Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


23 February 2005


Rumah Tumpangan

Dulu aku duk sesorg kat umah...Bila aku balik dr kursus dan cuti panjang ahad aritu, ada makhluk yg menumpang umah aku...Nasib baik aku tutup sumer pintu dan tingkap, kalau tak harus penumpang tu masuk umah...Last-last dia menumpang jer kat beranda umah aku tu...Pelik gak, dalam banyak2 rumah, rumah aku jugak yg dia singgah. Mmg tempat tu redup dari panas, hujan dan tiupan angin..Tapi, bukannya ada apa2 kat sana..Boleh plak si merpati tu bertelur kat situ..Takat beralaskan sebatang dua ranting halus..Hmm, aku tak moh kacau puan merpati tu dgn telurnya..Biarlah dia tumpang kat situ..Ada jugak teman aku kat umah..Gambar tu aku curi2 amik semlm waktu puan merpati tu kuar gi 'keje'...Hehehhehe...

p/s: Dah lah duk 'umah merpati'..Sekali bebtul merpati dtg berumah plak..hehehe
|

21 February 2005



Congratulation...

Tahniah, tahniah....
Tahniah buat sepupu kecayangan aku ni..Tahniah buat Mrs. Rafida Mohd Yusuff dan Mr.Jason D' Abdullah...Selamat jugak akhirnya mendirikan rumahtangga dengan En.Pemain Import tu..hehehehe..Selamat diijabkabulkan 18hb aritu bersamaan dengan besday mak aku.Diorg kata dengan sekali lafaz jer...Fuh, tu agaknya ntah berapa ratus kali si Jason tu hafal lafaz akad tu...
19hb, majlis mkn malam yg serba ringkas di adakan di Hotel Maluri...Ringkas tak ringkas, aku yg memegang jawatan assistant wedding planner ni hampir pengsan ler jugak terkejar sana sini...Nasib baik jawatan pengapit dah digantikan dengan Flower Girls...Kalau tak akak jugak yg kena...Nampaknya, Flower Girls telah menenggelamkan pasangan pengantin...Dengan pakaian serba pink, adik dan anak buah aku tu mmg comel...nasib baik jugak jawatan tu hanya untuk kanak-kanak bawah umur..kalau tak, nak aja aku pegang jawatan tu..Comel apa...Tul tak?.....

p/s: Khabar angin bertiup mengatakan lepas ni giliran aku pulak..Arghhh..tensen aku dengan soklan2 cepu mas tu....

:Nak tengok lebih banyak gambar? Di Sini
|



Kursus....
Bulan ni bulan kursus aku...Mmg kalau boleh nak kursus jer memanjang..Tak payah masuk opis...Bebaru ni aku gi kursus kat INSTUN...kursus GIS (Geographical Information System)...Best mmg best lepak kat INSTUN tu, bilik best, makan best, yg tak bestnya turun naik tangga jer..INSTUN ni dibina di kawasan berbukit..kalau dah hostelnya di teres lain, dewan makan di teres lain, kelas di teres lain tambah plak di tingkat 3...maun tak beratus anak tangga kena kira tiap hari...Fuhh,kus semangat.....

p/s : Tak sabar nak tunggu kursus tahap 2 plak...yeah yeah..
|



Kemalangan...
Malam Tahun Baru Cina...Kami sekeluarga dikejutkan dengan deringan telefon seawal jam 5.30 pagi...Perkhabaran yg membuat kami bingkas bangun dan bersiap...Innalillah...sorg sepupu aku meninggal disebabkan accident 4.30 pagi tu...
Hampir 7.30 pagi kami dah berada di perkarangan rumah mayat jabatan forensik HKL...Muram dan murung menyelubungi suasana..Kelihatan sahabat2 arwah masih menunggu untuk melihat jenazah...Beransur ansur pula saudara mara tiba...Terperanjat..mungkin itu yg lebih sesuai bagi mengambarkan riak wajah masing2...Baru seminggu lepas adik arwah accident motor..Alhamdulillah hanya sedikit kecederaan yg dialami..Tetiba arwah pula yg pergi atas sebab yg sama..Hancur luluh hati melihat keadaan arwah sebegitu...Hampir 10 tahun aku tak bertemu dengannya..Hampir aku terlupa kewujudannya..Wajahnya pon sudah tidak kungati...Dan malang juga hari ni wajah itu tidak juga aku kenali..Kecederaannya hampir menghilangkan wajah arwah..Apalah yg hendak dikata..Sudah suratannya begitu..Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh mereka yg berbahagia...Amin...

p/s: Ingat, berhati-hati di jalanraya...
|



Pertemuan kecil...
Pertemuan kecil bagi aku kerana ianya hanya mengambil masa yg singkat dan dalam keadaan suasana serba ringkas...Tapi setelah diamati bebetul, ianya hampir mengambil masa beberapa jam juga...Mula lah aku berfikir balik, masakah yg singkat atau berdepan dengannya tak terasa masa berlalu...
Bukan, bukan aku keberatan untuk berjumpa atas sebab benci..Tapi keberatan tu kerana masih ada rasa ni dalam hati...Takut-takut tak dapat kawal hati ni, terluah rasa dan menyebabkan bunga-bunga tu kembang semula...Aku takut aku tak dapat melepaskannya...Aku tak mahu mengikatnya...Jika ditakdirkan pon, biarlah dengan ketulusan dan keikhlasan hatinya..Aku tak mahu dia menyesal sepertimana dia mula ditumbuhi putik2 penyesalan atas keputusannya dulu...Dan yg penting, aku tak mahu menambahkan beban hati dan hidupnya...

