Kalau Nak Berjaya Dan Gembira,
Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang,
Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan,
Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan
So, Watpe Tumpang Kete Orang?!...
#My F'rite SmS From SFiq#
AKU?
Maria /
mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor
:: Single n available :-) :: Johor Bahru HOBI?
:: Membaca
dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-
28 November 2003
Malam raya....sibuk iron baju-baju raya aku dan adik-adik aku yg ramai tu..
Agenda yg best malam ni ialah......bershopping last minit kat Parit Sulong
Dr rumah nenek ke Pt. Sulong tu sebenarnya dalam 30 hingga ke 45 minit.
Tapi 2 batu dari pekan Pt.Sulong tu dah jammed.Teruk....
Jadinya....2 jam baru sampai Pt.Sulong.
Jalan punya jalan,pusing punya pusing,shopping punya shopping...
Nak kul 4 pagi baru sampai rumah..
Cam ner lah nak bangun pagi esok nie.....?
1 Syawal......
Aku berjaya bangun pepagi ni..
Aku mandi dan pakai baju kurung kaler pink..
Dan buat pertama kalinya aku pergi solat Aidilfitri di kg Pt.Raja nie..
Bertakbir,bertakbir,bertakbir...
Buat aku hampir menitiskan air mata..Sayu..Syahdu..
Tapi aku tahan....air mata aku hanya mengalir di dalam dada....
Sebak aku tahan....
Tiba-tiba aku teringat pada seorang teman..
Yang rayanya disambut di wad..kerana keadaan kesihatan yg memaksa
Agar dia diberi rawatan lanjut..
Aku hanya mampu berdoa..agar dia cepat sembuh..
Agar Kesejahteraan sentiasa dilimpahi atasnya.....Amin...
Tentang Aktiviti beraya...nanti aku sambung lain kali ekkk....
Semoga semuanya happy dan bahagia di hari raya ni......
Aku tak sabar nak tunggu esok...
Nak balik kampung atuk di Melaka..
Pastu balik beraya di kampung nenek di Johor...
Aku tak sabar nak anyam ketupat..
Tak sabar nak masak rendang..
Tak sabar nak berbuka reramai sebelum raya..
Tak sabar nak pasang pelita
Tak sabar nak main bunga api..
Eh!..Tengok bebudak main bunga api..
Tak sabar nak beraya ramai-ramai ke rumah sanak saudara..
Tak sabar rasanya..rasa nak senyum jer...
Rasa cam nak melaungkan pada semua orang yang aku sayang....
SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!
SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!
SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!
Hampir pukul 4 petang semalam...aku dah resah tengok langit yg gelap...
Payung tertinggal di rumah...Harap-harap sempat sampai rumah...
Memanjat tangga bas...hujan renyai-renyai..
Menaiki eskulator di stesen Lrt Masjid Jame'...Hujan mula lebat..
Alahai hujan...Hujan rahmat..
Sampai Lrt Maluri..Lebat selebat-lebatnya
Sesaat dua aku berhenti seketika untuk membuat pilihan..
a) Tunggu hujan reda
b) Redah jer hujan tu
Aku memilih b)...atas alasan-alasan tersebut...
1) Aku tak tahu aku nak kena tunggu berapa lama sampai hujan reda.
2) Aku takut kalau aku tunggu nanti jalan tu banjir...lagi haru..
3)Pasal aku dah lama tak rasa mandi hujan..
Dengan Bismillah......aku melangkah dengan steady..tak payah lari-lari..
Memang aku nak menikmati rahmat Tuhan yg sejak akhir-akhir nie seringkali membasahi bumi KL ni.
Dalam banyak-banyak hal..yg aku risaukan ialah majalah kesayangan aku ' Mingguan Wanita '
Aku sorok majalah tu bawah tudung..tapi kalau dah air hujan tu turun macam shower kat bilik air aku tu..
Majalah aku tetap jugak basah...Takper..balik rumah nanti aku iron majalah tu..
Sampai rumah..mandi,solat dan sambung kerje-kerje 'kerastangan' aku tu..
