Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


29 January 2007
Rempuh trailer...
Kisah di sebalik sebuah kemalangan pagi Sabtu.

Awal pagi Sabtu, melebihi jam 8 pagi. Z call. Sahabat baiknya yang menjadi perbualan kami semalam telah meninggal dunia awal2 pg td disebabkan kemalangan. Abd. Ghauth. Memang mengejutkan. Dia sihat-sihat sahaja pada pandangan mata kami. Suara Z kian mendatar dan bergetar. Nyata dia terperanjat. Titipan semangat aku kirimkan.

"Jen macam mana?" soal aku pantas.
"Tak tahu lagi. Tak dapat berita". Z.

Seketika berlalu, Z call lagi.

"Jen yg drive. Tapi tak tahu keadaan dia mcmana." Z
"Masyaallah. Kalau arwah hingga meninggal dalam accident tu, Jen macam mana?" Aku risau.
"Sabar, doa banyak2". Z menyabarkan aku

Wuduk. Dan tunaikan solat hajat. Hajat aku agar Jen baik-baik saja. Agar dipanjangkan umurnya, dipelihara kesejahteraannya. Sujud hajat aku panjang. Sepanjang doaku untuk Jen. Belum lg usai sujud permintaanku , telefon atas katil di sisi ku berbunyi. Aku takut nak jawab. Takut andai perkhabaran yg buruk menusuk telinga ku.

"Jen tak apa-apa. Kat hospital Muar, tgh check kalau2 ada cedera dalam. Dah jgn risau. Dia tak apa-apa. Doa jer banyak2" Z memujuk.

"Alhamdulillah" air mata kesyukuran tu mula menitis membasahi telekung putihku.

Sujud syukur aku buat. Ntah mengapa, tanpa sedarku, aku menangis semahunya sambil mengucapkan syukur. Syukur seamatnya. Tangis teramat gembira.

Alhamdulillah Ya, Allah.

**************************************

Arwah itu sahabat baik Z. Sekampung. Malah ladang dragon fruit miliknya juga dulu Z yg usahakan seawal2 pembukaannya. Aku juga pernah ke sana. Sebatang dua anak benih pokok Dragon Fruit titipan dr ladangnya tu juga ada hidup subur di halaman rumah mak di KL. Al-Fatihah untuk arwah.

Khairul juga sahabat Z. Z kata Jen ibarat adiknya. Khairul tu juga kenalan aku. Jen, nama panggilannya. Jen hanya cedera ringan. Tu pada pandangan mata kasar. Hakikatnya dia menanggung kesakitan dalaman. Rusuk kirinya bengkak. Badannya sakit hingga sukar dia nak bergerak. Malam Ahad tu Z dan kawannya bawa Jen buat rawatan tradisional. Z kata Jen mengerang-ngerang kesakitan. Membayangkan kesakitannya saja buat air mata ku mengalir. Sebak aku tak tertahan, tangis aku pecah juga di tgh mlm tu. Apa yg mampu aku buat? Hanya berdoa semoga Jen kuat semangat dan cepat sembuh.

*****************************************
REMPUH TRAILER
Oleh RUDY FAZRUNISYAM SAMARUDIN (Harian Metro, 28 Jan 2007, Ahad)


Setiausaha Pemuda Umno Johor, Abdul Ghauth, meninggal dunia di tempat kejadianMUAR: Hasrat Setiausaha Pemuda Umno Johor untuk menyertai jentera Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Talam, Raub, Pahang, hari ini tidak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 138, Lebuhraya Utara Selatan, dekat Pagoh, di sini, semalam.

Abdul Ghauth Abdul Rahman, 43, mati di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu pembantu peribadinya, Khairul Ismail, 30, merempuh belakang sebuah trailer.Berikutan rempuhan itu, Abdul Ghauth cedera parah di kepala serta badan dan dikatakan meninggal dunia beberapa minit sejurus kejadian, manakala Khairul cedera ringan.

Menurut abangnya, Abdul Ghafar, 45, dia sepatutnya bertemu Abdul Ghauth di Seremban pada jam 10 pagi semalam atas urusan keluarga sebelum bertolak ke Batu Talam.“Bagaimanapun, kira-kira jam 6.40 pagi tadi (semalam) saya mendapat panggilan telefon daripada Khairul mengatakan Abdul Ghauth cedera parah kerana mereka terbabit kemalangan.“Selepas dimaklumkan kemalangan dan keadaan adik yang cedera parah, saya meminta Khairul membantu adik saya mengucap dua kalimah syahadah.“Bagaimanapun, beberapa minit kemudian Khairul sekali lagi menghubungi saya dan memberitahu adik saya meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, di sini, semalam.

Abdul Ghafar berkata, adiknya memberitahu mahu ke Batu Talam sempena hari mengundi hari ini, namun ingin singgah di Seremban untuk perjumpaan keluarga.Katanya, dia tidak menyangka perangai adiknya yang sering berjenaka dengan adik beradik sejak beberapa hari lalu membawa petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.“Beberapa hari lalu saya dan seorang lagi abangnya ada berjumpanya dan sepanjang pertemuan itu, dia tidak berhenti membuat lawak. Tak sangka pula itu lawak terakhir dia untuk kami,” katanya.Abdul Ghauth yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjung Piai meninggalkan seorang balu, Norashikin Samian, 38 dan dua cahaya mata iaitu Atirah, 16, dan Amar, 6.Jenazahnya dihantar ke Kampung Rimba Terjun, Pontian selepas bedah siasat selesai untuk dikebumikan.Selain aktif dalam politik, Abdul Ghauth menceburi bidang pertanian dengan menanam buah naga di Ayer Hitam, Batu Pahat.

Sementara itu Khairul berkata, ketika kejadian dia cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di laluan kanan selepas ia (kereta itu) terbabit dalam kemalangan lain.“Saya cuba mengelak dengan membelok ke laluan kiri supaya tidak merempuh kereta itu, malangnya keadaan gelap menyebabkan saya tidak perasan laluan berkenaan ada sebuah trailer.“Secara spontan saya cuba membalas semula ke kanan tetapi tidak lepas, menyebabkan terlanggar belakang trailer,” katanya.Khairul yang pitam sebaik kejadian dibantu orang ramai untuk keluar dari kenderaan dipandunya dan sebaik sedar, dia terus mendapatkan Abdul Ghauth.“Ketika itu dia masih bernyawa dan saya sempat menghubungi abangnya sebelum membacakan dua kalimah syahadah di telinganya yang banyak mengalirkan darah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohd Nizar Mohd Ali, berkata kemalangan yang meragut nyawa Abdul Ghauth berpunca daripada satu kemalangan terdahulu membabitkan empat kenderaan.Katanya, sebuah kenderaan yang terbabit dikatakan berhenti di laluan kanan lebuh raya berkenaan selepas satu rodanya patah.“Pacuan empat roda yang dinaiki mangsa dikatakan cuba mengelak kenderaan itu, tetapi merempuh belakang trailer di laluan kiri jalan,” katanya.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)