Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


28 December 2005
Kenapa Yer?

Dear Blog,

Lama dah tak tulis mcm ni. Sekarang ni pasal dah tak tahu nak ckp dgn sapa dah pasal hal ni. So, yg paling sesuai sekali ialah luahkan kat sini.

My Blog,

Ada sorang tu, me letak nama dia D jer lah yer. Actually, me tersuka kat dia lama dah. Tapi biasalah, tak kan me nak ckp plak kat dia. Kebelakangan ni kitorg baik dan agak mesra jugak. Dan, akhirnya D bgth dia dah lebih lama suka kat me. Me suka dan happy jugak dgr dia bgth tu. Rasa mcm ada musim bunga dalam me dan musim salji menimpa me. Suka sama suka...siapa yg tak happy kan? Ntah yer, sejak dua menjak ni, kalau tak nampak muka D, me rasa cam ada kurang jer. Me rasa selesa berkawan dengan dia. Rasa can happy dan selamat berada dekat dia. Redup mata dia dan senyuman dia....

Tapikan Blog,

Me tahu hakikatnya D bukan me punya. Dan rasanya tak mungkin D boleh jadi me punya. Tak mungkin. Me cuba nak beritahu dia pasal hakikat ni. 1 day, bila me ckp pasal ni, D mcm tersedar semula ke dunia nyata. Dan dia kata hanya akan sayang me mcm biasa jer. Well, me pun kata ok lah.

Sejak akhir2 ni, kami cuba untuk buat mcm biasa2 saja. Tak der lagi pertanyaan 'Awak rindu saya tak?' atau ' Awak sayang saya tak' dari D. Hairannya, me rasa mcm ada kurang pulak bila dia tak tanya mcm tu lagi. Dalam hati me tertunggu2 bila dia nak tanya mcm tu lagi. Bila dia tak tanya mcm tu lagi, me rasa mcm dia dah tak sayang dan rindu me lagi. Dan me rasa satu kehilangan. Musim bunga dalam me dah bertukar ke musim luruh.

Me rasa kan, mcm ada sesuatu dlm diri me dan D yg kami sorok. Jika ada kesempatan, mata kitorg akan berkata-kata dari kejauhan. Seolah-olah nak masing2 faham akan isi hati masing2. Tapi, semua itu disorok dari penzahiran.

Sakitkan mcam ni Blog.

Tahu sama-sama suka. Tahu sama-sama rindu. Tapi tiada titik akhirnya. Me terpaksa cari sendiri pelengkap hidup me. Yang pasti bukan D. Ya, hampir pasti. Sebabnya tak mungkin. Kan D??? Me hanya boleh bermimpi jer. Tapi kadang-kadang mimpi dan angan-angan tu pun menyakitkan me. D pesan kat me supaya jgn nangis lagi. Tapi kadang-kadang me kalah. Ada ketika me nangis jugak sambil peluk teddy badak me atas katil. Me mmg kuat nangis laaaa.

Dan, me rasa kekok untuk bergurau2 lagi dengan D seperti dulu. Antara kami ada tembok pemisah yg sengaja kami bina. Atau me sebenarnya yg membinanya sendiri?. Salahkah me hingga sebabkan relation kitorg hambar begini?

Dan, tidaklah kedengaran lagi "Awak, Jangan rindu saya eekk!!!"
*****************************

Me selalu ckp ayat yg terbalik maksudnya. Biasalah perempuan.

"Awak, jgn rindu saya eeekkk!!!"
(Awak, rindulah kat saya tau!!!)

"Tak rindu!"
(Rindu lah!!!)

"Tak sayang...."
(Ish, dia ni. Org sayanglah. Malulah nak ckp terang2)
|

22 December 2005
Hingga Ke Hujung Benua Asia Kau Ku Jejaki.



Lautan Luas Sanggup Aku Rentasi.
(Berenang aku tak berani kerna lifejacket tak der)



Dengan Polis Marin sekali aku kerahi.
Puas ler bodyguard aku kerah mencari.