Membuat barang-barang hantaran untuk kak Zila..
Banyak lagi tak dibuat..Sumer nak disiapkan sebelum aku balik kg Jumaat ni...
5.00 pagi...
Aku terjaga..Kepala rasa berat..
Masa masuk bilik air untuk cuci muka..aku rasa isi kepala aku bergoncang-goncang..
Aik! Aku kena migraine ke?
Aku rasa dahi..panas..sah aku demam dek kerana penangan hujan semalam..
Bersahur dengan minum RedCoffe dan Mr.Patato je...
Pastu aku tidur balik pasal rasa tak larat sgt...
Dalam hati harap-harap sgt aku akan ok sikit untuk pegi keje..
Nak amik MC malas..Nak amik cuti sayang pulak...pasal aku rasa tahun depan aku akan banyak guna cuti tu..
Baju tak sempat iron..
Aku nekad...g opis pakai seluar slack dan blouse..serta tudung biru hadiah dari Helmi..
Alamatnya hari nie aku kena menyorok jer dalam bilik..
Tu pun dah baper org tegur..
Ari nie aku akan bertapa jer dalam bilik nie...
Your soul is bound to the Burning Rose: The Rapture.
"I go where my heart beckons me, and I go with my head high. But sometimes, I get a need until I bleed so my heart swims above my head."
The Burning Rose is associated with passion, intensity, and desire. It is governed by the god Eros and its sign is The Flame, or Physical Love.
As a Burning Rose, you can get lost in the moment if you let yourself. You are a very physical person, be it in relationships, work, or play. You may be driven by your hormones sometimes, but you know it's because you have to follow your instinct.
Kali ni aku nak bercerita pepanjang pasal kenangan-kenangan di hari raya..lelebih lagi time bebudak dulu...
Bunga api dan pelita
Paling aku suka time raya nie dapat main bunga api.Sepupu seangkatan pulak tu ramai,halaman rumah nenek luas,seluas separuh padang bola. Dek kerana nak rasa sgt suasana hari raya tu,dua-tiga hari sebelum raya kami bangun awal pagi.Bersahur kendian terus ke depan rumah main bunga api dan mercun pukul 5.30 pagi. Alahai seronoknya...Walaupun halaman rumah nenek aku luas tapi tak pasang pelita bebanyak.Cuma pasang sekeliling halaman pasal nak save kan tempat parking untuk keta pakcik makcik aku.Kalau nak tengok meriahnya cahaya pelita,berjalan saja keliling kg. Berpesta pelita macamlah ada pertandingan pelita terbanyak dan tercantik.Siap ada pintu gerbang lagi.Bertuah juga tradisi ni masih ada lagi sampai la ni.
Baju raya aku
Bercakap pasal bj raya,aku bukan nak kira berapa banyak bj raya aku tiap tahun. Teringat pulak pasal tragedi-tragedi yg melibatkan baju raya aku. Ada sekali tu di pagi raya,kami bermain bunga api macam biasa.Bezanya dengan memakai baju raya sedangkan hari sebelumnya hanya berbaju tidur saja. Kitaorang suka patah-patahkan bunga api tu dan bakar atas simen. Bunga api tu akan berpusing-pusing macam gasing. Nak jadi cerita,salah satu dari bunga api tu tersasar dari landasan,masuk bawah kain baju raya aku tu...Huwaaaaaa! Berlubang kain baju raya aku tu...tak sampai sekerat hari aku pakai...Punyalah sedih,aku berlari masuk bilik nangis sepuas-puasnya sampai tertidur.Nasib baik ada baju lagi satu. Pernah jugak satu hari raya tu,kami sekeluarga balik dulu ke kg atuk di Melaka. Aku dengan bangganya iron semua baju raya aku dan gantung dalam bilikpasal nak tunjuk baju raya aku yg cantik. Bila balik kg nenek kat Johor,bebaju tu sumer tertinggal. Sedihnya tak terkata...Dek kerana simpati kat aku, mak long aku bagi aku pakai bebaju dia yg lelama tapi cantik lagi tu...Akhirnya baju raya aku yg baru lagi banyak dari baju aku yg tertinggal tu...Moralnya..jgn nak menunjuk-nunjuk kiter ada baju baru kat org lagi..Padan muka aku...
