Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


04 July 2005


Cerita Sebuah Lawatan.

Jumaat, 8.00 pagi.Waktu ni, aku masih di rumah sedangkan atucara di karangkraft sepatutnya sudah bermula. Untuk sekian kalinya aku lambat lagi ke sana. Aku terpaksa tunggu ayah pulang dr klinik amik ubat mak. Gitu-gini, akhirnya aku sampai di LRT Bandar Tun Razak jam 8.30 pg. Msg sana msg sini, kelewatan ini mula menggoyah semangat nak ke Karangkraf. Kepala sudah berpusing2 samada nak teruskan perjalanan atau menyimpang ke Jalan TAR saja. Setelah call Mely, aku teruskan juga.

Sampai Karangkraft hampir kul 11. Seorg lelaki berpakaian serba hitam menyambut dan membawa aku menyertai kumpulan Blogger yg lain.Tak ku sangka rupanya lelaki tersebut org besar Alaf 21.Segan aaaa.Lawat sana, lawat sini, belek itu, belek ini. Pusing sana pusing sini. Ooooo, macam tu rupanya nak buat majalah. Selama ni tahu beli jer. Bila mahal komplen. Rupanya bukan senang nak buat.Aku, Mely dan kak Zetty pula asyik dok kata yg opis diorg sikit nyer besar ler. Macam kota sesat. Hinggakan kitorg takut nak lalu tengah shortcut ker pintu keluar. Lalu tepi2 jer.

Kejutan bagi aku, bila Penulis yg mula mendapat tempat di hati aku iaitu Ramlee Awang Murshid muncul ptg tu di sesi forum/perbincangan. Terlopong ler mulut aku tengok dia. Tak sangka dpt berdepan dgn novelis yg aku kagumi.
Jumpa artis pon tak rasa mcm ni. Puas, mmg puas hati aku bilamana soalan yg senantiasa bermain2 dlm minda aku tentang ADAM terjawab. Aku sentiasa memikirkan bahawa penulis ADAM mmg berani hingga penulisannya menyentuh soal sensitiviti politik 2 negara apatah lagi melibatkan sebuah negara gergasi. Aku sendiri pon tak sangka soalan aku boleh jadi mcm tu. Rasa
mcm soalan budak sekolah tapi aku tahu isinya padat dan mesejnya sampai."Kalau Mr. President baca novel tu dia tak marah ker?"


Aku tak penah mimpi pon nak jumpa Gayour. Bila berdepan dgn dia, aku cuba
bayangkan kartun2 yg penah dihasilkannya. Yg pasti ia membuatkan aku ingat yg aku penah terbeli G3 keluaran pertama dulu. Ntah mana ler aku letak. Bila dah jumpa kartunis ni, ia membuatkan aku lebih hargai majalah2 tu dan simpan bebaik. Ntah kenapa yer jadi mcm tu?

Minum ptg disertai acara tiup lilin oleh kak Sri Diah mmg meriah. Majlis
ringkas ala-ala garden. Sekarang baru aku perasan aku tak sempat pon nak rasa kek tu. Aku lebih sibuk dengan berborak2 dan amik gambar.
Setelah bersalam2 aku tumpang kak Zetty balik KL. Stop kat Sogo, hajat dihati
nak ler jejalan dlm tu tengok2 sale. Tapi sungguh2 tak berdaya. Beg penuh
dengan buku2 dan majalah. Tu pon ada yg dipegang lagi ditangan. Mana yg
diberi sebagai cenderahati lagi, yg aku beli lagi.Seumur hidup aku, ni lah
pertama kali aku beli buku bebayak mcm ni kecuali buku2 teks dan buku tulis
masa sekolah dulu. Serender, aku balik cepat. mood window shopping terbang.
Walau penat mcm ner pon, aku tetap puas hati. Tak menyesal cuti.

lagi cerita penuh di sini http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/bloggers/N_bloggers.htm
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)