Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


30 April 2004
Sebuah Pertanyaan....

Aku rasa korang mesti pernah mengalami situasi seperti ni...Di saat-saat yg agak sukar dalam hidup korang...Hati yg dirundung duka...Sentiasa gelisah..Fikiran tak tenang lagi bercelaru...Bila masa di saat-saat kesukaran itu, bagaikan tiada sesiapa tempat mengadu buat meringankan beban jiwa....Sampai satu masa, tanpa disangka sesorg itu menghulurkan sebuah pertanyaan...Seakan cuba mengambil tahu tentang kegusaran yg serabut bersarang...Mengambarkan ada sedikit huluran perhatian...Betapa saat itu, bagaikan ada satu suntikan semangat..Sebuah kelegaan...Bagai ada dos kegembiraan yg tertelan..Bagai terbang segala keresahan...Sesungguhnya aku harap kau tahu....Sebuah pertanyaan itu mampu meniup serabut kegelisahan aku.....
|

29 April 2004
Instinct

Hp aku berbunyi..."Achik"...nama yg tertera di skrin buat aku terkedu kejap...Mmg dah lama sgt tak dengar khabar berita dr dia..Ni mesti ada apa-apa...

" Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam", jawab aku lemah..maklumlah hati tengah bergelora..
"Apa khabar?"...ada nada lain pada soalan Achik..
"Hmmm...ok"
"Kat mana?"...Soklan lg dr dia..
"Kat opis laaaa"..kan time keje skrg ni..tak pepaham lg Achik ni..
"Achik kat mana?"..
"Kat Ayer hitam...."
Diam...
Aku bersuara,kerna tetiba ada yg terlintas di kepala...
"Hmmm, dapat 'alamat' apa ni?"
Jawab Achik..." Ha...tu lah nak tanya ni...betul ok ker ni?"
"Errrrrr....badan ok, tapi hati ngan kepala KO"...ala-ala lampu suluh kekongan bateri aku jawab...
"Tu laaa..3-4 hari ni rasa ingatan tu kuat plak...teringat sgt kat Along..."
Ada lagi rupanya instinct Achik ni...
"Mmg lah ada masalah...ntah ler Cik...Mmg 3-4 hari ni rasa sedih sgt, susah hati sgt..."
Tootttttttttt...(sesi cerita masalah)
"Along dah kongsi pengalaman dr masalah Achik dulu...gunakanlah pengalaman tu untuk hadapi masalah ni plak...Hati-hati..."
"Insyaallah.."..aku senyum sikit..baru aku tersedar aku ada Achik lagi rupanya...
"Oklah..jaga diri bebaik...Semoga rahmat dan hidayah tu sentiasa ada bersama Along"
Ayat wajib dia setiap kali untuk menamatkan perbualan telefon kami....
"Terima kasih...Achik juga.."
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"....

Achik, bekas pakcik aku..mmg aku rapat dgn dia..Sekarang dah jarang sgt jumpa sejak dia dah berpisah dgn makcik aku....Dulu,kami sama-sama kongsi masalah...Dia tak layan aku mcm anak-anak kecil..tetapi, dia buat aku mcm kawan...Dia kongsi masalah dia dgn aku dan cuba untuk fahami masalah aku pula...Istimewanya kami...Dia ada instinct yg istimewa...Instinct yg aku sendiri masih tak faham dan sukar nak terima...Dia kat Johor....Aku kat KL...dan masalah yg aku hadapi ni aku tak bgth dia langsung...Sebab kami jauh, lama sgt dah tak berhubung..Dan aku rasa masalah ni tak der kaitan dgn dia...Tapi bila aku dah sampai tahap sedih dan susah hati peringkat teratas ni...Dia boleh rasa plak...Pasal tu tetiba dia call...Nak tanya kat aku apa sebenarnya yg dah berlaku kat aku...Mungkin ianya satu kebetulan...Tapi kalau org lain pun tentu naik heran kalau hampir setiap kebetulan itu betul2 kena pada tempatnya....Mmg susah aku nak sorok kalau aku ada masalah besar dr Achik ni...Bila aku rasa sedih atau susah hati sesangat....dalam masa yg sama ingatan dia pada aku bebetul kuat...Asyik dok ingatkan aku jer..Tu maknanya adalah sesuatu terjadi kat aku tu...Kekadang tu dia mimpikan aku plak...Pernah dia mimpi jumpa aku duduk sesorg dan bermuka sedih...Bila dia call aku 2-3 hari lepas tu..Mmg betul time tu aku tengah hadapi masalah yg mmg buat aku tak tenang langsung....Itu kelebihan Achik...Walau kami dah terpisah jauh, antara kami ada "instinct" tu...Dan bila aku tersedar akan adanya kelebihan tu, aku bersyukur kerana aku tahu rupanya ada org yg memahami dan sama-sama rasa gundah gulana hati aku ni.... Alhamdulillah....Thanks Achik...
|
Dugaan-Mu Tuhan...

