Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


26 May 2006
Sotong Kering, Pangkor Part 2.

Sabtu,20 Mei 2006.
6.00 pg.
Adush..bila nak sampai ni? Dap dup dap dup ni pasal plak tak ilang?. Kak Ungku dah SMS. Zhoulsz pun dah SMS. Diorg dah sampai. Perancangan awal, aku yg sampai dulu. Laaa ni, diorg plak yg dah lepak2 mkn roti canai kat Lumut tu dah. Cepatlah abg driver bas...

8.00 pagi
Ish, ish. Sampai jugak akhirnya. Uish, terharu den ni haaa. Lagi terharu pasal Kak Ungku dgn bodyguardnya siap dtg jemput dr bustation ker kete 'Wajah Kak Ungku'.Bestnya bestnya. Pangkor, here i come!!!!!!!!!

8.30 pagi
Dah ada atas feri dah. Bestnya udara laut. Bestnya air laut. Bestnya laut...sumer pon best. Sempat posing2 ngan Kak Ungku dan Azib atas feri lagi.

Sampai2 jer kat jeti Pangkor tu, terus naik teksi kaler pink yg shomel tu. Ingatkan jauh ler Resort kak Rosram dr jeti. Rupanya tak sempat nak panas punggung dah sampai dah. Kak Rosram dah sedia menanti rupanya. Salam-salam, kiss, kiss pipi sikit (biasalah awek2 GJ mmg salam2 mcm tu kan)pastu kitorg sumer terus gi breakfast nasi lemak. Rerasa td kak Ungku kata diord dah mkn roti canai kat kedai mamak td. Tp apasal masing2 mcm belum mkn jer gayanya? Lepas mkn2, minumk2, borak2 sikit, terus masuk bilik dan layan mata plak. Habis sumer tumbang. Tinggal Azib sorang jer terkebil2 tengok Astro yg hanya ada 2 channel tu jer.

Tengahari.
Rombongan GJ yg lain tiba. Kitorg yg dah siap tido ni, setia menanti kat front door. Mcm penyambut tetamu. Cuma tak der skirt rambu-ramba dan kalung bunga orkid. Bestnya bestnya...ramainya org. meriahnya....

Makan, makan...minum, minum...

Urgh...ada sesi suai kenal lah plak. Nak kena buat public speaking ker? Pasal ler korang tanya macam2? Korang tak nampak ker aku dah ketaq2 kat depan tu? Dah tu yg peliknya, aku sampai rasa pipi aku plak yg gigil2. Susah betul aku nak cakap. Peliknya, pasal ler ngan GJ jer aku masih tak leh nak kawal ketaq tu? Kat tmpt lain, ngan komuniti lain ok jer...

(p/s: ciri2 lelaki idaman aku tu tipu jer. Mana plak aku nak cr lelaki yg ada 7 biji banglo tu? Sampai sudah ler aku membujang).

Petang.
Ada game bola tampar. Ada acara bebas. Ada acara makan2 buah jambu cicah kuah rojak Mak B yang World.Disponsor oleh kak Nis. Dalam ramai2 pemain bola tampar tu, yg paling best dan menonjol ialah.........Tukang Sorak : Cik Daun. Sokongan penuh dan cheer oleh Cik Daun telah membuatkan pemain2 GJ terkejut beruk hingga terlepas bola. Cayalah Cik Daun. Mmg memeriahkan suasana.

Dah kenyang mkn-mkn buah jambu, kitorg gi celup2 badan kat air laut plak. Lama dah tak mandi pantai. Best aaa airnya bersih, hijau. Cuma pantainya agak curam dan ombak agak kuat.Selalu ler kena bertugas jadi penyelamat Kak Elaira dan kawannya yg asyik terbawa dek ombak. Heheheh. Lenkali kita belajar berenang eekk. Ulang suara. Kita. pasal aku pon tak pandai berenang...Hahahahah.

Lepas celup2 dalam air masin, celup2 plak dalam air tawar. Sumer pakat ramai2 terjun kolam hotel orang. Pasal kolam renang hotel org lagi best..Heheheh. Rasa cam tak nak kuar. Seronok sangat berendam. Nasib baik hari nak malam. Naik oiii naik. Senja dah tu...

Malam lah plak.

Mandi wangi-wangi. Pakai lawa-lawa. Makeup cantik-cantik.
Makan kenyang-kenyang. Dapat makan anak sotong bakar (tu pon setelah berebut2 dgn ND), udang bakar..nyam-nyam-nyam.Juga ikan bakar yg fresh. Erkkkk..Alhamdulillah. Tapikan...sepanjang acara makan-makan tu, kak Ungku ilang plak. Kata balik bilik kejap. Mana plak dia gi? Nasib baik hero kecik dia yg shomel ni tak sibuk2 cari. Senang jerk aku nak layan.

Geju Idol...
Kemeriahan malam ditambahkan plak dgn acara Geju Idol. Karaoke laaaa. Masing2 mulalah nak tunjukkan bakat terendam tu. Agaknya pasal ptg td dah rendam habis...laaa ni kembang sumer dah bakat-bakat tu. Paling best, lagu Mimpi Syakila oleh Spyz. Uish...terkedu aku tengok dan dgr Spyz nyanyi. Yer ker Spyz ni?? Macam tak caya jer..Lepas satu lagu, satu lagu....satu lagu, satu lagu...