Rombongan beraya...
Ni salah satu acara yg paling aku suka time raya. Kami sekeluarga akan beramai-ramai pergi beraya rumah sedara mara jiran tetangga. Selalunya tak kurang dari 3 keta...Punyalah ramai sampai kekadang tu rumah org tu tak muat nak isi kitaorg. Tu belum masuk lagi citer-citer rumah yg senget dan hampir roboh dek kerana penangan rombongan kami.
Tidur reramai
Bila dah reramai balik kampung, maka macam-macam ceritalah yang timbul. Kalau time nak tidur tu, main tidur jer kat memana. Tapi selalunya kami sepupu sepapat pakat tidur reramai kat serambi. Bersusunlah macam kat asrama pulak. Mak ntah kat mana, ayah kat mana, anak kat mana. Biasanya mak-mak ni,bila dah jumpa tak habis2 citernya. Tu lah yg diorg tidur dedekat sebab citer tu tak kan habis selagi mata tak lelap. Ayah-ayahnya pulak dah nampak macam tu tak kan nak menyelit kat tetengah tu nak berkepit dengan maknya. Maka,ayah-ayah tu carilah tempat tidur sendiri. Nasib rumah nenek aku besar.
Baraan/ Marhaban
Tradisi kampung aku kat Johor ni adalah Baraan. Hari raya kedua baraan lelaki dan ketiga baraan perempuan. Kalau time baraan lelaki tu, aku dan sepupu aku yg pompuan ni amik kesempatan ngintai anak-anak teruna kg yg hensem-hensem tu. Pastu sesibuk tanya kat org tua tu anak sapa? Ooooo...sedara juga rupanya...Pendek kata,habis satu kampung tu sedara jugak. Time baraan pompuan, kami amak-anak dara nie selalu jadi mangsa mewakili rumah g baraan tu. Selalunya liat kan main pasal mengenangkan baraan tu start seawal jam 8 pagi hingga jam 6 petang. Turun naik tiap rumah yg ada kat kg tu. Tak terlepas satu rumah pun.Kecualilah kalau tuan rumah tu memang tak der. Penat berjalan tu memang tak rasa sgt pasal dari satu rumah ke satu rumah tu jaraknya dekat. Agaknya tahun ni aku kena pegi lagi...Bezanya masa kecik dulu org ngintai-ngintai kat kitaorg pasal nak bagi duit raya..tapi sekarang nie org-org tua ngintai kitaorg pastu tanya anak sapa. Pastu mulalah nak padan-padankan dengan sesapa yg patut.... Alahai makcik....
Tapi kebanyakkannya citer tu dah tinggal citer. Hari raya aku time besar-besar nie tak sama lgi seperti time bebudak dulu. Aku tengok adik-adik dan sepupu aku yg kekecik tu pun tak macam kami dulu. Agaknya pasal jarang sangat nak jumpa. Hmmmm... aku rindu sangat dengan kenangan-kenangan hari raya dulu. Hari raya sekarang meriah juga tapi coraknya tak sama. Aku tak sabar nak balik kampung beraya...Nek, tunggu along balik raya tahun ni...Nak tidur dengan nenek lagi. Jangan tak caya, bebesar ni pun nenek aku masih tepuk-tepuk aku time tidur........
" Dedolu kumpul duit raya, sekarang nie kena bagi duit raya pulak...adik-adik dan sepupu serta anak-anak buah berderet....Takpelah,kekurangnya bertambah pahala sedekah aku tiap tahun "
Serasa ku....Lagu nyanyian Ella ini agak sesuai untuknya...