Seperti roda, sekejap di bawah sekejap di atas..Kalau kelmarin aku boleh bergelak ketawa, hari ni senyum pun aku dah tak mampu...Kalau semlm hati aku riang..Hari ini gusar menguasai...Badai yg dtg nampaknya telah berjaya memecahkan buih-buih gembira itu...Ketenangan hatiku berkocak...Aku tak ingin jadi sebahagian dr masalah ini...Sungguh rumit rasanya...Aku buntu...Aku buntu...Sungguh aku sudah tak dapat nak percayai sesiapa...SESIAPA pun....semuanya mungkin boleh jadi sang penyampai, atau sang pengadu domba, atau sang pembelit cerita...Aku sakit..Hati aku sakit...Diri aku sakit...Air mata yg tumpah tak terkira lagi...Di kala ini, biarlah pun mereka berkata aku lemah..Hanya itu yg aku mampu untuk melegakan perasaan ini..Katalah apa saja...Katalah..Tak dapat ku halang.....

Tika ini, puas aku pandang sekeliling...Puas aku teliti satu persatu wajah di sekelilingku...Puas aku menilik setiap nama yg ada di dalam kamus hidupku...Sungguh aku sedar..Aku tidak berteman..Pada siapa hendak ku mengadu resah ini?..Pada siapa hendak ku harapkan memujuk hati..Pada sesiapa hendak ku pinta jadi peniup semangat?..Pada siapa hendakku harap menitipkan ketenangan jiwa ini?...Aku hanya ada Dia...Dia sahaja....Dia yang Maha Esa...Tempat ku berdoa tempat ku meminta...Tempat ku berharap...Doaku, agar hatiku tabah untuk hadapi semua ini...Untuk meneruskan hidup ini..Untuk mencari noktah resah ini..Untuk keteguhan keputusan ku nanti....Biarlah andai hati aku terluka..Biarlah andai ada juga yg menderita...Tapi aku harap, insan yg selayaknya, mendapat bahagia...walau bahagia itu bukan untuk aku...bukan dari aku...Doa ku......
|

27 April 2004
Dengar Lagu Sambil Makan Pizza ...
Hanya lagu semata-mata tiada yg tersirat mahupun udang disebalik mee...Ish..rasanya aku tak mkn mee semalam....Apa pun..lagu lama ni sekadar untuk bernostalgia.....

Apa Saja

Apa saja untuk mu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja 'kan ku laksana
Permaisuri kau bertakhta di jiwa
Apa saja untuk mu
Ke dasar lautan biru
Bertaruh nyawa andai kau damba mutiara
Di hari lahir mu

Kita menuju gemilang asmara
Tiada cinta setanding kita
Ku rela sehingga ke akhirnya
Tunai segala mimpi mu
Oooo... Ratu ku

Untuk mu kasih
Ku cuba meraih
Bintang di angkasa
Walau tak terdaya kan ku ikhtiar
Untuk mu kasih
Gembira bersedih
Selagi ku bernyawa
Untuk mu kasih
Ku korban apa saja

Apa saja untuk mu
Kan ku ubah cara ku
Jikalah itu yang kau mahu
Apa saja demi kebahgiaan mu

