Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


25 February 2004
Aku
Seorang...
Tawar..
Tiada manis...
Tiada pahit...
Tawar tanpa penawar...

Senyap...
Tinggal sebuah tanda tanya..
Buat aku keliru..
Jgn hingga aku terhenti berfikir
Tentang dirimu..




|

20 February 2004
Memang aku tak sempat...tak sempat langsung nak update blog kesayangan aku ni....aku ni dihambat kerja yg tak sudah....susah pasal aku perlu cari mood nak buat keje...ish...aku busy ler jugak....
Nanti ler lenkali aku posting entry baru.....Lepas aku balik dr kampung...petang ni aku akan terus balik umah mak kat cheras dan terus balik kg Batu Pahat....
Oh yer...buat teteman yg tak jemu2 intai entry baru aku tu...timer kasih bebanyak...mmg aku hargai sesangat ingatan korang....Luv U All........
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.......SEMOGA LEBIH BAHAGIA DAN DIMURAHKAN REZEKI....Pada yg bujang tu semoga berteman...Pada yg berteman semoga cecepat naik ke jinjang pelamin....pada yg dah naik ke jinjang pelamin tu semoga cepat dapat cahaya mata....pada yg dah ada tu..semoga cecepat ler bertambah cahayanya...semoga lebih berseri-seri rumahtangga....Hehhehhahhahehah!!!!!!!!
|

16 February 2004
Nilai Sebuah Terima Kasih
Kenapa aku suka ucap terima kasih?...Kerana itu adalah tanda penghargaan aku pada seseorang tu. Sebenarnya ilham untuk menulis ni aku dapat dr seorang teman yg menegah aku ucap Terima Kasih atas kesudian dia meluangkan masa berjumpa dgn ku....Tak...aku tak anggap mcm yg dia cakapkan...Aku tak anggap pun mcm dia menawarkan sebuah perkhidmatan.. Mengertilah..ia adalah sebuah penghargaan...Penghargaan yg yg tak mampu aku nilaikan...Bersesuaian dgn keadaan dan batasan yg ada...aku rasa itu sajalah yg sesuai untuk aku nyatakan rasa penghargaan tu...Kalau pasangan suami isteri mungkin aku mampu beri sebuah ciuman (di pipi tau!!!) sebagai sebuah penghargaan tanpa ucapan. Tapi aku tak mampu...Jika aku tukarkan ucapan Terima Kasih tu dengan sebuah senyuman...dia akan faham ker?...Mungkin yer mungkin tidak...Jika Terima Kasihku buat dia berkecil hati...maka sebuah kemaafan pula yg aku mohon..Aku dah biasa...sudah terbiasa dgn Terima Kasih tu...
p/s: Kerana dah biasa...aku selalu juga terucap Terima Kasih kat mesin ATM....Pastu aku tergelak sikit...hehehhahha!!!
|
Sabtu
Pagi aku start dengan kalut...
Ni sumer gara-gara pakaian yg tak sesuai dgn aktiviti yg dirancang serta body aku..
Aku ada bbrp aktiviti hari ni..Dan aku nak pakai pakaian yg boleh sesuai dgn sumer aktiviti..
Bab office tak der masalah sgt pasal hari ni hari Sabtu...Bab majlis lepas keje dan agenda petang tu yg susah nak sesuaikan. Majlis tu sesuai pakai baju kurung dan sewaktu dgnnya...Tapi org yg aku nak jumpa petang tu tak baper suker kuar dgn kalau aku pakai baju kurung plak. Itu seingat akulah..tak tahulah plak kalau dia dah jadi suker pompuan pakai baju kurung plak..Last-last aku pakai blause dan suar 'selek'.....Sah-sah Majlis nanti aku akan jd alien...
Lepas keje aku tumpang Kak Rin ke tmpat yg dijanjikan untuk berjempa Kak Noi..Pastu tuan majlis dtg amik...sian dia...busy2 pun kena lak amik kitaorg. Sampai umah dia, org dah ramai..Dan..aku transform jadi alien...Kebetulan aku dah janji nak jumpa org dan setelah bagi hadiah dan ucap tahniah kat tuan majlis aku mintak diri. Kak Noi pun nak ikut aku. Tak moh tinggal. Ok gak tu...Aku bawak kak Noi dan tenteranya jejalan kat KLCC..Kebetulan org yg nak jumpa aku tu tunda agenda kami ke petang sikit...So, ada masa untuk aku dan kak Noi beramah mesra lepas rindu sikit. Memakan dan lelepak kat Kinokuniya. Aku tak baca apa-apa...aku leka layan Azib ngan Anis. Aku seronok tengok diorg seronok membaca. Kalau ada byk masa lg nak aja aku bawak kat tempat lain yg best2 yg boleh buat diorg seronok...

