Tidaklah Bererti.....
Sapa kata aku tak usaha? Aku usaha lah juga dgn cara ku sewajarnya. Tak kan pulak nak dihebahkan dalam Berita Perdana. Atau diiklankan dalam Akhbar Ternama. Tu bukan caranya. Tu gila.
Ni sumer pasal jodoh. Kenapa pula orang lain yang kecoh?
Dah tu, kalau pon aku jumpa dan berkenalan dengan seorg pria sekali pun, tidaklah bermakna dia terus dapat ku terima. Tidaklah bermakna terus hendak berpasangan pula. Tidak kah engkau faham. Semua ini soalnya hati. Bukannya rupa atau harta semata. Jika kerna harta sekalipun, tidak pula aku boleh terima menutup mata. Mata aku ini tidak buta. Tak kan pula aku hendak mengadap wajah yang tidak berkenan di mata aku ni seumur hidup semata-mata hartanya yang menggunung-gunung. Dan tak kan pula aku hendak mengulit sahaja sepanjang masa dengan si jejaka kacak sedangkan mkn ku mengikat perut, senarai hutang ku setebal kamus oxford. Harapnya paling kurang biarlah semuanya bersederhana.
Namun, semua itu tak juga boleh dikata. Jika suatu hari dicampakkan oleh-Nya cinta ku pada Si Kacak Kurang Berharta atau Si Kurang Rupa Yang Kaya, tidaklah boleh aku berkata apa. Segalanya kehendak-Nya.
Namun juga....jika engkau sendiri sudah merasa diri mu itu cukup segalanya untuk menjadi seorg suami....Tidak bermakna si isterinya itu adalah aku. TIDAK!. Semuanya tentang hati. Tidak bermakna kerjamu itu tinggi tarafnya dan berlima angka gajinya, tidak lah juga bermakna aku boleh menerimanya begitu saja. Semuanya tentang hati.. Dan aku pohon sesungguhnya pohon, engkau mengerti. Semoga kita bertemu dengan pasangan yang ditentukan untuk kita suatu hari nanti. Amin.