Bukan ku pinta yang luar biasa
Cuma secebis janji setia
Inilah... Lagu cinta kita
Hanya terbaik untuk mu
Selama-lamanya

( Lagu : KRU - Lirik : KRU )



|

26 April 2004
Dari Dia Kita Datang....

Ntah Kenapa Jam 2.15 pagi tanggal 24 April itu aku terjaga...Terjaga saja aku terus mencapai handphone kat sebelah...Dalam masa mata ku yg masih lagi amat payah untuk dibuka, satu kiriman sms membuatkan aku terus terjaga dari mamai...Terkedu aku sebentar...Berita kepulangan mem Un.Ep ke rahmatullah segera aku sebarkan kepada semua no.Gejuis yg ada....Bermula dr itu, lena aku bagaikan merajuk kerana lewat kiriman sms2 yg kuterima dan ku balas....Seawal pagi, panggilan Kak Sri Diah mengejutkan ku setelah lenaku baru sahaja berjaya aku peluk...Perbualan kami ringkas sahaja...Tamat penggilan itu, aku aku tak lagi mampu memejamkan mata.....Terus bangun........
Jam 3.00 petang, aku diiringi oleh hujan renyai-renyai dalam perjalananku ke Masjid KLCC...Spontan aku tersenyum melihatkan jumlah Gejuis yg hadir tidak kalah ramainya...Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil berjalan dengan lancarnya....Secara tidak langsung, majlis ini mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim antara Gejuis disamping mengingatkan sesama kita lumrah alam dan ketentuan-Nya....Al-Fatihah untuk mem Un. Ep...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kumpulan org-org yg soleh dan diredai-Nya....Al-Fatihah....
|

22 April 2004



|
http://us.f404.mail.yahoo.com/ym/us/ShowLetter?box=Inbox&MsgId=6375_5147769_2806_3323_95662_0_25088_131830_165527054&bodyPart=2.2.2.2.2&YY=6731&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b
|
(International Tropical Timber Organisation)
ITTO CONFERENCE Part 1.....


Ahad, 11/4/2004.....
Ari ni aku terpaksa batalkan rancangan aku nak gi umah Taro sempena Majlis Persandingan dia Lin. Lin tu dulu x-roommate aku...Bila dia dah dapat roommate baru dia tinggalkan aku...Ish! Ish! Ish!....Terpaksa aku batalkan rancangan tu sebab aku kena standby kat Hotel Renaissance pasal ari ada dah ketibaan-ketibaan dari luar negara. Nak jadi citer..ada sorang mamat tu dr Liberia...dia boleh travel dgn hanya 10 dollar jer dlm poket dia. Dia ingat sumernya ITTO support dia boleh plak buat gitu. Nasib baik ler kitaorg ada kat situ...boleh ler jugak kitaorg tolong arrangekan check in hotel dgn tolong bayar sekali tambang teksi dia tu..kok teksi biasa tak per...siap naik Perdana lagi.....Keje yg selebihnya kitaorg duduk dan duduk dan duduk...macam ni rupanya keje standby...Nasib baik ada Dato' F yg baik ati belanja kitaorg makan.Dia suh kitaorg makan dan bil pakai no bilik dia. Dia gi dinner dgn samurai2 dr Jepun tu ntah kat mana, kitaorg makan kat New World tu dgn senang lenangnya...Best-best....Balik malam tu Jay jemput....Alamak..dia bawak gi mkn lagi...Kali ni Char Kuew Teow plak....pasal dia dah baik ati bawak aku gi Bangsar tu...aku pun jamahlah sekadarnya...Kenyang gilerrrrr......

