Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


27 July 2005
Orang Yang Tak der Perasaan.

Makin kecik kecik jer hati aku ni rasanya. Makan hati jer bila ko kena bersama dengan org yg tak der perasaan. Bagi aku tumpang keta. Beria-ia ajak aku tumpang keta dia gi keje. Tapi hanya sekerat jalan. Tu aku tak kisah, walau kena jalan kaki naik bukit pepagi. Tapi, korang bayangkan kalau aku kena jalan kaki time aku demam, tengah2 hujan lebat. Ada perasaan ker org tu?.Bukan jauh sgt pon nak pusing sikit ke opis aku. Malas aku nak bersuara. Nanti dikata lebih2 plak. Aku nak tengok jer. Sekali, dua kali dah dia buat. Lepas ni baik aku naik teksi.

Semalam bezday dia. Puas aku round JB dgn Z cari kedai kek semata2 nak beli kek untuk dia.Nak buat surprise untuk dia. Nak buat dia happy.Pasal tu lah org yg hari2 aku kena dok ngadap muka dia. Tapi korang tahu, senyumnya kejap jer. Kek yg aku beri, tak pon dipotong dengan aku. Tak juga kuar dr mulutnya pelawa aku makan kek tu. Tapi, di bawanya kek tu sebiji-biji ker opis dia. Nak potong reramai dgn kawan2 kat opis. Nak sambut reramai dgn kawan kat opis. Ya Allah, aku pandang jer kek tu dia bawa pergi. Dalam hati mula timbul sebal, kesal pasal aku boleh pikir nak buat dia happy dan senang hati tp dia pulak buat aku sebaliknya. Nasib baik aku beli kek murah. Kalau aku beli kek mahal lagi ler hangin satu badan. Tak kan nak mintak sikit. Dah mcm buruk siku jer. Kalau ler korang, apa korang rasa? Dari tingkah laku dia pon tahu dia tu jenis org kurang perasaan. Dalam hati aku dah mula jer timbul rasa nak halau dia kuar dr hidup aku. Tapi tak sampai hati.(tengok, balik2 aku jugak yg tak sampai hati, berapa baik daaa aku ni)

p/s: aku tahu ada org yg kenal org berkenaan. Korang jgn nengada nak sampai2 kan menda ni kat dia. Kalau aku dpt tahu, dgn korang2 sekali aku halau dr hidup aku.TAHU TAK!!!!!????
|

26 July 2005
Makanan Tradisioanal Negeri / Kaum.

Dalam satu aktiviti kerja luar bersama kumpulan pemantauan dari KL, salah seorg dr mereka bertanya apa yg best kat Johor dan tak der kat tempat lain. Otak-otak kempas? Mee Bandung? Nasi Beriayani? Aku jadi blur. Sejak dr tu, aku asyik dok pikir2 dan senaraikan makanan2 Johor. Agaknya mcm kat bawah ni.

Johor :-
Otak-otak kempas/gelang patah
Mee rebus biasa /tulang
Mee Bandung
Kerepek2.
Pisang salai
Kuah lodeh

Kaum Jawa:-
Nasi Ambeng
Sambal goreng
Tempe.

Apa kata korang tolong aku plak tambah senarai ni atau buat senarai untuk negeri2 atau kaum korang plak. Mudahlah bagi aku bila dah pindah ke negeri korang nanti.
|

25 July 2005
Budak Pandai.

Belajarlah korang pandai-pandai.
Nanti boleh glemer.
Kuar TV sini sana.
Boleh buat VCD,
boleh buat iklan TV,
Boleh jadi model pensel.
Huh, bosan aku tengok.
Balik-balik muka dia.
Aku doakan yg baik-baik jer.
Tapi, sejarah dah ada.
Budak2 kecik yg genius bukan main publisitinya.
Bila besar ntah jadi apa.
Pasni aku rasa semangat korang nak belajar semakin berkobar-kobar.
Pasal boleh glemer macam dia.
Jangan lupa dunia dah laaaaaa...
*************************************************

Sedikit Bahasa Jawa.

