Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


23 April 2005
SPARK....

Ada masa kita rasa org tu aaa yg satu2nya ada dlm hati tapi, tetiba ada spark plak yg bg tanda kita syg org lain jugak. Ada masa kita mcm terkena kejutan karan bila kita tersedar rupanya dia ada lg dalam hati sedangkan kita ingatkan dah tak der. Ada masanya kita mcm terpaksa sayang org lain bila org yg sebenarnya kita nak syg dah tak syg kita. Ada masa kita ingat dah tak syg lagi org tu tapi bila tahu org tu suker atau dah ada org lain kita terjeles plak. Ada masa kita tak terlintas langsung ada syg kat dia tp tetiba ada spark tunjuk yg kita syg dia rupanya.Pendek kata mcm2 perihal tentang syg ni.

kisah 1 (Aku dan sepupu)
Aku:Betul abg nak kawen?
Abg Yim :macam tu laa cadangannya
Aku : Hmmmm

esok(sms)
Abg Yim : Antara 1-10, abg kat mana dlm hati ko?
Aku : Haaa? Hmmmm.. 7
Aby Yim : Ok...

Selang beberapa minggu
Aby Yim : Abg dah ckp kat dia, antara kami tak der jodoh
Aku : Pesal plak tetiba?
Abg Yim : Pasal abg rasa ada spark antara kita. Abg yakin ada...
Aku : Erk?..Org tak suruh abg putus ngan dia
Abg Yim : Pasal abg rasa ada harapan ngan ko
Aku : (apa aku dah buat?)

Selang lagi bbrp minggu, citer abg Yim nak kawen terus senyap, citer dia ngan aku pon senyap jugak bila kami asyik dok bertekak dalam mencari keserasian. Spark punya pasal.

Kisah 2 (Aku dan teman yg aku sangka aku dah syg dia sepenuh hati)
P : Boleh ke akid tunggu sampai abg stabil...2 tahun lagi
Aku : Insyaallah
P : Kita tunang dulu?
Aku : Errrr nantilah.(senyap dan alihkan muka aku ke tempat lain pasal aku rasa muka aku berubah)

Aku terkejut. Kenapa dlm beberapa saat tu aku boleh terpikir pasal i**e sedangkan aku tak plak teringat atau terpikir pasal dia semalam ker, kelmarin ker, minggu lepas ke....Aku boleh terpikir, kalau aku bertunang dgn P, i**e mcm ner? Harapan aku ngan i**e musnahlah... Jalan untuk dia syg aku semula tertutuplah. I**e tentu tak kan terbuka untuk aku lagi kalau aku dah tunang ngan P....Yang pasti i**e yg sebabkan aku terdiam dan tak bg jawapan YA pd P....Spark dlm hati kata aku masih syg i**e....Arg sudah....Kacau..

Kisah 3
Z : Saya dah syg kat awak lama dah
Aku : Baru baper bulan kita kenal
Z : 5 bulan, lama laa tu
Aku : Cepatnya?
Z : Dah tergerak dlm hati mcm tu
Aku : Boleh plak ekk mcm tu?
Z : Boleh..

Selang baper bulan, aku rasa aku pon dah mula syg. Aku ingatkan dah cukup syg dah aku kat Z hinggalah satu hari.....
Hati aku bergetar cemburu bila tahu MZH suker girl lain. Aik?..ada rasa jeles lagi ker?...Ops...syg lagi ropanya aku kat MZH tu. Punyalah ramai org dtg silih berganti dlm hidup aku..mamat sorg ni jugak bebalik yg terjah minda aku...
|

22 April 2005
Puisi Pening Kepala...

Aku tahu kau rindu,
Kerana aku pon jua begitu,
Aku tahu kau tahu aku rindu,
Kerana kau pon jua begitu,
Aku tahu kau tahu aku tahu kau rindu,
Kerana kau pon jua begitu.

Aku tahu kau ingin bersua,
Kerana aku jua begitu,
Aku tahu kau tahu aku ingin bersua,
Kerana kau pon jua begitu,
Aku tahu kau tahu aku tahu kau ingin berjumpa,
Kerana kau pon jua begitu.

