Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


30 September 2005
Suratan Atau Kebetulan...Atau Hanya Mainan Perasaan....

Pernah tak ada org tetiba ckp dgn korang yg korang tu jodoh dia..Dia rasa, dia yakin yg korang tu jodoh dia hanya dgn melihat gambar...rasa apa yg di cari selama ni dah jumpa...
Aku baru jumpa org tu...Percaya atau tak takdir jer yg menentukan...
Hanya sekeping gambr, dah dikatakan yakin aku ni jodoh dia...macam mana tu?
Nak percaya atau tak?
Terpulang.
Dan esok...insyaallah aku akan bersua muka dgn dia....
Hmmm, aku tahu ada org yg bimbangkan keselamatan aku nanti...
Jgn risau k..insyaallah aku akan jg diri aku bebaik...
Insyaallah tak der apa2...
Aku akan jumpa di tempat yg ramai org...
Apa-apa hal nanti aku citer lagi eekk...

p/s: ada beberapa ekor rerama...cantik..berwarna-warni...terbang sana-terbang sini...masalahnya rerama tu terbang dlm dada aku..dlm perut aku...Aduh rerama..diamlah...aku tak tenang ni....
|

27 September 2005
Encik Pemandu Teksi Yang Lain Pula...

Masih ingat tak citer encik pemandu teksi yg aku citer dulu? Sejak hari tu, aku dah tak jumpa dia dah...Dah tak der rezeki nak naik teksi dia dah. Tp, aku dah selalu ternaik teksi sorg pakcik tu. Dia pon dah cam muka aku, aku pon begitu. Sesejak memula aku naik, pak cik tu tanya mcm2 pasal aku, keje mana, umur berapa, dulu study mana, dah kawen ke belum....mcm2lah...dan dia pun suka sgt citer pasal anak teruna dia yg study kat U mana ntah aku dah lupa. Anak dia itulah, anak dia ini laaa...Dalam masa tak sampai 10 minit tu mcm2 ceritalah pasal anak dia. Sampaikan kalau lah di letak anak dia depan aku, aku dah kenal dah dia tu mcm ni mcm tu. Begitulah setiap kali aku naik teksi dia. Akan adalah sambungan2 cerita bersiri Anak Teruna di tu. Hinggalah suatu hari....

Setelah pintu teksi aku tutup, barulah aku perasan pak cik tu....
"Eh, pak cik"
"Ha, anak pak cik tu dah balik dah!"
"Aaaaa?" "oooo yang tu"
"Ha'ah, dah habis study dah dia"
Cerita-ceriti
Cerita-ceriti
Cerita-cerita
(tentulah pasal anak teruna dia tu)

"Awak telefonlah dia. Dia ada kat umah tu."
"Haaa?"
"tak per..telefon jer. Mak dia mesti terperanjat. Tak pernah ada perempuan call dia"
" Insyaallah", sekadar nak berbasa-basi.
"ni no nya...07-*******"
"ok" tak jugak aku catit"
"ingat tau. ....07-*******"
"ok, ok insyaallah"

Fuhh, nasib baik dah sampai opis.
Sebelum pintu teksi tu aku tutup pak cik tu masih lg berpesan agar telefan rumah dia dan berckp dgn anak teruna dia tu...

Ada kaaa aku yg nak kena call... Nak ckp apa?
|

22 September 2005
Esok Aku UpDate Entry Ekkkkkk.....
|
|

07 September 2005
Maafkan Aku

Untuk seorang teman yang tak bisa ku tukar ganti kedudukannya dalam hati ni.

Aku minta maaf sesangat. Aku tahu kau anggap aku ni sombong. Dah tak mahu nak reply sms2 kau. Dah tak mahu nak layan kau berborak2. Dah tak mahu nak kongsi citer2 dgn kau. Dah tak mahu berusaha untuk jadi teman kau yg terbaik. Ampun, maaf. Tu jer lah yg aku boleh ckp.

