Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


08 November 2004
Part II

Andai Masa Dapat Ku Undur, Tentu Keindahan Itu Yang Akan Ku Dakap..

Berbezanya kemeriahan sambutan hari raya sejak akhir-akhir ni agaknya sebab aku dah besar agaknya...Sebab aku dah menginjak dewasa..Dan banyak lagi sebab musababnya hinggakan kemeriahan zaman kanak-kanak dahulu hanya tinggal kenangan...

Walau lembaran hampir tiba, bahangnya tidak terasa sgt kerana aku masih di pejabat...Bezanya hanya kesibukan mengisi borang cuti,lampu lip-lap, kad raya dan ketupat yg digantung di pintu masuk opis. Selebihnya tetap mcm biasa tiada keriuhan nak balik kampung jumpa atuk dan nenek mcm time2 sekolah2 dulu..Dulu, riuh aku di dapur tolong mak buat kuih, tapi bila dah duk sesorg ni mana lah nak buatnya...Nak masak nasik berbuka pun takat 2-3 genggam jer ni kan pulak nak selerakkan dapur tu dgn tepung, telur dan marjerin. Kalau dulu, seronok nak beli baju raya sampai berpasang-pasang pasal main pilih jer..tak payah kuar duit sendiri pon..Tapi sekrg, nak baju mmglah pilih sendiri tapi yg beratnya kena bayar sendiri...Masa survey bukan main lagi tunjuk2 nak tu nak ni..Tapi bila time nak beli setelah dicongak-congak pitis dalam poket dan akaun, hanya sepasang jer baju yg dapat...Kalau dulu bukan main pusing-pusing satu halaman rumah main bunga api ramai-ramai, bila dah besar ni tak kan nak buat gitu...Dah tu main bunga api ni kalau tak lari-lari, kejar-kejar tak best..Kalau takat pegang bunga api pastu duduk atas tembok tu baik tak payah..Akhirnya jadi mandur dok perati sepupu sepapat dan anak2 saudara main bunga api jer laaa...Paling-paling pon jadi tukang bahagi bunga api tu...Dulu bukan main seronok lagi nak balik kg..Dalam van ayah tu siap nyanyi reramai lagu balik kg dgn adik2 aku yg ramai tu..Sekarang, mak ayah aku tinggal ber-4 jer balik kg. Yang lain balik sendiri.Dah tu, suasana nak balik kg tu pon dah hambar berbanding dulu.Apatah lagi sesejak aku dah pindah dekat2 kg nenek ni.Selalu dah balik kg.Aku kelakar juga bila ada kawan2 aku yg sejak2 bulan posa ni tak balik kg..."Nak rasa suasana excited nak balik raya" katanya. Kalau tak sebelum posa tiap minggu dia balik. ..hehehehe...Pasal duit raya ni lah yg paling lemah lutut dibuatnya..Kalau dulu dok kira baper banyak duit yg dapat tapi skrg kena kira duit sendiri nak kuarkan buat duit raya...Huhuhuu.....
Tapi, ntah kenapa yer.....Sambutan Hari Raya kita mmg tak semeriah dulu....

p/s: walau 'gigil' tangan nak kuarkan duit dr bank untuk buat duit raya, tapi bila lihat keseronokkan bebudak dpt duit raya dr aku tu, semacam satu kepuasan pula...Tu lah kebahagian yg kita tak rasa masa kecik2 dulu...Aku pernah berborak dgn kawan aku pasal duit raya ni...

Kawan aku: Banyak duit awak tukar?
Aku : Tak banyak, sikit jer..baget2 sorang singgit jer..
Kawan aku : Saya tak bagi langsung. Bebudak skrg cerdik,bg singgit pon tak nak..nak banyak2..Baik tak yah bg.
Aku : Silap kita pikir mcm tu. Yang seronoknya dapat duit raya tu.Berapa tu lain kira. Yang buat bestnya sampul raya tu...Puas apa, dpt buat org heppi..
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)