Aku tahu kau ingin aku ada di sana,
Kerana aku pon jua begitu,
Aku tahu kau tahu aku ingin kau ada di sini,
Kerana kau pon jua begitu,
Aku tahu kau tahu aku tahu kau ingin aku di sana,
Kerana kau pon jua begitu.

p/s: Aku tahu kau pening baca puisi aku
Kerana aku jua begitu.......
hahahahaha
|

20 April 2005
Balas ChatterBox

Nampaknya lama sgt dah aku tak reply msg2 kat chatterbox tu.Dah banyak sgt sampai tak terlarat nak reply kat situ. So, aku jawab kat sini jer lah eekkk

langsat: mush..erk..org tua panggil ko sayang? wei aku pun geli..
heheheh..mmg aaaa kalau owang tua tu kiter boleh panggil atok...

cempakabiru: wajar sgtla ko tengking dia tuh.cam xsedar lak, dia dah tuaa!
ntah ler...buang tebiat agaknya owang tua tu

paichowan: tua sangat ke dia tuh??? hahhah) terlebih ajar tuh.. bukan kurang.. papai
hehehehehehehe

ajam: hai dah lamer tak dengar citer cam maner sehat?
bulan penat saya aaaaa awak...kursus, kem, KL, kursus......

atoi: adik,apa kabar?so mcm mana haritu
eeerrr?...haritu ada apa eekk?

paichowan: congrat la bleh mengajar tuh.. masalah lain pk lain kali la.. hehhe papai
hahaha, nak tergelak bila ingat kena ngajar diorg tu. Last week of the month kena ngajar lagi. Kali ni semangat nak gi Tg. Leman....

atoi: sorry abg tak gi kld, adik jgn marah ye
Hmmmm, tak per..adik tak leh nak paksa.

zareda: bes KLD? hehhehe
Best sgt kak zar....rugi aaaa tak join.Teringin nak tengok Ika terjun tasik plak...

bean-seng: alo amoi masslum..lu ala sihat ka?lu munya blog aa manyak susah wa mau sebut wo..tapi sebab wa tau lu bess wa kasi sebut jugak..mimasapolika..ahaha..chai-chien
wah, bean-seng...wa ala sihat.Lu tatak payah sebut nama wa punya blog. Lu latang saja laaaa....wahawahawaha...wa mmg best. Lu pon best jugak...

PAK BEAR: best baca repot mush! ingat repot PB dah cukup lengkap, rupanya banyak juga yg tercicir. rindu KLD!!
Heheheh....kembang kejap. Sapa tak rindu KLD dia belum jadi dugong sejati lagi tu.....PB dah dekat tu selalu laaa jengok KLD bg pihak kitorg plak eekk..

mar: mush, dah dapat dikenalpasti ke belum yang membenjolkan kepalamu?hehehehe. KLD best kan?hehehe
Target belum dikenalpasti..tak per tak per. Yang pasti target dr kumpulan merah....Jaga, mush akan balas dendam di lain pertempuran.. Huhuhuhuu... Huish, KLD mmg best banget..

salina: takda muka org lain ka? asik2 hang jek :p. hahaha. enjoy partner ngan hang mush
Hahahaha, dah org lain tak nak tunjuk muka...Tp skrg mush kena sorok muka kejap pasal sunburn...Lenkali kita partner lagi eekkk?...

rosram: mush...yg paling best sekali ya..dari pontian hantar ke melaka,dan balik semula ke Pontian...romantiknya...
Tu laaa yg paling best tu..Terharu den...Tapi nak mintak maap sgt kat Ayares pasal tak dpt tumpangkan balik padahal mush yg beria-ia ajak dia. Cian dia kena naik bas.Sorry eekk IM..

rosram: lain kali pi KLD tu ajak Z tu...biar dia pulak yang kena benjol dahi...
Mmg ada niat nak ajak dia lain kali... Tunggu keadaan mengizinkan. Tak dpt balas dendam kat group Merah, bg Z rasa penangan telur ayam tu pon jadilah. Sakan dia gelakkan saya...
|

19 April 2005
3 hari Basah

1st Day Basah

Malam td aku tak berapa boleh tido. Ter'excited' sgt agaknya.Lepas siap basuh dan ampai baju2 yg aku kotorkan time kursus ari tu, aku coba2 lah lelap. Susah aaaa tido main paksa-paksa ni...

