Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


27 June 2005
Gula 4 Sudu.

Gula 4 sudu, 4 sudu gula. Walau macamana pon disebut maknanya tetap sama. Semalam hari cuti. Bangun tido dan mandi, buat air untuk sarapan pagi. 1/2 sudu Nescafe dan 4 sudu gula untuk satu teko air. 4 sudu gula dah sebati dalam diri aku sejak aku mula2 belajar buat air minuman dulu.Lebih kurang 17 tahun dahulu. Masa tu umur aku 7 tahun. Memula, tengok macam ner mak buat air setiap hari. Masa tu tak pakai teh uncang, hanya teh serbuk. Mak masukkan 1/2 sudu serbuk teh dan 4 sudu gula. Setiap kali pon macam tu jugak. Lepas tu mak tengok aku berminat, mak ajar aku plak. Satu pagi tak sekolah, aku bangun awal. Mak masih dalam bilik, mungkin tido balik dgn ayah lepas solat subuh. Aku masak air panas, dan buat air teh satu teko. Aku tahu bahaya budak kecik main air panas, tp aku cuma nak buat mak terharu bila dia turun, air dah siap terhidang atas meja. Hasilnya, mak aku terkejut sungguh anaknya yg 7 tahun ni bangun awal dan buatkan air untuknya. Sampai ke petang senyum masih meleret di bibir aku.

Hari ni, aku masih lagi menggunakan gula 4 sudu untuk buat air seteko. Bertahun2 malah lebih seabad aku masih juga menggunakan gula 4 sudu. Gula 4 sudu adalah turun temurun dr mak aku. Aku rasa mak bukan dpt dr nenek sebab aku tengok nenek buat air teh satu jag bukan seteko. Aku plak nanti akan turunkan pada anak perempuan aku, dan aku akan pastikan dia gunakan bila buat air seteko bukan secawan.

p/s: bilalah plak nak rasa anak perempuan aku buat aku terharu macam tu?kat umah teh adalah untuk teh 0. Bukan mcm kat kedai.
|

25 June 2005
Sabtu Kerja Terakhir Dalam Sejarah.

Mungkin ada yg tidak menyedari akan nilainya hari Sabtu hari ini. Mungkin ada yg hanya pergi kerja semata-mata memenuhi kehendak punch kad. Tak kurang jugak yg tahu hari ini adalah Sabtu terakhir bekerja,tapi tahukah dia nilai sebenarnya?

Sabtu bekerja terakhir dalam sejarah!!!!!! Hari Sabtu hari ini akan dicatitkan dalam rekod sejarah bagi kategorinya. Dan aku berbangga menjadi sebahagian drpd sejarah itu. 25 Jun 2005. Aku harap aku tak lupa tarikh sejarah ni nanti. Sedarkah korang (yg kerja kerajaan jer) adalah sebahagian daripada sejarah? Apakah yg korang buat untuk kenangkan sejarah tu? Walau pon kecil, walaupun sikit, ia dah cukup buat korang ingat yg korang adalah sebahagian drpd sejarah tu?

p/s:Aku pakai baju dan kasut yg tak pernah aku pakai gi opis. Kasut dan baju tu aku hanya pakai gi majlis2 tertentu jer. Tentunya aku tak pakai di hari2 biasa. Jadi, mudahlah aku ingat tentang sejarah hari Sabtu tu bila aku terpandang baju tersebut. Korang plak bagaimana?
|

22 June 2005
Guru Diberi Kuasa Tangkap PATI????

Malam tadi tengok berita. Selain daripada hal loan PTPTN tak dibayar2 semula oleh peminjam termasuk aku, ada lagi satu topik menarik yg aku nak beri pandangan kat sini. "GURU DIBERI KUASA UNTUK MENANGKAP PATI"
Sapa tak tahu PATI tu apa? Bukan pati sirap atau pati ayam untuk masak sup tu. PATI = Pendatang Asing Tanpa Izin. Kalau dengan izin dah jadi PADI plak.

Berbalik semula dgn topik asal tadi, aku tak berapa pasti gerangannya yg mengeluarkan cadangan tersebut. Tapi aku rasa, beliau tu cuma pikirkan macm ner nak atasi masalah PATI ni. Mungkin dia nampak golongan guru ni ramai dan ada di mana2 pelusuk negara maka cadangan sebegitu di kemukakan. Tu PROnya.

