Kenapa aku tak nak mkn western food yang aku idamkan tu?
*********
Masih lagi kenapa. Kenapa aku menolak pelawaannya untuk mkn western food yang aku idamkan sesangat tu?
*************
Lama dah aku teringin nak makan steak tu. Steak yg panas-panas, disimbah mushroom atau blockpaper sos yang pekat likat. Apatah lagi kalau sizzling steak yg masih berasap-asap tatkala plate diletakkan di atas meja. Sosnya masih lagi menghasilkan buih-buih kecil menggelegak. Fuuhhh, amatlah menyelerakan. Tambah pula terasa nikmatnya bila cebisan2 daging tu dikunyah perlahan sambil menikmati rasa dan strukturnya yg juicy. Di samping kentang putar yg berkrim, 'koslo' yg masih segar dan rangup. Atau pun bersama funfries yg garing diluar lembut di dalam. (mcm iklan KFC plak )
***********
Ada org tegur aku ni mengidam ker? Yer aaahh! Mmg mengidamlah ni. Mengidam tak berisi ni namanya. Dah mmg selera ni teringin sesangat. Mmg makanan tu ler yg dok terbayang-bayang jer. Abis tu nak wat cam ner.
************
Persoalannya, kenapa aku tak nak mkn plak menda tu skrg ni?
************
Pasal, .........GIGI AKU SAKIT LAAAAAA!!!!!!!!
*************
Ha ah, lama dah gigi aku ni sakit. Dulu selalu dah sakit. Tapi tak lama pastu dia elok balik. Actually, gusi aku yg membengkak. Ni semua di sebabkan oleh kesempitan ruang yg telah berlaku di ruangan gusi aku ni. Gigi asal atau pun gigi susu tu begitu degil untuk meninggalkan tapak gusinya dan gigi yang baru pula tidak mampu bertolak ansur untuk tumbuh segera. Mereka berdua berebut ruangan yg sgt terhad di situ. Akhir gigi baru terpaksa bertapak senget di hujung rahang. Sunggu dia tidak kisah berkeadaan begitu walaupun dia selalu bergesel dengan ruangan dalam pipi seterusnya menyebabkan pipi aku cedera. Bengkaknya menular hingga ker gusi di daerah tersebut. Dan kali ini, gusi mogok sakit hingga berminggu lamanya.
****************
Nikmat rasa aku hilang seketika. Ini adalah kerana, aku tidak mampu untuk mengunyah dengan betul. Ketulan makanan yg kecil tidak mampu aku kunyah, terpaksa terus ku telan tanpa dapat ku nikmati rasanya sepenuhnya. Butiran nasi pun tak mampu aku patahkan dua.Apatah lagi untuk kuhancurkan. Oleh sebab tu, sejak akhir2 ini, aku lebih rela menelan bubur saja. Bukan saja mengunyah malah, barisan gigi atas dan bawah pun tidak dapat aku rapatkan.
**************
Jika begitu, bagaimanakah mampu untuk aku mengunyah dan nikmati makanan idaman aku tu? Tak kan aku nak kunyah lebih kurang jer dan terus telan jer daging steak tu? Dah lah tak dapat nikmati rasa daging tu, silap2 haribulan tercekik aku dibuatnya. Jadi, tu lah sebab kenapa aku menolak untuk makan western food tu.
***************
Hmmm, ntah bilalah gigi aku ni nak baik. Tak kan nak kena jumpa dr.gigi kot? Seumur hidup aku tak pernah cabut gigi kat klinik laaaaaa. Tak nak tak nak tak nak laaaaaaaaaaaaa.