Ilham Bicara
Kedengaran tak kelihatan
Terasa manis namun tak terucap
Denyutan nadiku dan kalam kasihmu
Tiada henti penuh bermakna
Bergugur tak bertabur
Dalam menangis bersedih tidak
Bertutur kata teratur
Ilham bicara bagai pujangga
Hanya suara yang berkunjungan
Hanya kata-kata penawar duka
Kala tak bermaya bak reranting patah
Kau renjiskan penglipur lara
Renungi mata hati
Benarku idamkan belaianmu
Dengari kata hati
Sesungguhnya ku cinta padamu
Jauh manapun diri berkelana
Dalam mana lautan ku selami
Tak akan kutemui.....kesuma jiwa
Yang jernihnya menerangi kekaburan jiwa
Namun tak mampu kuyakinkan diri
Seadanya aku....kau terima
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Selamat Menyambut Aidilfitri
Insyaallah..Semoga Aidilfitri Membawa Sinar Baru Yang Lebih Terang
Ucapan Khas............
Salam Sayang Untuk Mak dan Ayah..
Ampunkan Salah Silap Dosa Anakanda
Untuk Adinda-adinda Tercinta...
Semoga kalian lebih berjaya dari Alongmu ini
Untuk Nenda dan Saudara di kampung
Insyaallah kita bersama kembali
Buat Cikgu....
Terima kasih atas segalanya...
Tak terucap dan terbalas apa yg telah kau curahkan
Semoga diberkati dan dirahmati-Nya..
Helmi...
Semoga berjumpa apa yg dicari
Shah...
Semoga berbahagia dan tabah dengan apa jua yg bakal ditempuhi
Teman-teman sebilik,serumah dan bekas serumah
Lyn,Kak Nor,Kak Pah,Kak Ros dan Kak Zila
Semoga lebih gembira dan bahagia dengan kehadiran Syawal kali ini
Kerna kita punya makna Aidilfitri yang tersendiri..Insyaallah
Kawan-kawan di kantor,
Kak Shida,Kak Rin,Marena,Ct,Abg Saman,Andy,Abg Mie,Bosku dan lain-lain,
Semoga ceria dan gembira...(Bos,duit raya?)
Teman seperjuangan,
Nuzul,Ita,Ijan,Mijam,Min,Shira,Ani,Shima,Hafiz dan banyak lagi....
I Miz U All.....Semoga dapat kerja yg best-best
Geng Jurnal
Kak Zar,Ct_Cute,Zhoulsz,Salji,Kak Ungku,Ep,Abasan,HS, dan lain-lain...
Tak Sangka Ramadhan ini lebih ceria dengan kehadiran kalian
Buat semua yg tak terucap namanya....
Semoga Rahmat dan Hidayah itu sentiasa menemani jalan hidup kalian..
Akhir kata...Ampunkan Salah Silap Dosa Ku ini...
Andai bisa ku salam dan kucup tangan setiap dari kalian akan kulaksanakan...
Langkah kaki diiringi seribu rasa
Yg tak bisa dirungkaikan
Antara senyum dan air mata
Antara kerut dahi dan ceria
Gembira
Kerana sebuah pertemuan
Yg bisa menerbangkan gelisah
Walau hanya seketika
Terima kasih buat EP,Kak Ungku sekeluarga,Salji,Zhoulsz dan Abasan
Tak lupa tuan rumah...Kak Zar sefamili
Sedih
Mengenangkan fenomena alam
Mana yg kehilangan
Mana yg kematian
Mana yg kesepian
Mana yg kehabisan (gaji aku)
Keliru
Kerna sebuah tuntutan
Antara hati dan pertimbangan
Sebuah keputusan
Yang bisa membawa sebuah perubahan
Gelisah
Menghitung hari yg semakin hampir
Mungkinkah akan tiba
Mungkinkah akan terlaksana
Juga kerana tugas demi tugas
Yang datangnya bermusim
Lega
Kerana hampir pudar sebuah kesepian
Dengan pelbagai kehadiran
Hadirnya mereka bertambahnya teman
Bertaut tali persaudaraan
Hadirnya dia
Yg terkadang hampir tidak aku pedulikan
Tapi lebih menenangkan...