Akhirnya engkau tidak ku temui.
Bagaimana hendak ku temui sedangkan engkau tidak menyertai.
Hampeh tul laaaaaaaa awak ni.
|

12 December 2005
Kenapa aku tak nak mkn western food yang aku idamkan tu?
*********
Masih lagi kenapa. Kenapa aku menolak pelawaannya untuk mkn western food yang aku idamkan sesangat tu?
*************
Lama dah aku teringin nak makan steak tu. Steak yg panas-panas, disimbah mushroom atau blockpaper sos yang pekat likat. Apatah lagi kalau sizzling steak yg masih berasap-asap tatkala plate diletakkan di atas meja. Sosnya masih lagi menghasilkan buih-buih kecil menggelegak. Fuuhhh, amatlah menyelerakan. Tambah pula terasa nikmatnya bila cebisan2 daging tu dikunyah perlahan sambil menikmati rasa dan strukturnya yg juicy. Di samping kentang putar yg berkrim, 'koslo' yg masih segar dan rangup. Atau pun bersama funfries yg garing diluar lembut di dalam. (mcm iklan KFC plak )
***********
Ada org tegur aku ni mengidam ker? Yer aaahh! Mmg mengidamlah ni. Mengidam tak berisi ni namanya. Dah mmg selera ni teringin sesangat. Mmg makanan tu ler yg dok terbayang-bayang jer. Abis tu nak wat cam ner.
************
Persoalannya, kenapa aku tak nak mkn plak menda tu skrg ni?
************
Pasal, .........GIGI AKU SAKIT LAAAAAA!!!!!!!!
*************
Ha ah, lama dah gigi aku ni sakit. Dulu selalu dah sakit. Tapi tak lama pastu dia elok balik. Actually, gusi aku yg membengkak. Ni semua di sebabkan oleh kesempitan ruang yg telah berlaku di ruangan gusi aku ni. Gigi asal atau pun gigi susu tu begitu degil untuk meninggalkan tapak gusinya dan gigi yang baru pula tidak mampu bertolak ansur untuk tumbuh segera. Mereka berdua berebut ruangan yg sgt terhad di situ. Akhir gigi baru terpaksa bertapak senget di hujung rahang. Sunggu dia tidak kisah berkeadaan begitu walaupun dia selalu bergesel dengan ruangan dalam pipi seterusnya menyebabkan pipi aku cedera. Bengkaknya menular hingga ker gusi di daerah tersebut. Dan kali ini, gusi mogok sakit hingga berminggu lamanya.
****************
Nikmat rasa aku hilang seketika. Ini adalah kerana, aku tidak mampu untuk mengunyah dengan betul. Ketulan makanan yg kecil tidak mampu aku kunyah, terpaksa terus ku telan tanpa dapat ku nikmati rasanya sepenuhnya. Butiran nasi pun tak mampu aku patahkan dua.Apatah lagi untuk kuhancurkan. Oleh sebab tu, sejak akhir2 ini, aku lebih rela menelan bubur saja. Bukan saja mengunyah malah, barisan gigi atas dan bawah pun tidak dapat aku rapatkan.
**************
Jika begitu, bagaimanakah mampu untuk aku mengunyah dan nikmati makanan idaman aku tu? Tak kan aku nak kunyah lebih kurang jer dan terus telan jer daging steak tu? Dah lah tak dapat nikmati rasa daging tu, silap2 haribulan tercekik aku dibuatnya. Jadi, tu lah sebab kenapa aku menolak untuk makan western food tu.
***************
Hmmm, ntah bilalah gigi aku ni nak baik. Tak kan nak kena jumpa dr.gigi kot? Seumur hidup aku tak pernah cabut gigi kat klinik laaaaaa. Tak nak tak nak tak nak laaaaaaaaaaaaa.
|