Man = nama oranglaa..si Man tu haa
Mantuku = menantuku
Tuku = beli
Kambing = En. Kambing yg berjanggut putih tu

cuba terjemahkan ayat kat bawah ni :-

1) Man tuku kambing
2)Mantuku kambing
|

18 July 2005
Mawi Punya Pasal.

Aku tak pernah tahu yang mana satu itu Mawi. Aku tak demam macam diorg. Aku tak pernah tengok AF. Selama ni aku hanya dengar nama dia saja jadi sebutan. Hensem ker? Best ker suara dia? tu aku tak penah tahu. Aku hanya baru tengok buat pertama kalinya Sabtu yg lepas, konsert AF minggu ke 7.Tapi aku tak demam AF lagi. Yang aku nak citer macam ner aku boleh tertengok AF malam tu.

Malam tu aku bukan di rumah. Juga Ijah, serta beberapa mak-mak org yg lain. Kami dah berkampung sejak smlm di US ni. Ada acara Sukan P*ksper. Sejak2 sampai sini lagi nama Mawi dah disebut2. Tumpuannya pada permasaalahan, di mana mereka nak menonton Mawi kali ni? Maka, segala rumah di kawasan tu di intip. Sasarannya parabola kecil yg bakal memancarkan muka peserta pujaan hati mereka malam tu. Sasaran dikenalpasti. Tuan parabola dicari. Persetujuan di capai. Malam ni rumah tuan parabola akan diserbu. Tepat masanya, rumah tuan parabola dituju. Dengan berat hati, aku ikut juga. Takut nak tinggal di rumah pinggir hutan tu sendirian. Malu seh, aku rasa malu sesangat. Gi menumpang rumah org semata2 nak tengok Mawi menyanyi. Tak penah aku buat macam ni. Nampak sgt macam demam diorg ni lebih parah dr jangkaan.

Malang, seterusnya membuatkan malu aku bertambah2 hingga ke tahap maksima. Rumah tuan parabola gelap. Kereta ada. Tapi keadaan rumah gelap walau pon waktu tu AF baru jer nak mula. Apa maksudnya? Aku berharap sgt yg makcik2 ni akan berputus asa serta balik lepaK2 saja di rumah tumpangan. Sangkaan aku meleset. Perlahan2 aku mengekor peminat fanatik Mawi ni ke rumah tuan parabola lagi satu. Aku hanya perhatikan dr jauh, bila salah seorg dr mereka beri salam dan mereka mula masuk satu persatu ker ruang menonton tuan rumah. Aku yg terakhir sekali melangkah masuk. Terpaksa jugak aku tebalkan muka. Bukannya sekejap. 3 1/2 jam tahu tak? Mawi, mawi.

Hmm, not bad jugak si Mawi ni. Sebelum ni aku cuma dengar yg dia ni seorg Qari di negeri ni. Mmg padan lah dgn suaranya. Tapi, kat rumah tuan parabola kedua ni aku dengar cerita lain plak. Pasal hal pertunangan dia. Rumah bakal pak mentuanya tak ler jauh dr US ni. Sebelah kawasan tu jer. katanya Fel**a Sg. A*a. Pak Na*m, nama bakal Pak Mentua Mawi ni. Dengar2nya bakal melangsungkan perkahwinan sejurus selesai konsert Final AF tu nanti. Jadi ker tak? Yer ker Tak? tu kena tunggu aaaa...

p/s : sejak2 balik dr US ni aku rasa mcm ada demam2 sikit. Tapi bukan demam AF. ni betul2. Bukan cobaan!!!!!
|
Forum = Kakitangan kerajaan chatting ketika bertugas

Saudara Pengarang,
SAYA bertugas di salah sebuah kementerian di Putrajaya.
Di kementerian ini terdapat ramai pekerja, terutamanya yang masih muda, menggunakan komputer untuk chatting semasa kerja.
Mengapa pihak kerajaan tidak mengadakan fire wall bagi menyekat program chatting dalam Internet seperti yang syarikat-syarikat swasta lakukan.
Ada juga kakitangan yang melayari halaman web lucah.
Kerajaan wajar menyekat penyalahgunaan komputer di tempat kerja. Nanti rakyat berkata kakitangan kerajaan hanya tahu berchatting dan melayari laman web lucah ketika bekerja. - PEKERJA PRIHATIN, Putrajaya

p/s : petikan dr ruangan Forum Berita Harian, 18 Julai 2005.

