Kalau Nak Berjaya Dan Gembira,
Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang,
Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan,
Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan
So, Watpe Tumpang Kete Orang?!...
#My F'rite SmS From SFiq#
AKU?
Maria /
mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor
:: Single n available :-) :: Johor Bahru HOBI?
:: Membaca
dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-
31 March 2005
Kenapa Korang BerBlog????
Apsal korang buat blog?...Kenapa?...Uish..kalau dikupas mmg ada mcm2 alasan dan sebab blogger ni tubuhkan blog...
Ada ikut-ikutan..memula mmg ok, tp pasal start tu pasal nak ikut-ikutan jer, blog pon tinggal jer sekerat jalan..harap awal2 jer gempak.Tu pasal niat tak ikhlas ler tu, mungkin jeles dengan teman -teman yg punya blog yg best...Tak boleh tengok org ada menda best, dia pon nak ada jugak.... Tapi dalam permulaan yg ikut-ikutan tu, ada jugak yg terus jatuh chenta dgn blog ni...So, perjalanan blog tetap diteruskan walaupun 'idola'nya td dah pun tidokan blognya....
Ada yg buat blog ni untuk terapi...Yer laaa, ada org bukannya boleh ckp sumer yg dia pikir dan pendam..so, dia luahkanlah kat sini..lepas dia luahkan mungkin dia rasa lega sikit..
Ada yg buat blog sebagai pengubat duka lara, sepi dan gundah gulana....Blog ni dah jadi mcm teman setia dia..Silap2 boleh jadi awek atau boipren dia..
Ada yg berniat untuk tarik perhatian org...Dia nak org baca blog dia..mungkin sesapa jer, atau perhatian org tertentu..Pastu, bila org tu tak bg respon...dok tinggai jer blog dia lagu tu...Awat lagu tu????/
Ada yg jadikan blog ni sebagai jalan penghubung...Mungkin dengan kengkawan satu sekolah atau satu kolej...Susah sgt nak tepon ker jumpa, apa-apa hal atau info baca jer kat blog... Atau dengan kekasih...Ada jugak bekas-bekas kekasih yg buat mcm ni...Kenkonon tak mo contact lagi takut terjatuh chenta semuler...tp gi plak lawat blog si polan...Tak pon buat blog mcm diari hati dan chenta dia agar si polan boleh baca...
Ada yg buat sebagai tempat mencurahkan idea...Kat situlah dia berpuisi, kat situlah dia bercerpen bernovel, dan mcm2 lagi laaaaa...Tu bagus gak tu..
Ada jugak yg buat blog pasal minat..Dia minat nak buat tu nak buat ni...Letak mcm2 kat blog..hias gitu gini...Dia ada kemahiran..ada pengetahun tp, tak der lg jalan lain untuk menyalurkan kemahiran2 dia tu...So, lahirlah blog yg best among the best....
Ish..mcm2 mcm lagi laaaa...So, korng plak mcm ner? apasal korang berblog?....
" Cepatlah jalan".. "Alaa, org mana reti main game ni..kejap aaa" "Tak per tak per..karang awak pandailaaa" Senyap......................................... Muka ijah berkerut sikit.. aku ni plak tak diam mulut.. "Eh, rasa goyang laaaa" "Ha'ah laaa..saya ingat saya mabuk" "Kak Zah rasa tak?" "Rasa"...
Aku lari gi dapur amik air satu gelas letak atas lantai...riak kecil tu mmg merisaukan...ijah dah pegang tombol pintu standby kot2 nak lari turun..... Aku plak masih boleh dok pikir nak tepon sapa.... Aku pikir kebanyakkan penghuni dah tido nyenyak dan tak sedar menda ni...pasal tu senyap jer..last2nya kitorg duduk bersila balik sampai gegaran tu reda...Nak tido takut..bertahan lah sampai 3 pagi baru leh tido..Dalam hati tertanya2...Agaknya kat mana puncanya?..mana yg paling teruk melanda?..Tsunami lagi kah?....Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini... Amin....
