Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


31 January 2005

(Kehilangan ahlinya)

Ajal Maut Dan Jodoh di tangan Tuhan..

Ramai tetapi sepi, suasana yang amat memilukan bagi yg terasa kehilangan. Arwah tidaklah ku kenali rapat. Boleh dikatakan arwah pangkat pakcik sepupu ku iaitu anak kepada atuk saudaraku. Terkesima aku bila dikhabarkan usia arwah begitu muda..baru 25 tahun..Perginya tidak disedari, tidak ditemani...Keputusan bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan serangan jantung dan pembuluh darah pecah...Innalillah....

Arwah dikatakan sempat bangun bersolat subuh dan bersarapan pagi...setelah sang ibu ditatap bagaikan sudah mengerti itulah pandangan mata yg terakhir, arwah masuk tidur semula mungkin dengan alasan ingin sambung tidur di hari cuti sebegini...Tidaklah disangka cutinya berpanjangan berkekalan..Dalam jangka waktu hanya 2 jam, arwah pergi dalam tidurnya.. Ibu mana yg tidak pilu, bapa mana yang tidak termangu bilamana anak yg jauh lebih muda usianya pergi dahulu, dialah anak harapan keluarga, pergi dalam sebuah kejutan yg maha dasyat..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg berbahagia di sisi-Nya....Al-Fatihah.....



Lawatan terakhir buat arwah


Salam Terakhir di sisi kubur..


Ditinggalkanlah ia di situ. Bagi yang tinggal, perjalanan perlu diteruskan.
|
Rentetan Dari Sebuah Kematian..

Sungguhpun arwah tidak ku kenali, namun sebuah kematian yg mengejutkan itu mampu buat ku terpana. Getar keinsafan menyinggah. Sering persoalan dosa singgah menjengah minda. Sungguh aku insaf maut itu tak mengenal usia. Datangnya tanpa tanda, tanpa amaran. Jika aku yg terletak di tempat arwah apalah nasib ku kelak?...Diri masih dibaluti dosa yg maha banyak,yg maha berat..Kesal tetap mengejar, pilu tetap di situ.Apakah bisa aku diampunkan, apakah bisa dosa2 ini ku tebus?...Ya Allah, ampunilah hambaMu yg hina dan lemah ini...

Masih tergiang di telinga ku esak tangis seseorg yg bisa ku anggap kakak...Kak I*a....Isteri seorg temanku...Tangisnya, pujuknya bagai itulah saja jalan menebus dosa..Jika itulah salah satunya jalan, aku kira jalan itu bukan untukku, tertutup buat ku. Sungguhpun jalan itu sangat-sangat ku dambakan, namun apakan daya ku bila jodoh itu bukan milikku...

Sungguh aku insan yg lemah dan hina...Insaf seketika, manusia yg sentiasa leka dan alpa...Dosa demi dosa datang mencipta, yg akhirnya menghimpit diri, menyeksa hati..Sesungguhnya tak tertanggung ku sendiri...Ya Allah, tunjukkanlah jalan yg benar kepada hamba mu ini.Berilah aku kesempatan untuk meraup sebuah keinsafan dan mencari keredhaan...Sesungguhnya Engkaulah yg Maha Pengasih lagi Maha mengampuni...

p/s:
|
Rentetan Dari Sebuah Kematian ( Jodoh )

Dikatakan perempuan yg paling mudah masuk syuga berbanding lelaki dan paling mudah masuk neraka berbanding kaum lawannya juga...

Apa kaitannya tajuk jodoh itu dengan sebuah kematian?...Kematian arwah itu meninggalkan kesan dalam jiwaku..Menerbitkan sebuah getaran dalam hatiku..Mengingatkan aku akan sebuah harapan dan impian yg aku pegang sejak dulu...

Biarlah dikatakan tidak sabar pon, tapi aku pasti bg mereka yg sealiran pemikiran denganku tentu setuju..Ini peganganku, ini impianku, ini pandanganku...

Kenapa impian gelaran seorg isteri itu sungguh-sungguh aku kejar?..Kenapa jugalh harapan agar manjadi isteri kepada insan yg begitu aku sayangi seikhlas dan sejujur hati ini tetap bersarang di sanubari?...

