digalakkan dan dituntut dalam etika berpakaian di pejabat? Kenapa bila tukang audit tu nak datang jer diorang sanggup pakai tie kemas-kemas dari pagi sampai petang sedangkan sebelum ni diorang pakai tie bila nak g jumpa boss besar je? Kenapa ekkkk? (ala-ala gaya cakap Linda Onn)

Lagi satu apa nak jadi...
Berita panas hari ni....isteri Setiausaha Kerajaan Selangor parah dipukul. Uish..Malaysia dah jadi tempat tak selamat dah sekarang agaknya. Macam ne boleh jadi cam ni? Semenjak dua menjak ni banyak pulak kes-kes pukul atau pecah rumah di kalangan pemerintah. Yang aku peliknya, macam ne orang tu boleh terlepas masuk sampai kat dalam rumah? Padahal aku pasti kat rumah diorang tu tentu ada pak guard yang siap pakai uniform. Kalau orang-orang besar macam tu pun dah tak selamat apatah lagi orang-orang biasa macam kita yang sentiasa terdedah dgn bahaya. Peliknya pulak hanya isteri jer yg jadi mangsa. Parah plak tu. Sedangkan anak perempuannya dan orang gajinya tak apa-apa. Jgn kata pukul jentik pun tak. Apa motif si penceroboh ni sebenarnya?
p/s : lepas ni aku nak pasang bodyguard lah pulak.....

Berita yang satu ni pulak aku pasti akan buat pakwe-pakwe penunggang motosikal kat KL nie tak senang duduk. Apataknya...kerajaan dah kuarkan cadangan nak larang motosikal masuk KL. So, si mat-mat dan minah-minah motor ni kenalah naik pengankutan awam. Ni semua pasal jenayah-jenayah yang berkaitan dgn motorlah ni. Aku tengah bayangkan bagaimana KL tanpa motosikal. Tak der lumba haram, tak der lagi eksiden berkaitan motor, tak der lagi motor-motor mencelah-mencelah antara kereta time jammed, tak der lagi kumpulan mat-mat skuter tu....dan tak der lagi panorama awek-awek seksi membonceng pakwenya terutamanya di Bintang Walk. Tu sumer tak menyusahkan aku..tak perlah. Tapi dalam sudut lain bakal gak mendatangkan impak kat aku. Lrt akan penuh. Bertambah berhimpit-himpitlah penumpang dalam tu. Lecehlah macam ni. Sebelum ni pun dah cukup padat, inikan pula selepas ni. Fuhhhh!!!! Tapi, ada satu perkara yang buat aku tersenyum.......pandai ker diorang tu naik LRT ke bas ke? Yelah, sebelum ni aku pasti ada yang tak pernah naik Lrt tu pun sebab dah ada motor. Sama gak cam orang yang dah ada kereta. Yerlah..dah ada motor ngan kereta buat apa nak naik Lrt ngan bas lagi kan? Hehehehhe.. :-)..

p/s: aku pernah cakap kat kawan aku...." Aku rasa kalau bos aku kena naik Lrt, aku gerenti dia akan tepon aku tiap 2-3 minit pasal tak reti naik Lrt..." ..." Qip, lepas ni stesen apa?" "Qip, nak turun mana?" "Qip, nak naik belah mana?" "Qip, naik tren mana?"....Hehehhhe...Pssstttt! Jangan sampai bos aku tahu aku ckp mcm tu aaaaa!!!!!!
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)