Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


07 June 2005
Balik KL.

Lama dah jugak aku tak balik KL. Adik aku dah bising bila kak longnya ni nak balik. Hehehehe, terharu aku. Ada gak yang rindu.

Kali ni balik, aktiviti dah sedia menanti penuhi jadual aku. Nak jejalan KL pon tak sempat. Sabtu tu memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan Kak Ros kat Dewan Felda. Hmmm, boleh tahan juga buat majlis kat sini. Makan pon best. Sumernya nampak memuaskan membuatkan aku berangan-angan majlis aku kelak, aku nak buat kat dewan/hotel jugak. Mudah.(tapi majlis aku tu jgn ditanya bila.Ntah bila aku pon tak tahu). Lepas tu, gi shopping kat Makro. Aku ngan adik, sikit punya round satu gedung tu, pastu main try2 baju dan letak jer dlm troli. Time nak bayar, adik aku tarik aku suruh banjer McD so, aku pon lari menyelamatkan diri dari membayar. Sumer ayah aku bayar. Heheheheh.

Pastu terus gi Hospital Putra Jaya. Alahai atok aku sorang ni. Bukan apa pon dia ni, pada pengamatan aku, atok aku ni tensen sebenarnya. Bosan pon yer kat kampung tu. Bila ramai-ramai dtg jengok dia, nampak muka dia ceria sikit dah. Cepatlah sembuh tok, tinggal sorang jer lah atok aku ni. (Attok tu tak kira eekk). Balik dr PJ, singgah Kajang hantar Mak Lang dan singgah umah dia untuk solat. Pastu gi Mydin Kajang plak. Berapa banyak shopping daaaa hari ni. Dah nak habis dah duit aku ni. Balik umah sumer lepak. Esok ada agenda menarik plak.

Ahad.
Kitorg sekeluarga gi Sunway Lagoon. Bukan apa, dapat tiket free dr TM. Dah free, tak kan nak sia-siakan. Walau tak ler lama sgt tapi aku puas hati pasal dpt gi sekeluarga (walaupon tak lengkap). Melayan adik-adik aku ni, migraine aku dibuatnya. Game yg tak penah aku berani naik sebelum ni, hari ni aku jadi berani plak. Padahal ni dah kali ke3 aku masuk sini. Perghhh, terkejut aku bila ayah aku pon sakan jugak main permainan2 kat SL tu. Caya aaaaa ayah. Sporting jugak ayah aku ni. Sakan mandi manda sampai tak sedar masa. Sampai kena halau kuar dr pool pasal SL tu dah nak tutup. Heheheh. Adik aku plak balik ngan muka monyok sebab tak puas main air. Lepas pujuk2 sikit oklah dia. Terus tido keletihan. Hmmm, apapon mmg best dpt enjoy mcm tu ngan famili.

Isnin.
Hari ni aku masih kat KL. Aku terpaksa cuti. Terpaksa! Terpaksa kerana aku kena gi buat IC aku yg hilang. Yer, selama beberapa hari ni aku tak der IC. Jalan jauh dr JB gi KL, pehtu round2 KL dan ke SL nekad tanpa IC. IC aku hilang. Rasanya kat Danga Bay masa Melantit GJ Selatan ari tu. Kenapa aku tak buat kat JB? Huh, aku dah gi dah Jumaat aritu. Tapi diorg suruh aku buat kat KL jugak sebab IC aku yg hilang tu aku buat kat KL. Sesapa yg penah buat IC kat KL atau Lembah Klang, kalau IC korang hilang korang kena mohon semula kat Lembah Klang jugak. Huh, susah betul. Alasannya, hanya IC yg dikeluarkan di Lembah Klang jer yg sebetulnya MyKad yg ada cip tu. Negeri lain tak der cip lagi. Kira tak canggih lagi negeri lain tu. Canggih tapi menyusahkan hangin jugak org mcm ni.
Pepagi lagi aku dah kuar umah. Sepanjang jalan aku doa agar No. Giliran tak habis lagi. Kalau tak aku kena amik cuti lagi sehari. Sampai Maju Junction kul 8.30 pg. Nasib baik sempat. Dalam jangkaan yg ditampal di sekitar JPN tu, No. Giliran aku hanya akan dipanggil kul 12.00 tghari nanti. So, aku pon turun gi makan2 dulu kat FoodCourt, peh tu jejalan turun naik Maju Junction tu. Nida cuti plak hari ni, kot tak boleh gak lepak jap ngan dia. Call si O3tow kat Sime Darby tu tak berjawab plak. Puas aaa aku kuar masuk kedai sorg2.
Selesai jer permohonan IC baru, terus gi PuduRaya, beli tiket ke Ayer Hitam dan terus naik bas. Dalam bas tido, tido, tido.
Selesai misi aku kali ni. Tapi bengang sikit kenangkan RM60 aku melayang untuk dapatkan IC baru tu. Hmmmmm.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)