|
Lama Gilos....
Aku tahu lama gilos aku dah tak buat new entry kat ngko....Aku tahu ko windu kat aku....aku pun windu kat ngko...Aku bukan tak nak buat entry, tapi aku busy..tersangatlah busy...Seminggu tak jumpa ko aku rasa kehilangan yg teramat sgt...Jangan ko kata aku lupa kat ko...Tak! Aku tak lupa..Walau aku busy macam mana pon aku tetap jugak ingat kat ngko...Bak kata org, tido tak basah (uish..mana ada kau tido basah2 ni..), Makan tak lena, Mandi tak kenyang.....Eh, betul ker aku ckp ni?...Apa-apa jer laaa eeekkk... Ko merajuk ker aku tak jumpa ko lelama ni?...Alaaa...ngko jgnlah majuk eekkk...Meh sini aku pujuk...Kalau ko windu dgn entry aku, aku pon windu gak nak tulis entry untuk ko...ada masa nanti aku tulis pepanjang untuk ko eeekkk...Cayang ngko....
Ko cayang aku tak?....Aku tahu ko mesti cayang aku punya....Kan Blog kan?...Betul tak Blog?....Betul lah tu....

"Aku Chenta PadaMu Blog...."

Yang Benar,
MushroomCute...
|

08 April 2004
Lagu Minggu Ni....

Ntah napa bila kali pertama aku dengar lagu ni kat PC jiran sebelah bilik opis aku...aku terus suka...Tapi yg aku dengar ni versi Liza Hanim...Versi asal nyanyian Habibah Yaakob....Agaknya tu salah satu sebab aku suka,pasal aku ada jugak minat sikit kat sora minah sowang ni.....Bukan pasal aku sesedih ker atau tu luahan perasaan aku...Itu bukan point utamanya...itu cuma terkena secara kebetulan...Bonus ler kata kawan baik aku tu...Lagi satu sebab mungkin aku mmg suka nyanyi lagu-lagu jenis gitu...Yang mendayu-dayu...Mudah sikit aku nak nyanyi dan tarik sora...Hasil dari terpikatnya aku kat lagu tu..Siang mlm pagi petang tak kira di mana jua mulut aku asyik dok nyanyi lagu tu....Ada masa sora aku slow jer...Ada masa dan mood baik..aku nyanyi ler sepuas hati....Hehehhaha..Satu opis pun dah tahu perangai aku ni...Kalo aku tak der sunyi ler opis aku ni...
Hari ni aku saja nak letak lirik lagu tu kat sini...Kebetulan semalam ada ler sorang cyber kawan aku tu kata lagu ni lagu nostalgia dia...Dan aku pasti bukan dia sowang yg rasa mcm tu dgn lagu ni....Untuk kengkawan aku yg rerasa nak bernostalgia hari ni....Aku persembahkan.....

Malam Ini Kita Berpisah....
Malam ini kita berpisah
Rasa hati resah gelisah
Pulanglah kanda wahai pujaan
Tinggallah dinda keseorangan
Selamat Jalan

( korus 1 )
Mengapa kita berjumpa
Bercinta dan putus pula
Mengapa kita berjumpa
Bercinta dan putus pula
Kalau dah nasib
Apa nak di kata

Pulanglah kanda wahai pujaan
Tinggallah dinda keseorangan
Selamat jalan

( korus 2 )
Hatiku sudah berdarah
Asmara hancur dan musnah
Hatiku sudah berdarah
Asmara hancur dan musnah
Kalau dah nasib
Apa nak di kata

Pulanglah kanda wahai pujaan
Tinggallah dinda keseorangan
Pulanglah kanda wahai pujaan
Tinggallah dinda keseorangan
Selamat jalan...


Amacam...nostalgia sudah mari....?
Selamat Bernostalgia.......
|

07 April 2004
Lawak Ari Ni....

1. If u need ADVICE, MSG ME,
If u need DARLING, CALL ME,
If u need HELP, E-MAIL ME,
IF U NEED MONEY, Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami,
T.Kasih.

2. An angry china man entered a shop and shouted: Where's my free gift
with this cooking oil?
Shopkeeper: What free gift??
China man: Oi, here got put "Cholesterol FREE!"

3. Chinaman saw accident.
He call police but dunno English,
He said 1 car come, 1 car go,
1 car bo brake, 1 car bo stop
2 car ping, ping, piang, piang.
Please call e or e or. Thank you.

Bintang-bintang bertaburan...

