Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


19 October 2006
Assalamualaikum....

Apa khabar sumer?
Sempena Syawal yang bakal tiba ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari raya yang bakal tiba. Semoga Syawal kali ni lagi best dari yang lepas2.

Dan marilah kita sama-sama berdoa agar kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan. Semoga kita dipanjangkan umur yer tak?

Dan lagi, dah siap sumer persiapan raya tu? Jgn lah kedekut nak belikan mak ayah ker, adik ker, nenek ker. Walhal tudung sehelai pon tak per lah. Sebenarnya diorg tu bukannya nak duit kita sgt pon. Yang penting ingatan. Tentu kita boleh tersenyum puas hati tgok wajah2 gembira diorg terima pemberian kita.

Macam tu jugak ngan duit raya. Mana yang ada lebih2 tu bolehlah bg. For sure, peringkat2 kita ni bukan lagi golongan yg tadah tangan mintak duit raya. Dah sampai giliran kita plak yg bagi duit raya. Samalah jugak mcm hal pemberian tu td, seronok kan tgok bebudak tu gumbira dapat sampul warna warni tu dr kita. Jumlah isi tak penting, yang penting iklas....

Apapun, semoga semuanya happy, ceria dan bahagia di lebaran kali ni...

SELAMAT HARI RAYA YOOOO!!!!!!!!!!...

Heheheheh
|

11 October 2006
Dear Blog,

Lama betul dah eekk aku tak update blog aku ni. Mcm-mcm aral melintang. Busy, lupa, leka, blogspot yg lambat. Naper eekk, bila klik New Post jer, lmbt betul nak tunggu kotak Entry ni kuar. Kekadang amik masa sampai sekerat hari. Elok-elok ada masa nak update sampai jadi sibuk semula.

Dah masuk setengah bulan Ramadhan, nak buat ucapan Menyambut Bulan Ramadhan dah tak sesuai. Jadinya aku nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Semoga Ramadhan kali ni membawa sinar-sinar dan keberkatan kepada kita.

Untuk cerita Ramadhan aku tahun ni, ada payah sikit. Mmg, syukur Alhamdulillah Ramadhan aku sambut dengan sehat dan dapat juga menjalani ibadah puasa kat kampung dengan nenek dan mama. Masuk hari ke 5-6, kesihatan aku merosot. Demam kali ni mmg menduga jiwa dan raga. Seminggu jugalah aku terlantar kat rumah sesorang. Sakit ooooo. Sakit badan satu hal, sakit jiwa pon satu hal. Dugaan betul demam teruk2 kat umah sesorg.

Jumaat lepas, demam mula kebah so, aku gagahkan lah jua gi opis. Awal pg ok lagi. Masuk tgahari, migrain plak dtg. Makin kuat. Dan aku plak masih lagi nak gagahkan diri berpuasa. Tahan dan tahan lagi sampai ptg. Oh yer, mlm ni Tuan Pengarah buat majlis berbuka puasa kat opis ni. So, aku dan bbrp org staff lain tak balik. Hajat hati nak terus jer hingga majlis tu nanti.

Tapi, migrain ni makin kuat. Setengah jam lagi nak buka, pose aku terbatal gak. Tak dapat tahan dah, aku termuntah. Tp, bukan kuar apa2 pon. Dah dr pg pose. Balik dr bilik air tu, jalan slow-slow sgt. Sampai depan bilik Kak D, aku tak dapat bertahan lg. Jatuh Pengsan. Ha'ah laaa, aku terjatuh pengsan. Sedar-sedar tu makcik2 yg tinggal tgh dok picit sana picit sini kat seluruh badan aku ni. Aku hanya leh ckp 'Sakit, sakit dan Allah, Allah'.

Dah kena suap segalam mcm air jampi2 tu, buah kurma 2-3 biji, aku mintak mkn ubat. Ada ker memula tu diorg tak nak kasi mkn ubat. Kekonon makan madu dan kurma tu leh baik. Aduhai laaaa, mana leh baik tak mkn ubat. 4 biji sekali aku telan. Dah lega sikit, bolehlah aku lelap kejap. Majlis buka ntah mana, tarawikh ntah mana.

Terjaga dr lena, Alhamdulillah migrain dah lega sikit. Dah boleh bangun dan jalan sendiri.
Nasib baik ada Pak Mail tolong hntr balik umah. Balik umah, sambung tido jer lah.

Dan, hujung minggu aku dipenuhi dgn tido dan migrain saja. Dugaan bulan pose. Mmg hancus pose aku tahun ni. Dekat sekerat bulan aku tak pose. Berat aaa nak ganti nanti.

p/s : Isnin baru lepas ni aku nekad gi berurut kaki yg Kak D syorkan. Selama ni aku takut, takut sakit. Kali aku nekad gi pasal dah tak tertanggung beban migrain ni. Hasilnya, alhamdulillah.
|

06 October 2006
Jam 9.30 mlm...

Aku baru pengsan 3 jam yang lepas...
migrain...
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)