Berita malam tadi aku tengok penuh minat. Sejak akhir-alhir ni aku berminat betul untuk mengikuti berita termasuklah berita dunia yg semakin panas sekarang ni. Yang amat menarik minat aku ialah cerita tentang Bam...sebuah bandar yang musnah akibat gempa bumi. Seperti yang kita ketahui, saudara kita di sana amatlah memerlukan bantuan dari negara-negara luar. Bantuan perubatan, makanan, pakaian serta keperluan lain. Lebih perit lagi apabila musim sejuk sedang melanda kawasan tersebut. Itu bukanlah tajuk berita malan tadi. Berita memperihalkan tentang Bam yang menolak bantuan dari Washington. Betapa teguhnya mereka memegang prinsip untuk memboikot pihak yang perasan paling berkuasa itu. Mereka sanggup menolak bantuan tersebut walaupun dalam keadaan yang terdesak. Mereka sedar adanya niat lain yang mengiringi bantuan tersebut selain daripada niat untuk membantu. Pihak tersebut menganggap kononnya dengan menghulurkan batuan tersebut, mereka berpeluang memperbaiki hubungan di antara Washington dan Tehran. Jika diingatkan semula, dulu kita di Malaysia ni pun pernah melancarkan kempen boikot Amerika. Walau tak sehebat kempen Jualan Mega Seluruh Malaysia tapi aku pasti setiap dari kita tahu pasal tu. Tapi nampaknya tak de pun perubahan yg nampak. Semuanya tetap seperti biasa. Kenapa kita tak boleh buat macam org-org kat Bam tu sedangkan keadaan kita jauh lebih selesa dari mereka. Rasanya, kalaupun kita memboikot barangan Amerika tu, kehidupan kita tak lah seteruk penduduk Bam. Sebenarnya, hidup kita, darah daging kita dah sebati dengan produk Amerika tu. Pasal itulah sukar benar nak memisahkannya.Ibarat memisahkan irama dan lagu lagaknya..mungkin juga seperti memisahkan ombak dan pantai....Bukan orang lain, aku pun macam tu jugak. Agaknya aku ni hanya mampu berjihad dalam hati. Tapi aku harapkan aku mampu buat lebih dari tu. Aku akan berusaha walaupun sedikit demi sedikit. Insyaallah aku boleh. Aku pasti orang-orang kat luar sana pun boleh. Malaysia Boleh!!!!!!!
p/s: macam ner aku nak boikot....aku sekarang tengah kemaruk nak kumpul
teddy bear McDonald yang comel-comel tu. :-)
p/s: macam ner aku nak boikot....aku sekarang tengah kemaruk nak kumpul
teddy bear McDonald yang comel-comel tu. :-)