Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


31 May 2004
Tank Q....

Thank You pren...Thank You Tipah pasal belanja makan kat Mali...Meraikan merdeka dr musim peksa eeekkk...Tipah punya pasal aku sanggup redah banjir separat lutut dr umah nak ke Lrt..Hehehe..biasa dah tu...Nasib baiklah air tak naik mcm ari tu..Tenggelam sumer keta..alamatnya mmg aku tak dpt kuar umah laaa...Dok aja kat tingkat 4 tu...Oleh kerana meredah banjir sambil meredah hujan gerimis ( bukan meredah hujan blog si Abrar aaa)...aku tersampai lewat sikit dr masa yg dijangkakan..Sorry to Zhoulsz kerana menyebabkan ko sampai lewat kat Mali...Tak dpt jumpa Kak Donna n da kids...Aku pun terkilan gak...Apa pun timer kasih sbb tolong amik kat Lrt tu dalm hujan yg lebat gilos...
Makan char kuew teow Mali...best jugak..tapi masih tak dapat lawan kat Bandar Tasik Permaisuri nyer char kuew teow..Best maaaaa......
Makan dan borak sikit2 pastu balik...Balik aku ikut Nida...Teman Nida sampai Ulu Langat..pastu dia hntr aku balik..mujur banjir dah surut..kalo tak keta Nida leh transform jadi motobot...hehehe....
Apa pon.. thank sumer...Zhoulsz yg tolong amik kat Lrt, Tipah yg belanja, Nida yg tolong hantar balik...Cayang Korang....

p/s: sms lewat mlm buat aku tersenyum semula...Aku ingatkan dia tak ingat dah nak antar sms gitu kat aku...





|

29 May 2004
Semalam, Hari Ini dan Esok

Semalam...
Semalam lepas keje aku balik umah mak..Ni first time aku balik umah mak time2 hari keje..Selalu kalau esok cuti baru aku balik..Ni sumer kes nak angkut adik2 aku tu gi opis pastu nak bawak diorg gi Pesta Buku esok..Malam aku ajak satu keluarga gi makan2 kat Restoran Cherana...Puas hati aku dapat belanja diorg mkn best2..dan aku nampak sumer enjoy jer mkn kat situ..Sambil-sambil tengok air terjun, dengar live band, Makan-makan..Tetengah relax2 tu tetiba rasa restoran tu bergegar...Panahan petir tu aku rasa menyambar kat mana-mana bahagian restoran tu sampai gulap gulita dibuatnya..Keadaan kecoh sekejap..Black-out..Dari sok sek sok sek meja belakang kitorg, aku dengar singer yg tengah nyanyi masa panahan petis tu terkena renjatan elektrik sikit..Pasa masa tu dia tengah pegang microfon..Bila keadaan dah ok balik..Dia pon sambung nyanyi balik..Aku tergelak kecil..Tak serik-serik rupanya minah tu...Hehehe..Dah keje dia kan..
Bila mak ayah aku tahu baper bil makan-makan td, mak ayah aku bising sikit aaa..Diorg kata lepas ni jgn buat gini lagi, bawak gi mkn2 kat tempat-tempat gini..Kalau nak makan-makan duit tu beli lauk kat pasar, dapat macam-macam dan boleh penuh satu peti ais..Aku sengih jer..hehehe

Hari ni...
Hari ni aku angkut adik aku dua org tu gi opis...Lepas keje aku nak bawak diorg gi Pesta Buku PWTC...Sebelum tu, gi The Mall...Aku ingat nak bawak diorg lunch kat Pizza Hut..Aku ajak Nida join sekali..Sementara tu tunggu Kak Indah ngan Kak Nina sampai..Hajat di hati lepas gi Pesta Buku tu nak bawak diorg gi tengok Shrek 2 kat KLCC..Sekali mlm tadi aku nak book online..tiket yg tinggal hanya tayangan pukul 11.25 malam..Haaaa?..Biar betul tiket habis?..Kenalah cari alternatif lain nanti...Harap-harap diorg akan happy hari ni...Kak Sri Diah..here I come...
Malam ni adik-adik aku akan tido kat rumah aku...