Sememangnya kami begitu, pertemuan dipenuhi dengan perbincangan.. Perbincangan kali ini lebih kepada sebuah permasaalahan...Sebolehnya aku cuba untuk memberi pendapat dan pandangan. Ntah kenapa terasa bersungguh pula aku untuk membantu mengurangkan beban fikirannya..Aku harap aku tak merapu dan dapat membantunya...Aku harap sesangat keadaan dan masalahnya sudah dapat diatasi dan semakin baik...Doa aku sentiasa mengiringinya...

p/s: Untuk dapat bahagia berganda, usaha kenalah berganda..masalah pon bergandalah jawabnya...
|

03 February 2005


PROJEK BASAH 1.5
Tarikh: 10-12 Feb. 2005
Lokasi: Kem Lambaian Danau, Chinchin Melaka.
Yuran: RM99 Sahaja 7-12 tahun = RM30 6 tahun ke bawah = percuma. (Diperbetulkan setelah ditegur oleh Spyz)Anjuran: GEGAR (Geng Keluarga GJ)Ketua Projek: Spyz ( http://www.spyz.blogspot.com/ )
AKTIVITIBerkhemah, Berkayak, Berbasikal, Flying Fox, War Games dan banyak lagi.

p/s : Dapatkan Lebih Maklumat Di Sini

|


eZula

PC aku diserang eZula..Nama jer sedap tapi perangai cam hampehh...aku kira ni virus pendengki pasal dia tak bagi aku tengok blog aku..Dan blog2 lain, dan sebahagian website yg aku selalu singgah..Dan lagi hampeh, dia blok sumer website anti virus yg berkaitan dengannya.....Ni aku paste cerita pasal eZula ni...

What Does TopText and Variations of This Software Do?
In short, it super-imposes advertiser's links over your web page via the client-side browser. Currently, eZula has not made available a way to disable those imposing links. Those links can lead your potential site viewers/customers to your competitors and interrupt navigation on your web site since it also hijacks links within web pages.

A software program called KaZaa is a very popular mp3 file sharing program that over 6 million people have downloaded to date (as of Aug. 14, 2001). Bundled with that program is TOPTEXT or some variation thereof. When installing KaZaa, the user is asked to also install TOPTEXT (or variation). Many users accept and click OK not realizing what the software does with the browser and how it modifies the output of the screen contents of a web page - basically hijacking the page content and inserting links that were never intended by the webmaster of the site.


p/s: aku masih bertungkus lumus nak kill eZula ni...
|

01 February 2005


Jadual Bulan February

Aku selalu cari jalan tak nak duk kat opis...Dan bulan February ni mmg best..Dah lah bulan besday aku tu. Untuk bulan ni start 4hb aku dah kuar opis g KL...Sehinggalah 21hb baru aku masuk opis semula...Mmg best..Best...Dan aku dapat cuti masa besday aku..Boleh aku rehat sakan dr pikir hal2 kat opis ni...
|


Birthday

Tak lama lagi besday aku nak sampai dah..Happy ada, takut ada, syukur ada, gementar ada, sedey pon ada, terkilan pon ada..

Happy pasal...besday mustilah happy...

Takut dan gementar pasal..umur aku dah tambah lg setahun..maka, tambahlah lagi tanggungjawab dan akan tambahlah lagi berbagai dugaan yg ntah apa tunggu kat depan sana..Aku harap aku kuat nak hadapi sumer tu..

Syukur Tuhan panjangkan umur aku hingga ke tahun ini...Semoga umuq aku akan dipanjangkan hingga ke tahun2 berikutnya..Tahun2 yg terkebelakang ni terutamanya time umuq aku 23 ni mmg banyak dan berat dugaannya..Aku berjaya hadapi hngga ke saat ni..

Sedey dan terkilan pasal..ada satu hajat aku tak kesampaian nampaknya...sejak perkenalan hinggalah saat perpisahan aku dengan teman tu aku tak sempat nak sambut besday dgn dia..Hanya aku jer yg sempat wish dan bg hadiah besday kat dia...Aku bukan nak hadiah dr dia..Aku cuma nak sgt share dgn dia saat2 tu..tapi apakan daya, tak sumer yg kita nak tu kiter dapat...Aku windu hadiah sweet dan senyuman yg akan dia bg kat aku bila aku bg something kat dia...Ntah kenapa tu lah yg aku dok ingat dan rindu sesangat sejak akhir ni...

p/s : Ntry ni aku tulis awal pasal time besday aku nanti aku cuti dan tak jumpa blog ni...
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)