Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


30 May 2005
Teksi Oh Teksi

Sementara Kak Mar tak der ni, tiap pagi aku gi keje naik teksi. Tu lah kenderaan awam yg paling aku elakkan. Tp skrg aku kena suka naik teksi pasal tu alternatif yg termudah untuk aku gi keje sekrg ni. Mcm2 bentuk keta, bentuk dalaman kete dan bentuk driver teksi yg aku dah jumpa. Dan dek kerana selalu aku naik teksi hinggakan ada driver teksi yg dah cam muka aku. Tak sempat aku sebut destinasi aku dia dah sebut dulu. Tapi, teksi yg aku naiki pagi ni buat aku dan Riz ternganga dan terkagum kejap. Teksi ni ada TV kecik. Masa aku naik, video dangdut dr seberang sedang dimainkan. Sikit punya canggih daaaaa teksi ni. Tak takut kena rompak ker? Yer la, risiko pemandu teksi kena rompak kat tinggi. Aku tengok pak cik driver tu sikit punya seronok dgr lagu dangdut yg aku tak penah dengar tu. Tak payah tengok screen pon dia boleh nyanyi sama. Dah hafal dah. Apa pon, nasib baik pakcik driver tu tak mintak tambang lebih sebab tumpang tengok video dangdutnya tu. Macam-macam hal teksi ni.

p/s: Aku penah naik bas awam biasa yg ada TV dan siaran syarikatnya sendiri. Yg best, tambang dia lg murah berbanding bas lain.
|

28 May 2005
Lantit Geju Selatan....

Aku tak penah join melantit kat Syed Bistro. Selalu aku hanya dengar cerita dan baca entry diorg sajalah. Selalu jugak aku jeles pasal tak dpt join diorg dah mcm dolu2 masa aku kat KL. Sekarang, muncul dah peluang untuk aku join Melantit Geju Selatan plak. Yer, aku tak kan sia-siakan peluang yg ada. Walau Danga Bay tu mmg dah kenal muka aku dah, tapi kali ini lain plak citernya. Ops, di kesempatan ni aku nak ajak sumer Geju yg bertapak di Selatan join Melantit kat :

Tempat : Danga Bay
Tarikh : 30 May 2005
Masa : 8.00 malam

Jom lah, jom lah. Kita kasi gegar Danga Bay. Melantit di tepi laut berlatar belakangkan Pulau Singa.
|

26 May 2005
Kalau Ku Tahu Hujan Tak Jadi,
Tidaklah Aku Turun Ke Bendang,
Kalau Ku Tahu Org Tak Sudi,
Tidaklah Aku Masuk Meminang.

Pagi2 lagi kat opis, lagu S.M Salim ni dah berkumandang. Ada sorg staff kat opis ni, radio ni adalah benda wajib dalam hidup dia. Katanya kalau tak der radio ni macam tak lengkap jer hari2 dia. Aku rasa aku pon mcm tu jugak kot hinggakan benda pertama yg aku beli guna gaji pertama aku dulu ialah sebiji radio.

Eh, aku bukan nak ckp pasal radio ni. Aku nak cakap pasal lagu tu. Cuba korang pahamkan betul2 rangkap tu. Pada pemahaman akulah. Aku bilang aku. Kalau lain ngan korangnya pemahaman jgn marahkan aku.Pada pemahaman aku ayat "kalau ku tahu hujan tak jadi, tidaklah aku turun ke bendang". Maksudnya, tadi atau mungkin pagi td mcm nak hujan kat kg dia dan dia telah turun ke bendang. Pastu tengahari tu dia dapati hujan tak jadi turun. Dan dia menyesal plak turun bendang. Pasal dia kata, " kalau dia tahu hujan tu tak turun, tentu dia tak turun ke bendang pg tadi". Kenapa kalau tak hujan dia tak nak turun bendang? Kenapa dah tahu nak hujan dia turun ke bendang? Atau sememangnya org turun ke bendang time hujan? Errr, lama dah menda ni aku pikirkan. Apa pendapat korang?

p/s : aku telah cuba hilangkan tiga titik (...) dalam penulisan aku. Tiga titik (...) tu sebenarnya aku terikut-ikut x-boss aku dulu. Dia kata identiti dia. Bila nampak tulisan tu aku akan tahu tu dia lah yg tulis. Memula aku usik2 dia jer akhirnya aku yang terikut plak.
|

24 May 2005
Cuti-cuti di rumah...

Percaya atau tak, org akan kata aku sia-siakan cuti selama 3 hari di rumah saja...Tak balik kg dan tak jugak balik KL....Apa aku buat kat umah?...Tengok TV, masak, makan, kemas umah, dan kebanyakkan masa aku habiskan dengan main game....Tu jer laaaaaa....Pasal pa aku tak gi memana?...Ntah..rasa nak duk umah jer..