Esok...
Esok...mak ayah aku akan dtg jemput adik-adik aku berdua tu balik rumah..Sebelum tu cadang nak gi Jualan Kilang Baju bebudak kat Taman Shamelin..dengarnya murah-murah gilos..Baju mak bapak budak pon ada..Hajat hati nak belikan baju adik2 aku tu dan baju 'abg'..First time nak belikan baju dia...Mak aku pon yg beria-ia nak gi sana pasal jiran dia yg bgth kat situ murah2 dan sale tu habis hari ni...Tengoklah nanti...Patang dan malam tak der planning lagi..Lepak kat umah basuh baju jer laaa...
|

26 May 2004
Pulangkan

Seharum bunga
Yang menggoda
Sekadar dipandang
Usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan
Untukmu Sayang....

Tiada kusangka
Kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya
Yang kau dendam
Namun tak kan bahagia
Kehidupanmu
Bila bunyi bersatu
Kau milikku

Pulangkan
Cinta hatiku

Oh hentikan
Menghantuiku

Pulangkan
Oh pulangkan padaku

Ku pulangkan
Kesan hidupmu

Yang dikau musnah
Tanpa relaku

Bebaskanlah
Maafkan daku oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hatiku ini
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
Sayang.....



Aku sure korang musti kenal dah dengan lagu ni..Kat mana-mana pon ada dimainkan kat radio atau dah pon jadi siulan ramai..Aku pon minat gak lagu ni...Selalu aku nyanyi-nyanyi lagu ni..Kat umah kat opis kat mana-mana jer laaa...Kalau tak kerana minat, tak kan kitaorg (Tipah, Nida, Langsat dan aku) sanggup tunggu dlm keta kat parking Istana Budaya semata-mata nak dengar lagu ni...Lagu ni romantik nadanya sebenarnya...Tapi disebabkan dah dijadikan lagu tema citer seram..'Pontianak Harum Sundal Malam' maka outomatiknya lagu ni jadi lagu seram....Bertambahlah lagi keseramannya bila ada insan misteri yg bagi lagu ni kat aku...Uish...Suspen aku aaaa...
Isnin aritu, balik dr lunch dgn kak Zareda dan Nida, aku terpaku kejap bila ada sehelai kertas yang dihias cantik dengan gambar-gambar dedaun dan pemandangan membingkai barisan lirik lagu Pulangkan terletak elok atas meja aku...Gelabah aku sekejap.."Sapa masuk bilik aku ni?"." Siapa bagi lagu ni?"...Dah lah lagu seram..dapat plak dgn cara cenggini..Tak der nama tak der tanda...HuhUhUhuhuhuHU...Sapa bagi lagu ni wwwwoooo!!!!!.. Suspen aku aaaaa
|

24 May 2004
Minggu KesenianKu

'Lorong Ke Neraka'

Memang aku minat..minat dgn benda-benda seni ni...Tak kiralah apa jenis seni pon..Seni muzik, seni tari, seni drama, seni mempertahankan diri, seni lukis malah Pendidikan Seni di sekolah pon aku minat...
Khamis (20/5/2004) aritu gi tengok teater "Lorong Ke Neraka"...Best! Memang best..Ada member aku cakap aku bagus pasal tak serik..Yerlah..pengalaman pertama aku tengok teater.."Dia Yang Sepi" mmg hampehs..Sepi sesungguhnya sepi citer tu...Tapi disebabkan aku minat seni..aku amik gak risiko ni gi tengok 2nd time plak..Tak sesia..Satu panggung gamat dengan gelak tawa..Dalam ketawa-ketawa tu, terselit pengajaran yg menyayat hati..Actually aku fobia dgn org tengking-tengking, marah-marah ni...Alamatnya sora tu akan tergiang-gianglah kat pala otak aku ni sampai baper hari..Sesilap hari bulan aku fobia sungguh nak jumpa org tu. Pasal tu lepas kuar dr panggung dan terserempak dgn 'Ghani'...aku rasa takut tul tengok dia..Terbayang-bayang jer sora-sora dan babak lakonan dia di atas pentas..Apapun, dia berjaya sebenarnya..berjaya menghidupkan wataknya..Untuk korang-korang yg tak gi tengok lagi tu...Jgn berlengah lagi..Malam ni malam last tau...Pergilah cepat!!!!..

