(Kehilangan ahlinya)
Ajal Maut Dan Jodoh di tangan Tuhan..
Ramai tetapi sepi, suasana yang amat memilukan bagi yg terasa kehilangan. Arwah tidaklah ku kenali rapat. Boleh dikatakan arwah pangkat pakcik sepupu ku iaitu anak kepada atuk saudaraku. Terkesima aku bila dikhabarkan usia arwah begitu muda..baru 25 tahun..Perginya tidak disedari, tidak ditemani...Keputusan bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan serangan jantung dan pembuluh darah pecah...Innalillah....
Arwah dikatakan sempat bangun bersolat subuh dan bersarapan pagi...setelah sang ibu ditatap bagaikan sudah mengerti itulah pandangan mata yg terakhir, arwah masuk tidur semula mungkin dengan alasan ingin sambung tidur di hari cuti sebegini...Tidaklah disangka cutinya berpanjangan berkekalan..Dalam jangka waktu hanya 2 jam, arwah pergi dalam tidurnya.. Ibu mana yg tidak pilu, bapa mana yang tidak termangu bilamana anak yg jauh lebih muda usianya pergi dahulu, dialah anak harapan keluarga, pergi dalam sebuah kejutan yg maha dasyat..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg berbahagia di sisi-Nya....Al-Fatihah.....
Lawatan terakhir buat arwah
Salam Terakhir di sisi kubur..
Ditinggalkanlah ia di situ. Bagi yang tinggal, perjalanan perlu diteruskan.