Namun, bila dilihat dr temuramah guru2 mahupon bukan guru mlm td, tiada pon yg menyokong. Huh, nak jaga anak2 murid dan pelajar pon sudah jadi satu tanggungjawab besar di bahu guru, inikan pulak nak gi tangkap PATI. Kalaulah tanggungjawab tu berbentuk dan boleh dilihat dgn mata kasar, tentu akan timbul plak isu sebagaimana yg pernah yg ditimbulkan satu masa dulu - isu beg sekolah anak-anak kita yg lebih besar dr badan. Sah-sah sumer guru dtg sekolah berbongkok-bongkok memikul tanggungjawab tyang terlebih besar tu.

Hmmm, nanti mana nak ajar murid2, mana nak jaga pelajar2 yg dera mendera tu, mana plak nak intip dan tangkap PATI tu. Nanti2 timbul pula pelajar2 kita terbiar atau diheret sekali oleh guru kelas mereka gi operasi tangkap PATI. Kesian aaaaaa guru2 kita. Lepas ni agaknya tanggungjawab tu nak diserahkan pada siapa?

Akan jadi macam ni nanti.

"Wah, org Malaysia ya bu?"
"Ya (sambil senyum2 sumbing)"
"Kerja apa bu? "
"Cikgu"
"Errrr, permisi dulu ya bu"

Kerjaya guru akan jadi salah satu kerjaya yg ditakuti lagi digeruni. Atau yg dicita-citakan oleh anak-anak kita kerana salah fahamnya.

"Azmi, besar nanti awak nak jadi apa?"
"Saya nak jadi cikgu"
"Bagus. Kenapa nak jadi cikgu?"
"Saya nak tangkap pendatang tanpa izin, cikgu!!!!"
"Errrr..hmmmm"
|

17 June 2005
Mimpikan Anak Raja.

Malam tadi malam Jumaat.
Pagi tadi aku boleh senyum sorang2 lepas jer aku terjaga dek terkenangkan mimpi aku mlm td.
Aku tak mimpi basah. Sumernya kering jer. Pasal sumenya hanya berkaitan enpon.
Dalam mimpi, dpt SMS dr sorang Tengku Mahkota (TM). Pastu baginda call aku plak. Wah, kembang kuncup aku dibuatnya. Walau SMS tu cuma tak sampai 10 perkataan, tu pon dah buat aku tersenyum2. TM dr negeri mana tu rahsia laa. Bila aku citer kat Shila, dia kata "Tulah pasal, hari-hari dok tengok muka TM tu mana tak mimpi". Hehehehe.Bukan sengaja tengoklah, tertengok jer.

" Laju-laju, buai ku laju. Aku nak kawen dengan anak raja!!!"
" Mak, kenapa buaian ni tak nak berbuai"
"Tolaklah mak"
"Laju-laju, buai ku laju. Aku nak kawen dengan anak rajaaaaaaa!!!!!!!!!!!"
|

09 June 2005
Balik Kampung

Hujung minggu ni aku tak berada di JB lagi. Aku nak balik kampung. Dah lama sgt tak balik kampung. Mama, abah dan nenek pon dah bising dah. Hari tu mama siap kira sampai 100 hari aku dah tak balik. Masuk hari ni aku pon tak tahu dah berapa ratus hari dah.Mmg aaaaaa dekat jer kampung aku tu dgn JB. Naik bas pon dalam sejam jer. Tapi ntah naper sesejak dah serasi dgn rumah sendiri, malas plak nak balik. Lagi satu, aku tak nak kemeriahan rasa balik kampung tu berkurangan terutamanya time2 raya. Aku rasa, kalau selalu sgt balik kg, nanti bila nak balik time raya dah tak rasa apa. Mcm biasa jer. Tu yg tak best tu. Hmmmm, yer ker mcm tu? Mcm ner korang plak? Ada tak yg buat mcm aku atau ada prinsip sendiri?

p/s: balik ni pon pasal sepupu aku kawen. Adik sepupu aku yg muda 3-4 tahun dr aku nak kawen dah. Dah jodoh dia. Aku plak kena sediakan perisai untuk tangkis soklan2 cepu cemas.Heheheheh
|

07 June 2005
Balik KL.

Lama dah jugak aku tak balik KL. Adik aku dah bising bila kak longnya ni nak balik. Hehehehe, terharu aku. Ada gak yang rindu.