Z murah hati baik budi nak hantar aku sampai KLD...terharu siot!!..Dr Pontian dtg amik aku kat JB, hantar sampai KLD dan patah balik semula ker Pontian..Singgah kat Tangkak fotostat IC (aku baru nak fotostat IC)...Jam 3 setengah sampai KLD. Aik, mana org lain? Aku salah hari ker? Buat gamble jer terus gi dapur. Bila makin dekat hati makin berdebar pasal tak der pon satu muka yg aku kenal. Ah sudah. Tetiba muncul Pak Let menyelamatkan keadaan. "Diorang kat opis"..........." Oh, ok " Kat pelantar belakang opis ada Kak Sal, Munirah, Langsatz dan Neslo Ais. Tengah syok main dam. Errrr..ni jer ker? Lepas turunkan beg, Z bergerak patah balik ker Pontian..

Lewat petang.....
Lepas sorang, sorang datang...Minum petang, dan bersedia untuk aktiviti pertama,
Lari Berhalangan. Main lari-lari dalam hujan. Panjat sana, terjun sini, merangkak situ.........Paling best, gelongsor lumpur tu. For sure sumer pon akan kata macam ni jugak. Aku keciwa pasal satu halangan aku tak pas, panjat dinding batu. Bukan aku tak cuba tapi, tangan aku tak kuat nak pegang tali tu dan ampung badan sendiri. Agaknya pasal mmg aku dah penat sehari dua sebelum tiba sini. Kalau segar bugar insyaallah aku boleh. Lenkali aku musti panjat itu batu....

Malam....
Sesi suai kenal. Tak kenal maka tak chenta. Dah kenal berdugong-duging sesama tak hengat donia....Huhuhuhuhu..Pecah kpd 3 group, dan aku dalam Morrok. Morrok siot. Tak penah aku terlibat dalam kumpulan dgn nama seganaz ni. Idea dasyat aaaaa Attokz ni. Morrok = Aku, Kak Sal, Jun, Kak Tin, Tok Rimau, Attokz, ND, Azmeer, Tipah (Iefa).
Raja Botol aktiviti lepas ice breaking....Hahahahaha..ter'riak kejap bila aku dinobatkan sebagai Raja Botol.Tapi raja tu lelaki. Aku tukar aaaa jadi Queen Botol. Alaaa, bukannya pasal aku terror, tapi pasal org lain dah tersasul dulu dr aku. Yang pasti, aku hampir nak membasahkan seluar aku bila sakan tergelak dengan " Dua puluh Totol" dr mulut Tipah...Aku tengok yg tergolek2 gelak pon bukannya sikit. Puas aaaa aku tahan ke****g. Huhuhuhuhu...
Berjalan Malam mmg aaaaa uji Fear Factor aku...Time jalan pergi, reramai pon boleh seram ni kan plak nak kena jalan balik sesorg. Bulan tak der, tak der aaaa lampu suluh dr atas. Tapi dek kerana control imej brutal aku ni, aku buat-buat best jer.Padahal dalan hati puas aku doa-doa moga Pak Let tarik balik kata-kata dia suruh kitorg jalan balik sesorg. Aku ingat aku jer rasa mcm tu, sekali bila time berhenti rehat, ada sorang member ni (nama dirahsiakan agar aku tak kena luku dgn dia) dtg bisik kat aku," weh, aku tak nak aaaa balik sesorg". Sian aku tengok muka dia. Sedih sgt. Tapi alhamdulillah sumer lepas jugak balik sorg2. Sumer selamat. Aku lupa aaaa nak tanya, sapa yg menyamar dok menyangkung kat simpang tu dan buat bunyi mcm B**i Hutan tu?.... Cis, nasib baik aku tak terlari masa tu. Tak tersangka plak menda tu akan berbunyi. Sungguh-sungguh aku takot....Tercabar mewibawaan aku sebagai budak forest. Huhuhuhuhu
Abis Malam Basah Pertama .