Bintang-bintang yg aku maksudkan tu adalah bintang-bintang yg ber e-jurnal...
Yang ada jurnal online...tak kira lah blogspot ker blogdrive ker...diaryland ker...apa-apa ker...
Kalau aku guna search engine jer..mesti result yg kuar tu kebanyakkannya adalah senarai drpd e-jurnal bintang-bintang ni...Secara outomatiknya pencarian aku tidak ler betul2 berjaya...ia membuatkan aku tersinggah jap kat mana2 blog yg menarik...Membuatkan aku terpaksa menukar-nukar semula keywood pencarian aku sehinggalah aku dapat yg aku hajati....Agaknya dah baper juta bintang aaaaa...?Bertaburan di sana-sini...Aku terbangga ler kejap pasal aku rasa aku dah jadi salah sorang dr bintang-bintang tu..Tapi bila ia mendatangkan kesulitan pada aku mcm ni....Aku rasa dah ada bintang-bintang plak pusing-pusing atas pala aku ni...Ada bintang-bintang yg tengah melantun-lantun dalam dada aku ni...Uish...Ini citer bintang.....







|
Jadual Waktu MushroomCute.....

Uish...aku terasa bahang kesibukkan bulan April ni..Sibuknya keje aku...tapi kebanyakkannya bukanlah termasuk dlm senarai tugas utama...cuma kerja-kerja tambahan yg perlu diutamankan..Tapi yg bestnya, sibuk mcm ner pun keje aku ni hanya takat dlm waktu keje jer..Lepas jer jam 4.45 ptg kehidupan aku kembali seperti biasa....So, minggu depan aku rasa aku tak sempat nak update blog, lawat-lawat blog, chatting, jenguk forum, dan segala yg berkaitan dengan internet...Kalau ada hal penting tepon jer laaa..tak pun SMS..Tak pun bg jer laaa offline mesej Yahoo Messenger..Email pun leh...Tapi aku tak janji aku dpt check secepat mungkin...

Esok 7 April 2004 - Survey tempat Modul Khidmat Negara di Bukit Nenas.
12 April 2004 - Prepare Modul Khidmat Negara di Bukit Nenas..
13-14 April 2004 - Kursus di LGM
15-16 April 2004 - Prepare Modul Khidmat Negara di Bukit Nenas...
15-17 April 2004 - Urusetia Seminar ITTO (ini mungkin terpaksa aku tolak aaaa)
17 April 2004 - Jalan-jalan dalam air....
20-21 April 2004 - Modul Khidmat Negara di Bukit Nenas...
24 April 2004 - Urusetia Seminar IRIM..( tak pasti lagi )
Lepas tu............. - Aku ingat nak outstation gi Kedah le plak....

Bila kuar-kuar macam ni aku seronok...Jadi semangat sikit nak keje...Kalau aku dok memrap jer kat opis aku bosan aaaa...Aku jadi malas...Pesallah aku malas... Susah betul nak start wat keje..Nak bukak fail pon nak kena ada mood...Bila dah habis waktu keje dan keje tak siap lagi tahu plak menyesal...Bila nak lelap mata, pandai plak berazam nak siapkan keje esok...Bila dah tiba esok keje tak siap jugak....Aku yg pemalas...........Banyak sgt Vitamin M dlm badan...Overdose lah plak....Ni nak kena mkn Vitamin R plak....

|

05 April 2004
My Weekend....

Start dr Jumaat mlm Sabtu....petang tu time aku kuar opis langit cerah jer..So, aku tak der ler bawak payung...mmg aku malas nak bawak payung..dah ler payung jenis tongkat tu...Sikit punyalah aku tension..(sikit jer laaaa), sampai kat LRT Bandar Tasik Selatan...(aku tumpang Kak Rin sampai sana)..Hujan tu turun punyalah lebat...Bapak punya lebat ler katakan...Nasib baik ada payung kak Rin...Tapi lah kan...payung dia cuma kecik sikit jer dr payung pasal mlm....Korang bayangkan jer la...kalau payung tu pun dah nak sama tinggi dgn aku...Nasib baik ada payung..Alhamdulillah...Selamat jugak aku sampai dalam ribut tak taufan tu....Tengah aku lepak2...ada plak member aku tepon.."Jom mkn...."..Uish..rezeki jgn ditolak...Aku jom ajer...Dapat gak aku mkn mee goreng basah idaman aku tu....punya lah lama lelepak dan beborak kat kedai mkn tu sampai bergelas-gelas air aku habiskan...nasib baik aku tak mabuk air...