Mmg aku sengaja buat mcm tu. Bukan untuk sakitkan hati kau. Bukan juga pasal aku benci kau. Aku buat semua tu pasal aku mmg tak boleh nak turunkan pangkat kau jadi sahabat. Aku juga tak nak hal2 kita berpanjangan. Keadaan kau tak sama mcm dulu. Walau pun kau tetap pertahankan dgn berkata kau tetap jua kau yg dulu. Tp tidak. Tidak bg aku. Keadaan kau yg tak sama.

Aku bimbang, aku tak nak susahkan kau nanti. Kita tak mcm dulu. Kalau kita terus buat-buat tak kisah atau buat-buat tak tahu tentang perubahan tu, nanti melarat plak jadinya. Sampai satu masa nanti aku terlupa kau siapa sebenarnya. Pastu nanti aku pun asyik dok telefon kau. Asyik dok ingat kat kau. Apa-apa ngadu kat kau. Apa-apa pun nak kongsi dgn kau. Nanti kalau jadi mcm tu mcm ner? Adush, tak tahu aaa nak ckp mcm ner lagi. Tolonglah faham. Aku tahu kau marah, kata aku sombong tak layan kau. Tapi, tolonglah faham aku ni. Tak per, tak per. biarlah walau aku bosan sekali pon, tak der org nak berckp dgn aku pon, aku tetap tahan diri ni. Ampunkan aku, maafkan aku. Maaf Zahir Batin (ewah, mcm pagi raya plak).
|

01 September 2005
Merdeka Day.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Ehem, ehem!
Korang gi mana semalam? Dataran Merdeka? KLCC? Danga Bay?
Best ker? Musti seronokkan? Tambah berkobar-kobarlah semangat kemerdekaan korang. Aku dok umah jer. Tengok TV yg menayangkan lintasan Ambang Kemerdekaan paling tak best dalam sejarah hidup aku. Bagus lagi aku tengok siaran TV Singapore. Sambil menguli tepung nak buat kuih pau. Baru cubaan pertama tau. Tak payahlah nak harapkan jadi macam kuih pau kat kedai yg mengebu-gebu macam pipi aku tu. Dapat dimakan pon jadilah. Kira cubaan pertama berjayalah tu. Tepat 12 mlm, duk kat beranda umah tingkat 9 tu, tengok bunga api di serata bandar JB. JB ni betullah, kaya dgn bunga api. Bukan satu, bukan dua tp bersepah-sepah bunga api diletupkan kat sini. Akhirnya aku tenggelam dalam kemeriahan sendiri.

Sapa kata duk kat umah tak dapat tengok perbarisan hari merdeka?
Aku boleh! Live lagi. Siaran langsung. Lintasan depan umah aku lagi. Aku pasti, korang yg berasak-asak kat dataran2 tu pon tak dapat tengok. Kecualilah kalau korang terpaksa join perbarisan tu. Sekitar jam 2 pagi, satu rombongan bermotosikal berarak melalui jalan depan umah aku. Beratus-ratus org dan mtornya. Ni lah perbarisan paling best. Merdeka konon. Nak jer aku jerit dr umah tu, Merdeka! Merdeka! Merdeka konon! Tapi aku takut kena marah dgn abg Polis plak.hehehehee. Korang tahu pasal diorg ni berarak mcm tu? Tu aaaa mat-mat motor yg kena tahan malam merdeka tu. Ntah dr mana polis buat sekatan jalan raya tu. Diorg berarak beramai2 ke Balai Polis besar kat tengah bandar JB tu haaa. Tolak motor! Aku ulang, tolak motor!!!. hahaahahahah. padan aaaa muka korang. Pehtu mak bapak kena dtg jamin. Yg tukang bawak motor tu aku tak kesian aaa sgt. Tapi si pembonceng2 tu aaaa. Si awek2 tu aaaa. Alahai awek, dgn pakai tudungnya, kena tahan pasal boipren tak der lesen ker? Atau cik abg tu bawa laju2? Atau bunyi ekzos tu dah mcm bunyi jet.? hahaahahaha...
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)