Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


28 November 2005
Rentetan Maharaja yang Bermaharajalela.
Pengumuman semua...Ketahuilah wahai seluruh isi dunia internet. Sesungguhnya aku ini ingin minta maaf pada insan yang terasa dengan entry Maharaja Yang Bermaharajalela. Tidaklah niat aku untuk menyakitkan hatinya. Tidaklah jugak niat aku untuk menghebahkan pada seluruh isi internet perihalnya. Errrr, ada sesapa ker yg kenal dengan Maharaja yg aku perkatakan tu? Bukan, bukan Lela la...Lela tu Maharaja yg lain. See, tak der sapa pun yg kenal dengan Maharaja tersebut. Kenapa pula si dia ni yg terasa. Tujuan aku menulis tu adalah untuk iktibar semua.Tidak ditujukan pada sesapa. Hanya Lela saja yang terlibat. Kenapa pula dia nak terasa dan langsung mengkehendakkan aku meminta maaf secara terbuka. Dah macam Melodi plak aku rasa. Apapun, saya minta maaf sesangat andai awak terasa. Tapi, apa pasal awak terasa? Awak kah Maharaja Yang Bermaharajalela itu? Bukan kan? Ish, tak kan lah awak. Orang lain tu. Betul bukan kan?
|

22 November 2005
Sejuk.

JB sekarang berada dalam musim sejuk. Cuaca mendung dari pagi hingga ker ptg. Malam aku kurang pasti. Pasal mmg sentiasa mendung dan gelap saja. Hampir setiap hari hujan pasti turun. Ada masa ptg, ada masanya pagi. Kadang-kadang malam. Selalunya sepanjang hari. Jalan-jalan tgh bandar dah tak perlu pakai cermin mata hitam. Kalau pakai jugak nanti ada org baik hati pimpin tgn kau seberang jalan.

Air paip dah hampir mencecah paras beku. Aku rasa air paip dan air botol dalam peti sejuk aku sama jer sejuknya. Untuk mandi ptg yg kalau tak mandi pun tak per pasal nak duk rumah jer, aku boleh jamak jer mandi tu. Macam ptg semalam, aku hanya cuci muka untuk buang make-up, cuci-cuci kaki jer sebagai syarat sah mandi ptg aku. Tu pun dah menggigil-gigil. Kuar bilik air, terus lompat atas katil, bungkus badan dgn selimut tebal dan peluk teddy badak aku erat-erat untuk ilangkan ketaq kat gigi ni. Agak-agak dah panas sikit baru aku kuar bilik. Pagi td plak, oleh krn nak gi keje terpaksa jugak aku mandi. Sesaat dua, aku rasa fungsi deria rasa suhu kulit aku tergendala disimbah air sejuk tu. Akhirnya mandi aku hanya cukup air sebaldi. Dengan berbungkus selimut kembali aku gi iron baju.

Dengan ini, aku offer sesapa yg nak merasai pengalaman musim sejuk di JB silalah berkunjung ker umah aku. Tak mahal, RM28 jer sehari. Sila bawa pakaian musim sejuk sendiri.

Kontroversi.

Aku dah naik menyampah kat dia ni. Masalah sebegitu pun kecohnya, Ya Rabbi. Awak tu lelaki. Umur tu nak suku abad dah sikit masa lagi. Hal-hal mcm ni pun tak leh settle sendiri? buat apa kau kecoh sana-kecoh sini? Macam ner nak tadbir satu negeri kalau perangai kau macam ni? Habislah lari timbalan kau nanti. Aku pun lari kalau mcam ni perangai Menteri.
|

