Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


18 November 2003
Kali ni aku nak bercerita pepanjang pasal kenangan-kenangan di hari raya..lelebih lagi time bebudak dulu...

Bunga api dan pelita
Paling aku suka time raya nie dapat main bunga api.Sepupu seangkatan pulak tu ramai,halaman rumah nenek luas,seluas separuh padang bola. Dek kerana nak rasa sgt suasana hari raya tu,dua-tiga hari sebelum raya kami bangun awal pagi.Bersahur kendian terus ke depan rumah main bunga api dan mercun pukul 5.30 pagi. Alahai seronoknya...Walaupun halaman rumah nenek aku luas tapi tak pasang pelita bebanyak.Cuma pasang sekeliling halaman pasal nak save kan tempat parking untuk keta pakcik makcik aku.Kalau nak tengok meriahnya cahaya pelita,berjalan saja keliling kg. Berpesta pelita macamlah ada pertandingan pelita terbanyak dan tercantik.Siap ada pintu gerbang lagi.Bertuah juga tradisi ni masih ada lagi sampai la ni.

Baju raya aku
Bercakap pasal bj raya,aku bukan nak kira berapa banyak bj raya aku tiap tahun. Teringat pulak pasal tragedi-tragedi yg melibatkan baju raya aku. Ada sekali tu di pagi raya,kami bermain bunga api macam biasa.Bezanya dengan memakai baju raya sedangkan hari sebelumnya hanya berbaju tidur saja. Kitaorang suka patah-patahkan bunga api tu dan bakar atas simen. Bunga api tu akan berpusing-pusing macam gasing. Nak jadi cerita,salah satu dari bunga api tu tersasar dari landasan,masuk bawah kain baju raya aku tu...Huwaaaaaa! Berlubang kain baju raya aku tu...tak sampai sekerat hari aku pakai...Punyalah sedih,aku berlari masuk bilik nangis sepuas-puasnya sampai tertidur.Nasib baik ada baju lagi satu. Pernah jugak satu hari raya tu,kami sekeluarga balik dulu ke kg atuk di Melaka. Aku dengan bangganya iron semua baju raya aku dan gantung dalam bilikpasal nak tunjuk baju raya aku yg cantik. Bila balik kg nenek kat Johor,bebaju tu sumer tertinggal. Sedihnya tak terkata...Dek kerana simpati kat aku, mak long aku bagi aku pakai bebaju dia yg lelama tapi cantik lagi tu...Akhirnya baju raya aku yg baru lagi banyak dari baju aku yg tertinggal tu...Moralnya..jgn nak menunjuk-nunjuk kiter ada baju baru kat org lagi..Padan muka aku...

Rombongan beraya...
Ni salah satu acara yg paling aku suka time raya. Kami sekeluarga akan beramai-ramai pergi beraya rumah sedara mara jiran tetangga. Selalunya tak kurang dari 3 keta...Punyalah ramai sampai kekadang tu rumah org tu tak muat nak isi kitaorg. Tu belum masuk lagi citer-citer rumah yg senget dan hampir roboh dek kerana penangan rombongan kami.

Tidur reramai
Bila dah reramai balik kampung, maka macam-macam ceritalah yang timbul. Kalau time nak tidur tu, main tidur jer kat memana. Tapi selalunya kami sepupu sepapat pakat tidur reramai kat serambi. Bersusunlah macam kat asrama pulak. Mak ntah kat mana, ayah kat mana, anak kat mana. Biasanya mak-mak ni,bila dah jumpa tak habis2 citernya. Tu lah yg diorg tidur dedekat sebab citer tu tak kan habis selagi mata tak lelap. Ayah-ayahnya pulak dah nampak macam tu tak kan nak menyelit kat tetengah tu nak berkepit dengan maknya. Maka,ayah-ayah tu carilah tempat tidur sendiri. Nasib rumah nenek aku besar.

Baraan/ Marhaban
Tradisi kampung aku kat Johor ni adalah Baraan. Hari raya kedua baraan lelaki dan ketiga baraan perempuan. Kalau time baraan lelaki tu, aku dan sepupu aku yg pompuan ni amik kesempatan ngintai anak-anak teruna kg yg hensem-hensem tu. Pastu sesibuk tanya kat org tua tu anak sapa? Ooooo...sedara juga rupanya...Pendek kata,habis satu kampung tu sedara jugak. Time baraan pompuan, kami amak-anak dara nie selalu jadi mangsa mewakili rumah g baraan tu. Selalunya liat kan main pasal mengenangkan baraan tu start seawal jam 8 pagi hingga jam 6 petang. Turun naik tiap rumah yg ada kat kg tu. Tak terlepas satu rumah pun.Kecualilah kalau tuan rumah tu memang tak der. Penat berjalan tu memang tak rasa sgt pasal dari satu rumah ke satu rumah tu jaraknya dekat. Agaknya tahun ni aku kena pegi lagi...Bezanya masa kecik dulu org ngintai-ngintai kat kitaorg pasal nak bagi duit raya..tapi sekarang nie org-org tua ngintai kitaorg pastu tanya anak sapa. Pastu mulalah nak padan-padankan dengan sesapa yg patut.... Alahai makcik....

Tapi kebanyakkannya citer tu dah tinggal citer. Hari raya aku time besar-besar nie tak sama lgi seperti time bebudak dulu. Aku tengok adik-adik dan sepupu aku yg kekecik tu pun tak macam kami dulu. Agaknya pasal jarang sangat nak jumpa. Hmmmm... aku rindu sangat dengan kenangan-kenangan hari raya dulu. Hari raya sekarang meriah juga tapi coraknya tak sama. Aku tak sabar nak balik kampung beraya...Nek, tunggu along balik raya tahun ni...Nak tidur dengan nenek lagi. Jangan tak caya, bebesar ni pun nenek aku masih tepuk-tepuk aku time tidur........

" Dedolu kumpul duit raya, sekarang nie kena bagi duit raya pulak...adik-adik dan sepupu serta anak-anak buah berderet....Takpelah,kekurangnya bertambah pahala sedekah aku tiap tahun "
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)