2nd Day Basah
Semangat aaaa bangun pagi. Apalah aktiviti hari ni agaknya? Jogging mmg aaaaa aku nak elak sgt. Tapi aku kuatkan kaki jer join pasal tak nak ketinggalan. Tak separuh jalan dah pancit. Tetiba boleh plak timbul azam nak jogging kerapkali balik dr KLD ni. Azam yg aku pasti hanya tinggal azam. Pehtu jejelan tetengok Mini Grand Canyon Chin Chin.. Suasana pagi kat sini mmg segar. Nasib baik balik berjalan saja. Lepas sarapan siap-siap nak berakit. Rakit?!...Ni tak penah aku buat ni...Best-best..Satu kumpulan pecah dua, jadi semuanya ada 6 rakit yang akan berlumba. Dari batang-batang buluh dan tiub tayar tu, jadi aaaa rakit kitorg yg ber'design'kan rakit tradisional jer. Tapi hati ada yakin bila kak G dan Pak let dtg kata rakit ni tak kan terbalik punye...Kembang aaaa kejap. Time lumba mmg aaaa time yg paling mencabar. Kitorg hampir putus asa aaaaa bila rakit tu mcm tak nak berjalan jer. Tangan dah nak tercabut dah ni. Akhirnya kitorg dapat gak no 1, no 1 dr belakang. Hahahahahahaa.....Tapi, puas tetap puas. Pengalaman mmg best. Caya aaaa Morrok.. Time tido tengahari tu, memasing mcm kena tembak kata kak Yah ( kakak angkat Kak Rosram )...Pergh, mmg best tido. Tak sedo diri. Tapi bila nak bangun tu mmg siksa. Tangan, kaki sumer sakit. Nak bukak dan pakai baju sendiri pon tak berapa mampu. Sakit wwoooooooooo...Korang patut rasa jugak tau.
War Game aktiviti ptg ni. Sebelum ni takat dengar cerita dan tengok gambar jer. Akhirnya aku akan alami sendiri acara yg penuh kelumpuran ni. Sebelum ni, aku penah ngelat main War Game kat hutan pasal takooottt lanun game tu. Huhuhuhuh..." Inilah barisan Jalan. Yang ikhlas Berjalan. Tetap sedia Berjalan. Untuk ibu Berjalan........" Semangat siot nyanyi lagu Jalan. Semangat nak perang ni. Alamak, cuaca ni makin mendong plak. Macam tak nak bagi kitorg perang plak. Cecah jer kaki kat air dapat arahan balik ker kem dr Pak Let. Alaaaaa, hampa aaaa... Harap-harap hujan berhenti cepat. Sementara tunggu hujan berhenti, acara koir jadi selingan. Segala macam lagu yg kuar diiringi petikan gitar ND..."ND,lepas ni belajar lagu bebanyak lagi eekk. Lenkali banyak lagi lagu yg boleh kita buat koir"....
Lebih kurang jam 6 berbaris semula ker medang perang. Best banget rupanya perang lumpur ni. Memula aku ada 2 biji telur ayam. Sebiji aku pegang, sebiji lagi aku letak dalam kocek. Tetengah merangkak tu, aku lupa akan telur sebiji dalam kocek. Sedang aku kusyuk melihat aksi kapten Morrok dan C'merah Padi berebut botol air sirap tu baru aku teringat telur tu. Sesenyap aku aku kuarkan serpihan kulit telur tu. Nasib baik fasi tak tahu. Kalau tak awal-awal lagi aku dah diisytiharkan bunuh diri. Huhuhu....Di pusingan penentu Morrok hanya bertindak sebagai pemerhati bila org-org besar Morrok suruh pakai strategi lihat saja. Akhirnya kami senyum jugak bila Merah menang. Bak kata org-org besar Morrok " Tak per kita kalah untuk bagi dia menang. Bila diorg menang, diorg akan gumbira. Kegumbiraan diorg adalah kemenangan kita".... Morrok menang jugak..Yahooooo....Acara wajib selepas setiap aktiviti adalah terjun tasik. Time ni macam-macam aksi Dugong dapat dilihat. Dah tak der dah dugong bersimpoh ayu....Dah jadi dugong terjun terbalik laaaa, dugong terjun bintang laaaa, dugong terjun sambil mengambil gambar pon ada. Yg pasti mmg seronok...

Malam....
Acara makan-makan mmg best. BBQ ikan patin tu mmg nampak mcm best. Langsatz kata tu ikan terubok, aku amik aaaa bebanyak. Sekali dua aku suap, pesal tekak aku bagi isyarat pelik aaaa... Aku pindahkan isi ikan patin ker pinggan Kak Sal. Akhirnya aku hanya makan nasi goreng cina dgn ayam panggang jer..Tapi tu pon dah sedap dah..Sketsa adalah acara pengganti Diablog/Forum. Dalam masa tak sampai sejam, idea yg dicurahkan mmg tahap first class.....Untuk Morrok, kisah benar sebelum KLD jadi pilihan. Tapi, aku mmg segan giler pegang watak kak G pasal kak G ada. Aku takot kak G gelakkan aku dan kata tu tak mcm Kak G pon....Hahahaha..ayat tu aku dah kena sedas time training kat dapor KLD lagi..hehehehe...Perasan tak perasan, aku asyik dok perati kak G jer nak cari idea untuk jadi dia. Last2 aku ternampak tangan dia asyik dok betulkan tudung, dan tu lah yg aku tiru...Jangan Marah Kak G....Tahniah untuk Group Dugong Bersimpuh Ayu... Sketsa korang mmg best...Jiwa Kacau mmg ketara...Jiwa Kental kat mana?
Habis jugak Malam Basah Kedua.

