Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


31 October 2005
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Halalkan Apa jua yang pernah diberi pada Mush ni
-----------------------------------------------
---------------------------------
Hmm, tak berapa hari lagi nak raya dah. Kalau ikutkan hati dan juga resam tahun2 lepas, tentu aku dah cuti dan tengah sibuk2 rebus ketupat kat kampung tu haaaa. Rebus awal2 ni untuk balas 'kunjungan' yg nenek terima dr awal puasa aritu. Tapi kali ni, aku hanya dengar cerita mama dan mak jer kat kampung tu. Mak aku dr KL pun dah balik, aku yg dekat ni plak yg lambat. Kali ni tak nak amik cuti lelama sgt, keje pun banyak nak kena settle. Silap ari bulan, aku akan masuk opis semula lebih awal dr tarikh perancangan cuti aku tu. Dengan ini, aku sendiri pun pelik. Sejak bila plak aku kisah sgt pasal keje ni hingga boleh plak aku pendekkan cuti raya.
Aku rasa macam ada something yg akan terjadi atau akan aku alami time raya kali ni. Aku sendiri pun tak tahu apa dia, tapi gerak hati ni kata mcm ada sesuatu. Baik atau buruk pun aku tak tahu. Aku berdoa jer lah pd Tuhan agar semuanya baik2 saja. Jika sebaliknya, harap aku ni kuat dan tabah nak hadapinya. Hmmm, tak sedap hati dan debaran dada ni semacam bila teringat kampung dan insan2 yg ada di sana.
Ok, untuk penutup aku tukar ker mood best sikit eekk. Tak sangka murah rezeki tahun ni. Syukur Alhamdulillah. Apa yg tak sangka? Dulu aku ingat bila dah besar tak dptlah duit raya lagi mcm dulu2. Rupanya bila dah besar-besar mcm ni dpt jugak eekk. Happy tu ada, pasal ada ler rezeki lebih untuk aku beri dan belanjakan pd family aku terutama mak. Tapi, feelnya tetap tak sama mcm zaman kanak-kanak dulu. Cuma skrg ni, seronok yang lain pulak dapat dinikmati bila kita pula yang memberi sampul2 yg ada isi tu pd budak2. Ada satu kepuasan dalam diri. Sapa-sapa yang tak pernah beri tu, cubalah sendiri kalau nak rasa keseronokkannya. Alaaa, tak yah kasi banyak pun. Ikut kemampuan sendiri yer.
Ok ok, Selamat Hari Raya. Semoga Semuanya Happy dan Ceria.
Ucapan untuk diri sendiri : Jgn plak gi langgar pantang larang selepas diet habis-habisan bulan pose ni. Buang karan jer nanti.
|

24 October 2005
Sampaikan Salam.

Aritu Shila kata dia dengar ada org sampaikan salam untuk aku kat Best104. Walau musykil gak aritu, boleh gak aku terima andaian yg ada org lain yg punya nama sama dgn aku. Walau pun seumur hidup aku, ni baru kali kedua aku dengar ada org yg sama nama dgn aku. Nama penuh, bukan nama pendek2 tu. Ari ni Kak Zar plak kata ada lg tuju lagu untuk aku kat Sinar. Kemusykilan aku mula meningkat. Tak kan ada sama nama lagi? Kalau betul untuk aku sapa plak pengirimnya? Kedua2 kali kes ni nama pengirim tidak dpt dikenalpasti. Dan yg tak bestnya, tak pernah aku dpt dengar sendiri. Sumer org lain yg bgth. Sapa eekk? Kalau betul untuk aku, aku harap pengirim tu buatlah tuju lagu tu lg kat siaran radio yg aku biasa dengar. Era pun best jugak...Susah2 boleh terus tuju jer pd aku melalui talian terus. Sms ker, call ker, email ker, YM ke, Blog ker best jugak. Apapun, terima kasih banyak2 eekk...Ada jugak org ingat kat aku.

p/s: Ntah2 aku jer yg terperasan sendiri. Hehehehe..
|

14 October 2005
Mix Entry Pagi Jumaat.

1. Ada yg tertanya exam apakah yg mush terlepas tu. Yg pasti bukanlah paper SPM yg sedang berlangsung (Gud Luck untuk sesapa yg amik exam tu eekk). Exam yg patut mush amik tu adalah Exam Perkhidmatan, salah satu syarat untuk mush konpomkan jawatan mush ni. Exam2 lain dah lepas dah, tinggal yg satu ni jer haaa. Alamatnya tak konpomlah mush tahun ni. Dan nak tahu tak cam ner mush ubatkan hati yg berduka lara ni? Balik ptg tu, mush masak Nasi Ayam. First time try. Main campak2 jer aaa. Yg penting mush puas dpt masak sendiri dan ilang sakit hati. Pandai pun mush masak. Sedap. (Kalau tak puji diri sendiri sapa lagi kan?)