Antara Seribu Warna
Yang tak akan berakhir
Selagi hela nafas tak terhenti
Selagi masih berdenyutnya nadi...
Your element is Water. You are a deep person and a good communicator. Incredibably loving and loyal when your trust is gained and you are fairly mature.Myterious to the utmost water is in everything. One can be an Ocean or a river but nobody truly knows you.
Dari dulu memang aku suka air...mana saja tempat yg ada unsur air aku suka pergi...Sampai dulu pun Helmi naik jemu bila aku selalu ajak dia g KLCC untuk tengok air pancut...Tapi sekarang aku g lepak kat sana sorang-sorang jer...Helmi pun tak punya masa untuk teman aku lagi macam dulu...
Isnin....
Aku tak sempat nak melawat Geju ari nie...
Juga tempat-tempat persinggahan yang lain...
Pepagi En.H dah panggil aku pasal kain
Kain yang akan dipasang di sekeliling 'dewan' untuk majlis berbuka puasa nanti
Ukur punya ukur...pastu aku kuar pi beli..
Turun naik kedai kain...Kamdar...Globe..
Last-last Nagoya juga yg best...
Kat tempat lain kain satin tu RM 3.80 tapi kat Nagoya RM 2.00..
Aku beli 75 meter...Maroon ngan kuning..
Kebetulan orang ramai tengah shopping beli kain langsir..
Ada jugak yang terbeliak biji mata tengok aku beli bebanyak...
Siap kilat-kilat lagi...Kalau tu lah langsir untuk rumah aku...
Agak-agaknya berapa besarlah rumah tu?
Berapa banyak tingkap dan pintu yang ada?
Aku risau gak bila fikir-fikir pasal majlis tu..
Ni first time aku terlibat ngan majlis seumpama ini di opis..
Kira aku ni junior sesangat..aku segan gak ngan Kak M...
Tapi aku try sebaik yg boleh...
Kalau kat U dulu biasa jugak buat memenda mcm nie...
Petang, time balik...aku hangin lagi...
Terkilan ya amat pasal aku kena beratur beli tiket Lrt Star..
Ni semua pasal kecuaian aku...
Kad/pas bulanan Lrt Star aku tercicir masa nak beli tiket Lrt Putra nak balik dr acara berbuka puasa Geju...
Tak pasal-pasal aku kena beratur beli tiket macam org lain...
Biasanya aku hanya lalu jer sambil tunjuk pas tu..
Terpaksalah aku mencatu-catukan peruntukan aku hingga akhir bulan ni...
Hingga tiba masa untuk beli pas Lrt bulan depan...
Sampai rumah aku solat dan aku tidur...
Dah kul 6.15 ptg baru aku bangun..
Masak sup kacang panjang + kentang lebih kurang...
Tu jer lah juadah aku buka puasa petang ni...
Dan tu jugalah yg bakal aku makan untuk sahur nanti....
Akhirnya tercapai juga cecita aku nak jumpa dengan Geju.....
Petang ahad....aku sampai lambat...
Azan berkumandang ketika aku baru menjejaki Stesen Lrt Putra Setiawangsa...
Hujan mencurah-curah...
" Assalamualaikum....awak dah sampai ker?"
"Belum. Masih di Au3"
"Errr...hujan lebatlah kat sini"
"Tak pe. Saya ambil awak di lrt"
"Ok"
Mujur ader Zhoulsz...tak der laa aku tercangak-cangak mencari Geju...
Harapkan pernah nampak di gambar sahaja...
Dari jauh nampak Uncle ep...
Hati ku segera lega daripada debaran yg tak jemu bermain di dada...
Wah! Berbuka dengan kek lapis kak Ungku yg Zhoulsz gila-gilakan...
(Apalah ramuan istimewa yg kak Ungku letak dalam resepi kek tu agaknya?)
Ada Salji yg telah kehilangan misainya...nampak lebih handsome kata Zhoulsz...
Abasan yg nampak cool...
Uncle ep berceloteh menyambut kami yg lambat...
