Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


20 January 2006
Cuti Rehat

Cik Penulis Blog dan En.Blog akan bercuti untuk sementara waktu sehingga semua kerja-kerja yang perlu disiapkan selesai. Kemunculan semula akan diberitahu sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sekian, terima kasih.
|

12 January 2006
Dunia Batinku

Selalu kubayangkan bagaimanakah
Agaknya rasa ditempatmu
Disamping kekasih yg membelai
Hati dan perasaanmu oh kawanku

Malu ku nak cerita
Kerana ku tak mahu
Kau sampai baca rahsiaku
Biarlah tak siapa yg tahu
Bergejolak didunia batinku

Zahir kau lihat bukan segala-gala
Bibir tersenyum menutup jiwa yg luka
Zahir kau lihat hanya antara lapis
Mataku sinar bergenang tangis

Memang nasib bercinta
Kerap terhenti di simpang hidup
Rindu dan cahaya
Kekasih yg setia
Kekasih yg amat sempurna cintanya

Biarlah tak siapa yg tahu
Bergejolak didunia batinku

Demi cinta yg benar...
|

11 January 2006
Roda

Sebiji roda yang benar-benar bulat dengan kelajuan yang sama akan menghasilkan pusingan roda yang sekata di mana, setiap permukaan roda akan menyentuh permukaan jalan dalam selang masa yang konsistant.

Jika hidup diibaratkan seperti sebiji roda maka, pengalaman dan perasaan sedih, gembira, baik dan buruk itu akan datang silih berganti dalam selang waktu yang sama setiap kalinya. Ianya seperti satu pusingan kitaran yang mempunyai jadual waktu yang tetap. Contohnya jika hari Isnin De’ gembira, Selasa dia sedih, Rabu De’ ketawa dan Khamis menangis. Maka Jumaat De’akan gembira semula, Sabtu sedih, Ahad kembali ketawa dan begitulah seterusnya.

Akan tetapi, aku rasa roda aku tidaklah bulat yang sebenar-benar bulat kerana kitaran perasaan dan pengalaman itu tidak tetap selang waktunya. Aku mula membayangkan roda ‘kereta’ aku ini mungkin berbentuk bujur. Luas permukaan yang mewakili sedih itu mungkin lebih luas berbanding gembira. Maka, disebab itu jugalah, jarak waktu di antara permulaan kiraan waktu sedih itu lebih panjang untuk sampai hingga ke waktu penamatnya.

Atau mungkinkah roda aku itu berbentuk tiga segi atau heksagon. Oh tidak! Jika roda aku itu berbentuk tiga segi maka, aku hanya akan mengalami 3 pengalaman atau 3 rasa saja dalam hidup aku. Heksagon atau roda yang mempunyai lebih banyak sisi yang nyata akan mewakili terlalu pelbagai rasa yang akan membuatkan ‘kereta’ aku terhenjut-henjut perjalannannya.

Mungkin juga, ketidakseragaman itu adalah disebabkan kelajuan yang sering berubah-ubah mengikut keadaan permukaan jalan yang tidak rata. Pedal minyak dan brek sering ditekan – tekan menyebabkan kelajuan per kilometer itu sering berubah-ubah. Ya, itulah sebenarnya sebabnya. Adalah mustahil roda aku itu tidak bulat. Jika roda itu berbentuk bujur, tiga segi atau heksagon tentu aku terpaksa menolak atau mengangkat kereta aku tu untuk setiap pergerakan roda. Atau akhirnya kereta aku itu berhenti tidak ke mana. Statik di satu tempat saja.

Kesimpulannya, akulah pemandu yang sentiasa mengubah-ubah kelajuan kereta aku sendiri. Jarang sekali ke’konsistant’nya kerana aku ini masih lagi dalam tempoh waktu ’P’. Harap maaf jika ketidakkelancaran pemanduan aku ini mengganggu keadaan lalu lintas hidup yang amat sibuk ini.
|

04 January 2006
Macam-macam citer sekolah.

Korang pun musti ada mcm-mcm citer pasal zaman sekolah dulu. Jom aaaa kita share-share.

Kaki tersepit di buaian.
Kat sekolah tadika aku ada buaian bulat besar berwarna biru. Masa rehat kami akan naik buai beramai-ramai. Ntah mcm mana, satu hari kaki aku tersepit di celah buaian yg terlebih muatan tu. Tolak tak boleh, tarik pun tak boleh. aku pun tak ingat mcm mana boleh lepas. Yg pasti lepas tu kami sambung main buai semula.

Salah toilet.
Tgh tahun di darjah 1, aku bertukar sekolah di bandar. Cikgu tak tunjuk mana satu toilet lelaki atau perempuan. Kat pintu toilet pun tak der gambr en.hitam atau kakak pakai skirt tu. Aku masuk saja mana yg terbuka pintunya. Datang seorg budak lelaki bila skirt sudah aku tarik separas peha. Dia tutup mata dan terus lari. Aku terpinga-pinga. Tahulah aku tu toilet budak lelaki.

Buat-buat pengsan.
Kami budak nakal masa form 2. Selalu kena denda dgn warden. Satu hari, warden marah. Ada kes curi di asrama. Tiada yg mengaku. Semua kena denda hingga ada yg tampil. Sapa mau ngaku mencuri daaa..Yang pasti tentunya bukan aku. Warden denda semua berguling atas gelanggang bola tampar yg basah dan berpasir campur tanah. Sebelum tu kena ketuk ketampi 50 kali. Nasib baik masa tu belum pemes hp berkamera ni. Kalau tak tentu jadi kes warden ni. Migrain dah mula dtg waktu kiraan ke 20 ketuk ketampi. Tahan dan tahan lagi hingga ker 40. Gerun pulak nak kena berguling, aku buat-buat pengsan. Semua kecoh pasal aku pengsan. Aku selamat dr kena berguling-guling ala hindustan. Kawan2 pula kena mandi di tgh mlm selepas badan penuh palitan. Ampun kan saya Cikgu sebab buat-buat pengsan. Hahahahaha.