Jam 5 lebih...aku nak hantar Kak Noi ke Lrt...Tapi bila aku call org tu...dan aku bgth dia ramai sgt org kat KLCC...aku risau dia tak selesa nanti pasal dia tak baper sihat..So, aku hantar kak Noi naik tren ke KL Sentral dan aku plak naik tren ke Tmn Melati..Hmmm..Lama gak tak jumpa dia ni...Tapi jumpa pun tak ler lama sgt pasal dia pun ada rancangan lain...beborak lebih kurang dan dia pun hantar aku balik...Kak Nor pun pelik pasal aku balik awal...Dan aku pun terlena awal.....

Ahad Plak
Jogging....Kak Nor ni rajin tul lah nak g jogging...dan pagi Ahad nie aku kena bangun awal...sebelum jam 7 lagi....Uhhwwaahhhh!!!! Bilanya aku dpt bangun lambat ni?????....
Jogging kat Taman Tasik Permaisuri mmg best...Meriah...Aku dpat ler jogging 2 round..tapi tak ler jogging sepenuhnya..Jejalan sikit..jogging sikit...Jalan pun bukan jalan cam biasa tu...Ala-ala lumba jalan kaki tu ler...ader ler ciri-ciri senaman plak..Balik dr jogging kami g breakfast...Sampai kat umah ingat nak baring2 tapi terus lena plak...Ish...turun bakar lemak 1 kg naik balik 3 kg...ada ke patut......Patang plak..kak Nor ajak g main bowling...Tapi aku ajak kak Nor g Jalan TAR dulu beli bebarang nak buat bantal kecik yg Kak Shida pesan. Seperti biasa bantal ala-ala Lovely Lace untuk dia letak kat keta dia.....Main bowling 2 round....Dan aku cakap ngan korang...Tempat bowling ni mmg giler....Ada ker aku boleh dapat strike dgn 3 balingan...aku pun tak tahu nak terangkan macam ner...nak tahu korang gilah try sendiri.....
|

11 February 2004
Cinta

Cinta tak kumengerti
Sekarang ingin esok tak ingin
Oh..cinta
Biar ku cari sampai ku dapat yang aku maksud

Aku tak bisa dengan kamu
Mana mungkin kan terjadi
Langit dan matahari muram lihat kita berduaan

Oh cinta tak kumengerti
Sekarang ingin esok tak ingin
Oh...cinta
Biar ku cari sampai kudapat yg aku maksud

Tidakkah engkau merasa
Tak ada nyaman dalam cinta kita
Langit dan matahari muram
Lihat kita berduaan....

Oh..cinta Tak kumengerti
Sekarang ingin esok tak ingin
Oh cinta
Biar ku cari sampai ku dapat yg aku maksud....

***CINTA***(sebuah lg dr sebuah kumpulan terkenal Indonesia)


Pasang Surutnya Kasih Sayang

Atas permintaan seorang teman, aku cuba untuk kupaskan sedikit sebanyak tentang kasih sayang...Agaknya bersesuaian dgn kemelutan yg dihadapinya, aku cuba untuk memberi sedikit buah fikiran serta pengalamanku dalam hal ni..