Dan semalam...
Dan semalam aku dapat housemate baru..Riz, dia baru keja kat JB ni...Hmm, permulaan yg ok.. rasanya adalah jugak keserasiannya. Aku rasa, aritu aku ada ckp dlm tepon kat K*m*l yg aku rasa aku boleh bg bilik tu just sementara.. Aku ada gak ckp mcm tu kat Riz masa dlm phone...Tapi, aku tengok reaksi parent Riz mcm Riz tu nak stay terus..Hmmm, mcm ner eekk?....Tak per aaaa, tengoklah dulu mcm ner..Agak2 ok teruskan..Kalau tak OK mcm ner aku nak ckp?....Ijah mcm ner?...Ijah jadi ker nak pindah umah aku?..Ijah ni pon lambat sgt laaaa...Kalau tetiba ijah kata nak pindah umah aku mcm ner?... Hmmm...alahai..serba salah aku dibuatnya...
|

14 May 2005
Sakit Pinggang...

Sejak semalam, sejak bangun pg semalam, ntah kenapa pinggang aku sakit sgt..
Teruk betul, tak penah aku rasa sakit mcm ni..
Hingga sekarg ni dah dua hari dah aku terseksa dgn sakit pinggang ni..
Tak boleh jalan sgt, bongkok pon tak leh, gerak banyak tak leh dan yg paling teruk, sakitnya mcm mencengkam tiap kali aku menarik nafas..Bayangkan kalau aku nak terbersin atau sedu-sedu...Lagilah mcm pinggang aku tu direntap2....Adush,..dugaan tul lah..Jalan pon dah mcm org pregnant 9 bulan...Dah tak der lengang lenggok lagi dah....

Mcm2 org kata, pasal anginlah, pasal angkat beratlah, terlalu aktiflah, salah postur tido laaa...Selalu, kalau aku rasa sengal atau lenguh kat pinggang, aku akan gerak2 dan pusing kiri kanan hingga tulang pinggang tu bunyi (meletup)..Pastu lega lah sikit...Tapi, kali ni jgn kata nak buat sampai bunyi, nak pusing pon tak leh.Risau sungguh aku..Pinggang bukan bleh buat main2.....

Z kata, sakit pinggang atau tepatnya bahagian pinggang tak boleh diurut..kena gi klinik dan selalunya sakit begini akan di beri injection...Injection?...Di pinggang?..Lagi aaaa aku takut nak gi klinik mcm ni...Mcm ner aku nak kena gi klinik?...Aku terpaksa harapkan org dalam situasi skrg ni...Untuk kuar sendiri naik teksi aku terpaksa berjalan kaki jauh juga..dlm 5-7 minit...rasanya dgn sakit pinggang ni aku tak tahan nak jalan jauh gitu...Bila dah sampai klinik/pusat kesihatan tu plak mcm ner aku nak balik?..Seingat aku pusat kesihatan tu jauh dr laluan pengankutan awam...Nak tunggu teksi lalu susah sgt, nak tunggu bas lagilah tak der. Nak minta tolong sesapa, ni hujung minggu, diorg dah ada mcm2 agenda....Lagi pon aku mmg berat sikit nak mintak tolong dgn org yg aku tak berapa rapat...Nak tak nak aku kena tunggu Z hantar gi klinik...Dan aku terpaksa tunggu sehari dua lagi kerana hari ni konpom dia tak dpt dtg jumpa aku....

p/s: time2 sakit mcm ni laaaa hati ni dok sayu jer...

Ada tak sesapa yg boleh bg nasihat dan petua untuk ubatkan sakit ni supaya aku tak payah kena injection tu?....
|

12 May 2005
KARNIVAL SURE KERJA

Hari ni nya entry aku buat untuk kongsi bersama...
Aku tahu ramai yg tengah mencari-cari kerja samada baru nak start kerja atau nak tukar kerja baru. Aritu, En.Bapak aku bg paper iklan ni. Nak bgth kat sorg2 banyak plak aku nak kena tulis dan ckp plak karang so, aku buat aaaa ntry kat sini jer...