Bagi aku sebuah perkahwinan dan gelaran seorg isteri itu adalah jalan bagi ku mencari keredhaan-Nya...Ya, sebelum itu, syurga di bawah telapak kaki ibu, setelah itu syurga di bawah tapak kaki suami...Bagiku, pandanganku...Dengan jalan itu, insyaallah dapatlah aku imbangi dan insafi dosa-dosa yg pernah aku lakukan dan kupalitkan ke muka ini...Bukankah itu salah satu jalan yg dibukakan untuk kaum hawa bagi mencari pintu syurga..?..

Harapanku pada insan yg kusayangi seikhlas sejujur hati kerana, semua yg dilakukan dalam rumahtangga itu adalah ibadah..Dan ibadah itu perlu dilakukan seikhlas hati..Dan bagaimanakah pula hendak dicari keikhlasan dalam menjalani ibadah yg berupa kerja-kerja rutin harian seorg isteri jika tidak ikhlas sepenuh hati pada sang suami?...

Hmm, tapi apalah dayaku, jalan itu semakin kabur di depanku...Jalan dan harapan itu direntap dr ku..Dan tinggallah aku sendiri membina sebuah harapan semula, meraba mencari jalan itu semula dalam sebuah kekaburan dan kebanjiran air mata.
|

29 January 2005


"WEBLOG : RUANG EKSPRESI IDEA & SASTERA"
Tarikh : 29 Januari 2005 (Sabtu)
Tempat : Rumah PENA
(Depan Menara MAA/Sebelah Rumah GAPENA/
Sebalik Dapur Restoran Tupai - Tupai)
Masa : 3 petang
Panel : Tok Rimau - Sri Diah - Nisah Haji Haron
Moderator: Nazmi

Kiranya aku terlambat untuk publishkan maklumat ni...Tapi tak per laaa, buat sesapa yg baca, dan tak der apa nak buat ptg ni, gi lah join..Mush kira korang tu mcm wakil mush yg tak dapat dtg ni lah yer...Tak rugi tau dtg..Datang lah! Datang lah!....

p/s : Gambar tiada mengena dengan ntry..hanya kaitannya PENA..
|


Jatuh Longkang..
Hari sebelum semalam (kelmarinlah tu) aku terjatuh longkang..Sememangnya aku mmg gerun sikit jalan atas penutup longkang lepas dengar citer2 kejadian ngeri kes2 jatuh tersepit besi penutup longkang ni. Tapi lumrah manusia, selagi diri sendiri yg tak terkena mmg tak serik. Ntah knp ptg tu aku terlupa akan kengerian aku tu. Tengah sesibuk bercerita dgn Kak Mah, tetiba aku jatuh dan disebabkan kaki terselit masuk kat celah besi penutup longkang. Aku rasa aku tengok td tak der mana2 besi yg 'rongak'. Rupanya ada satu besi tu dah patah sebelah hujungnya. Tanda bulat tu lah behagian hujung besi yg patah tu. Aku tunjuk gmbr ni nak buktikan pd En.Poad mmg besi tu dah patah, bukan patah sebab aku pijak...Huhuuhu...Kaki aku terselit sampai takat lutut.Nasib baik boleh tarik keluar, kalau tak mmg haru satu pangsapuri. Silap hari bulan siap panggil bomba dtg potong besi tu...Sebagai tanda kenangan, betis aku bengkak dan terbit darah. Pengajarannya, jgn jalan atas penutup longkang...Ingat tu..

p/s:time2 sakit mcm ni aku cedih betul tak der tmpt nak ngadu.sakit tanggung sendiri laaa...hmmm, mlm td aku masih menangis teresak2 sambil panggil nama dia sebelum aku terlena dalam esak..luka di tangan dapat dilihat, luka dihati sapa yg tahu..
|

28 January 2005


Penanda Buku 'One More Time'

Dulu aku penah dapat lirik lagu Pulangkan secara misteri...sekarang aku dapat lirik lagu 'One More Time' plak..aku dengar dah lagu tu..best. Senikatanya pon best..'Kawan" yg hantar tu maca pepaham jer hati aku ni...Apa pun aku ucapkan terima masih sesangat...Mmg aku tak penah dengar pon lagu tu...Aku cari lirik tu dan aku print cecantik buat penanda buku..Dah baper malam aku asyik dok baca jer(pasal tak pandai nyanyi) lirik tu. Nak pahamkan lirik tu dan motif si penghantar...

