Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


11 February 2004
Cinta

Cinta tak kumengerti
Sekarang ingin esok tak ingin
Oh..cinta
Biar ku cari sampai ku dapat yang aku maksud

Aku tak bisa dengan kamu
Mana mungkin kan terjadi
Langit dan matahari muram lihat kita berduaan

Oh cinta tak kumengerti
Sekarang ingin esok tak ingin
Oh...cinta
Biar ku cari sampai kudapat yg aku maksud

Tidakkah engkau merasa
Tak ada nyaman dalam cinta kita
Langit dan matahari muram
Lihat kita berduaan....

Oh..cinta Tak kumengerti
Sekarang ingin esok tak ingin
Oh cinta
Biar ku cari sampai ku dapat yg aku maksud....

***CINTA***(sebuah lg dr sebuah kumpulan terkenal Indonesia)


Pasang Surutnya Kasih Sayang

Atas permintaan seorang teman, aku cuba untuk kupaskan sedikit sebanyak tentang kasih sayang...Agaknya bersesuaian dgn kemelutan yg dihadapinya, aku cuba untuk memberi sedikit buah fikiran serta pengalamanku dalam hal ni..

Kasih sayang dan cinta adalah satu perkara yg subjektif. Datang perginya tak diduga..Ada yg boleh dikawal tak kurang juga di luar kawalan...Setiap insan ada pasangan untuk berkasih sayang..Bezanya cara dan masa. Tak dinafikan..ketika hati dilambung kasih, dibuai sayang...dialun cinta, terasa diri begitu berharga, begitu bahagia. Sukar untuk ku gambarkan bgmn..Terasa macam diri ni penuh..Penuh dgn apa aku tak tahu..penuh dgn sayang mungkin.
Oleh kerana betapa subjektifnya ia, maka ramai juga yg tersilap teka. Suka disangkakan sayang. Tak hairan jika kita mudah suka kat org. Tapi suka tak semestinya sayang. Sayang tak semestinya cinta dan cinta juga tak semestinya sayang. Sayang..perasaannya lebih halus..lebih tulus..lebih tenang...lebih ikhlas...
Cinta..perasaan yg berlebihan..perasaan yg membuak-buak..sesuatu yg sukar ditahan..malah mampu menyeksakan dan melukakan....sesuatu perkara yg berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan...

Berbalik pada pasang surutnya kasih sayang ni...Perasaan dilambung cinta sukar digambarkan..Tetapi perasaan dikala surutnya ini mudah diluahkan. Selak saja mana-mana novel..tentu saja sang penulis mudah untuk menggambarkan perasaan watak bila ia terluka,bila ia kecewa...bila ia kesepian...Tapi, mengapa terjadinya perkara sebegini?Bagaimana untuk mengatasinya?...

Ibarat sebiji benih yg ditanam..jika tak dibaja dan disiram tentunya akan membesar menjadi pokok yg tidak molek..Tidak cantik malah mungkin tak bisa mendatangkan hasil. Lebih teruk lg jika ia bisa membunuh anak pokok itu sendiri.
Tetapi ada juga org yg telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pokok cintanya subur tetapi hasilnya tetap tidak memuaskan.
Ada yg meluahkan "Aku dah puas berusaha untuk menjaga hatinya, ‘caring’ padanya..tetapi kenapa balasannya tak serupa?"..Jgn anggap dia akan merasa yg sama seperti yg kita rasa. Mungkin kasih sayangnya tak sehebat kasih saying kita atau lebih dr kita. Mungkin dulu dia yg memanjakan...kini kita terasa dipinggirkan. Hati…ada pasang surutnya.. Dari benci jadi sayang...Dari sayang jd meluat..adakalanya..bila pasangan itu terlalu berlebihan..hati akan jadi cuak,muak..terkadang juga..wajah dia pun tak mampu dipandang. Ada ketika juga, sidia akan menghadapi kemelut perasaan sendiri. Hati jadi tertanya-tanya betulkah jodohku dengan dia?..Betulkah keputusanku untuk memilihnya?..Dapatkah aku hidup bersamanya? Mampukah aku menghadapinya setiap hari?...

Beza perasaan lelaki dgn perempuan...Lelaki bila hati sudah sayang..dia boleh saja terima seadanya..apa yg bakal mendatang dihadapinya saja..Tetapi perempuan pula begitu banyak gusarnya. Takut tersilap perhitungan jadi pokok persoalannya..Jika lelaki hanya memikirkan hari esok..perempuan pula sudah membayangkan bertahun-tahun akan dtg.. Bagaimana corak kehidupannya? Bagaimana hal keluarganya? Sejauh mana suaminya boleh membahagiakan dan menyenangkannya? Sejauh mana suami mampu mengetuai keluarganya?...Bagi perempuan, keputusan hari ini begitu penting buat masa depan. Tersilap sedikit hari ini risau akan memincangkan hidup akan dtg. Bagi perempuan ini dikatakan berhati-hati tapi rasanya sang lelaki akan kata perempuan ini cerewet. Setiap perkara diteliti walhal sekecil kuman pun dibelek. Telitinya perempuan hari ini memikirkan demi masa depannya…masa depan keluarganya.

Jangan hairan jika ada yang mengubah keputusan di saat-saat akhir kerana pasti sudah habis difikirkannya…dan keputusan yang diperolehi bahawa lelaki ini bukan untuk dia. Kenapa di saat akhir? Kenapa tidak dr awal? Ini kerana semakin dekat saat-saat yang dirancang semakin ligat kepalanya berfikir. Semakin kuat tekanan yang dirasai membuatkan kotak fikirannya bekerja keras. Setelah berfikir panjang dan semasak-masaknya…dia akan terima apa jua keputusan yang dibuatnya. Ini akan mengelakkannya dr kecewa dan menyesal di kemudian hari. Percayalah, jika sudah tercapai keputusan itu, tak kira apa yang berlaku nanti insyaallah hati tak menyesal. Tetapi jika keputusan yang diambil tidak difikirkan semasak-masaknya maka, penyesalanlah yang akan memburunya. Jadi, berilah masa untuk pasangan berfikir semasak-masaknya. Jgn didesak ia. Tentu sepinya ada sebab. Jika sudah selesai pekerjaan pemikirannya pasti dia akan kembali seperti sediakala....

p/s: Insyaallah akan ada sambungan kisah hati,kasih, sayang dan cinta.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)