Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


29 August 2005
Kursus + Test

Meranti Bukit, Keruing Gombang, Balau Tembaga, Meranti Sarang Punai, Mersawa, Merawan Siput Jantan. Adush, sampai aku tak leh nak tido hafalkan pokok-pokok ni sumer. Tu baru sikit, ada berpuluh2 lagi tau. Rasa nak rebus jer daun2 pokok tu dan minum airnya. 2 hari (isnin dan selasa) dok ulang alik Kepong tu berkursus daun dan pokok. Rabu plak test. Kali ni mmglah senang sikit pasal kursus dulu baru test. Tak mcm tahun2 lepas, terus2 jer test. Last2nya, jadilah "pokok bercakap". Seperti biasa, aku akan jadi 'adik perempuan' sorang. Peserta yg lain sumer CikAbang2 yg ada di antaranya boleh ku panggil pakcik atau atuk. Heheheh, dah jadi adik sorang ni bolehlah bermanja-manja mintak tolong beri jawapan. Tu aaaa 'pokok bercakap'.

Khamis dikira hari perjalanan, Jumaat aku amik cuti. So, terus seminggu aku kat KL. Tapi tak berjalan gi mana pun. My little Sister tu kena CikenPox plak. Selalu dia yg heboh ajak kuar jejalan tengok wayang. Kali ni, ko ajaklah mcm ner pon tak hingin dia nak kuar umah pon. Akhirnya, dok umah main playstation yg aku hangkut dr JB tu. Puas hati giler balik KL kali ni pasal boleh stay lelama kat umah mak.

p/s: stamina aku dah kurang. Dok JB dah tak jejalan mcm kat KL dulu. Nak jalan dari Maju Junction ker Kotaraya pon tak mampu. Hancus reputasi ku.
|

17 August 2005
Encik Pemandu Teksi

Aku tak tahu nama dia. Aku hanya cam muka dia. Dia pun dah cam muka aku dek kerana kekerapan beliau menghantar aku gi kerja. Tak perlu diberitahu destinasi, terus jer dituju. Hari ni dia bercerita pula tentang ketidakkisahan dia memberi adik2nya pakai motor2nya. Ni semua ekoran daripada sebuah pertanyaan mana kawan ku lagi sorg? hmmm, org dah ada kereta.

Saat2 akhir sebelum aku turun teksi, dia mula membuat tekaan yg aku kira hampir tepat. "awak ni baik hati sgt, dah tu kuat nangis.Cengeng." Adush, segannya aku. Telahannya tepat tambahan plak ayat2 terakhirnya " Tak boleh jadi awek/org umah sayalah". Ops, ops. Rasa mcm nak mintak ulangan plak ayat dia tu. Wah, sampai ke situ dah dia pikir. Aku plak mula berdoa dlm hati agar esok lusa dan tulat dapat naik teksi dia lagi agar perbualan2 bisa dipanjangkan. Heheheheh. Sekadar menambah kenalan. Manalah pernah ada kawan En. Pemandu Teksi ni.
|

15 August 2005
Kurang Satu.

Kurang satu, kurang seorg
Umat Nabi Muhammad
Pergi tak kembali
Tinggalkan dunia dan seisi

Fatihah dihulur
doa ditabur
Sedih dan gundah usah disusur

Pergilah
pergilah wahai pahlawanku
Pergimu tak kembali
Pergimu tiada ganti

Semoga roh mu di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg dikasihiNya. Amin

p/s : lewat sms ku kpd Z " Maria dah tak der atuk...."
|
Relakan Dia Pergi.

Satu masa dahulu, seorg teman mengadu hatinya sedih dan gundah nendanya sedang gering. Risaunya nenda akan pergi yg tak kembali. Sayangnya mencurah hingga hatinya sering gundah. Apalah yg mampu aku lakukan, hanya berkata2 sahaja. Aku jua alami situasi begitu. Satu2nya atuk ku pun dalam gering yg amat. Sudah lama dia begitu. Hingga dalam hati terdetik andainya mati itu hanyalah satu-satu pengubat sakitnya, maka aku redha.

Tengah mlm Selasa yg lepas, atuk pergi. Meninggalkan segala isi dunia. Segala anak cucunya. Berita ku terima dgn tenang. Kerna diri sudah bersedia. Pakaian segera ku sediakan buat bekalan sehari dua. Esok pagi2 baru ku bertolak dengan bas. Malam ini tidur ku masih lena setelah beberapa kali surah suci itu ku hulurkan buat sedekah.

Kaki ku jejak di tanah tumpah darah ayah. Org sudah mulai bergerak mengusung keranda, ke kubur tujuannya. Keranda tak ku lepas dr pandangan mata hingga hilang di sebalik selekoh. Ibu Al-Quran masih bermain di bibir sejak dr JB lagi. Hanya inilah hadiah dr cucu mu, Atuk.