Diserang Jin.
Tahun yang sama, asrama kami diserang en.Jin pula. Suka-suka hati masuk badan orang dan menjerit sesuka hati. Lebih 20 org yang dirasuk. Hingga sekolah dan asrama tunggang langgang. Melarat-melarat dan merebak mcm virus. Berlarutan hingga sebulan. Terpaksa panggil encik-encik dari Darul Syifa'. Lama-lama serangan diam sendiri.

Cikgu Gemuk
Masa aku sekolah menengah rendah, ada seorg cikgu perempuan yang sgt gemuk. Cikgu tu tak mengajar kelas aku. Dia mengajar kelas menengah atas. Student mengah atas sgt suka dpt kelas di bangunan sekolah baru. Tapi cikgu gemuk tu mengeluh. Dia sgt susah untuk memanjat tangga hingga ke tingkat 4. Akhirnya, setiap kali sampai mata pelajaran cikgu tu, anak-anak muridnya sudah sedia menunggu di tingkat bawah untuk membantu cikgu tu naik tangga. Seorg pegang beg, seorg pegang buku. Seorg pegang tgn cikgu, tarik naik tangga. Dan beberapa org akan tolong cover belakang, tolong tolak cikgu jika perlu. Dan separuh dr masa pelajaran itu habis di tangga sekolah sahaja.

Surat Cinta dan Telur Goreng Mata Lembu.
Sportcheck amatlah digemari oleh warden untuk mencari bukti dan menangkap student2 yg buat salah. Antara barang bukti kegemaran mereka adalah surat cinta. Aku pun ada juga surat cinta juga. Tapi warden tak pernah dapat rampas surat cinta aku. Kalau sorok bawah katil atau bantal, warden tahu juga. Kalau selit bawah pembalut hadiah alas almari pun diorg tahu juga. Jadi aku selit dalam tin milo atau nestum. Sorokkan surat cinta dalam-dalam dan dikambus dgn serbuk milo. Bila warden buka tin milo, dia hanya nampak serbuk milo. Pastu dia tutup semula. Surat cinta aku selamat. Hehehehe.

Tinggal di asrama menjadikan aku lebih kreatif. Berjaga untuk study hingga lewat malam buat kitorg lapar. Selalu sgt mkn maggi dan biskut kering buat tekak rasa muak. Inginkan kelainan, kami beli telur ayam untuk direbus. Jelak dgn telur rebus, kami pikir2 lagi nak masak apa dgn telur ayam tu. Kami amik dan panaskan iron (penggosok baju) dan letak sikit minyak. Kami pecahkan telur ayam atasnya dan masak telur mata lembu. Sedap. Pernah cuba tak?
|

03 January 2006


Gathering Gengjurnal 2005

Aduhai...apalah aku nak citer ni. Idea nak citer ttg gath ni tak der laaaa.
Idea lain plak yg dtg mencurah.

Ok, oklah, overall mmg best.

Yg bestnya tahun ni aku duk kat meja pendaftaran. Rasa mcm best bila tersedar yg aku dpt jumpa semua yg dtg aritu. Yer aaaa...diorg musti jumpa kitorg kat meja tu untuk daftar dan bayar membayar kpd Cik Bendahari yg kitorg import dr Jepun. Kelihatannya majlis kali ni agak tersusun dan lebih lancar.

Bab gelak-gelak tu tok sah ckp lah. Walau ler sore Mat Jan dan Bean tu kekadang tenggelam timbul tapi, korang dan aku pun gelak jugak. Dan aku rasa kalau diorg tu tak berbunyi langsung pun kitorg tetap jugak akan gelak.

Mini Konsert oleh Kak Ungku mmg unibers. Akak mmg laaa unibers. ND tu pun apatah lagi. Org yg tak pernah dengar radio pun boleh ikut nyanyi. Apatah lagi kitorg yang dok hafal lagu tu hari-hari. Tak rugi aaaa tak gi Konsert PeterPan mlm tu.

Bab list pemenang anugerah tu pun aku tak pasti lagi. Tunggu aaaa kat mana-mana yg akan umumkan nanti. Yang aku ingat Tok Rimau jer..Tu pun pasal Video Ketuk Ketampinya yg mmg buat aku gelak tak pecah perut. Hahahaha. Tahniah Tok Tahniah!!!

Thanks to my dear adik ; Sky_Virus @ Hafiz yg sudi dtg setelah diracun oleh aku. Cian aaaa dia tak leh balik awal sebab kena tunggu hujan berhenti. Sorry sesangat tak dpt nak tunggu sesama...Kena rush balik JB maaaaa.

Bab gambr ni yg aku lemah ni. Sekeping pun tak der aku snap pakai HP gedabak aku ni. Tgok camera memasing bersaiz King Kong tu..segan plak aku nak snap. So, aku tunggu jer lah gmbr sesapa yg dah upload nanti. Aku minta awal2 nak copy gmbr nanti eekkk..

Ok. oklah. Habis dah idea.

p/s: Nida, next year kita letak meja pendaftaran kat dalam dewan lah eekk. Tak ler kita terjengok-jengok kat celah pintu tu.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)