Kasih sayang dan cinta adalah satu perkara yg subjektif. Datang perginya tak diduga..Ada yg boleh dikawal tak kurang juga di luar kawalan...Setiap insan ada pasangan untuk berkasih sayang..Bezanya cara dan masa. Tak dinafikan..ketika hati dilambung kasih, dibuai sayang...dialun cinta, terasa diri begitu berharga, begitu bahagia. Sukar untuk ku gambarkan bgmn..Terasa macam diri ni penuh..Penuh dgn apa aku tak tahu..penuh dgn sayang mungkin.
Oleh kerana betapa subjektifnya ia, maka ramai juga yg tersilap teka. Suka disangkakan sayang. Tak hairan jika kita mudah suka kat org. Tapi suka tak semestinya sayang. Sayang tak semestinya cinta dan cinta juga tak semestinya sayang. Sayang..perasaannya lebih halus..lebih tulus..lebih tenang...lebih ikhlas...
Cinta..perasaan yg berlebihan..perasaan yg membuak-buak..sesuatu yg sukar ditahan..malah mampu menyeksakan dan melukakan....sesuatu perkara yg berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan...

Berbalik pada pasang surutnya kasih sayang ni...Perasaan dilambung cinta sukar digambarkan..Tetapi perasaan dikala surutnya ini mudah diluahkan. Selak saja mana-mana novel..tentu saja sang penulis mudah untuk menggambarkan perasaan watak bila ia terluka,bila ia kecewa...bila ia kesepian...Tapi, mengapa terjadinya perkara sebegini?Bagaimana untuk mengatasinya?...

Ibarat sebiji benih yg ditanam..jika tak dibaja dan disiram tentunya akan membesar menjadi pokok yg tidak molek..Tidak cantik malah mungkin tak bisa mendatangkan hasil. Lebih teruk lg jika ia bisa membunuh anak pokok itu sendiri.
Tetapi ada juga org yg telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pokok cintanya subur tetapi hasilnya tetap tidak memuaskan.
Ada yg meluahkan "Aku dah puas berusaha untuk menjaga hatinya, ‘caring’ padanya..tetapi kenapa balasannya tak serupa?"..Jgn anggap dia akan merasa yg sama seperti yg kita rasa. Mungkin kasih sayangnya tak sehebat kasih saying kita atau lebih dr kita. Mungkin dulu dia yg memanjakan...kini kita terasa dipinggirkan. Hati…ada pasang surutnya.. Dari benci jadi sayang...Dari sayang jd meluat..adakalanya..bila pasangan itu terlalu berlebihan..hati akan jadi cuak,muak..terkadang juga..wajah dia pun tak mampu dipandang. Ada ketika juga, sidia akan menghadapi kemelut perasaan sendiri. Hati jadi tertanya-tanya betulkah jodohku dengan dia?..Betulkah keputusanku untuk memilihnya?..Dapatkah aku hidup bersamanya? Mampukah aku menghadapinya setiap hari?...

Beza perasaan lelaki dgn perempuan...Lelaki bila hati sudah sayang..dia boleh saja terima seadanya..apa yg bakal mendatang dihadapinya saja..Tetapi perempuan pula begitu banyak gusarnya. Takut tersilap perhitungan jadi pokok persoalannya..Jika lelaki hanya memikirkan hari esok..perempuan pula sudah membayangkan bertahun-tahun akan dtg.. Bagaimana corak kehidupannya? Bagaimana hal keluarganya? Sejauh mana suaminya boleh membahagiakan dan menyenangkannya? Sejauh mana suami mampu mengetuai keluarganya?...Bagi perempuan, keputusan hari ini begitu penting buat masa depan. Tersilap sedikit hari ini risau akan memincangkan hidup akan dtg. Bagi perempuan ini dikatakan berhati-hati tapi rasanya sang lelaki akan kata perempuan ini cerewet. Setiap perkara diteliti walhal sekecil kuman pun dibelek. Telitinya perempuan hari ini memikirkan demi masa depannya…masa depan keluarganya.

