Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


08 December 2005
Kenapa Aku Naik Teksi Gi Keje Hari2 ???
##########
Seperti biasa aku minta encik pemandu teksi turunkan aku kat depan pintu A. Pagi tadi, YZ nampak aku turun dari teksi. Riak muka dia terkejut. " Naik teksi?" tanya dia. "Mmglah hari-hari saya naik teksi." Jawab aku. "Bukan ker selalu tumpang ..." ayat dia tak sempat dihabiskan aku dah memotong, " Selalunya saya naik teksi, kadang-kadang saja saya tumpang org". "Oooooo...kan banyak belanja tu......" dia berlalu dan aku bergegas mengejar masa punch card.
###########
Ya, hampir setiap pagi aku naik teksi ke tempat keje. Selalu saja org pelik bila aku beritahu tiap pagi aku naik teksi. Kenapa tak tumpang sesapa jer, kan ramai. Ya, mmg ramai yang sehala malah se'office' dgn aku kat blok apartment aku tu. Dah mmg kuarters. Bukan aku tak nak tumpang, cuma aku segan. Aku akan tumpang kalau di pelawa dan di ajak. Aku tak lah sombong macam tu sekali. Tapi, aku bukanlah jenis akan call mana-mana orang untuk minta tumpang. Kalau nasib baik terserempak dgn sesapa yg baik hati dan mempelawa tumpang, aku dgn besar hatinya terima.
#########
Tapi, kalau dah depan bini masing2 pun dah buat2 tak kenal aku walaupun aku ni bos kecik dia. Ada pulak yang lalu depan aku buat tak nampak jer sambil drive kete dia. Padahal dia tu kawan sejawatan dan seopis aku. Kat opis sikitnye baik, tapi dek kerana bini kat sebelah dia buat mcm tu. Bukan ada apa nak disorokkan pun. So, aku pun tak nak jugak disebabkan ketumpangan aku tu buat diorg sumer gaduh2 dgn pasangan memasing. Aku lebih rela jalan kaki kalau macam tu!!!
#############
Dulu, seawal-awal aku baru pindah kat sini, ada jugak aku tumpang sorang kakak tu.Sebabkan dia perempuan dan mmg drive gi opis sesorang, aku tak lah segan dan kekok sgt nak tumpang dia gi balik. Tapi, lama kelamaan keramahannya pudar. Mula-mula, aku cuba hulurkan sikit2 sebagai duit minyaknya, tapi sekeras-kerasnya tak diterima. Akhirnya, aku akan belanja dia makan jika berkesempatan. Tanpa aku sedari sedikit sebanyak aku menganggu ke 'privacy' annya rupanya. Bila dah selalu dia berhelah kata balik lmbtlah, nak gi sanalah, gi situ lah dan macam-macam lagi, fahamlah aku yang keseringan ketumpangan aku tu tak disenangi. Dan semakin lama semakin fahamlah juga aku yang rupanya ada org lain yang hendak ditumpangkannya.
################
Kalau dah macam tu sorang-sorangnya sikap, aku sememangnya lebih rela keluarkan RM4 setiap pagi untuk tambang teksi. Aku pun tak makan hati, kecik hati atau pun sakit hati. Biarlah orang kata mahal pun, sama dengan boleh beli "Banditos Pocket" setiap hari. Mmg kalau dicongak-congak ; satu hari RM4, sepuluh hari dah RM40, duapuluh hari dah RM80 dan seterusnya. Bagi aku, tak pelah pun asal aku puas dan tenang hati.
############
p/s : pagi tadi, kuar dr lift aku ternampak en.Wira Kelabu tu baru jer masuk keta. Boleh jer kalau aku terus call dia dan minta tumpang. Tapi, mmg bukan lah sikap aku nak call minta tumpang, maka aku hanya memandang kereta tu hingga hilang dari pandangan. Agaknya pandangan aku tu tembus hingga ke En.Pemandunya. Lalu aku teruskan langkah sepertimana rutin aku setiap hari.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)