Aku jumpa email ni dlm inbox aku...ada kaaa tengah hangat mcm ni boleh dpt lagu ni...Tapikan, aku rasa lagu ni lagi seram dr versi Pulangkan yg asal..Alaaaa,PTPTN...Baru aku tahu mcm ner perasaan org2 yg berkenaan bila dengar LHDN...mcm tu lah aku rasa kot..Pastu aku akan gelak2 sendiri bila aku dpt tahu pegawai yg seangkatan dengan aku pon sebenarnya sama jer berhutang lg mcm aku walaupon dia dah anak 5 dah keje lebih 5 tahun..huhuhuhu...Pada sesapa yg senasib dan degil mcm aku tu, hayatilah sesama lirik lagu n...
Pulangkan..(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Ex-Student)
(Ex-Student) Sedikit bunga yang menggoda Sekadar dipandang usah dibayar Kau pasti tak percaya Duitku bukan untukmu sayang
(Pegawai PTPTN) Tiada kusangka kau sungguh kejam Kau peram hutang yang kau pinjam Namun takkan bahgia kehidupanmu Bila engkau berkonvo kau milikku
Seorang perempuan muda telah terjumpa dengan sebuah takir emas yang telah menjadi kediaman seekor JIN sejak beribu tahun lamanya... Setelah membelek-belek dan menggosok takir tersebut, JIN tersebut telah terbebas dan ingin memberi hadiah sebagai balasan. Perempuan tersebut diberi peluang untuk membuat 3 permintaan dan kesemuanya akan dilaksanakan malah, suaminya juga akan mendapat 2 kali ganda permintaannya...
Perempuan :...Hmmmmm.. Jin : Fikir baik-baik..Apa yg kau dapat, suamimu akan dapat 2 kali ganda.. Perempuan : Baiklah...Jadikan aku seorang yang cantik...
Perempuan :..Jadikan aku kaya.. Jin :Ingat, suamimu akan kaya 2 kali ganda darimu.. Perempuan : Ah, itu tidak mengapa..Hartanya harta aku jua.. Jin : Baik...
Ting!!!!...Sekelip mata badanya telah disaluti barang kemas yang indah2 berlaka...
Jin : Apa permintaan terakhir kau wahai si cantik? Perempuan : Jadikan aku terkena serangan jantung..Tapi hanya serangan yg sikit saja..Hanya sakit sedikit..Boleh??!! Jin : Boleh...
Ting!!!!..Berpeluhlah tubuh si perempuan itu menahan sakit.."Aduh!!!"
Cerita tu hanya intro entry aku hari ni...Tu pun tajuknya aku dapat ilham dari ERA sebelum aku kuar umah pagi tadi.. "Bagaimana anda tahu seseorang itu tercipta untuk anda?" Aku ni memanglah takder pengalaman lagi..Tapi aku boleh kongsi pengalaman org sekeliling aku..Diorg kata, diorg boleh rasa yg pasangannya tu mmg untuk dia..Macam ada telepati antara diorg...Pakcik aku contohnya..Sebelum dia amik keputusan untuk kawen dengan untie yg sekarang ni, dia boleh rasa macam-macam..Kalau untie tu makan buah rambutan banyak2..pakcik aku plak yg dapat batuknya, untie tu sakit, pakcik aku plak yg terasa, yang bestnya, pakcik aku minum air limau, untie tu plak yg rasa masamnya...Korang plak macam ner?..agak-agaknya ada tak tanda-tanda tu?...
Ada aku dengar, sumer tu terjadi kerana ada pertalian perasaan antara 2 insan tu..Walau pon kurang logik, namun pertalian tu dapat menghubungkan antara 2 insan tu walaupon nun jauh dari pandangan..Kalau tak, tak kanlah kita boleh tak sedap hati time pasangan dapat susah atau main kayu tiga plak kan?... Untuk cite kat atas tu, walaupon dengan pertolongan si JIN..si suami turut dapat dan rasa apa yg isteri rasa...Nasib baiklah belum ada kes betul2 mcm tu lagi..Si suami yg kena pukul..si isteri plak yg parah...Alamatnya, mmg sibuklah kru Misteri Nusantara tu nak kejar cerita misteri ni...
p/s:..agaknya dia rasa tak mcm yg aku rasa?...Agaknya aku masih kuat ingatkan dia pasal masih terbawa-bawa dalam mimpi...Windu oooo windu...isk isk...