Jangan hairan jika ada yang mengubah keputusan di saat-saat akhir kerana pasti sudah habis difikirkannya…dan keputusan yang diperolehi bahawa lelaki ini bukan untuk dia. Kenapa di saat akhir? Kenapa tidak dr awal? Ini kerana semakin dekat saat-saat yang dirancang semakin ligat kepalanya berfikir. Semakin kuat tekanan yang dirasai membuatkan kotak fikirannya bekerja keras. Setelah berfikir panjang dan semasak-masaknya…dia akan terima apa jua keputusan yang dibuatnya. Ini akan mengelakkannya dr kecewa dan menyesal di kemudian hari. Percayalah, jika sudah tercapai keputusan itu, tak kira apa yang berlaku nanti insyaallah hati tak menyesal. Tetapi jika keputusan yang diambil tidak difikirkan semasak-masaknya maka, penyesalanlah yang akan memburunya. Jadi, berilah masa untuk pasangan berfikir semasak-masaknya. Jgn didesak ia. Tentu sepinya ada sebab. Jika sudah selesai pekerjaan pemikirannya pasti dia akan kembali seperti sediakala....

p/s: Insyaallah akan ada sambungan kisah hati,kasih, sayang dan cinta.
|

09 February 2004
Citer Malam Semalam...
Malam jam 8.30 aku terjaga dr tido aku yg bebtul lena...pergh!!!! Best betul tidur bila mmg aku tak cukup tido ditambah plak dgn hujan yg lebat giler semalam.....Time aku bangun hujan tu dah reda 100%.....
Lin masuk bilik tatkala aku baru jer tersedar...

Lin: cuba tengok bawah tu banjir dah surut ker?
Aku: Banjir?????
Lin: Ha ah?....td ada pompuan tu dia g kat keta dia..tak leh buat apa, dia nangis...Keta dia tenggelam habis..
Aku: Tenggelam? Banjir sampai mana?
(Tanya aku yg masih blur)
Lin: Sejengkal lagi nak tenggelam bumbung keter tu...
(fuyooooo!!!! Ni lah first time aku jumpa banjir dasyat cenggitu sejak aku duk sini....)

Patutlah time aku terjaga tu bukan main lg bunyi alarm keter bersahut-sahutan...bak kata Lin...kat kg hujan dengar bunyi katak...kat sini hujan dengar bunyi alarm kete....rupanya keter-keter tu menjerit kelemasan....Cian empunya keter tu...Aku tetiba jer tersenyum lega...Pasal apa?...pasal aku bersyukur aku tak der keter lg...kalau aku ada keter..park kat bawah tu plak..pastu aku tertido mati plak....For sure keter aku transform jadi sampan...Hehehehheh!!!!!.....

Jumpa Kawan Lama...
Sabtu....sepatutnya aku keje..tapi aku amik cuti pasal aku takut jd cam hari Jumaat tu....badan aku rasa cam bisa-bisa..lenguh-lenguh dan geli-geli...aku tak tahu nak buat apa...sampai aku nangis pasal rasa tak selesa sgt...aku fikir mungkin pasal ubat klinik yg aku dapat hari khamis ari tu..So, ari Sabtu ni aku buat eksperimen tak mkn ubat tu...dan aku rasa ok plak...pasal aku tak mkn ubat tu ker pasal aku dah cukup rehat...Ntah Ler Labu!!!!!!
Tetiba aku rasa nak jumpa Nuzul ngan Ita...Kengkawan baik aku time study kat UPM dulu...
Aku curi masa yg ada siapkan hadiah untuk diaorg sempena Konvokesyen diorg Isnin ni...Wah!!!! Aku pun terkagum gak dgn bakat yg aku ader...biarlah org kata aku ni penciplak..tapi sedikit sebanyak aku berjaya gak...Aku berjaya menyiapkan album ala-ala Album LOVELY LACE ( kedai peberet aku )....aku balut ngan kain satin...letak renda-renda...untuk Nuzul aku buatkan bentuk Luv drpd bunga ros reben merah...sebab tu kaler peberet dia..untuk Ita aku tampalkan Teddy Bear dan tambah sikit dgn bunga ros reben...Pergh...bg aku dah cantik dah tu..member aku pun kata cam tu jugak...Puas hati dpt siapkan sendiri...lgpun, kalau nak beli...satu album jer dah RM 99 tau...Aku happy bila tengok air muka diorg dapat hadiah tu...suka tengok diorg happy gak...