'Saturday Night Fever'

Tak! Aku tak demam Sabtu ari tu..Aku demam ari Jumaat jer sampai aku kenselkan rancangan aku nak tengok 'Shrek 2' ptg Jumaat tu dgn Langsat/Cikedis....Ari Sabtu tu aku ok dah..Aku pastikan aku sihat dan kuat pasal aku nak gi tengok 'Saturday Night Fever' dgn Nida,Tipah dan Lin...Best tu mmg best..Tak nyesal aku kensel gi Pelancaran Citrawarna untuk gi Istana Budaya..Jalan citer dan suasana ala-ala 70an mmg meriah...Aku yg tak penah masuk disko ni pun secara tak langsung dapat pengalaman masuk disko hanya dengan menonton citer ni..Tarian-tariannya mmg best..Ada yg boleh dikatakan unik...
Masa nak kuar dr Istana Budaya, aku ckp dgn Nida.."Timer kasih Nida..Kalau tak kerana ko tak dpt bergambr dgn Dato'Shahrizat".. heheheheh...Tu kira bonus aaaa Nida...Kalau dah citer best..tambah dgn bonus..lagi lah best...Thank You Madu Lebah...

'Shrek 2'

Aku pujuk gak J gi tengok Shrek 2..aku teruja betul nak gi tengok citer katun ni...dr iklan jer dah nampak best..apatah lagi lepas Tipah bg 2 thumb kat citer ni...Akhirnya pujukan aku berjaya..Bukan dia saja..dgn Abg Z dan Kak E pon terjebak sekali...Kelakar..Mg kelakar..sesapa yg rasa dah tensen sgt dan ada masalah nak buat diri korang bergelak ketawa, pegilah tengok citer tu..Korang mesti sakan gelak punyalah..Kecualilah kalau urat geli-geli korang dah terputus...Love Story seorg gergasi..(yer ker seorg?bukan seekor ker) dgn seorg puteri.. Puteri tu, walau ada peluang untuk bertukar semula ke bentuk asal yg cantik molek dan dapat seorg suami yg hensem gilos, sanggup lepaskan peluang tu untuk bersama semula dgn suami yg dicintainya dan yg dikahwininya iaitu seorg gergasi bernama Shrek...How Sweet.........
Pengajarannya.....Korang pikir sendiri aaaaaaa.....
p/s..Akhir citer..Ler, rupanya bapak Puteri Fiona tu seekor katak...HEheheheh
|

21 May 2004
Btn oh Btn...

Khamis sampai Isnin aku kat Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau..Cantik, mmg tempat tu cantik. Org kata tu kem yg tercantik diantara kem-kem BTN yg lain..Maun tak cantiknya..Dok tetengah hutan..kiri kanan gunung ganang...Tetengah kem ada sungai mengalir...Beburung dan unggas berterbangan..Mana tak kagumnya aku bila kitorg tengah berbaris pepagi tu ada burung enggang terbang melintas...Fuhoooo...
Yg tak bestnya pengisiannya..tak pernah aku dok tido jer sepanjang kursus...Time tido aku tido..time tazkirah aku tido..time ceramah aku tido..time latihan dlm kumpulan aku tido...mana tak tidonya..sumernya berkaitan dgn menda2 yg aku tak baper minat...Politik..bukan tak elok pendedahan tu..tapi sebab jiwa raga aku tak baper ngam sgt dgn topik tu..Tapi mmg ada menda yg aku tak setuju..bayangkanlah kalau 2 jam perbentangan kertas keje tu dia dok bentangkan statistik pilihanraya dr pilihanraya pertama sampai yg terlatest sekali...mana tak pusing2 biji mata aku tengok nombor2 tu..ish ish sish...hasilnya..beberapa ahli kumpulan aku tido sampai terlentok2 begitu jugak dgn kumpulan yg lain2....kalau ler aku tahu gini aku maleh nak gi BTN ni..nasib jer ni syarat kenaiakan tangga gaji,kalau sesaja dak ler aku gi...
Tak dapt aku bayangkan betapa sonoknya aku bila dapat kuar dr kem tu..dapat dengar radio..dapat tengok bandar..dapat jejalan..fuhhh lega betul rasanya...
|

13 May 2004
Selamat Pagi Iba Rory!!!!

Anak pompuan : Selamat Pagi Iba Rory!!
Ibu: Pepagi lg dah Iba Rory. Ada apa-apa ker?
Anak pompuan : Pagi ni Ina (aku lupa nama dia laaaa) ada temujanji istimewa. Kalau pakai kasut Iba Rory tentu cantikkan bu..
Ibu: Tentulah dgn Iba Rory!

Suami: Yang, hari ni abg ada mesyuarat penting. Kalau abg pakai kasut Iba Rory tu tentu dpt kontrak tu nanti.
Isteri: Tentulah dengan Iba Rory!