2. Sampai2 jer opis dikejutkan berita sorg forester kat opis ni accident dan patah kaki. Accident motor, kena langgar dr belakang. Di sebuah jalan raya besar yg terkenal dgn kesibukan dan kelajuan kenderaan-kenderaannya, jalan Skudai-JB. Masa perkhabaran mush terima, dia masih lg ditempat kejadian tidak berangkat lg. Keadaannya agak parah, patah kaki. Jadi, org ramai tak berani nak angkat, takut2 menambahparahkan keadaan. Bbrp org dr opis dah berkejar ke tempat kejadian untuk melihat dan buat apa2 yg patut. Sehingga 10.35 ni, masih lg menunggu perkhabaran seterusnya dr bilik kecemasan. Semoga dia selamat dan cepat sembuh. Amin....

3. Ptg ni ada majlis taddarus Al-Quran kat umah MB. Bbrp org wakil jbtn turut serta termasuk mush. Sebolehnya mus tak nak lepaskan peluang ni untuk berkhatam dlm masa 1 ptg. Bila lg nak dpt peluang mcm ni. Yer tak? Dan bila lg plak dpt peluang nak gi umah MB. Dan yg bestnya lagi, dpt mkn best2. Hehehehe. Maria, maria. Kata diet, jaga sikit makan tu cik kak oiiii...Eh, jom lah join.

4. Mcm ner lah mush leh dpt idea buat bisnes baru Ramadhan ni. Dgn kemahiran menjahit sejenis jer corak manik2 di baju, mush beranikan diri amik tempahan dr staff2 kat opis ni. Setakat ni adalah 2-3 helai baju dlm proses. Harap2nya adalah perkembangan bagus nanti. Boleh jugak tambah2 duit raya.

5. Mush rasa mush tak ucap lg selamat sempena bulan puasa ni kan? oklah, mush ucapkan Selamat Meneruskan Ibadah Puasa Hingga Ke Akhirnya. Semoga tiada keuzuran yg dtg meng'aral' kecuali yg wajib uzur jer. Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bg yg bakal dapat bonus tu, simpan2 lah sikit untuk duit raya mush eekk. heheheh.
|

12 October 2005
Exam........

Kenapalah mata dan fkiran aku ni?
Kenapalah mata ni tak nampak walau melihat?
Kenapalah otak ni tak dpt berfikir walau mata telah memandang?
Sungguh....Sungguh aku tak nampak...
Aku dapat surat exam tu bulan 8 ari tu.
Dan sejak2 mata aku terpandang tarikh tu, aku dah sematkan kemas2 dlm dada aku ni. Sungguh aku yakin. Apa yg aku nampak time tu?
Sungguh mati hidup aku ingat exam tu minggi depan.
Aku betul2 prepare untuk gi exam tu minggu depan.
Tapi, pagi td aku tepuk dahi aku sendiri.
Aku rasa mcm nak lari time tu jugak.
Aku rasa cam berhenti keje hari ni juga.
Kenapalah baru pg td aku perasan exam tu minggu ni?
Dah start dr smlm, dan hari ni dan esok ada lagi.
Dan exam tu kat KL nun....
Apa lah yg boleh aku buat?
Kenapalah jadi mcm ni?
Aduh...sebaknya dada aku ni.....Air mata tu mmg dah tak terbendung lagi.
Kenapalah ni?
Astaghfirullah.....................
|

06 October 2005


Yeah..Tu dia buat tgn yg aku dpt hari Sabtu hari tu. Aku di ajak untuk melihat sendiri hakikat sebenar golongan ni. Untuk mengalami sendiri suasananya. Ingin ditunjukkannya yg ia tidaklah seperti yg aku sangkakan. Hmm, ada lah betul adalah yg salah. Ada sangkaan ku itu tepat dan ada jugak sangkaan ku itu meleset.

p/s:awak, maaf saya tak bgth hal sebenar...Saya gi tempat tu. Dan terbayang agaknya mcm tulah awak kalau gi sana eekk...
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)