3rd Day Basah
Nak bangun pagi sikit punya payah. Sakit semalam tetap tak berubah. Tapi dek kerana terkenangkan aktiviti Kayak sat lagi, bersemangat aku bangun. Lepas sarapan, sumer siap2 untuk kayak plak. Aku dah tak tergamak nak pakai baju aku yg bau air akuarium hijau likat tu. Aku korbankan jugak sepasang lagi t-shirt dan tracksuit yg aku dok jaga elok2 dr kelmarin tu. Takpe, janji puas. Ber'partner' ngan kak Sal best jugak. Kami seirama dan bak ayat yg aku gunakan untuk usik kak Sal " Kita ditakdirkan bersama"..heheheh..Weh, jgn salah paham aaaa..bersama tu maksudnya berpartner untuk aktiviti2 KLD..bukan bersama mcm watak Neslo Ais ngan Diman... Tak Rela you....
Aku terasa aku berat...Pasal bawah kayak kitorg selalu tersangkut kat tunggul kayu...Cuak jugak. Tapi bila aku tengok 'speed boat' Nida dan Diman boleh lepas, aku yakin aku pon boleh. Jgn marah Nida n Diman...Korang mmg best...Pasangan ideal..Huhuhhu....Time belajar cara2 untuk naik ke kayak dr dlm air, aku ngelat...Tobat aku tak mo buat. Bukan tak penah buat, tapi tiap kali aku gagal nak lonjakkan badan aku yg comel ni...Betul aaaa kata kawan aku, badan aku ni tak seimbang dgn tangan dan kaki aku yg comel ni...Ni bertekad nak turunkan berat badan ni...Tekad jer baru..heheh..... Peluang terakhir terjun tasik selepas basuh kayak dan BA digunakan habis-habisan. Time ni baru aku buat gaya dugong terjun bintang setelah tak berjaya menahan cemburu tengok dugong-dugong jantan terjun sehari dua ni. Lepas ni ntah bila lagi nak merasa air tasik KLD ni...Lepas makan, acara penutup dan amik gambar beramai2...Terkilan gak tak dapat join melantit dgn diorg tapi aku cian kat Z yg dah tunggu aku sejak jam 12 lagi...Habis segala surat khabar dia baca, dah sampai hampir habis bateri keta dia. Dah tak boleh nak start. Terpaksa pinjam bateri keta Fendi untuk hidupkan semula. Timer kasih Kem Kom.....KLD aku tinggalkan dengan seribu kenangan. Selain tu, cenderamata KLD pon tak kurang jugak. Sengal, lenguh, sakit otot tu mmg aaaa. Yang buat aku tersenyum sendiri ialah benjol kat dahi ni. Habis satu muka aku kena lepek ngan telur tu....Hahahahaha....Rasa nak patah balik ke KLD..Sayang aaaa nak tinggal KLD......Jiwa Kental!!!!!!!!!!!!!!

p/s: terima kasih Kak G, Pak Let dan warga KLD sumer..Tabik Spring untuk Basrie......

|

11 April 2005
Mengajar Orang Pandai....

Nota masih tak prepare, otak masih blur, takut masih ada, kalau mcm ni punya gaya mcm ner aku nak ngajar dlm kursus tu?
Aku risau jer pasal aku rasa aku ni nak kena ajar org pandai.Pasal apa yg aku nak sampaikan nanti tu dah mmg keje2 yg diorg selalu buat.Aku ni harap ilmu dr buku jer. Rasa mcm nak tarik diri tapi tak sampai hati pasal aku cian aaaa kat H****din yg uruskan kursus ni. Mana aaaa dia nak cekau org ganti aku tu? Aku ni pon tolong gantikan org gak. Fuhh....Aku cuma harap sesangat yg diorg tu tak tanya papa kat aku..Aku nak diorg tengok dan dengar jer apa yg aku persembahkan dan ckp esok. Poohhhh kanan Pooohhh Kiri, semoga esok akan berjalan dgn lancar dan hari pon cepat berlalu.