Anak lelaki: Ibu, hari ni Am ada ujian lah bu. Kalau Am pakai kasut tu tentulah senang sikit kan bu.
Ibu: Tentulah dengan Iba Rory!


Ni salah satu iklan kasut yg aku tak baper pasni nama dia sebenarnya yg aku kira ada lapan belas ratus kali dimainkan kat salah satu stesen radio yg pemes dalam sehari...Dan sebenarnya aku naik jelak dgr iklan tu..apatah lagi sora si ibu...Ntah apa yg excited sgt dgn kasut tu pon aku tak tahu...Tu bukan masalah besarnya...kalau korg perati bebtul dialog tu korg perasan tak, ada dialog2 yg sebenarnya boleh mengelirukan dan agaknya mampu menggoyahkan akidah...( fuhh mcm ustazah plak). Cuba amati dialog si suami dan si anak lelaki...Ada ker pakai kasut tu konpom boleh dpt kontrak dan memudahkan ujian...Apa maksudnya tu?...Pakai kasut tu boleh buat ujian tu senang sikit?....Katakanlah ada bebudak yg terpengaruh....

Anak: Mak, nak beli kasut Iba Rory tu..
Mak: Kenapa plak nak kasut tu?
Anak: Dalam radio tu kata pakai kasut tu senang sikit nak buat ujian...

Kalau jadi gitu mcm ner? Kalau dah besar pnjg mcm kita ni tak per jugak...Boleh pikir dah...Kalau kena tang bebudak yg tak baper reti nak pikir tu mcm ner? Tak ker dah terselit dlm pikiran diorg kasut tu boleh memudahkan...Apa kena mengena kasut dgn ujian tu? Apa kena mengena kasut dgn nak dapatkan kontrak tu?...Kalau kata pakai kasut tu lebih berkeyakinan dan lebih nampak cantik tak per jugak...Korang pikir sendiri laaa...Apa yg aku luahkan ni adalah dari pemahaman aku saja...
|

12 May 2004
BTN OH PKN.....

Bunyi cam sama jer tapi beza...dedua aku terlibat..sekarang keduanya bertembung..dua program dalam masa yg sama..dan aku terpaksa memilih antara dua..tentulah aku terpaksa pilih BTN pasal tu berkait dgn masa depan keje aku...PKN tu terpaksa aku tarik diri untuk bulan ni..Si Fadly ganti aku..Bior dia plak rasa ngajor bebudak tu..Biar dia rasa susah tak susah nak kawal dan jawab soklan2 power dr bebudak tu..Untuk pengetahuan ko fadly, diorg tu sebelum ni dah training dlm hutan..so, diorg ada basic sesikit pasal hutan..Takat kacip fatimah dgn tongkat ali tu tok sah ko tipu laaa..sesilap diorg lagi kenal pokok tu dr kita..

BTN...esok pagi aku akan bertolak ke ULU SEPRI..kat mana tu?..Kat corok Rembau sana tu haaaa...boring aaaa, BTN time sekolah kat situ, dah keje pon kena campak tang tu jugak...Tempatnya mmg lah best..macam pusat peranginan..ada plak sungai tetengah kem..cuma aku harap, jgnlah peristiwa terpaksa mandi kat sungai kerana ketiadaan air berulang..dulu budak sekolah..ni dah besar laaaa...Segan wwwooooo!!!!!!!!...
Dah lah kene pakai baju kurung putih saja dan kain hitam..Punyalah aku selongkar cari baju sekolah aku dulu..rupanya mak aku tak bawak time pindah dulu..Kenalah mak aku jahit baju sekolah aku yg baru..Baper tahun dah tak sarung baju sekolah, kerana BTN terpaksa aku buat plak baju tu...HHHHmmmmmmm........Alahai BTN....
Aku akan balik semula kat KL ni hari senin...So, sampai jumpa lagi sumer....Sesungguhnya aku terkilan tak dapat gi KLD...Sesungguhnya...
|

10 May 2004
Dia Yang Sepi........

Persembahan Teater Oleh Akar Gita Estetika
9 Mei 2004, 8.30 malam
Auditorium Tungku Abdul Rahman,MTC Jalan Ampang KL

Dia yang sepi...
Apa kata aku?

Aku rasa aku sepi dah..
Akan tetapi rupanya dia lagi sepi..
Teater itu lagi sepi..
Persembahan itu lagi sepi..
Lagilah aku sepi..