21 November 2005
From tomorrow before tomorrow till today,
Ya, dari semalam sebelum semalam semalam lagi, hinggalah ke hari ni. Punyalah lama tak buat entry. Mmg rasa ada kurang bila tak tulis entry, tp nak wat cam ner kalau dah tak sempat.
13 Nov
Jalan-jalan raya umah Kak Nina. Sesuailah aku dr opis buat OT tak berbayar di hari Sabtu tu, maka aku ajak sekali Die dan Jambu sekaligus merangkap drebar aku hari ni. Ckp dgn Pn.S gi kuar lunch kejap. Sekali lunch sampai Tmn. U daaaa...Tak sesia jalan jejauh, dpt rasa mee bandung Kak Nina yg best...Nyum-nyum!!!! Tak ler keterlaluan kalau aku kata open house Kak Nina ni khas untuk sambut org jauh ; Kak Nett, Amyz, dan Shida. Nampak jer keta kancil penuh dgn 3 dara pinggitan tu, terus jer Die dgn Jambu jadi bujang. Thanks to Ayares yg jadi tukang tunjuk jalan kat kitorg. Kalau tak, sesat baratlah jawabnya.
Lepas raya-raya, balik semula ker opis. Sambung balik 'kedai printing n binding' sampai maghrib. Terkejut bila kuar opis ari dah gelap.
14 Nov
Start 'Pemantauan MC & I. Punyalah berkobar2, aku sorg jer yg dah pakai baju keje luar sedangkan org lain masih kontrol mancho dgn baju opis. Tapi bila sumer org sibuk2 nak gi masuk hutan, aku balik tido. Heheheh. Dah bos kata tak payah ikut ari ni pasal keje aku dah bereskan dgn jayanya.
16 Nov
Dapat call dr en.Wan, ganti dia gi join group pemantauan. So, pepagi buta kul 6 pagi, aku dgn Kaha dah bertolak ker Kluang. Dalam keta aku sambung tido balik, elok jer berselimutkan sweater sambil ditiup bayu air-cond yg sepoi-sepoi language. Mmg kebiasaannya begitu kalau keje luar. Disebabkan aku masih tak biasa lg dgn forester aku yg baru ni, maka aku lebih suka tido dan biarkan dia drive sorang2 daripada aku berjaga tp macam aku naik keta tak der driver.
Kuar masuk hutan sampai petang, lunch pun kat tgh2 hutan. Ptg, balik semula JB dalam hujan lebat sepanjang jalan. Aku masih konpius kenapa Kaha ikut jalan lama yg lebih jauh bebanding highway. Adakah kerana semata2 nak singgah kat restoran yg mmg dalam bandar JB tu untuk beli mknan? Atau sebab dia tak der duit tol? Atau sebab nak lebih pjg masa bawak keta tu laju2 berbanding highway yg kejap jer dah sampai. Yer aaaa, sebelum ni keta tu tak leh nak masuk gear 5, ari ni baru boleh. Baru nak dpt rasa lebih laju.
ari ni 21 Nov.
Masih lagi sibuk menguruskan bilik hotel kat Penang tu. Yeah, aku akan bertolak ker Penang lusa. Alaaa, bukan lama pun. Tulat tu aku balik dah. Dalam kepala dok pikir apa yg akan nak atau dapat aku beli kat sana nanti. Yg utamanya ialah buah pala fresh tu. Ya, buah pala yg sebiji2 tu. Alamak, kecur air liur aku laaaaaaaaaa. Ok, ok. balik nanti aku citer kejadian2 kat sana eekk. See yaaaa. Muah! Muah!
|

11 November 2005
Maharaja yang bermaharajalela
~:~:~:~:~:~
Seorang Maharaja
Di tanah jajahannya
Sungguh elok paras rupa
Sungguh pandai bermain kata
~:~:~:~:~:~
Seorang Maharaja
Semakin bermaharajalela
"Ini permaisuri beta yang punya"
"Gadis dalam negeri pun beta juga yang punya"
~:~:~:~:~:~
Apalah punya Maharaja
Tak tahu apa kehendaknya
Nak itu nak ini, mesti dimiliki juga
Tapi, "Beta punya harta beta simpan, kau punya harta itu beta yang punya!"
~:~:~:~:~:~
Lagi cerita Maharaja
Kononlah segala rakyat nadi jiwa
Segala kebajikan jadi terutama
"Tanpa kalian siapalah beta"
~:~:~:~:~:~
Sungguh bijak Si Maharaja
Bersandiwara mengambil hati
Rakyat bersumpah taat setia
Demi Maharaja yang baik budi
~:~:~:~:~:~
Rupa-rupanya Si Maharaja
Bersultan di hati, Beraja di mata
Hendak rakyatnya yang baik saja
Tetapi dia, "Itu beta punya suka laaaaaa"
~:~:~:~:~:~
Maharaja yang bermaharajalela
Tanpa sedar rakyat terluka
Dalam diam merancang rencana
Itu Maharaja mau kasi turun takhta
~:~:~:~:~:~
Aduhai Maharaja
Ntah bila nak buka mata
Cepat-cepatlah balik ke mula
Betul-betulkan mana tak kena
~:~:~:~:~:~
Ingatlah Si Maharaja
Mungkin mudah mengumpul kaya
Segalanya kau timbun buat harta
Tapi tak mudah mengaut percaya
~:~:~:~:~:~
Itulah pasal Si Maharaja
Sapa suruh suka-suka hati kau jer nak buat apa
Kalau rakyat dah tak suka
Kau buat apapun 'bolayan lah jawabnya'
~:~:~:~:~:~
"Hahahahaha....itulah kisah Sang Maharaja yang Bermaharajalela"
Si Lela kah Maharaja yang Bermaharajalela?
Eh, eh, bukan Lela lah Maharaja yang Bermaharajalela!
Lela tu baik punya Maharaja
Maharaja lainlah yang Bermaharajalela
Wah!Wah!Wah!
Berbelit lidah aku laaaaa.....
Tak percaya?
Sebut betul-betul
Maharaja Yang Bermaharajalela
|

