Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


29 December 2006
Tidaklah Bererti.....

Sapa kata aku tak usaha? Aku usaha lah juga dgn cara ku sewajarnya. Tak kan pulak nak dihebahkan dalam Berita Perdana. Atau diiklankan dalam Akhbar Ternama. Tu bukan caranya. Tu gila.

Ni sumer pasal jodoh. Kenapa pula orang lain yang kecoh?

Dah tu, kalau pon aku jumpa dan berkenalan dengan seorg pria sekali pun, tidaklah bermakna dia terus dapat ku terima. Tidaklah bermakna terus hendak berpasangan pula. Tidak kah engkau faham. Semua ini soalnya hati. Bukannya rupa atau harta semata. Jika kerna harta sekalipun, tidak pula aku boleh terima menutup mata. Mata aku ini tidak buta. Tak kan pula aku hendak mengadap wajah yang tidak berkenan di mata aku ni seumur hidup semata-mata hartanya yang menggunung-gunung. Dan tak kan pula aku hendak mengulit sahaja sepanjang masa dengan si jejaka kacak sedangkan mkn ku mengikat perut, senarai hutang ku setebal kamus oxford. Harapnya paling kurang biarlah semuanya bersederhana.

Namun, semua itu tak juga boleh dikata. Jika suatu hari dicampakkan oleh-Nya cinta ku pada Si Kacak Kurang Berharta atau Si Kurang Rupa Yang Kaya, tidaklah boleh aku berkata apa. Segalanya kehendak-Nya.

Namun juga....jika engkau sendiri sudah merasa diri mu itu cukup segalanya untuk menjadi seorg suami....Tidak bermakna si isterinya itu adalah aku. TIDAK!. Semuanya tentang hati. Tidak bermakna kerjamu itu tinggi tarafnya dan berlima angka gajinya, tidak lah juga bermakna aku boleh menerimanya begitu saja. Semuanya tentang hati.. Dan aku pohon sesungguhnya pohon, engkau mengerti. Semoga kita bertemu dengan pasangan yang ditentukan untuk kita suatu hari nanti. Amin.
|
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

SELAMAT BERKORBAN.

SELAMAT SEGALANYA..

Untuk kebanyakkan org2 di Johor, tiada raya kali ini. Tiada haiwan untuk dikorbankan. Haiwan2 ternakan sudah hanyut terkorban bersama bah. Sejarah 100 tahun yang berulang memang dasyat. Mujurnya opis dan rumah ku di kawasan tinggi. Jika tidak mungkin aku juga seperti mereka yang terpaksa bersesak-sesak di dewan2 sekolah, di bilik2 darjah.

Dengar-dengarnya makan mmg mewah. Tapi apalah ertinya kalau terpaksa tidur berhimpit-himpitan. Bergelimpangan di sana-sini. Baju tidak berganti. Tandas berkongsi. Tidurnya mimpi ngeri. Jaganya menghitung rugi.

Seperti api, air juga begini.
Sekecil nya menabur budi,
Sebesarnya menjadi enemy.
Heheheheh.
|

07 December 2006
Kapalnya Bocor.

Korang tahu tak cerita kapal bocor tu?
Sebuah organisasi ibarat sebuah kapal. Bertingkat-tingkat. Anak kapal yang ramai. Semuanya penting dan mainkan peranan masing2 untuk kapal bergerak dan tetap utuh serta gah berlayar. Semua anak kapal mesti bekerjasama dan sayangkan kapal tu. Orang atas dek kenalah amik tahu org tingkat bawah samada semua cukup terutamanya air. Org bawah pon mintak2 lah kat org atas tu air. Jgn plak ada yg nak air cepat gi tebuk kapal tu pasal dia rasa dialah yg paling dekat dgn air.Tebuk sikit jer dah boleh dapat air.

Ada satu kapal ni. Sang Nakhoda yg gah. Kapalnya sedang bocor. Dia tak tahu.

p/s : Panggil mesyuarat jadi sesi taklimat apa citer?
Kalau dah citer kapal bocor 18 kali, org pon bosan aaaaa...Mmg bocor jugalah jawabnya....
|

04 December 2006
Sofa Baru...

Sebagai langkah pertama, aku telah gagahkan diri ke kedai perabot tu. Kalau tak asyik tangguh-tangguh jer. Dan hasilnya, sebuah sofa L-shape bakal berpindah ke rumah aku nanti. Seronok-seronok! Boleh senyum sampai malam ni. Tak sabarnya nak tunggu 'penghuni' baru rumah aku ni.

p/s: awak, saya dah beli sofa. Warna coklat-krim. Nanti awak tak payah bersila atas lantai kalau dtg rumah saya.

p/s lagi : projek terkini :- jahit langsir sendiri. jahit tangan jer tau.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)