Kali ni balik, aktiviti dah sedia menanti penuhi jadual aku. Nak jejalan KL pon tak sempat. Sabtu tu memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan Kak Ros kat Dewan Felda. Hmmm, boleh tahan juga buat majlis kat sini. Makan pon best. Sumernya nampak memuaskan membuatkan aku berangan-angan majlis aku kelak, aku nak buat kat dewan/hotel jugak. Mudah.(tapi majlis aku tu jgn ditanya bila.Ntah bila aku pon tak tahu). Lepas tu, gi shopping kat Makro. Aku ngan adik, sikit punya round satu gedung tu, pastu main try2 baju dan letak jer dlm troli. Time nak bayar, adik aku tarik aku suruh banjer McD so, aku pon lari menyelamatkan diri dari membayar. Sumer ayah aku bayar. Heheheheh.

Pastu terus gi Hospital Putra Jaya. Alahai atok aku sorang ni. Bukan apa pon dia ni, pada pengamatan aku, atok aku ni tensen sebenarnya. Bosan pon yer kat kampung tu. Bila ramai-ramai dtg jengok dia, nampak muka dia ceria sikit dah. Cepatlah sembuh tok, tinggal sorang jer lah atok aku ni. (Attok tu tak kira eekk). Balik dr PJ, singgah Kajang hantar Mak Lang dan singgah umah dia untuk solat. Pastu gi Mydin Kajang plak. Berapa banyak shopping daaaa hari ni. Dah nak habis dah duit aku ni. Balik umah sumer lepak. Esok ada agenda menarik plak.

Ahad.
Kitorg sekeluarga gi Sunway Lagoon. Bukan apa, dapat tiket free dr TM. Dah free, tak kan nak sia-siakan. Walau tak ler lama sgt tapi aku puas hati pasal dpt gi sekeluarga (walaupon tak lengkap). Melayan adik-adik aku ni, migraine aku dibuatnya. Game yg tak penah aku berani naik sebelum ni, hari ni aku jadi berani plak. Padahal ni dah kali ke3 aku masuk sini. Perghhh, terkejut aku bila ayah aku pon sakan jugak main permainan2 kat SL tu. Caya aaaaa ayah. Sporting jugak ayah aku ni. Sakan mandi manda sampai tak sedar masa. Sampai kena halau kuar dr pool pasal SL tu dah nak tutup. Heheheh. Adik aku plak balik ngan muka monyok sebab tak puas main air. Lepas pujuk2 sikit oklah dia. Terus tido keletihan. Hmmm, apapon mmg best dpt enjoy mcm tu ngan famili.

Isnin.
Hari ni aku masih kat KL. Aku terpaksa cuti. Terpaksa! Terpaksa kerana aku kena gi buat IC aku yg hilang. Yer, selama beberapa hari ni aku tak der IC. Jalan jauh dr JB gi KL, pehtu round2 KL dan ke SL nekad tanpa IC. IC aku hilang. Rasanya kat Danga Bay masa Melantit GJ Selatan ari tu. Kenapa aku tak buat kat JB? Huh, aku dah gi dah Jumaat aritu. Tapi diorg suruh aku buat kat KL jugak sebab IC aku yg hilang tu aku buat kat KL. Sesapa yg penah buat IC kat KL atau Lembah Klang, kalau IC korang hilang korang kena mohon semula kat Lembah Klang jugak. Huh, susah betul. Alasannya, hanya IC yg dikeluarkan di Lembah Klang jer yg sebetulnya MyKad yg ada cip tu. Negeri lain tak der cip lagi. Kira tak canggih lagi negeri lain tu. Canggih tapi menyusahkan hangin jugak org mcm ni.
Pepagi lagi aku dah kuar umah. Sepanjang jalan aku doa agar No. Giliran tak habis lagi. Kalau tak aku kena amik cuti lagi sehari. Sampai Maju Junction kul 8.30 pg. Nasib baik sempat. Dalam jangkaan yg ditampal di sekitar JPN tu, No. Giliran aku hanya akan dipanggil kul 12.00 tghari nanti. So, aku pon turun gi makan2 dulu kat FoodCourt, peh tu jejalan turun naik Maju Junction tu. Nida cuti plak hari ni, kot tak boleh gak lepak jap ngan dia. Call si O3tow kat Sime Darby tu tak berjawab plak. Puas aaa aku kuar masuk kedai sorg2.
Selesai jer permohonan IC baru, terus gi PuduRaya, beli tiket ke Ayer Hitam dan terus naik bas. Dalam bas tido, tido, tido.
Selesai misi aku kali ni. Tapi bengang sikit kenangkan RM60 aku melayang untuk dapatkan IC baru tu. Hmmmmm.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)