Jumpa Nuzul ngan Ita kat Lrt Hang Tuah.... Gi round-round kat Sg. Wang...Memakan dan main bowling...Pastu gi jejalan cari beg Ita kat Times Square plak...Sekali Syafiq call ajak kitorg mkn Sate Kajang...Best gak tu...aku ikut jer...Dapat gak jumpa Shima, Shafiq, Fauzi, Yok ngan Kof...alaaaaa....aku dah kenyang mkn Kenny Rogers tdlah....tak dapatlah aku mkn sate tu bebanyak..Nuzul ngan Ita cadangkan aku tido rumah sewa diarg jer...aku set jer..boleh gak borak pepanjang...

Menjelang tengah mlm...HP aku busy plak...SMS bertalu-talu...timer kasih ler pada sesapa dan sumer yg ingat besday aku....aku happy..sekurang-kurangnya ada gak yg ingat...;-)....Nuzul jd org first yg wish besday kat aku...Dalam hati aku terdetik....sekurang-kurangnya aku tak keseorangn pd mlm besday aku ni mcm tahun-tahun yg lepas...
Kul 1 lebih..Nuzul ngan Noni ajak kuar minum ngan member2 diorg..best gak ni...aku pun dah lama tak lepak-lepak mcm nie......Dari kejap-kejap jadi lama-lama...borak punya borak kul 4 lebih jugak baru kitaorg nak letak kepala kat bantal...terus lena....

Ahad punya citer (Hari Besday Aku)

Walau tido lambat sesangat...tapi kitaorg kena bangun awal psal nak hantar Noni gi Konvo...aku plak diorg gesa jd juru solek tak pro...pasal antara kitorg aku jer yg terrer sikit dlm bab-bab tu...tu pun nasib baik aku dah keje..ada gak belaja kaler-kaler muka ni...kalau aku belaja lg mcm diorg....tak der ler aku nak amik tahu pasal ni...dengan mata yg nak tertutup balik...aku solekkan Noni...Kalutlah minah ni...kelakar gak...mana nak soleknya...mana nak pakai jubahnya....jubah tu kok senang tak per..besarlah,labuh lah..ntah apa-apa lg laaa...
Lepas hntr Noni..aku ngan Nuzul g cari breakfast..lepas mkn kitaorg sambung tido balik....sejam jer..Pastu kuar balik g amik Noni...dan gi jejalan kat Pesta Konvo...Hmmmm..Pesta ni makin lama makin tak best...dedolu punya pesta best lagi..
Tak der apa yg menarik...kitaorg pun blah gi McD...lunch hour lerrrrrrr..Pastu g hantar Nuzul jupa famili dia...pastu Ita hantar aku balik...Time tu hujan dah lebat giler...sampai pandangan pun kabur sekaburnya...Alhamdulillah sampai gak aku dgn selamat kat umah....Tanpa melengahkan masa...aku amik kesempatan ni untuk sambung tido....ZzzzzZZZzzz....

p/s: aku sedikit hampa pasal org yg aku harapkan tak wish besday kat aku...tak per aaa...tak ingat agaknya dia...
Ada org kata...bila org tu tak ingat hari-hari penting kita...maknanya kita ni taklah seistimewa mana pun pada dia...Aku Paham.......Lagi satu...timer kasih Kak No atas hadiah tu...comel dan cute...
|

06 February 2004
Hmmm..nampaknya aku masih tak sempat lagi nak meng'up date' kan blog aku ni...Yang aku sempat jawab chatterbox jer...

Kak Noi: Sorry lah ekk..tersasul laaaaa

thurayya : wa'salam..jejenguklah selalu ekkk...

wkdin: cerita yang mana tu mas?....

salji: umah ijau? ada bebanyak pepokok ker dlm umah dia?...dekat area
mana? dkt sekolah arab? dekat pekan? dekan masjid?

suraya: ni sama ker dgn thurayya tu?

ctzie: wa'salam..selamat hari raya jugak...sesamalah bermaafan...jgn ler jeles...ct pun boleh buat mcm nie jugak...

