Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


22 November 2005
Sejuk.

JB sekarang berada dalam musim sejuk. Cuaca mendung dari pagi hingga ker ptg. Malam aku kurang pasti. Pasal mmg sentiasa mendung dan gelap saja. Hampir setiap hari hujan pasti turun. Ada masa ptg, ada masanya pagi. Kadang-kadang malam. Selalunya sepanjang hari. Jalan-jalan tgh bandar dah tak perlu pakai cermin mata hitam. Kalau pakai jugak nanti ada org baik hati pimpin tgn kau seberang jalan.

Air paip dah hampir mencecah paras beku. Aku rasa air paip dan air botol dalam peti sejuk aku sama jer sejuknya. Untuk mandi ptg yg kalau tak mandi pun tak per pasal nak duk rumah jer, aku boleh jamak jer mandi tu. Macam ptg semalam, aku hanya cuci muka untuk buang make-up, cuci-cuci kaki jer sebagai syarat sah mandi ptg aku. Tu pun dah menggigil-gigil. Kuar bilik air, terus lompat atas katil, bungkus badan dgn selimut tebal dan peluk teddy badak aku erat-erat untuk ilangkan ketaq kat gigi ni. Agak-agak dah panas sikit baru aku kuar bilik. Pagi td plak, oleh krn nak gi keje terpaksa jugak aku mandi. Sesaat dua, aku rasa fungsi deria rasa suhu kulit aku tergendala disimbah air sejuk tu. Akhirnya mandi aku hanya cukup air sebaldi. Dengan berbungkus selimut kembali aku gi iron baju.

Dengan ini, aku offer sesapa yg nak merasai pengalaman musim sejuk di JB silalah berkunjung ker umah aku. Tak mahal, RM28 jer sehari. Sila bawa pakaian musim sejuk sendiri.

Kontroversi.

Aku dah naik menyampah kat dia ni. Masalah sebegitu pun kecohnya, Ya Rabbi. Awak tu lelaki. Umur tu nak suku abad dah sikit masa lagi. Hal-hal mcm ni pun tak leh settle sendiri? buat apa kau kecoh sana-kecoh sini? Macam ner nak tadbir satu negeri kalau perangai kau macam ni? Habislah lari timbalan kau nanti. Aku pun lari kalau mcam ni perangai Menteri.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)