From tomorrow before tomorrow till today,
Ya, dari semalam sebelum semalam semalam lagi, hinggalah ke hari ni. Punyalah lama tak buat entry. Mmg rasa ada kurang bila tak tulis entry, tp nak wat cam ner kalau dah tak sempat.
13 Nov
Jalan-jalan raya umah Kak Nina. Sesuailah aku dr opis buat OT tak berbayar di hari Sabtu tu, maka aku ajak sekali Die dan Jambu sekaligus merangkap drebar aku hari ni. Ckp dgn Pn.S gi kuar lunch kejap. Sekali lunch sampai Tmn. U daaaa...Tak sesia jalan jejauh, dpt rasa mee bandung Kak Nina yg best...Nyum-nyum!!!! Tak ler keterlaluan kalau aku kata open house Kak Nina ni khas untuk sambut org jauh ; Kak Nett, Amyz, dan Shida. Nampak jer keta kancil penuh dgn 3 dara pinggitan tu, terus jer Die dgn Jambu jadi bujang. Thanks to Ayares yg jadi tukang tunjuk jalan kat kitorg. Kalau tak, sesat baratlah jawabnya.
Lepas raya-raya, balik semula ker opis. Sambung balik 'kedai printing n binding' sampai maghrib. Terkejut bila kuar opis ari dah gelap.
14 Nov
Start 'Pemantauan MC & I. Punyalah berkobar2, aku sorg jer yg dah pakai baju keje luar sedangkan org lain masih kontrol mancho dgn baju opis. Tapi bila sumer org sibuk2 nak gi masuk hutan, aku balik tido. Heheheh. Dah bos kata tak payah ikut ari ni pasal keje aku dah bereskan dgn jayanya.
16 Nov
Dapat call dr en.Wan, ganti dia gi join group pemantauan. So, pepagi buta kul 6 pagi, aku dgn Kaha dah bertolak ker Kluang. Dalam keta aku sambung tido balik, elok jer berselimutkan sweater sambil ditiup bayu air-cond yg sepoi-sepoi language. Mmg kebiasaannya begitu kalau keje luar. Disebabkan aku masih tak biasa lg dgn forester aku yg baru ni, maka aku lebih suka tido dan biarkan dia drive sorang2 daripada aku berjaga tp macam aku naik keta tak der driver.
Kuar masuk hutan sampai petang, lunch pun kat tgh2 hutan. Ptg, balik semula JB dalam hujan lebat sepanjang jalan. Aku masih konpius kenapa Kaha ikut jalan lama yg lebih jauh bebanding highway. Adakah kerana semata2 nak singgah kat restoran yg mmg dalam bandar JB tu untuk beli mknan? Atau sebab dia tak der duit tol? Atau sebab nak lebih pjg masa bawak keta tu laju2 berbanding highway yg kejap jer dah sampai. Yer aaaa, sebelum ni keta tu tak leh nak masuk gear 5, ari ni baru boleh. Baru nak dpt rasa lebih laju.
ari ni 21 Nov.
Masih lagi sibuk menguruskan bilik hotel kat Penang tu. Yeah, aku akan bertolak ker Penang lusa. Alaaa, bukan lama pun. Tulat tu aku balik dah. Dalam kepala dok pikir apa yg akan nak atau dapat aku beli kat sana nanti. Yg utamanya ialah buah pala fresh tu. Ya, buah pala yg sebiji2 tu. Alamak, kecur air liur aku laaaaaaaaaa. Ok, ok. balik nanti aku citer kejadian2 kat sana eekk. See yaaaa. Muah! Muah!