Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


11 January 2006
Roda

Sebiji roda yang benar-benar bulat dengan kelajuan yang sama akan menghasilkan pusingan roda yang sekata di mana, setiap permukaan roda akan menyentuh permukaan jalan dalam selang masa yang konsistant.

Jika hidup diibaratkan seperti sebiji roda maka, pengalaman dan perasaan sedih, gembira, baik dan buruk itu akan datang silih berganti dalam selang waktu yang sama setiap kalinya. Ianya seperti satu pusingan kitaran yang mempunyai jadual waktu yang tetap. Contohnya jika hari Isnin De’ gembira, Selasa dia sedih, Rabu De’ ketawa dan Khamis menangis. Maka Jumaat De’akan gembira semula, Sabtu sedih, Ahad kembali ketawa dan begitulah seterusnya.

Akan tetapi, aku rasa roda aku tidaklah bulat yang sebenar-benar bulat kerana kitaran perasaan dan pengalaman itu tidak tetap selang waktunya. Aku mula membayangkan roda ‘kereta’ aku ini mungkin berbentuk bujur. Luas permukaan yang mewakili sedih itu mungkin lebih luas berbanding gembira. Maka, disebab itu jugalah, jarak waktu di antara permulaan kiraan waktu sedih itu lebih panjang untuk sampai hingga ke waktu penamatnya.

Atau mungkinkah roda aku itu berbentuk tiga segi atau heksagon. Oh tidak! Jika roda aku itu berbentuk tiga segi maka, aku hanya akan mengalami 3 pengalaman atau 3 rasa saja dalam hidup aku. Heksagon atau roda yang mempunyai lebih banyak sisi yang nyata akan mewakili terlalu pelbagai rasa yang akan membuatkan ‘kereta’ aku terhenjut-henjut perjalannannya.

Mungkin juga, ketidakseragaman itu adalah disebabkan kelajuan yang sering berubah-ubah mengikut keadaan permukaan jalan yang tidak rata. Pedal minyak dan brek sering ditekan – tekan menyebabkan kelajuan per kilometer itu sering berubah-ubah. Ya, itulah sebenarnya sebabnya. Adalah mustahil roda aku itu tidak bulat. Jika roda itu berbentuk bujur, tiga segi atau heksagon tentu aku terpaksa menolak atau mengangkat kereta aku tu untuk setiap pergerakan roda. Atau akhirnya kereta aku itu berhenti tidak ke mana. Statik di satu tempat saja.

Kesimpulannya, akulah pemandu yang sentiasa mengubah-ubah kelajuan kereta aku sendiri. Jarang sekali ke’konsistant’nya kerana aku ini masih lagi dalam tempoh waktu ’P’. Harap maaf jika ketidakkelancaran pemanduan aku ini mengganggu keadaan lalu lintas hidup yang amat sibuk ini.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)