Aku harap ko tak kecik hati lama dah aku tak jenguk ko, usik ko, belai-belai dan manja-manja dengan ko...Ko jer lah buah hati pengarang jantung, intan payung, payung terjun, kaki payung ku ini....(dah guna ayat power ni kot majuk lagi tak tahu laaaa )...
Bukan apa, aku busy laa semenjak dua menjak ni..Aku sibuk dengan persiapan Hari Perhutanan Sedunia minggu depan...Ko tahu ker bila hari Perhutanan Sedunia tu?..ala, kira-kira macam Hari Blog Sedunia tu laaa...Tak tahu?..Ler...21 Mac tetiap tahun laaa...
Memula aku busy dengan persiapan2 majlis tu..Pastu aku jadi hangin bila ada penceroboh-penceroboh yang mengganggu gugat kelancaran kebizian aku tu..Tak, aku tak hangin pada ko..Aku hangin pada penceroboh2 hutan tu...Dek kerana diaorg tu, kitaorg tak lena tido tau...Kot yer pon nak ceroboh, ceroboh laaa time lain..Tetengah org sibuk menda lain dan tetengah gomen sesibuk pasal hutan 2 alam tu...
Tak per tak per..citer tu dah settle dah...Lega aku, blog.... Tapi kan, yg aku rasa tak semangat sgt ni, beria-ia aku tolong buat keje persiapan untuk majlis minggu depan tu, sekali aku tak dpt join daaa majlis tu...Kena gi kursus dan peksa plak...Bebudak ni kata, hari isnin tu aku pakai jer laaa baju ngan cap kat tempat kursus tu tanda aku sambut sekali serentak dengan diorg....Huhuhuhu...haru ooooooo...
Bila aku gi kursus tu selama seminggu...Maknanya aku pon tak dapat jumpa ko seminggu jugak tau...Aku bgth awal2 ni..ko jgn majuk plak tau blog...Nanti bila aku dah masuk opis semula aku jumpa aaa ko...Kita manja-manja mcm dulu eekk..
Oklah blog..banyak lagi keje yg tak siap tu..Mana nak tengok mak-mak dara tu buat bunga manggar, nak gi beli snack lagi, nak print buku program lagi...Fuhhh...
Tak per aaa...sampai jupa lagi...Daaaaa...Mwwaah!!!!!
Lagu Lagu kat bawah ni aku tujukan untuk diri aku sendiri..Aci tak?...Hehehe..lagu ni best pasal nyanyiannya bersahaja..dan yg penting ada makna pada aku...
Aku, Dia dan Kamu
Betapa bodohnya diriku Mau diduakan dirimu Namun bila hati berbicara Aku sayang padamu Kau takkan pernah tinggalkannya Di hatimu cuma dia Tetap juga kau inginkan ku Kini apa dayaku
Putuskan dia, oh, kasih Agar ku tak disaingi Sungguh ku benci dirimu yang Tak bisa memilih
Namun harus kuakui Sukar untuk lepaskanmu Akhirnya aku undur diri Demi dia dan kamu
Betapa bodohnya kau Mau diduakan dirimu Namun bila Hati bicara Aku Sayang padamu
Bila saja terus terang Apa yang kau ingin Muak diriku dengan sikapmu
ABBOTT and COSTELLO Buy A Computer "Jom gelak-gelak jer laaaa ari ni...Idea tak dak nak buat entry..."
COSTELLO CALLS TO BUY A COMPUTER FROM ABBOTT . . . .