Satu masa dulu,aku anti tul irama keroncong. Ada sorg teman aku tu ckp kalau kita ni dikatakan minat muzik, kita kena dengar semua muzik termasuklah keroncong...Start tu aku dengarlah lagu keroncong..Nak jugak tahu apa yg best sgt dengan irama keroncong tu...Last-lastnya..keroncong tu berjaya dodoi aku tidur dengan jayanya...Sekarang aku dengar lagu Kenny G plak...takat ni aku rasa ok jer...Hmm, nanti aku dengar lagu2 dia yg lain plak...

p/s : Apa lah khabarnya teman aku sorang tu...Happy kot dia?
|

26 January 2005


Aku Dah Balik...
Alhamdulillah..seketika bercuti kat kg buat aku lega sikit...Sempat juga balik KL 2 malam...Aku rasa tenang sedikit...Walau tak banyak tapi cukup untuk aku bertenang semula...Baru aku tersedar..rupanya aku lama dah tak balik PR atau KL..patutlah ketensenan aku tak lega-lega...Lepas ni aku kena balik selalulah nampaknya...Kena leter ngan mak aku..."time dekat 2-3 bulan pon tak muncul2 kat pintu umah..Dah jauh sibuk-sibuk nak balik 2-3 minggu jer balik.."..Aku sengih jer laaa

p/s : Kelegaan ini pulangkan aku pada blog ni semula...Alhamdulillah...
|


Pemandangan Dari Bilik Aku
Tiap malam sebelum tido, aku luangkan masa beberapa minit tenangkan diri aku dengan merenung pemandangan bandar JB ni..Dr jendela bilik aku boleh nampak kawasan Bandar JB di pinggiran Selat Tebrau hinggalah ke Singapore...Setiap pagi sebaik saja aku buka mata..Pemandangan indah di waktu pagi inilah juga yang menyambut aku dr tidur..Pemandangan yg kadangkala membuat aku terasa begitu kerdil dan keseorangan di bumi JB yg penuh sesak ni...

p/s: pemandangan di parking bawah beranda aku tu pun masih jadi tatapan aku tiap malam..
|


Antara Kedai Makan Peberet...


Ni antara kedai makan peberet aku...Ada gak aku perkenalkan pd beberapa kawan aku dan start tu diorg suka gi situ..Sekarang aku nak perkenalkan kat korang plak.Lokasi kat belakang Jaya Jusco Taman Maluri, ada macam-macam yang best..Ikan Bakar bermacam jenis, ulam-ulam (bukan musim durian tapi ada cicah tempoyak..pelik aku), sup tulang, mee bandung,lauk pauk kampung dan lain-lain..Lunch kat sini mmg best..Tak rugi cuba..Tapi jgn lmbt2..Lambat sikit lauk sumer habis...

p/s: aku singgah kedai tu semalam nak mkn sup tulang tapi tak der..hampa.
|

11 January 2005
Aku RaSa Nak ReHatkAn BloG Ni BuaT SeketIka....Hebat Betul TsuNami Dalam DadA Aku Ni....KeSian Blog Aku ni...Asyik terIma Citer Sedih Jer...Nantilah Aku Bagi Citer Happy Plak...Tunggu Kes Selesai....
|
Cukup Setakat Ini....

Hari ni aku delete ID mereka berdua...rasanya cukuplah setakat ini saja...Ini pun dah melampau batas rasanya sebab aku masih reply msg2 dia sedangkan aku dah bertekad tak kan buat mcm tu...Nyata aku tak kuat melawan hati sendiri...Antara kami tiada jodoh, dan antara kami juga tak boleh hanya sekadar berkawan biasa...Oleh sebab itu aku terpaksa memutuskan pertalian silaturrahim dengan dua insan ni. Aku minta sangat-sangat jgnlah dihubungi aku ini...Buanglah jauh-jauh apa saja yg bisa menjejakkan kepada aku ni...Itu yg terbaik untuk kami semua...aku, kau, dia dan dia...Aku tak sekuat yg kau sangka untuk menahan semua rasa ni...Aku manusia berperasaan..Tak kuat menahan rasa rindu, rasa bersalah, rasa cemburu ini sekali gus...Jika ini berterusan aku tak fikir yg aku mampu untk bertahan...Mungkin ianya akan tmbh keruhkan keadaan...Dan jika kami ini dihadapkan dihadapan kau, aku yakin bukan aku yg kau bela...sebelum itu terjadi...Aku minta hanya satu ini...Lepaskan aku terus dari hati dan hidup kau..Tolonglah benarkan aku hidup tanpa bayang-bayang kau..Kerana itu hanya akan menyakitkan...Kerana aku tak mahu hanya memiliki bayang-bayang...Tolonglah...Tolonglah...Tolonglah jgn kembali lagi..Jgn menoleh lg pada aku di sini...Biarlah kalau aku sendiri pon, biarlah kalau aku hampir gila sebab rindu dan sunyi ni pon..Biarlah kalau aku tak der tempat ngadu pon...Biarlah..Jgn kau amik peduli lagi....

