(Part 1)
Andai Masa Dapat Ku Undur, Tentu Keindahan Itu Yang Akan Ku Dakap..
Raya sejak akhir-akhir ni dah tak sama macam dulu...macam zaman kanak-kanak dan remaja dulu...Dulu, meriahnya benar-benar terasa. Gembiranya menyambut raya hingga sakan dengan bunga-bunga api dan baju raya.Sepasang tak cukup, dua OKlah....Tiga baru best...
Bermaustautin di satu-satu tempat mungkin menyebabkan rumah kami dulu dikunjungi ramai. Semangat nak buat kuih raya berkobar-kobar sejak minggu pertama puasa. Gotong-royong adik beradik mengcat rumah dan pintu pagar, seronoknya andai dapat diulang masa itu, bermain calit cat ke muka. Riangnya kami nak balik kampung beraya...tapi selalunya aku si sulong terpaksa naik bas kerana kenderaan yg tidak muat untuk keluarga besar kami.Tiba di kampung di sambut halaman rumah nenek yg terang dgn cahaya pelita, sanak saudara yang ramai dah berkumpul, sepupu-sepupu yang hanya bersua 2-3 tahun sekali dah tak sabar menunggu untuk bermain bunga api dan membakar mercun bersama. Kemudian, berkumpul di anjung rumah mendengar cerita-cerita dari pak cik-pak cik yang tak jemu buat kami ketawa.
Pagi raya dulu meriah, suara ibu-ibu mengejutkan anak-anak bangkit mandi dan bersiap untuk ke masjid. Mana nak melayan si kecil, mana nak melayan si ayah yang time tu plak nak bermanja minta tolong ikatkan sampin dan pasangkan butang baju melayu. Agaknya dek kerana hanya sarungkan baju nan sepasang tu setahun sekali sampai lupa cara-cara nak melengkapkannya. Dari si kecil hinggalah yang dewasa berbondong-bondong ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Takbir pagi raya masa tu terasa begitu syahdu hingga adakalanya wajah disorok di sebalik telekung, sembunyikan air mata dan sendu dr pandangan ibu.....Pulang dari masjid, mula berkumpul diruang tamu yg sengaja dibuat luas untuk tujuan seperti ini. Mulalah berbaris mengambil tempat untuk bersalam bermaafan...Bermula dari Mak Long, Mak Ngah,...............Cucu-cucu yang besar hinggalah cicit yang termuda...Penuh ruang besar itu, barisan jarang sekali 'rongak' mengikut turutannya....Si anak-anak mula berkumpul di satu sudut mengira duit raya...Mana yang sudah mengerti, sebak memandang ibu dan makcik pakcik menangis berpelukan bermaafan sesama mereka....Lawatan ke kubur pun 'meriah'. Boleh diakatakan tiada kubur yg sepi dari menerima kunjungan. Ayat-ayat suci mula bergema hadiah untuk yang telah tiada. Menikmati juadah pagi raya amat seronok...Ketupat, rendang yang dah tersedia untuk santapan sekeluarga bagaikan tak cukup...Seolah-olah membalas dendam sebulan berpuasa. Oh, Alangkah indahnya saat itu.....Kalaulah masa itu dapat ku undur, tentu keindahan itu yang akan ku dakap...
Bersambung.........