Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


04 January 2006
Macam-macam citer sekolah.

Korang pun musti ada mcm-mcm citer pasal zaman sekolah dulu. Jom aaaa kita share-share.

Kaki tersepit di buaian.
Kat sekolah tadika aku ada buaian bulat besar berwarna biru. Masa rehat kami akan naik buai beramai-ramai. Ntah mcm mana, satu hari kaki aku tersepit di celah buaian yg terlebih muatan tu. Tolak tak boleh, tarik pun tak boleh. aku pun tak ingat mcm mana boleh lepas. Yg pasti lepas tu kami sambung main buai semula.

Salah toilet.
Tgh tahun di darjah 1, aku bertukar sekolah di bandar. Cikgu tak tunjuk mana satu toilet lelaki atau perempuan. Kat pintu toilet pun tak der gambr en.hitam atau kakak pakai skirt tu. Aku masuk saja mana yg terbuka pintunya. Datang seorg budak lelaki bila skirt sudah aku tarik separas peha. Dia tutup mata dan terus lari. Aku terpinga-pinga. Tahulah aku tu toilet budak lelaki.

Buat-buat pengsan.
Kami budak nakal masa form 2. Selalu kena denda dgn warden. Satu hari, warden marah. Ada kes curi di asrama. Tiada yg mengaku. Semua kena denda hingga ada yg tampil. Sapa mau ngaku mencuri daaa..Yang pasti tentunya bukan aku. Warden denda semua berguling atas gelanggang bola tampar yg basah dan berpasir campur tanah. Sebelum tu kena ketuk ketampi 50 kali. Nasib baik masa tu belum pemes hp berkamera ni. Kalau tak tentu jadi kes warden ni. Migrain dah mula dtg waktu kiraan ke 20 ketuk ketampi. Tahan dan tahan lagi hingga ker 40. Gerun pulak nak kena berguling, aku buat-buat pengsan. Semua kecoh pasal aku pengsan. Aku selamat dr kena berguling-guling ala hindustan. Kawan2 pula kena mandi di tgh mlm selepas badan penuh palitan. Ampun kan saya Cikgu sebab buat-buat pengsan. Hahahahaha.

Diserang Jin.
Tahun yang sama, asrama kami diserang en.Jin pula. Suka-suka hati masuk badan orang dan menjerit sesuka hati. Lebih 20 org yang dirasuk. Hingga sekolah dan asrama tunggang langgang. Melarat-melarat dan merebak mcm virus. Berlarutan hingga sebulan. Terpaksa panggil encik-encik dari Darul Syifa'. Lama-lama serangan diam sendiri.

Cikgu Gemuk
Masa aku sekolah menengah rendah, ada seorg cikgu perempuan yang sgt gemuk. Cikgu tu tak mengajar kelas aku. Dia mengajar kelas menengah atas. Student mengah atas sgt suka dpt kelas di bangunan sekolah baru. Tapi cikgu gemuk tu mengeluh. Dia sgt susah untuk memanjat tangga hingga ke tingkat 4. Akhirnya, setiap kali sampai mata pelajaran cikgu tu, anak-anak muridnya sudah sedia menunggu di tingkat bawah untuk membantu cikgu tu naik tangga. Seorg pegang beg, seorg pegang buku. Seorg pegang tgn cikgu, tarik naik tangga. Dan beberapa org akan tolong cover belakang, tolong tolak cikgu jika perlu. Dan separuh dr masa pelajaran itu habis di tangga sekolah sahaja.

Surat Cinta dan Telur Goreng Mata Lembu.
Sportcheck amatlah digemari oleh warden untuk mencari bukti dan menangkap student2 yg buat salah. Antara barang bukti kegemaran mereka adalah surat cinta. Aku pun ada juga surat cinta juga. Tapi warden tak pernah dapat rampas surat cinta aku. Kalau sorok bawah katil atau bantal, warden tahu juga. Kalau selit bawah pembalut hadiah alas almari pun diorg tahu juga. Jadi aku selit dalam tin milo atau nestum. Sorokkan surat cinta dalam-dalam dan dikambus dgn serbuk milo. Bila warden buka tin milo, dia hanya nampak serbuk milo. Pastu dia tutup semula. Surat cinta aku selamat. Hehehehe.

Tinggal di asrama menjadikan aku lebih kreatif. Berjaga untuk study hingga lewat malam buat kitorg lapar. Selalu sgt mkn maggi dan biskut kering buat tekak rasa muak. Inginkan kelainan, kami beli telur ayam untuk direbus. Jelak dgn telur rebus, kami pikir2 lagi nak masak apa dgn telur ayam tu. Kami amik dan panaskan iron (penggosok baju) dan letak sikit minyak. Kami pecahkan telur ayam atasnya dan masak telur mata lembu. Sedap. Pernah cuba tak?
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)