Karnival Sure Kerja (Pekerjaan Untuk Rakyat)
Pada : 21 & 22 Mei 2005
Masa : 9 pg - 5 ptg
Tempat : Kompleks Dewan Kuliah, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM)
Anjuran Bersama : Jabatan Tenaga Kerja Sem. M'Sia & Fakulti Sains UM

" Yang Dihormati Para Pencari Kerja

Sure Kerja

Membuka peluang kepada ANDA untuk mendapatkan pekerjaan atau meningkatkan kerjaya SECARA LANGSUNG dan SEGERA.

Rebutlah Peluang Ini...... "

Sekiranya Anda :-

- sedang mencari pekerjaan
- ingin meningkatkan kerjaya
- ingin menukar kerjaya
- mencari informasi pekerjaan
- mencari informasi latihan
- mencari informasi pinjaman
- mencari informasi undang-undang
- pekerja yang diberhentikan kerja (atau bakal diberhentikan, heheheeh)
- Mencari peluang perniagaan
- graduan yg mencari kerja
- pelajar yg sedang sekolah ingin buat part time
- pelajar tamat sekolah tp tak sambung study
- pekerja yg sedang bekerja
- golongan yg berhalangan fizikal/ perlu bantuan dan sokongan pihak berkuasa tertentu untuk dpt kerja :-
+ Orang Kurang Upaya
+ Warga Emas (Pesara)
+ Wanita yang tak bekerja dan punya tanggungjawab keluarga
+ Banduan dan bekas banduan (mcm ner banduan nak gi karnival??)
+ Bekas penagih dadah
+ Ibu tunggal



Rebutlah peluang

* Pendartaran 'On line' melalui talian terus Sistem Penjodohan Kerja (Job Clearing System)

* Temuduga terbuka bagi pelbagai jawatan (pentadbiran/pengurusan/perkeranian/ teknik/kemahiran/separa mahir/buruh/pekerja pengeluaran) yang bakal disediakan oleh majikan yg terlibat sepanjang karnival dijalankan

* Ceramah bimbingan Kerjaya
* Peluang kerja keusahawanan
* Panduan Tips Temuduga

Turut Disertai Oleh:-

-Majikan dari pelbagai sektor perindustrian, perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, perhotelan, pertanian, perikanan dan sebagainya.

-Agensi-agensi Kerajaan.

Temuduga Terbuka, Sila Bawa
* Kad Pengenalan
* Sijil-sijil Kelayakan
* Sijil-sijil Kemahiran
* Lesen Memandu
* Gambar
* Resume
* Dokumen lain yg berkaitan.

Sekian terima kasih..iklan untuk hari ni...

Good Luck..




|

11 May 2005
Cerita Banyak Minggu...

Minggu lepas (2 May)
Selamat Pengantin Baru Pak Bear dan Mak Bear...
Majlis kat umah PB mmg meriah...Tambah plak meraikan 2 pasang mempelai...
Hinggakan aku terpaksa pinjam pen org umah WkDin untuk tambah "Kepada Pak Bear" kat hadiah aku...Konpiden jer nak bg menda tu tanpa tulis kepada sapa pasal selalunya kan pengantinnya sepasang jer...Punyalah nak rasa kemeriahan makan kenduri tu, kitorg tak terus mkn. Dok tunggu dulu rombongan GJ dr KL...Sekali serbu, sepanjang-panjang meja kitorg kongker...Riuhnya laaaaa....Si Ayares plak dalam sesibuk menyandang kamera tu sempat juga mengedarkan CD/VCD KLD 2.0 tu...Laku tak Im?.... Acara bergambar meriah jugak. Sebelum naik pelamin tu aku dok perati juga keutuhan senibina pelamin tu. Kot roboh karang haru jugak..Basri dah tak sabar2 nak berdugong-duging kat KLD...Habis dihambatnya sumer ker KLD...Cecuba jugak pengaruh Pak Bear..tp bila Najah kata "Tak pe, nanti Pak Bear berKLD dgn saya jer"..PB pon sengih jer laaa...Harus kecoh nanti bila pengantin ilang ikut kitorg gi terjun tasik....