08 December 2005
Kenapa Aku Naik Teksi Gi Keje Hari2 ???
##########
Seperti biasa aku minta encik pemandu teksi turunkan aku kat depan pintu A. Pagi tadi, YZ nampak aku turun dari teksi. Riak muka dia terkejut. " Naik teksi?" tanya dia. "Mmglah hari-hari saya naik teksi." Jawab aku. "Bukan ker selalu tumpang ..." ayat dia tak sempat dihabiskan aku dah memotong, " Selalunya saya naik teksi, kadang-kadang saja saya tumpang org". "Oooooo...kan banyak belanja tu......" dia berlalu dan aku bergegas mengejar masa punch card.
###########
Ya, hampir setiap pagi aku naik teksi ke tempat keje. Selalu saja org pelik bila aku beritahu tiap pagi aku naik teksi. Kenapa tak tumpang sesapa jer, kan ramai. Ya, mmg ramai yang sehala malah se'office' dgn aku kat blok apartment aku tu. Dah mmg kuarters. Bukan aku tak nak tumpang, cuma aku segan. Aku akan tumpang kalau di pelawa dan di ajak. Aku tak lah sombong macam tu sekali. Tapi, aku bukanlah jenis akan call mana-mana orang untuk minta tumpang. Kalau nasib baik terserempak dgn sesapa yg baik hati dan mempelawa tumpang, aku dgn besar hatinya terima.
#########
Tapi, kalau dah depan bini masing2 pun dah buat2 tak kenal aku walaupun aku ni bos kecik dia. Ada pulak yang lalu depan aku buat tak nampak jer sambil drive kete dia. Padahal dia tu kawan sejawatan dan seopis aku. Kat opis sikitnye baik, tapi dek kerana bini kat sebelah dia buat mcm tu. Bukan ada apa nak disorokkan pun. So, aku pun tak nak jugak disebabkan ketumpangan aku tu buat diorg sumer gaduh2 dgn pasangan memasing. Aku lebih rela jalan kaki kalau macam tu!!!
#############
Dulu, seawal-awal aku baru pindah kat sini, ada jugak aku tumpang sorang kakak tu.Sebabkan dia perempuan dan mmg drive gi opis sesorang, aku tak lah segan dan kekok sgt nak tumpang dia gi balik. Tapi, lama kelamaan keramahannya pudar. Mula-mula, aku cuba hulurkan sikit2 sebagai duit minyaknya, tapi sekeras-kerasnya tak diterima. Akhirnya, aku akan belanja dia makan jika berkesempatan. Tanpa aku sedari sedikit sebanyak aku menganggu ke 'privacy' annya rupanya. Bila dah selalu dia berhelah kata balik lmbtlah, nak gi sanalah, gi situ lah dan macam-macam lagi, fahamlah aku yang keseringan ketumpangan aku tu tak disenangi. Dan semakin lama semakin fahamlah juga aku yang rupanya ada org lain yang hendak ditumpangkannya.
################
Kalau dah macam tu sorang-sorangnya sikap, aku sememangnya lebih rela keluarkan RM4 setiap pagi untuk tambang teksi. Aku pun tak makan hati, kecik hati atau pun sakit hati. Biarlah orang kata mahal pun, sama dengan boleh beli "Banditos Pocket" setiap hari. Mmg kalau dicongak-congak ; satu hari RM4, sepuluh hari dah RM40, duapuluh hari dah RM80 dan seterusnya. Bagi aku, tak pelah pun asal aku puas dan tenang hati.
############
p/s : pagi tadi, kuar dr lift aku ternampak en.Wira Kelabu tu baru jer masuk keta. Boleh jer kalau aku terus call dia dan minta tumpang. Tapi, mmg bukan lah sikap aku nak call minta tumpang, maka aku hanya memandang kereta tu hingga hilang dari pandangan. Agaknya pandangan aku tu tembus hingga ke En.Pemandunya. Lalu aku teruskan langkah sepertimana rutin aku setiap hari.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)