Sabtu aku...
Asalnya rancangan aku untuk ari ni mmg full....Tapi start dr pagi jer dah tergendala...Asalnya aku nak gi jogging pagi ni...Tapi perut aku meragam...Tengah tido baper kali aku terjaga terpaksa gi toilet...pesallah perut ni...Last-last aku jogging atas katil jer laaa....Aku bangun balik jam 10.00 pg...memandi dan lelepak..Asal nak gi HUKM pun tergendala pasal tetiba hujan lebat semacam...Last-last aku dan Azie main game...seronok main game ni dgn org yg tengah excited nak main...Aku layan jer laaaa...bertukar-tukar cd...sampai ler ker petang...Biler hujan reda..kitorg berangkat gi Pasar Malam Jalan TAR...Ish...Kitorg berdua tengah lapar gilos ni pasal tak mkn lg dr pagi..Sebelum kitorg shopping sakan baik kitaorg mkn dulu...Kata org jgn shopping time lapar..nafsu nak mkn dan membeli tu tahap maksima...Lepas makan, habis ler satu Jalan Tar dan Jalan Masjid India kitorg round....Dalam kenyang-kenyang tu penuh jugak ler tangan bimbit beg plastik...
Lepas dah mandi dan makan2 tetiba ada SMS plak masuk..."Jom minum kat restoran bawah ni"...uish..jauhnya diorg dtg minum...45 minit perjalanan dr rumah diorg tu..Apa kat sana tak der kedai ker?...AHeheheh..tapi tu sumer aku ckp dlm ati jer...aku tetap gak turun..Bukan nak mimun sgt, tapi cuma nak lelepak dan borak2..leh jugak aku ilangkan boring dan buat-buat tak ingat kat dia...Aku rasa mesti dia tengah beraktiviti sakan dgn memember dia...tak kisah ler asal dia gumbira...aku pun kenalah gumbirakan diri aku sendiri...Hehhehahha..Lepas minum-minum..kitaorg gi jejalan kat Tasik Titiwangsa plak...Lepak-lepak tengok org yg masih ramai lg kat tasik tu...Mmg org KL ni pelik ler...Ada ker mak bapak org tu bawak anak diorg gi playground memalam buta...Kalau kul 8 ker ok lagi..ni dah nak dekat kul 1 pagi...ish ish ish!!!!....Sampai umah aku terus tido....Sambil peluk teddy putih kesayangan aku tu aku masih lg dok teringat kat dia...Semoga dia happy....