- sekali kena batang hidung sendiri daaaaa....hahahahaha
|

13 July 2005
Lari Dari Opis

Lari dr opis, seawal jam 4 ptg.Gi tengok wayang, War of The World.Takut, tu yg aku rasa time tengok citer tu. Tengok citer hantu pon tak setakut tu. Takutlah kalau2 mala petaka mcm tu betul2 terjadi, apa aku nak buat? Mana aku nak berlindung? Sapa di sisi aku?

Korang perasan tak idea cerita tu lebih kurang untuk menceritakan perihal Dajal. Dajal yg sememangnya ada di bumi ni sejak dulu lagi. Yg bila-bila masa saja akan bangkit atau muncul memusnahkan muka bumi dan segala manusia. Persamaannya ada, cuma olahannya berbeza.

Berbalik pd cerita War of The World tu, tak sangka di akhir cerita rupanya makhluk yg paling kecil lah yg menewaskan alien2 tu. Di awal cerita ada dikatakan, di luar sana ada makhluk asing yg cemburu yang lebih bijak pandai, sedang memperhatikan manusia di muka bumi ni.Rupanya, ada jugak tak bijaknya si hodoh dr angkasa tu. Kalau dia memperhatikan segala macam manusia ni, kehidupan kita dimuka bumi ni, tentu dia jugak dpt perhatikan manusia ni ada yg sakit, ada yg kena gi klinik atau hospital. Tentu dia akan cr sebab, knp manusia ni sakit, apa penyebabnya?Apa penawarnya? Ada effect tak kat diorg? dan Untuk apa kita bina Hospital besar2 di merata tempat? Punyalah lama, berjuta-juta tahun dok buat pemerhatian dan kajian, menda sekecil tu pon tak nampak. Punyalah tunggu berdekad2 nak serang bumi, dpt bertahan beberapa hari je kat sini? Huh, buang karan jer lah alien tu. Tu lah pasal, sapa suruh gi hisap darah manusia2 tu. Ntah terhisap pesakit AIDS ker, ntah org kena Siplis ker, kan dah terjangkit. Mmg tak der hamba Allah yg sempurna di muka bumi ni.Hanya Allah sajalah yg Maha Sempurna.
|

12 July 2005
Per Citer?

Apa citer terbaru?
Tu soklan pemes kalau jumpa dgn kenalan yg lama dah tak jumpa.
Meh aaa aku citer citer baru aku.

Citer barunya, baru pg td aku dpt semula HP aku yg rosak tu. Boleh aku senyum semula pegang HP kecayangan aku tu. Tapi, gembira tu kejap jer pasal apa yg aku takotkan terjadi. Hampa giler bila segala khazanah dlm enpon tu ilang. Segala contact number dlm tu lesap. Dan beratus2 SMS yg aku simpan sejak setahun dulu pon ilang. Kesimpulannya aku mcm dapt enpon baru lah. Kosong. Huhuuhuhu...

Lepas ni aku kena install sistem backup dlm enpon aku tu. Dan aku akan lebih berhati-hati jaga dia ni. Akhir kata, aku nak mintak jasa baik korang SMS/Call/Email/YM! kan kat aku no contact korang untuk aku kumpulkan semula list phonebook aku. Oh , Please........
|

07 July 2005
Jiwa Kacau Mushroom

Haiiiiii,
Kenapalah masih ada sayang itu,
Buat Jiwa kacau saja.

Buat aku terbayang-bayang,
Buat aku rindu-rinduan.
Buat jiwa kacau-kacauan.
**************************************
|

06 July 2005
Hand Phone Aku Rosak.

Semalam Petang,
Aku off HP, nak tukar simcard.
Tak boleh ON semula.
Hingga sekarang.
Masih tak boleh

Hanya nampak intro gambar aku yg tengah tergelak besar,
Kemudian restart semula.
Begitulah seterusnya.