p/s : kalau otak ni mcm komputer nak saja aku mintak kau delete terus aku ni..
|
Aku Cinta Kau dan Dia - Dewa

Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu

Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya 'tuk bersama kamu
Walau 'tuk terus bersama
Kan ada hati yang 'kan terluka
Dan ku tahu kau tak mau (masih kah ada sayang itu?)

Sekali lagi maafkanlah
Karena ku cinta kau dan dia
Maafkanlah ku tak bisa
Tinggalkan dirinya

Mungkin tak mungkin 'tuk terus bersama
Jalani semua cinta yang tlah dijalani
Tapi bila itu yang
Kau pikir yang terbaik untukmu
Bahagiaku untuk dirimu

Simpan sisa sisa cerita cinta berdua
Walau tak tersisa cerita cinta berdua

Still love her in my mind
Still love her forever

|

10 January 2005
Hadiah Pak Usu

Sabtu lepas keje aku terus balik kg.Sama-sama ngan aku, aku bawak 2 hadiah besday untuk Kent (anak sepupu aku) dan pak usunya..Mereka kongsi tarikh lahir yg sama....Sampai2 umah nenek, aku kecewa 'pak usu' tak der.Kereta dia tak der kat umah Mami yg hanya sebelah pintu jer dr umah nenek..Mama kata dia kat Sarawak...Hmmm, tak per aaa. Nanti aku tinggalkan hadiah tu kat Mama.Aku segan ngan Mami sesejak kes ari tu..Kes tak selesai lagi tu pasal 'pak usu' dok diamkan diri...Ntah kenapa dia berubah..aku jd jauh hati..Sampai mlm 'pak usu' tak muncul gak..Aku pon satu, kan dia kat Sarawak..mcm ner boleh aku nak tetiba dia kat sini plak?..Bantal Ultraman untuk Kent dah selamat dah Kent peluk bawak tido mlm tu..Tp hadiah 'pak usu' aku simpan lg dlm beg...Tido pon dok pandang hadiah tu...
Ntah naper aku bangun awal sikitpagi ni..Mlm td pon bukan tido betul..tido ayam jerk tu...Ayam pun tak tido mcm aku...Sekali Mama aku ckp 'pak usu' balik kul 3 pg td....Dia turun flight dr S'wak mlm td terus balik sini..Wahhh..rasa mcm jantung aku kembang jerk dengar ayat tu...Tapi kejap jer..lepas tu rasa mcm kecik jerkkkk jntung aku teringatkan kes tak selesai tu..Sudahnya dr pg sampai petang aku dok pikir mcm ner nak bg hadiah tu...Last-lastnya aku letak kat atas kerusi meja mkn kat umah Mami then aku sms jerk kat 'pak usu'....Akhirnya dr 'pak usu' tiba, hinggalah aku bertolak balik JB, aku tak der ckp apa pun dgn 'pak usu'...Aku tak nak aaaa terus mcm ni...Aku nak baik ngan dia mcm dulu...Kalau terus mcm ni mcm ner nak jumpa dia selalu..Tiap kali raya pun kene jumpa gak...Aku tak moh aaaa ilang sorg lagi sepupu....'pak usu, pak usu' cepatlah selesaikan kes ni...

p/s : Mak cik aku suh aku gi berubat pasal dia kata mungkin ada org 'tutupkan' pintu jodoh aku..erkkk..ada ka?..aku kata 'alaaa, belum jodoh lagi..baru nak masuk 24..' Mak cik aku bising plak kata tu sumer pon nak kena usaha..aku diam jer laa..biarlah owang tua ckp...aku pikir..kot setahun dua lagi aku tak berjodoh sah-sah disuruhnya aku mandi bunga...Uish..ngeri plak aku nak mandi bunga...
|

08 January 2005
Penyakit Baru.....

Aku sekarang tengah sibuk main Sim Hospital aku semula...Dari dulu main game tu tak habis-habis lagi...Asyik stuck tengah jalan jer...Kali ni aku berazam nak main sampai Game Over....Bukan tu sebenarnya yg aku nak citer...Aku nak citer pasal penyakit baru yg aku jumpa..Dalam Sim Hospital ni ada macam2 penyakit pelik...Ada penyakit 'Lut Sinar', Kepala Besar, Gila Personaliti dan mcm2 lagi...Ntah agaknya aku pun dah terjangkit penyakit2 pelik tu kot....