Kursus tu start hari ni tapi sesi untuk aku tu esok. So, ptg ni baru aku gi ke tempat kursus tu. Rabu ada amali di hutan dan Khamis acara penutup. Jumaat aku nak cuti dan terus ke KLD....Isnin aku nak cuti lagi, Selasa baru aku masuk opis balik....Yahoooooo!!!!!!!!! Tak sabar aaaa aku nak gi KLD.
|

06 April 2005
Bukan Niat Aku Nak Kureng Ajar....

Sungguh bukan ingat aku nak kureng ajar kat org tua tu...Aku pon tak nak jadi mcm tu..Tapi pesallah org tua tu mcm tak mkn saman mcm tak pikir2 lagi tingkah laku aku tu...

Aku tahu niat dia sesaja nak usik2 dan bermesra-mesra dgn owang sepangkat anak dgn dia ni..Tapi jgn laaa lebey2...Sungguh aku tak selesa bila ada plak owang tua satu lagi yg mula tunjukkan riak2 jeles sampai kuar ayat perli2...Pasal pa?...Pasal aku tak baper baik dgn dia ker?...Pasal aku ada perasan owang tua ni ada jeling2 dan curik2 tengok aku time kat opis...?

Bukan niat aku nak tinggikan suara dgn orang tua tu...Tapi bila tiap kali aku cakap kat tepon dan kebetulan dia ada kat area meja aku dia terus dtg menebeng sebelah meja aku tu, teraoutomatik terkuar ayat tak puas hati aku tu.......Bukan jugak niat aku nak tengking dia tapi bila dia dah mula panggil aku 'sayang' suara aku tak terkawal plak intonasinya...Geli geleman pon ada gak....yg paling aku risau kot ada telinga yg dengar tak pepasal ada plak gossip aku ngan owang tua ni...Kekadang aku sian gak tengok muka kelat dia lepas kena sedas kelantangan soara aku....mcm tunduk jer berlalu pergi...Tapi aku mula naik hangin balik bila tak lama lepas tu dia dtg lagi dan ulang balik sumer tu...

Aku mohon pada org tua tu, tolong laaaa jaga tingkah laku...aku tak der pon gi melesa-lesa terhegeh2 kat ko, ko jgn laaaaaa dok menebeng2 kat meja aku dan terjerit2 nama aku dr pintu masuk opis tetiap pagi..Aku masih nak hormatkan org tua ni..Tapi bila org tua ni aku rasa mula lupa nak hormatkan aku sebagaimana yg sepatutnya....Aku minta maap kalau sikap aku mula melampau...
|
Naluri Seorang Ibu....

"Naluri sorang ibu...naluri mak kata along tak dapat senang, bahagia dan mungkin akan lebih banyak susah dari senang...Mak dah bincang ngan ayah, kamu berdua tu mmg tak sesuai dan tak serasi...Tabahkan hati,sayang mcm ner pon kena buat jugak...Gi lah berkawan-kawan lain ker..Sabarlah, belum jumpa lagi tu jodoh along..."

Tu kata-kata mak aku pagi semalam..Nasib baik mak aku tak dapat nak tengok air mata aku menitis kat telefon sebelah sini..Aku segan nangis depan mak aku....Ntah..Ego kot??? Dan petang semalam jugak dalam esak tangis aku bilang sama dia...Alhamdulillah dia terima...Punca utamanya pasal Naluri Mak aku tu...Aku minta relation ni stop kat sini pasal Naluri Mak aku tu?....Aku pon mcm tak caya...Aku tahu mak aku tak kan halang habis-habisan..Tapi aku tahu kalau aku teruskan aku lukai hati mak aku perlahan-lahan dr dalam...Tak Moh!!!..aku tak moh mcm tu...
Alasan kedua kukuh pasal aku dapati tak der 'spark' dlm hati ni yg bgth dia tu jodoh aku....Bila dia sebut pasal kawen bukannya aku suker...Tapi aku rasa takootttt..Jantung aku stop kejap mcm ler nak kena jatuhkan hukum gantung...Perghh..aku rasa musti muka aku time tu mcm muka nampak hantu...

Apalah aku boleh buat..aku akur akan Naluri Mak dan Naluri Aku sendiri...
Mak, doakanlah anak mu ini mak...

p/s:..Abg, terima kasih sebab paham..Dan tak tambah susah hati akid ni...I'm sorry...
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)