Arrgggghhhhhhh!!!!!!!!!
Tension aku!!!!!!!!!!!
|

04 July 2005


Cerita Sebuah Lawatan.

Jumaat, 8.00 pagi.Waktu ni, aku masih di rumah sedangkan atucara di karangkraft sepatutnya sudah bermula. Untuk sekian kalinya aku lambat lagi ke sana. Aku terpaksa tunggu ayah pulang dr klinik amik ubat mak. Gitu-gini, akhirnya aku sampai di LRT Bandar Tun Razak jam 8.30 pg. Msg sana msg sini, kelewatan ini mula menggoyah semangat nak ke Karangkraf. Kepala sudah berpusing2 samada nak teruskan perjalanan atau menyimpang ke Jalan TAR saja. Setelah call Mely, aku teruskan juga.

Sampai Karangkraft hampir kul 11. Seorg lelaki berpakaian serba hitam menyambut dan membawa aku menyertai kumpulan Blogger yg lain.Tak ku sangka rupanya lelaki tersebut org besar Alaf 21.Segan aaaa.Lawat sana, lawat sini, belek itu, belek ini. Pusing sana pusing sini. Ooooo, macam tu rupanya nak buat majalah. Selama ni tahu beli jer. Bila mahal komplen. Rupanya bukan senang nak buat.Aku, Mely dan kak Zetty pula asyik dok kata yg opis diorg sikit nyer besar ler. Macam kota sesat. Hinggakan kitorg takut nak lalu tengah shortcut ker pintu keluar. Lalu tepi2 jer.

Kejutan bagi aku, bila Penulis yg mula mendapat tempat di hati aku iaitu Ramlee Awang Murshid muncul ptg tu di sesi forum/perbincangan. Terlopong ler mulut aku tengok dia. Tak sangka dpt berdepan dgn novelis yg aku kagumi.
Jumpa artis pon tak rasa mcm ni. Puas, mmg puas hati aku bilamana soalan yg senantiasa bermain2 dlm minda aku tentang ADAM terjawab. Aku sentiasa memikirkan bahawa penulis ADAM mmg berani hingga penulisannya menyentuh soal sensitiviti politik 2 negara apatah lagi melibatkan sebuah negara gergasi. Aku sendiri pon tak sangka soalan aku boleh jadi mcm tu. Rasa
mcm soalan budak sekolah tapi aku tahu isinya padat dan mesejnya sampai."Kalau Mr. President baca novel tu dia tak marah ker?"


Aku tak penah mimpi pon nak jumpa Gayour. Bila berdepan dgn dia, aku cuba
bayangkan kartun2 yg penah dihasilkannya. Yg pasti ia membuatkan aku ingat yg aku penah terbeli G3 keluaran pertama dulu. Ntah mana ler aku letak. Bila dah jumpa kartunis ni, ia membuatkan aku lebih hargai majalah2 tu dan simpan bebaik. Ntah kenapa yer jadi mcm tu?

Minum ptg disertai acara tiup lilin oleh kak Sri Diah mmg meriah. Majlis
ringkas ala-ala garden. Sekarang baru aku perasan aku tak sempat pon nak rasa kek tu. Aku lebih sibuk dengan berborak2 dan amik gambar.
Setelah bersalam2 aku tumpang kak Zetty balik KL. Stop kat Sogo, hajat dihati
nak ler jejalan dlm tu tengok2 sale. Tapi sungguh2 tak berdaya. Beg penuh
dengan buku2 dan majalah. Tu pon ada yg dipegang lagi ditangan. Mana yg
diberi sebagai cenderahati lagi, yg aku beli lagi.Seumur hidup aku, ni lah
pertama kali aku beli buku bebayak mcm ni kecuali buku2 teks dan buku tulis
masa sekolah dulu. Serender, aku balik cepat. mood window shopping terbang.
Walau penat mcm ner pon, aku tetap puas hati. Tak menyesal cuti.

lagi cerita penuh di sini http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/bloggers/N_bloggers.htm
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)