Nama Penyakit : Tensen Sunyi...
Simptom :
-Bercakap sorang-sorang
-Bercakap dengan Teddy Badak Biru aku
-Keluar masuk bilik-bilik 14 ribu kali sehari
-Menangis tak tentu pasal
-Satu pasu bunga gubah 23 kali
-Cuci pinggan yang sama 16 ratus kali semalam
-Bercakap dengan pokok-pokok comel aku tu
-3 hari berturut-turut dinner makan jemput-jemput
-Baca phonebook HP 30 kali semalam...Dari A sampai Z..
-Akhir-akhir ni simptom terbaru...Gelak sorang-sorang...

Sudah!..kronik dah agaknya sakit aku ni...Doktor mana aku nak jumpa ni?....Ubat apa aku nak makan ni?...Tolong oiiii tolong!!!!....


|

06 January 2005
Patut atau tak patut di dermakan?...

Mmg tak patutlah nak didermakan benda-benda yg tak boleh nak guna dan tak berguna langsung...Contohnya macam pakaian dalam tu..Kalau difikirkan secara sepontan mmg ler tak patut donate pakaian dalam terpakai...Kalau kita dapat tu pon kita tak nak pakai...Tapi...ada tapi lagi aku ni..Tapi tu kita..Kita ni yg boleh tulis blog dan baca blog aku ni sumernya mampu lagi nak beli baru.Mmg tak perlu sikit pon barangan terpakai tu.Cuba dok tempat mangsa-mangsa tu kejap.Pakai t-shirt dan kain batik pun harapkan bantuan nikan pulak nak beli pakaian dalam..Dalam masa-masa darurat ni mungkin sebenarnya pakaian-pakaian dalam tu perlu untuk sementara waktu.Kalau kat umah, dalam bilik sendiri pakai t-shirt jer tak pakai pakaian dalam tu tak per laa..Tapi kalau kat dewan dgn org ramai tu, tido pun reramai tu mmg tak selesa...Rasa macam naked jer...Sesilap ari bulan ada plak kes 'pencerobohan' di kalangan mangsa-mangsa tu...Contohnya laaa, korang tengok pelancong2 yg selamber jer jejalan tak pakai bra tu...Ish..tak nak aku jadi gitu...Segan gilos beb....
Masalahnya sekarang..penderma tu salah caranya..mungkin dia pon berfikir mcm aku tapi silap tang cara jer..Cuba benda-benda tu dibungkus elok2..tak ler jd isu sebegini..Cara dia bungkus tu mmg nampak mcm nak buang dlm tong sampah...Tak pepasal pemes pakaian dalam dia tu haaaa....Apapun, korang pikir laaa..Kalau ada yg rerasa nak dermakan jugak tu baik korang pikir2 balik cara yg terbaik...

rujukan : http://www.jeffooi.com/archives/2005/01/tsunami_relief_6.php

|

05 January 2005
Baby Baru....

"Assalamualaikum. Kak Zila telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.3kg pada kul 4am ngan cara pembedahan"...gituler bunyi sms yg masuk kat hp aku awal pagi tadi..Alhamdulillah, selamat dah x-ousmet aku sorang ni..Lengkap dah idup dia...Rasa mcm baru semalam jer kitorg dok gurau sakan kat umah Miharja tu, macam baru kelmarin jer aku kena jadi bodyguard dia first time jumpa Kluang Man yang akhirnya jadi papa baby dia...Kejap jerk masa tu berlalu eekk...Tahniah aku ucapkan pd mama dan papa baru ni...Cepat-cepatlah tambah 2,3,4,5..hehehe...Si Lin x-rummet aku plak bakal jadi ibu bbrp bulan lagi...Semoga semuanya selamat...Dok citer pasal orang jer, aku ntah bila lagi..."Kak Nor, bila kita nak dapat baby ni?"..,hehehehehe....

p/s: Jgn lupa pos kat saya gmbr baby baru korang tau.....
|

04 January 2005

Citer Pagi Hari....