10 November 2005
Cerita Musim Raya Versi Ringkasan Jer.
Selamat Hari Raya. Selamat Start Kerja. Selamat lah Segalanya.
  • Balik kg pun lengah2. Pagi Selasa 1hb baru balik sedangkan Isnin bos bg sekerat ari.
  • Raya yg tak berapa best. Gi Solat Aidilfitri dgn kepala diserang migrain. Lepas salam-salam, nangis-nangis (bukan aku), bagi2 duit raya dan dapat-dapat duit raya, mkn ubat dan tido sampai ptg. Org ajak gi beraya pun aku tak layan.
  • Raya ketiga sibuk masak untuk marhaban perempuan. Rutin setiap tahun.MESTI!!!
  • Petang tu gi raya rumah makcik pakcik area Kluang. Tu jer lah raya aku.
  • Ahad, balik JB pasal dah buhsan duk umah nenek. Penat dan selalu sakit kpl.Nak baring tido saja tak sedap plak, org lain buat keje. Pastu tak der port yg best nak nyorok.
  • Balik JB, duk dediam kat umah sampai Selasa. Rehat serehat rehatnya.
  • Rabu, walau masih cuti, gi keje. Ada keje tak siap dan dah puas rehat.
  • Hari ni, Khamis...ada Majlis Hari Qualiti, Anugerah Cemerlang, Jamuan Hari Raya, Jamuan Birthday, Penyampaian Sijil Org Bersara, Dan Majlis Perpisahan En. Jamil (butang baju melayu aku mana Pah???)..Semuanya dalam 1.
Antara cerita lain :-
  • Achik call kesedihan pasal ada org kata anak dia anak tabung uji. Aku kata biarlah org nak kata apa;org tu pun tak der anak. Tu usaha kita, biarlah apa cara pun janji dibenarkan. Yg penting dia dah konpom2 ada zuriat.
  • Baju raya aku yg banyak tu hanya separuh jer yg aku sempat pakai. Yg lain, masuk beg balik bawak balik JB. Jadi baju gi opis.
  • Sepanjang berada di kg, tido kat bilik Kak Indah je (rumah mami seblh umah nenek) pasal ada aircond dan aman sejahtera.
  • Ketupat nenek tak habis dimakan. Masuk 2nd raya sumer cr nasi balik.
  • Jubah raya mak yg aku belikan sama dgn jubah raya Cik Lah (MakSu).Sebiji sama. Bezanya warna dan rega jubah mak separuh lebih murah. Sampai sudah Cik Lah terkilan pasal terbeli yg mahal. Hahahahah.
  • Amir (adik aku no6) tak dpt duit raya dr aku pasal aku terbagi duit raya dia ntah pd kanak2 mana ntah. Sampul khas untuk adik2 sama jer dgn sampul duit raya seringgit untuk kanak2 lain. Adalah kanak2 yg berbahagia dpt duit raya banyak mcm tu dr aku. Sedangkan aku tersalah bg. Nak balik baru aku kasi ganti duit raya Amir.
  • Tahun ni paling banyak baju raya aku. 6 pasang!

Udah-udah. Takder ringkasnya kalau panjang2 macam ni.

|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)