KLD 2.1....
Ropanya ramai yg tak prepare baju. Singgah Jasin beli pakaian basahan. Pilih-pilih tuala, pilih-pilih baju, pilih-pilih seluar, pilih-pilih selipar....
Kak G tercengang-cengang tengok sumernya cantik dan ayu berbaju kurung sampai di KLD...Dalam pada tu sempat jugak dia smash sedas kat Bas "Kata tunggu 2 tahun baru dtg balik..Baru 2 minggu dah muncul semula dah"..Hahahahahah..kitorg gelak jer...
Tak sabar plak nak terjun tasik lagi...Sekali terlepas, masing-masing macam itik baru jumpa air...Oleh kerana aku tak pakai BA, maka aku main di tepian saja...Sesaja racun dan layan sesapa yg nampak teragak2 nak cecah air tu...Dapat jugak aku meracun 3 budak kecik peliharaan kak Nina....Paling seksa masa bebudak tu histeria dalam air bila nampak lintah..Nasib baik kaki aku jejak tanah, kot tak mau tenggelam aku kena tekan ngan bebudak tu..Apapun, mmg best layan diorg..Lenkali nak kena jaga mak diorg plak ker?...Hahahahhaa....

Melantit di Tangkak...
Haus, lapar....rombongan GJ mula merayap kat Tangkak cari port melantit. Umatnya ramai, ordernya macam2. Sejam beb tunggu nasi goreng kampung...Nasib baik dpt dulu...Dah tak tunggu org lain dah, aku mkn jer bila nasi aku sampai..Dah habis perlahan dah aku mkn, tu pon masih ada juga yg tak dpt order memasing bila aku menyuap butiran nasi terakhir. Baper punya lambat daaa servis kedai tu..Lenkali kita order satu menu jer...Biar tukang masak tu masak sekali satu kuali penuh....musti cepatnya....
Aku ngan kak Nina mula cari jalan alternatif bila adik kak Nina call dan inform tol A.Hitam jam gilos...Rasa aku kancil kak Nina pilih jalan ke2 dan kancil putih yg aku naik pilih jalan ke3...Lalu Pontian. Balik ni ada penumpang baru,Ayares..Aku risau gak kot Ayares tak berapa selesa..maklumlaaa, keta comel dan lasak tu...Tapi bila dia tak sedar dan tak dengar aku dok panggil2 kejutkan dia untuk bgth umah dia nak sampai dah, sah2 aaaa dia pengsan sepanjang perjalanan. Penat sungguh jadi cameraman ni eekk.

Minggu yang baru lepas
Selamat Pengantin Baru Kak Rose.(7 May)

Lepas balik dr pantau keje-keje kat Sg.Pulai Khamsi tu aku terus naik bas balik KL. Jumaat, 6 May sengaja aku amik cuti khas untuk kak Ros...tolong apa yg patut... 2 hari, jam 4-5 pagi baru start tido.Sabtu tu, org dah nak siap-siap gi Masjid untuk majlis Nikah, aku baru bangun.Man taknya, tido kul 5 pagi.Org dah bangun untuk amik turn masak, aku plak tak over bantal tilam. Tu pon kak Ros kejutkan, kalau tak terus jer aku lena tetengah ruang tamu tu.
Walau majlisnya sederhana tp, bg aku penuh bermakna. Aku sure begitu juga bg kak Rose. Ntah kenapa, selesai upacara Nikah di Masjid, sebak betul dada aku ni. Terharu pon ada. Bila kenangkan pengalaman2 pahit manis yg kak Rose lalui, aku sebak betul bila aku nak ucapkan "Tahniah kak Ros, akhirnya...."...Baper punya drama air mata daaaaa....
Dah-dah, malas aaa aku nak cakap banyak...Ni gambar pasangan pengantin Syed dan Kak Rosminah dan hasil keje rencam yg aku buat sampai tido kul 5 pagi. Aku doakan semoga akak berdua happy dan kekal hingga akhir hayat. Kali ni kak Ros dah ada penyokong kuat tak kira apa yg akak lalui...Berbaloi susah payah yg dah akak lalui. Cecepat dapat baby..Musti kiut kan...maria cop nak jadi ummi angkat bakal baby nanti eekk?....



|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)