Punyalah aku berkobar-kobar bangun hari ni...Kenapa ntah..Grrrrrr....Air ni sejuk betullah...Macam air dalam peti sejuk.Memang rumah aku tinggi..Kat tempat tinggi...Tapi bukan kat Bukit Tinggi atau Tanah Tinggi...Cuma kat tingkat 9 kat tetengah bandar JB ni jer...tapi pesallah airnya sejuk mcm air gunung...Punya lah dengan nyanyi aku kuar umah kekonon semangat nak gi keje...Sekali lift rosak...Duk stop kat tingkat 7 ngan G jer...Memula aku tak perasan, tapi bila jiran aku En.H bgth baru ler aku dok ikut belakang dia turun tangga..Fuhh..nasib baik turun, kalau naik maun terus lepak aku...tingkat 9 tu beb...Harap-harap lift tu dah elok time aku balik petang karang..Amin.....

Sampai opis aku tengok orang dok tengok aku dengan kak M (kakak yg aku tumpang gi opis ari-ari) sambil senyum-senyum..."Abislah korang!"...Aku dah buat muka pelik dah ni...Pehal ni?...Huk alahhh...aku rasa macam nak patah balik umah tak nak masuk opis ari ni bila aku tahu menda ni...Semalam kitaorg berdua balik last sekali...Pehh..kekonon staff berdedikasi lah ni, siap jadi org last sekali tutup opis...Tapi ntah mana silapnya kitorg tak check seluruh pelusuk opis ni kalau-kalau ada sesapa yg tertinggal....Sekali rupanya kitorg terkurungkan Big Boss kitaorg...Halamak..macam ner nak ngadap dia ni karang?....Abis lah aku....Boss ni plak tak simpan kunci sendiri..Tapi kalau simpan pon tak boleh bukak dr dalam...Tu lah, nak canggih punya pasal...Canggih tak canggih aku tengah berdebar nak ngadap Boss ni karang...Doakan aku selamat...Fuhh kanan fuhh kiri..!!!!!!!


|

03 January 2005
Derma Tsunami Pakai SMS....

Zaman sekarang ni mmg mudah...Nak derma pon boleh pakai SMS..
Ok...Bagi pengguna Celcom Taip DERMA hantar pada 33699. Nanti korang akan dapat msg berbunyi
Celcom mengucapkan Terima Kasih di atas keperihatinan dan sumbangan ikhlas anda sebanyak RM5 kepada Tabung Bencana Tsunami Malaysia.

p/s : Tiap msg derma bernilai RM5.....Mari menderma...

|
Family Day, Tg. Balau, Desaru.........

Hmmm...Orang lain gi Family Day bawak famili, aku gi sesorang...Tapi tak per, aku ok jer...Menten senyum jer...Famili day biasalah, ada makan-makan, ada sukaneka,ada kenal-kenal, ada ramai orang.....Tapi aku rasa aku tak baper dapat nak nikmati keseronokan famili day ni...Pasal aku datang sini dengan beban tugas yg perlu diselesaikan....Alhamdulillah, Mesyuarat Agong P......... tu dpt berjalan dengan baik dan doa aku untuk Merdeka termakbul...HEhehehe...

Ada orang kata, gi Desaru ni sesaja jer cari nahas...Orang lain dok lari jauh-jauh dengan laut kitorg gi berkampung plak kat situ...Nak buat macamner...Dah perancangan program mcm tu...Tapi mmg ler terkilan, hasrat terpendam nak berenang sakan terus dipendam jer laaa...Nak terjun kolam mandi segan pasal 'anak-anak ikan' jer yg berenang dalam tu...Kok aku terjun jadi dugong plak....Gelak tak gelak, dalam hati tu serun tau...Rasa macam dok berjaga-jaga jer tiap masa...Mata tu macam tak leh lepas dari ombak yg mengganas....Tiap pergerakkan dan perubahan diperhatikan....Siap survey jalan-jalan nak lari kalau jadi apa-apa....Sampai gitu sekali...Alhamdulillah sumer berjalan lancar walau cuaca agak sejuk dan basah dek 'salji cair' yg turun...

Lain-lain maleh nak komen pasal takut nanti terlajak plak...Pasal mmg ada parut luka ni...Hehehehe....
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)