Kak Ungku sekeluarga yg membuatkan majlis kecil ni bertambah meriah...
Dan Zhoulsz yg telah menghabiskan kek lapis kak Ungku separuh tupperware...
Tak berapa ramai tapi cukup meriah...
Bercakap dengan kak Ungku dan Zhoulsz bagai terlalu banyak yg nak dikongsikan bersama...
Bertegur dengan Salji hanya sepatah dua kata (lebih kot)
Habis makan...reramai pergi serang rumah Kak Zar yg berhampiran.....
Aik! Uncle ep yg mengetuai rombongan menghilangkan diri...
Semua dah sampai di rumah kak Zar tapi Uncle ep tak sampai juga...
Rupanya..singgah di masjid menunaikan solat tarawikh...
Meriahnya...rasa macam dah raya pula...
Berborak dari satu topik ke satu topik...
Bergurau bergelak ketawa...
Apa lagi yg nak ku gambarkan?
Seronok...
Agaknya kalau tak kerana anak bujang kak Ungku nak ke pusat membeli-belah
Mesti kami terlajak ntah sampai pukul berapa...
Berborak hingga tak sedar masa berlalu...
Tapi awalnya..kami tertipu dengan jam kak Zar yg diawalkan 1/2 jam...
Hahahahahah! Sumer pun tertipu....(tipah tertipu bang....)
Selepas bersalaman..acara membelek pokok-pokok herba kak Zar yg berderet di depan rumah...
Zhoulsz dan Salji dah jeling-jeling sepasu Tongkat Ali yg baru sejengkal....
"Kak Zar, kalau hilang Tongkat Ali tu jgn cari saya tau!" kata Zhoulsz sambil tersenyum jahat...
Bye...rasa cam tak nak pisah pulak dengan diorg..tak puas nak berborak lagi...
Tak per...insyaallah aku tak kan culas hadir setiap perjumpaan Geju...Rugi oooo
Nanti jeles plak macam Ct_cute yg terpaksa berkurung di rumah kerana terkena demam campak....
Tumpang kereta Zhoulsz hingga ke Stesen Lrt Putra Setiawangsa.....
Balik....sampai rumah hampir jam 11....
Apa lagi yg boleh aku katakan...
Penat....tapi puas hati....
:-)
Petang sikit..
Dapat call dari Kak Rose
"Petang ni berbuka reramai kat luar eekkk?"
"Kat mana?"
"Alaaa kat depan jer"
"Ok"
6.30 petang aku dan Kak Pah pergi dulu..
Nak cop tempat..takut penuh..
"laaaaaa kosong jer!"
Sesampai kat Shima Corner tu..
Kedai tu kosong..aik! tak der org nak buka puasa ker?
Hmmmm pilih tempat dan order...
Hari ni kali kedua aku makan nasi sejak bulan puasa ni...
Menu hari ini.....
Nasi Putih
Ikan Bawal Masak Pedas
Sup Cendawan
Kailan Ikan Masin
Telur Dadar...
Aku minum Teh O Ais gelas besar (first time aku minum ais time bulan posa ni)
Best jugak makan...
Pastu balik rumah..solat..kuar balik g Pandan Jaya..
Gi Seng Heng teman Kak Rose..
aku belek2 peti ais..rasa cam nak beli..harga boleh tahan...
Tapi..nanti kalau aku nak pindah susah nak angkut..
Dan aku rasa aku kena bincang dengan........
Balik singgah rumah kawan Kak Nor...
Sampai rumah jam 10 lebih...
Tapi aku tidur jam 3.30 pagi....
Berbincang hal masa depan...
Ish...dah lah...aku nak g sahur ni...
SELAMAT BERPUASA....
Hari ini...
Perhimpunan Bulanan Jabatan aku....
Wah...ngantuknya....
"pssssttttt....aku nampak dah opismate aku yg comel lote tu...
Cuma tak sempat nak tegur jer"
Ucapan KP hari nie berkisar tentang ucapan PM...