ABBOTT: Super Duper computer store. Can I help you? COSTELLO: Thanks.I'm setting up an office in my den and I'm thinking about buying a computer. ABBOTT: Mac? COSTELLO: No, the name's Lou. ABBOTT: Your computer? COSTELLO: I don't own a computer.I want to buy one. ABBOTT: Mac? COSTELLO: I told you, my name's Lou. ABBOTT: What about Windows? COSTELLO: Why? Will it get stuffy in here? ABBOTT: Do you want a computer with Windows? COSTELLO: I don't know. What will I see when I look in the windows? ABBOTT: Wallpaper. COSTELLO: Never mind the windows.I need a computer and software. ABBOTT: Software for Windows? COSTELLO: No. On the computer!I need something I can use to write proposals,track expenses and run my business. What have you got? ABBOTT: Office. COSTELLO: Yeah, for my office. Can you recommend anything? ABBOTT: I just did. COSTELLO: Y! ou just did what? ABBOTT: Recommend something. COSTELLO: You recommended something? ABBOTT: Yes. COSTELLO: For my office? ABBOTT: Yes. COSTELLO: OK, what did you recommend for my office? ABBOTT: Office. COSTELLO: Yes, for my office! ABBOTT: I recommend Office with Windows. COSTELLO: I already have an office with windows! OK, lets just say I'm sitting at my computer and I want to type a proposal. What do I need? ABBOTT: Word. COSTELLO: What word? ABBOTT: Word in Office. COSTELLO: The only word in office is office. ABBOTT: The Word in Office for Windows. COSTELLO: Which word in office for windows? ABBOTT: The Word you get when you click the blue "W". COSTELLO: I'm going to click your blue "w" if you don't start with some straight answers. OK, forget that. Can I watch movies on the Internet? ABBOTT: Yes, you want Real One. COSTELLO: Maybe a real one, maybe a cartoon. What I watch is none of your bu! siness. Just tell me what I need! ABBOTT: Real One. COSTELLO: If it's a long movie I also want to see reel 2, 3 & 4. Can I watch them? ABBOTT: Of course. COSTELLO: Great! With what? ABBOTT: Real One. COSTELLO: OK, I'm at my computer and I want to watch a movie. What do I do? ABBOTT: You click the blue "1". COSTELLO: I click the blue one what? ABBOTT: The blue "1". COSTELLO: Is that different from the blue w? ABBOTT: The blue "1" is Real One and the blue "W" is Word. COSTELLO: What word? ABBOTT: The Word in Office for Windows. COSTELLO: But there's three words in "office for windows"! ABBOTT: No, just one. But it's the most popular Word in the world. COSTELLO: It is? ABBOTT: Yes, but to be fair, there aren't many other Words left. It pretty much wiped out all the other Words out there. COSTELLO: And that word is real one? ABBOTT: Real One has nothing to do with Word. Real One isn't even part of Office. COSTELLO: STOP! Don't start that again. What about financial! bookkeeping? You have anything I can track my money with? ABBOTT: Money. COSTELLO: That's right. What do you have? ABBOTT: Money. COSTELLO: I need money to track my money? ABBOTT: It comes bundled with your computer COSTELLO: What's bundled with my computer? ABBOTT: Money. COSTELLO: Money comes with my computer? ABBOTT: Yes. No extra charge. COSTELLO: I get a bundle of money with my computer? How much? ABBOTT: One copy. COSTELLO: Isn't it illegal to copy money? ABBOTT: Microsoft gave us a license to copy money. COSTELLO: They can give you a license to copy money? ABBOTT: Why not? THEY OWN IT!
A FEW DAYS LATER . . ABBOTT: Super Duper computer store. Can I help you? COSTELLO: How do I turn my computer off? ABBOTT: Click on "START".....