Tak sempat nak sampai tgh mlm, Cinderella ni kena balik dah. Takut plak baju yg lawa-lawa ni bertukar jd kain buruk. Kantoi plak karang. Huhuhuuh.. Ngantuk laaa. Ngantuk yg amat. Tambah-tambah plak didodoi dek suara2 bakal2 Geju Idol tu. Tambah2 ler aku lentok. Maka, dalam kesayupan lagu Ekspress Rakyat tu aku dah mula dibuai lena kat dalam selimut. Ntah bila Ina masuk, ntah bila Kak Ungku masuk dalam selimut sebelah aku pon tak sedar. Penangan ombak laut.

Ahad. 21 Mei 2006.

Apa lah Z ni call pepagi ni?? Kacau org nak tido..Ngantuk aaa...
"Hello"
'Helllllloooooo........'
"Tak bangun lagi"
'Awal lagi laaaaaaaa'
"Dah nak kul 7.30 lah"
'Erk! 7.30??'
'ok, ok. Nak mandi..Bye'

Bangun..bangunlaaa...
Sejuk aaaa air. Air cond pon sejuk gilos.

Dah siap-siap sumer, gi makan bekpes plak. Sambil2 tu riuh-riuh nak gi Island Hopping dan snorkeling. Yes, yes. Saya nak jugak..(nampak tak aku angkat tangan tinggi-tinggi ni?)

Maka berduyun-duyunlah anak GJ, mak GJ dan bapak GJ ni menuju ker tmpt nak naik bot tu. Sekali jalan, 2 bot penuh. Round-round pulau. Pusing-pusing island. Tengok-tengok batu, batu penyu, ikan paus, buah epal, buaya, orang baring dan mcm2 lah lagilah. Subhanallah. Kebesaran Allah. Kagumkan tengok batu2 tu boleh berbentuk sebegitu rupa. Paling best sekali batu ikan paus. Siap ada sebatang pokok kecik atas kepalanya. mmg mcm air pancut atas kepala ikan paus sebenar. Chomelllllllll.

Nampaknya tak sumer yg gemarkan snorkerling. Mmg tak best sgt pon pasal ombak agak kuat, air agak keruh. Nasib baik jer ikan tu ada belang2 kaler kuning. Kalau ikan tu full kaler kelabu...mmg tak nampak apa pun. Dah ler aku kena tanggal cermin mata. Sah-sah rabun lagi meraban. Tapi, main air mmg syiokkkkkkkkkk....Lenkali mmg nak snorkeling lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi....

Balik dr Island Hopping, acara berendam-rendam lagi dalam kolam renang orang. Macam tak nak naik dah...

Pusing-pusing pulau.
Lepas lunch (ikan goreng rangup tu mmg best sangat), 2 van sekali jalan round2 satu pulau. Kalau td round2 ikut jalan air, laaa ni ikut jalan darat plak. Singgah-singgah kat kilang makanan laut kering tu. Wooiisshhh, masing-masing shopping sampai tak cukup tangan nak bawak. Beg plastik tu lebih besar dan gemuk dr teddy badak aku yg gemukkkkkkkk tu. Ambik tu, ambik ni...murah-murah maaaa...Time tu jugak lah dok congak-congak org yg dah tunggu buah tangan dr kita bila balik sana. Mana nak bg mak, nak bg atuk, nak bagi kawan, nak bg budak opis, nak bg org yg tersayang...Sudahnya untuk diri sendiri yg tak der..hehe(aku lain, aku beli untuk diri sendiri dulu baru beli untuk org lain)

Lagi singgah kat Kubu Belanda. Panas yaaa amat. Terus jer aku masuk kat kedai cenderamata tu. Rupa-rupanya ada org yg buat video klip belanda kat dalam kubu nun. Sesambil tu, sempat pilih2 key chain untuk bebudak opis 2-3 org tu. Mana yg kamcing jer laaa. Pastu, uncle driver teksi pink tu bawak kitorg gi tokong cina plak. Apa kah motif sebenarnya tak tahu laaaa aku. Kat situ ada puppet show, ada tembok besar China mini, ada kura2 yg comel2 dan banyak-banyak, ada kolam dan ada ikan arapaima yg godang-godang dalam kolam tu.

Last singgah kat kedai2 cenderamat kat pekan Pangkor tu. Time ni, dah penat sgt, dah dah tepu dah dgn makanan-makanan laut. Maka, kitorg just duduk lepak tepi van jer. Dek kerana buhsan dan rasa nak mengunyah-ngunyah, aku beli kerepek nangka jer. Dah muak dgn sea food (sementara wamtu jer muaknya pon) Makan-makan kerepek nangka, minum-minum air lagi, borak-borak , posing-posing...

Ok, ok. Jom balik resort.
Kemas-kemas, check out dan posing2 amik gambar reramai.
Bertolak gi jeti, naik feri reramai...Eh eh, pasal plak sayu ati aku nak tinggalkan Pangkor ni? Korang rasa tak?

Sesampai kat Lumut, kumpul2, ucap2 selamat oleh bos projek, Abg Momo ( Sebenarnya aku tak tahu pon pasal pa diorg panggil abg Momo, aku ikut jer. Hahahahah )

Salam-salam. Peluk-peluk (khas untuk awek-awek sahaja tau. Posing-posing. Dan Ta ta. Huuuuuuuuuuu, sayunya hati aku ni.....

Tumpang Kak Salina sampai Ipoh. Ada sekali dlm keta ; kak Azah Hanyasayang dan Ajid. Sampai Ipoh, amik tiket bas terus ke JB. Nasib baik ada lagi tiket ni. Dapat jugak aku balik JB...8.30 mlm, naik bas dan Zzzzz....Eh, dah tido? Ha ah, Nak tido laaa. Biar sampai cepat..Huhuhuh...

p/s : sampai JB 4.00 pagi. Sampai umah 4.30 pagi.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)