Ahad ler plak...
Ahad...apa yg aku buat semalam eeekkk?...Meh aku mula dr belakang...Mlm td aku tido kul 3 pagi...ngantuk oooo gi opis..nasib baik aku leh tido kat opis..Balik jam 3 pagi pasal layan member aku borak...Sebelum tu kitaorg lepak kat Bukit Ampang...Tengok pemandangan KL pepagi buta..Ramai lg org kat situ...Adalah beberapa keta 'rosak' kat tetepi tu...sebelum naik bukit tu kitaorg baru lepas antar kawan sorg ni balik umah...Sebelum tu diorg amik aku kat umah...Sebelum aku kuar dgn diorg tu..aku baru balik dr pasar malam dgn famili aku dan azie...Sebelum gi pasar mlm kitorg gi rumah kak Nina antar angah yg kena jaga Kent untuk seminggu...Meh aku citer sapa Kent tu...Kent tu anak cousin aku yg baru berumur 3 bulan..Mak dia namakan dia Mohd. Azmi Kenneth...Kenneth tu pasal nak kan nama Kent..nak sama nama dgn Superman...Hehhhhaha...ada ka mcm tu....
Berbalik pada ulang tayang aktiviti aku td...Sebelum sampai rumah Kak Nina..kitaorg gi shopping kat 'Kar-4'...Yg bestnya aku dapt beli teh bunga ros mix dengan papermint...Best wwwoooo.....Mahal tul...30gm RM12.00...nasib baik ayah aku yg bayar...Hehehhahahha...mak aku pun tak pernah minum teh mahal mcm tu.....
Sebelum mak ayah aku amik aku kat umah...Kitaorg tengah makan-makan..Petang tu Kak Pah dgn Azie masak..aku busy dok jahit langsir pintu dapur...Seronoknya dapat siapkan langsir tu..Jahit pakai tangan tu, jgn memain...Tengah-tengah jahit tu dok teringat plak time aku jahitkan langsir sorg member baik aku tu...Aku hadiahkan set langsir tu time besday dia...apalah yg aku nak bg dia tahun ni eeekkkk...budget tak der laaaaa....
Sebelum menjahit tu, aku dok main game lagi...Kali ni aku main sengsorg..main game The Sims Hospital....Azie jd tukang tengok pasal dia kata seronok tengok aku main game tu...Pastu memanjang mulut dia tak berhenti cakap...." Sapalah yg reka game ni eekkk..Boleh complete mcm ni..."..
Aku pun senyum jer laaaa...Dan aktiviti terawal aku hari ni ialah bangun jam 10.00 pagi..bebangun tido jer dok teringat kat kawan baik aku sorg tu....Pastu untuk mengatasi ingatan aku yg kuat kat dia aku tepon kengkawan aku...Kalau aku tak tepon org lain nanti aku asyik tepon dia jer..mesti dia boring tahap cipan kat aku karang..hehehhahha....
Tulah citer hujung minggu aku...Korang paham tak apa yg aku citer ni?....Ha..Tak paham?...Aku pun tak paham!!!!! Hehhehahhahahhaheheh...
|

02 April 2004
Betullahhhhh
Betullah aku dah leh senyum balik...Aku ucapkan beribu-ribu lemon timer kasih kat kengkawan yg bg semangat dan nasihat untuk aku ceria dan senyum semula..Aku pun pelik gak..dlm masa yg singkat aku dah ok..agaknya ilmu memblok pikiran yg kawan baik aku ajar tu menjadi kot...Million thanks for u..mwah!!!!...Aku dah tak pikir sgt yg sedih-sedih tu...Aku dah simpan dlm batu blok..HEhehehe...Okieslah...Untuk korang yg sayang kat aku tu aku hadiahkan senyuman-senyuman aku hari ni...Senyuman ni sumer real tau..Istimewa kat kawan baik aku yg turunkan ilmu blok memblok tu....Cayang Korang.....

Cayang Teddy Panda Aku


Cayang Korang...


Pose Special untuk Korang

Tak Leh lelebih....Nak tengok pose aku yg lain..gi explore Album aku tuuuuuuu......
|

01 April 2004
Tak Kisah

Aku nak jadi seperti lagu ni....Apa pun tak kisah...Yes...aku akan cuba...Tak dapat jadi 100%, dapat jadi 10% pun jadilah....

Tak Kisah

Aku pun tak kisah
Apa pun ku tak mungkin resah
Melayarkan bahtera cita
Impianku kan menjadi nyata

Berkatalah di dalam hati
Mendung takkan sampai ke petang
Suka duka silih berganti
Mengajarku erti dewasa

Berlari di dalam gerimis
Menuju ke kaki pelangi
Di situ menanti
Kasih yang abadi
Dan sehati ooo...

Berlari di dalam gerimis
Menuju ke kaki pelangi
Biar onak duri
Aku tak peduli
Terus mencari

Apa mungkin engkau mengerti
Yang terjadi telah terjadi
Usah gusar, hati-hati
Usah resah, bersendiri
Aku masih ada di sini

Apa mungkin bisa mengerti
Yang terjadi tetap terjadi
Usah gentar, tabah hati
Usah gentar, tekal diri
Kita pasti teguh berdiri

Aku pun tak kisah
Jika malamku tak bermimpi
Biar saja jadi realiti
Apa yang ada kusyukuri
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)