Semoga Roh atuk di rahmati dan ditempatnya dengan golongan yg dikasihinya. Amin.....

p/s : lewat sms ku pd Z " atuk dah meninggal kejap td. Maria dah tak der atuk dah ".....sayu tanpa sedikit pun tangisan, tanpa air mata.
|

09 August 2005
Cerita budak2 zaman ini - borak2 di YM!

Kak I: Assalamualaikum wahai cendawan yang comel
Kak I: Buat apa tu?
Kak I: I telah dicabul hari ini
mushroomcute: waalaikumussalam wahai -------- ku yg cute.....
mushroomcute: ha? weh, you ni biar betullllllll
Kak I: Haaa
Kak I: Dengar la
Kak I: Hari ni
Kak I: pensyarah I datang
Kak I: So
Kak I: I pun jalan la ke makmal komputer
Kak I: Belakang I tu pensyarah I tu la
Kak I: Tengah jalan ke makmal
Kak I: Tetiba
Kak I: Ada la sorang budak 10 tahun
Kak I: Telah menepuk punggung I
Kak I: Malu gilos
Kak I: Dah la belakang tu ada pensyarah
Kak I: Budak ni
Kak I: Memang dalam pemerhatian
Kak I: Sebab dia selalu tengok orang buat projek
Kak I: Kat air terjun dekat dengan sekolah ni
Kak I: Tak yah beli VCD
Kak I: Bebudak ni tengok "live"
Kak I: Sedey kan?
mushroomcute: hahahahaah
mushroomcute: lawaknya lah hai budak tu..
mushroomcute: kejadian tak dpt dilupakan...
mushroomcute: abis tu apa reaksi pensyarah u tu?
Kak I: Dia gelak!!!

p/s: hahahaahahaha lagi.
|
Reasons why I never visit my rich friend

Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and.....

Question : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?"
Answer: " Tea please"

Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea,Bush tea, Honey bush tea, Iced tea or green tea ?"
Answer : "Ceylon tea "

Question : "How would you like it ? black or white ?
Answer: "white"

Question: "Milk, or fresh cream?
Answer: "With milk "

Question: "Goat's milk, or cow's milk"
Answer: "With cow's milk please.

Question: " Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: " Um, I'll just take it black. "

Question: " Would you like it with sweetener,sugar or honey?"
Answer: "With sugar"

Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar "

Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Forget about the tea, just give me a glass of water instead."

Question: "Mineral water, tap water or distilled water? "
Answer: "Mineral water"

Question: "Flavored or non-flavored ?"
Answer: "I think I'll just die of thirst



p/s: hahaahahahaha
|
No Idea Entry.

Aku jeling sana jeling sini cari idea.
Godek sana-godek sini cari ilham.
Adush, manalah nak buat entry ni.
Buntu kepala den. Tak buat karang majuk plak blog ni.
Sat sat, aku cari lagi nooooooo.

Tak per aaaa, aku cuma nak bagi tahu Khamis ni cuti umum bagi seluruh negeri Johor. Hari Hol Sultan Johor. Apa itu Hol jgn tanya aku. Aku tak tahu.
|

05 August 2005
Ucapan Tahniah Yang Tak DiSangka-sangka

Ekoran dari keterlanjuran aku termarah boss aku kelmarin, tak kusangka2 aku akan menerima ucapan tahniah. Pepagi smlm ada org tepon aku semata2 nak ucapkan tahniah. Sampai opis ada gak 2-3 org yg ucapkan menda yg sama. Hehehehe, tak sangka tak sangka. Tahniah to me.

p/s: tapi aku pasti kalau mak bapak aku tahu, habis aku kena luku. "Kurang asam budak ni lawan toke." (sambil kena luku2) huhuhuhhuu........
|

04 August 2005
Macam-macam Jadi.

Lama dah aku tak update blog aku ni. So, aku fikir adalah lebih baik aku buat ringkasan saja untuk macam-macam yg dah berlaku dalam tempoh tu.

29 Julai 2005 (Jumaat)
Esok ada pertandingan bowling kat Kota Tinggi.Satu hapak tak berlatih lagi. Pakat ngan Ijah tido umah kak Siti. Lepas mkn Pizza Hut yg baru tu, (Nyam,nyam,nyam..mmg best pizza tu tau) Bantai main bowling 4 frame. Rerasa ok jer. Tapi balik umah jam 1 lebih pagi aaaa...Tido kul 3 pg.

30 Julai 2005 (Sabtu)
Hari ini dalam sejarah. Aku terlupa nak tukar kasut bowling lepas aku balik dr toilet. Dgn kasut Speedy Rhino aku yg cun tu selamba jer aku gi baling bola.Sekali tak der break...terlajak dgn aku sekali masuk lane tu. Buk, aku jatuh terlentang....Cubaan pertama kali untuk bangun semula, tak berjaya..Aku jatuh semula. Malu sehhhhh....Akhirnya dgn segala susah payah, aku bangun semula.Gelak masih tak putus2 menyebabkan aku tak nampak jalan. Peh tu terlanggar plak rak bola tu plak. Adush!!!! Malunya tok sah kata laa...
p/s:aku dgn group2 aku sekali kalah teruk.

31 Julai 2005 (Ahad)
Selamat Pengantin Baru Kak Wawa. Alhamdulillah....Bertemu jodoh juga sepupu aku sorg ni. Sehari suntuk tak buat apa2 hanya sekadar duduk, borak, mkn dan tengok org dtg amat memenatkan. Ntah kenapa aku tak tahu. Paling malas nak jawab soklan cepumas yg ditujukan kat aku sebagai penyeri majlis.

Semalam (3 Ogos)
Ntah dtg dr mana kekuatan tu, suara aku tertinggi plak kat En.Wan. Sungguh aku tak sengaja. Sungguh aku sendiri pon terkejut. Aku termarah bos aku sendiri. Dan, lepas ni aku kenalah bersiap sedia menghadapi soklan2 dan pandangan org sebab aku tahu, Mak Nam S sorg tu pasti akan menghebahkan berita ni ke seantero Jabatan, dari utara hinggalah ke selatan. Huhuhhuuhuhuhhu
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)