Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Halalkan Apa jua yang pernah diberi pada Mush ni
-----------------------------------------------
---------------------------------
Hmm, tak berapa hari lagi nak raya dah. Kalau ikutkan hati dan juga resam tahun2 lepas, tentu aku dah cuti dan tengah sibuk2 rebus ketupat kat kampung tu haaaa. Rebus awal2 ni untuk balas 'kunjungan' yg nenek terima dr awal puasa aritu. Tapi kali ni, aku hanya dengar cerita mama dan mak jer kat kampung tu. Mak aku dr KL pun dah balik, aku yg dekat ni plak yg lambat. Kali ni tak nak amik cuti lelama sgt, keje pun banyak nak kena settle. Silap ari bulan, aku akan masuk opis semula lebih awal dr tarikh perancangan cuti aku tu. Dengan ini, aku sendiri pun pelik. Sejak bila plak aku kisah sgt pasal keje ni hingga boleh plak aku pendekkan cuti raya.
Aku rasa macam ada something yg akan terjadi atau akan aku alami time raya kali ni. Aku sendiri pun tak tahu apa dia, tapi gerak hati ni kata mcm ada sesuatu. Baik atau buruk pun aku tak tahu. Aku berdoa jer lah pd Tuhan agar semuanya baik2 saja. Jika sebaliknya, harap aku ni kuat dan tabah nak hadapinya. Hmmm, tak sedap hati dan debaran dada ni semacam bila teringat kampung dan insan2 yg ada di sana.
Ok, untuk penutup aku tukar ker mood best sikit eekk. Tak sangka murah rezeki tahun ni. Syukur Alhamdulillah. Apa yg tak sangka? Dulu aku ingat bila dah besar tak dptlah duit raya lagi mcm dulu2. Rupanya bila dah besar-besar mcm ni dpt jugak eekk. Happy tu ada, pasal ada ler rezeki lebih untuk aku beri dan belanjakan pd family aku terutama mak. Tapi, feelnya tetap tak sama mcm zaman kanak-kanak dulu. Cuma skrg ni, seronok yang lain pulak dapat dinikmati bila kita pula yang memberi sampul2 yg ada isi tu pd budak2. Ada satu kepuasan dalam diri. Sapa-sapa yang tak pernah beri tu, cubalah sendiri kalau nak rasa keseronokkannya. Alaaa, tak yah kasi banyak pun. Ikut kemampuan sendiri yer.
Ok ok, Selamat Hari Raya. Semoga Semuanya Happy dan Ceria.
Ucapan untuk diri sendiri : Jgn plak gi langgar pantang larang selepas diet habis-habisan bulan pose ni. Buang karan jer nanti.