Dari KL... Khamis, 24 Mac ari tu aku gi KL..Keje Luar...Ntah kenapa kali ni mudah jer aku nak gi..tak der mcm sebelum ni..asyik malas jer nak gi kuar..Asyik berat jer rasa nak masuk hutan..Bila dah sampai Sg.Pulai tu, aku ckp dgn diri aku sendiri "Fuuhh, nasib baik ko tak malas lagi Maria, kalau tak rugi tak keje luar ari ni"...Memang rugi kalau aku tak gi ari ni..Kalau tak aku akan terlepas benda2 antara yg aku suka dlm bab2 keje ni. Dalam bebanyak hutan, aku paling suka hutan paya laut pasal round hutan tu pakai bot..Menyusur sungai besar, sungai kecik, anak sungai...Pasal aku suka sgt air...Tapi, seriau aku dibuatnya naik bot ni..Botnya tak ler besar mana..Sebenarnya boleh muat 3-4 org yg saiz sederhana jer..tapi di sumbatnya 5 org yg saiznya besar 2 kali ganda dari aku.Kalau korang rasa aku ni dah besar..Bayangkan yg 2 kali ganda besar aku plak..Terasalah aku yg paling kecik...Maun tak goyang bot tu..HEheheh..tapi tak per, oleh kerana aku 'bos kecik'..aku leh aja marah diorg jgn goyang2...kalau tak, ada aja helah diorg nak takut2kan aku...Yang best nya lagi, nak gi dr satu sungai ker satu sungai tu kena keluar ker laut...Dapatlah aku tengok perlabuhan yg dibangga-banggakan dek org Johor dan seantero Semenanjung ni...rasa macam jakun jer aku tengok baper banyak lori leh jalan2 atas port tu dan baper besar daaaaa kapal yang berlabuh tu...Sememangnya ni pengalaman yg best bagi aku..Kot aku keje 'seketeri' ker akauntan ker mana aku nak dapat pengalaman mcm ni eekk...
Oh yer, tujuan gi keje luar ni ialah nak tetapkan PI dan tunjuk pd En.Kontraktor tu untuk dia mulakan keje2 ukur sempadan hutan. PI tu Pusat Ikatan daaaa... mengikut peta dan ingatan renjer tu maka aku pun setuju PI tu di kordinat sekian dan sekian... masa tu air pasang dan PI tu nun kat dasar sungai tu..Maka, dengan selambanya aku ckp "PI tu kat sini laaa, nanti air dah surut awak carilah eekk"....
Aku ada gak terfikir, susahnya diorg nak wat keje ni nanti..Kena harung air pasang surut lagi..Paya lagi..Errr....dan susah lah aku jugak nanti yg kena gi check keje diorg tu..Huhuhuh...tak per tak per..akukan suka air...
Ke KL
Balik dr Sg.Pulai, aku suruh Jambu terus hntr aku ker Larkin...Naik bas terus ke KL..Kuala Lumpur..Mlm td aku msg dah bos, jumaat d sabtu aku cuti...En. Bapak di masukkan ke ward kat GH...Dr isnin ari tu dah dia duk ward tu, aku ingat tak der lah apa sgt. Lagi pun aku dah lama tak masuk opis so, aku tak lah berhajat nak cuti. Tapi, bila Puan. Mak ckp keadaan En. Bapak agak serius semalam, aku tak sedap ati. Terus jer aku amik cuti urgent...Aku rasa aku diperlukan di sana. Apa penyakit En. Bapak ni?
En. Bapak tu sakit gigi...Tu yg malas aku nak ckp tu..musti ada yg gelak...Dia baru cabut gigi Jumaat time cuti raya cine ari tu. Cabut kat Klinik Singgit jer. Ntah mana silapnya, lepas cabut gigi tu, sakitnya tak surut. Malah makin sakit dan membengkak plak. Bukan En. Bapak tu tak gi Klinik Mahal..tp En. Doktor kat situ bagi ubat tahan sakit jer dan suruh gi semula ker Klinik Singgit tu. Nak jadi citer, sabtu tu cuti. So, kenalah tunggu senin. Nak tunggu senin tu, bengkaknya dah semakin besar dan melarat hingga ke seluruh leher. Isnin tu, En. Doktor di Klinik Singgit terus hantr En. Bapak ker HKL...En.Dok kata kena jangkitan kuman dan agak serius sebab ia menghampiri jantung..Kot, lambat sikit lagi Encik-encik Kuman tu akan menyerang jantung...Akibatnya, leher En. Bapak ditebuk 3 kali sepanjang seminggu di ward untuk mengeluarkan nanah yg terkumpul...Alhamdulillah, Isnin ari tu, En. Bapak dah ok dan dah dibenarkan balik rumah...
p/s: Aku pon ada terasa sakit gigi ni..Gerun plak aku nak gi klink gigi tu....