Sepikah mereka?
Penonton yang satu persatu meninggalkan kerusi..
Sepikah mereka?
Bila terpancul perkataan 'Boring' bergema segenap ruang..

Dalam sesepi itu aku musykil..
Kata sang KEKASIH "Kita hentikan saja soal jawab ini.."
Akan tetapi begitu banyaknya persoalan yg ingin ku ajukan..
Tapi pada siapa? Pada dia yang sepi itukah?

Dari mana datangnya ilham merupakan sang SEPI,WAKTU,
LANGIT,SIANG,MALAM,RUANG & SUARA-SUARA?....
Kerna apakah pasangan kekasih itu
dikejar sang penegak undang-undang?
Kerna berkasihkah? Kerna melakarkah?
Mengapa harus terus berlarian
walau KEKASIH berubah menjadi sang DERITA?
Kerna apakah dua insan yang cerdik pandai itu terpenjara?
Motif apakah yg ingin disampai
oleh si pencetus idea dr leretan pemikir sang Banduan?
Mangsa SEPI kah mereka?....
Santunkah aksi Derita dan Penderita Sepi itu
bangga menghembus asap berkepul-kepul?
Lambang apakah sekuntum mawar merah
yg disembunyikan di dalam peti surat itu?

Akan jadi seperti dia kah jika aku terusan sepi begini?


Cerita di luar ruang

Penat weh aku berlari-lari anak sepanjang perjalanan aku dr rumah ke MTC.Punyalah semangat nak tengok teater. Ni pengalaman pertama aku nak tengok teater.Hmm...tapi pengalaman pertama aku...SEPI..Ada Tipah, Nida, NettBiru, Rudy,Zhoulsz dan kawannya yg aku ingat Mat Jan..Heheh.. rambutnya hampir serupa,Aku dan Kak Nor..Sempat jugak aku sampai sebelum start teater..Malah sempat tengok sedikit persembahan tarian. Ruang menonton hampir penuh,membuatkan aku sedikit teruja untuk menonton persembahan ni.Sehingga akhir persembahan, errrghhh...Ntah lah..cuma aku harap aku tak serik nak nonton teater lagi...
Sesi amik gambar mmg meriah. Tambahan muncul plak si Atokz..ntah dr mana aku tak tahu.Kesempatan amik gambar dgn M.Nasir dan Marlia Musa tak kami sia-siakan.
Dalam pada tu, aku dengar soklan dr Marlia.." Ni dari mana?"..
Suara yg aku tak pasti tuannya menjawab " Dari Geng Jurnal"..
Marlia senyap...agaknya terpikir apakah dlm kepalanya?..Tak berminat agaknya dia dgn nama Geng Jurnal tu..?Ataupun sememangnya dia sudah mengetahui hingga tak der apa yg ingin diketahui lagi...
Sesi makan plak berlangsung di Mydina..Agaknya dia adik beradik Mydin kot...Bezanya, Mydin ada macam2 tapi Mydina tak der apa-apa...Hampes..
Elok-elok aku lapar dan seronok nak mkn reramai dengan bebudak ni..
Terus SEPI selera aku tengok menu yg SEPI...
Malam ni mungkin nak gi tengok lagi teater...
"Mati! Atawa Dodadidodi!.."
Jangan minat dan mood aku "mati" dah lerrrrr....
"Tipah, Sms jangan tak sms.."Hehehahhaha,....!!!!
"Zhoulsz, timer kasih antar kitaorg balik...."

|

06 May 2004
Malam Yang Panjang.....

Bila apa yg dihajati tak tercapai,
Apa yg dihasratkan hanya jadi pekasam jiwa...
Bila ingatan pada insan tak putus,
Bila masa gasing fikiran itu tak reti nak berhenti...
Maka, masa itu terasa teramat lambat bergerak...
Malam yg terasa teramat panjang...
Malam yg sepatutnya terasa bagai sedetik cuma bila ditemani lena..
Terasa bagai berabad pula lamanya bila sering terjaga..
Kenapalah begini jadinya..
Selang 10 minit aku terjaga..
Jgnkan hendak bermimpi..lena pun main aci-aci saja..
Rasa macam dah lama tutup mata..
Tapi bila lihat jam, rupanya baru 10 minit berlalu..
Begitulah aku sehingga subuh menjelma...
Malam yg panjang...
Teramat panjang...
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)