Petikan ucapan PM
" Sektor awam hendaklah secara lebih radikal mengubah dari hanya peranan kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang, kepada peranan pemudah cara, membantu secara berkesan menjayakan usaha dan peranan sektor swasta dengan kadar lebih cekap, lebih cepat, lebih telus."
KP aku kata...menukar peranan kepada PEMUDAH CARA itu adalah perkara yang luar biasa. Peranan luar biasa daripada peranan yang biasa. Sememangnya bila kita nak buat sesuatu yang luar biasa daripada yang biasa memang sukar. Pasal tak biasa nak buat yang tak biasa buat. Dan juga pasal dah terbiasa sangat dengan yang biasa je. Dan seperti biasa aku buat biasa-biasa je. Tapi ada kalanya, dahi aku berkerut juga bila terdengar kata-kata yang luar biasa. Biasa-biasanya aku akan berfikir secara sepintas lalu sahaja. Tapi kali ini aku berfikir pula secara luar biasa. Berfikir secara luar biasa? Adakah tindakan aku serta kekawan aku nanti juga luar biasa caranya? Atau biasa-biasa saja?
Petang semalam..
Nasib aku sama cam petang kelmarin...
Tension betul aku..
Dah lah aku dah janji ngan Kak Yati nak amik Lesen P sesama....
Aku lambat sampai kat opis tu...
Nasib diorang tunggu lagi..kalau tak..tersimpanlah lesen aku kat situ..
Walau aku penat berjalan...
Tapi aku puas hati....AKU DAH DAPAT LESEN......
Yeah Yeah!!!!!......Tapi aku nak bawak keta mana ni?
Heheheheh (muka jahat!)...
Sapa punya ketalah yg akan jadi mangsa ku.....
Jejagalah korang........
Aku bengang betul....
Bas yang aku selalu naik time balik...
Tak der...
Elok-elok aku kuar opis jam 4 petang...
Aku kena tunggu bas sampai kul 5.15 petang...
Kepala aku dah sakit..
Migraine ni datang lagi..
Maka berkerut-kerutlah dahi aku menahannya...
Apa lah aku nak buka petang ni yer ?(hehhehe..macam puasa)
Sampai rumah hampir jam 6..
Mandi dan masak serba sikit..
Takat makan sorang,apalah sangat..
Pucuk keledek goreng dengan paru goreng sambal...
Tu jer...
Malam...
Gagahkan jua buat bunga untuk hiasan hantaran K Zila..
Mata ni macam ada gam..
Sempat buat dua kumtum jer..
Iron baju cecepat..
Tidur.......
"Maria...Lin tutup lampu yer"
"Haa...."
"Maria.. Maria,,,"
"ZZZzzzZzzzzZzzzzzzzzzZZZZZzzzzzZzzzZZz
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."
Hmmmm.....seperti air terjun?
Agaknya sebab itu aku agak sukar memperolehi teman istimewa..
Bak air terjun...tersorok di tengah belantara...
Bukan calang-calang orang yang boleh sampai padanya...
Istimewakah?
Sukarkah?
Benarkah?
Tetiba jer akak sorang nie muncul kat rumah..
Housemate aku dedulu..
Sekarang hampir tamatkan pengajian KPLI dia..
Bakal cikgu..
Dan bakal pengantin baru....
Ish..cam tak sangka jer kakak ni dah nak kawin...
Ader juga terselit rasa cemburu tu...
Bila tengok dia sesibuk dengan agenda-agenda dia..
Agenda bagi menjayakan majlis bersejarah tu...
Bilalah giliran aku?..
Alaaaa...ada jodoh sampai juga satu hari nanti...
Aik....aku pun termasuk dalam agenda tu?
Aku dan Lin diberi tugas part bebarang hantaran...
Aku dah senyum...
Pasal aku suke buat bebenda macam tu...
Bab-bab riben,bunga dan sewaktu dengannya...
Memang aku suka....
Aku pun menyibukkan diri aku...
Pergi Sayang You beli barang-barang berkenaan...
Tak kisah aku penat..
Yang penting aku puas hati...
Dengan hasilnya nanti....