Kak Sri Diah: sesama...walau lambat dan naik komuter dan teksi sengsorg saya nekad jugak dtg tempat akak...kak Sri punya pasal tak per laaaa..Hadiah bezday...hutang diperkenankan...kalau hutang kena bayar balik tau....Timer kasih atas sambutan akak..time kasih jugak kat Aida..kimsalam kat dia...

azroy: hye...join jgn tak join...selamat dtg yer...


|

04 February 2004
Hmmm...seperti biasa Hari Raya Aidiladha tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri....
Kenapa ekkk jd macam tu?..Mak aku kata sepatutnya Aidiladha lebih meriah...
Jika nak dibandingkan tempoh untuk bertakbir pun kan lebih panjang...Tu tak kira yg berkorban hingga berbelas dan berpuluh ekor lembu dan kambing (nasib baik lembu sihat tahun ni..kalau tak kena MC mcm si ayam).
Apatah lagi ditambah dengan meriahnya Aidiladha di Tanah Suci Mekah....
Tapi...adakah kerana kita tak posa sebulan sebelum raya menjadikan Aidiladha seperti dipinggirkan? Adakah kerana tak der lagu raya Aidiladha ia jadi tak meriah?....Aku tahu ada sesetengah tempat dua-dua rayanya meriah...agaknya kesedaran org2 kat situ lebih tinggi...penghayatan mereka lebih mendalam...Kan lebih banyak sejarahnya Aidiladha berbanding Aidilfitri.....Agaknya mereka (termasuk aku tu) lebih menghargai kemerdekaan dr puasa berbanding pengorbanan ke jalan Allah....Uish...aku pun kekadang tak paham gak tu...
Nasib baiklah mak ayah aku nak balik kg tahun ni....nasib baik jugak nenek aku nak masak ketupat rendang tahun ni...Nasib baik jugak ada org kg yg nak buat openhouse tahun ni....terasalah juga bahang-bahang kemeriahannya raya ni...Alhamdulillah......
Tahun ni kami kenduri sup kepala lembu...ish...tak terpandang aku kepala lembu tu...Adik aku boleh selamba jer melapah kulit kepala lembu tu...Bila tengok matanya terjojol tu meremang bulu roma aku....Tang giginya yg tak kaler putih tu satu hal jugak....Aku suruh adik aku gosok gigi aku tu...Jawab dia "Apa ko ingat ni citer Badul ker nak gosok gigi lembu?".....nasib baiklah diorg tak masak gigi tu sekali buat sup...agaknya maun aku campur ubat gigi dlm sup aku tu....
Balik raya kali ni pun agak best sikit...adik aku kat UPM tu bawak kawan dia dr Sarawak...So, ayah aku bawak pusing2 bandar Melaka nak tunjuk2 tempat best kat dia. Ok lah tu...ada gak agenda yg ceria sikit.

Bila Ada Nyawa yg terkorban....
Seorg saudara aku terkorbannya nyawanya beberapa hari sebelum Aidiladha...
Kes eksiden motor...
Kisahnya......
Pagi tu allayarham rasa tak sihat...dia naik moto sengsorg gi ke klinik di bandar Batu Pahat....Sampai ke petang dia tak jugak balik-balik.....Isteri dan anaknya dah risau tak sedap hati. Dipanggilnya sedara mara yg lain untuk mencari. Di pekan di bandar, di balai polis, di balai bomba akhirnya jumpa di hospital besar BP. Dah jadi arwah pakcik sedara aku tu. Memang dah nak ajal....rupanya dia dah meninggal sebelum tengahari lg...tapi pihak-pihak berkenaan tak hubungi keluarga arwah...agaknya tentu terkilan sang isteri suaminya pergi seorg diri...tanpa waris di sisi...Aku sebak jugak...
Tapi...alhamdulillah dengarnya arwah bebanyak mengucap sepanjang perjalanan ke hospital dr tempat kejadian.....
Yang menjadi serba salahnya pula...bgmn nak dikhabarkan pd kakak arwah di Tanah Suci....?...ikuti sambungan cerita...
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)