Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


02 March 2004
Hari Asyura....(10 Muharram, Selasa 2 Mac 2004)

Hari ni hari Asyura...mungkin ada kengkawan di luar sana yg terlupa..seperti aku semalam...
Alhamdulillah aku terbaca kiriman email dr seorg teman semalam...sekaligus mengingatkan
aku...Jadi tak salah kiranya aku pula ingatkan kengkawan yg lain serta diri aku sendiri...
Semoga kita sesama beroleh keberkatannya....

14 Perkara yg Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura.....

1. Melapangkan Masa/Belanja anak isteri
Fadhilatnya: Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini....
Aku: tak der sapa lah yg nak belanja aku gamaknya tahun ni...

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilatnya: Allah akan melapangkan dalam kubur nanti...
Aku: Tengah cari sasarannya ni....

3. Menahan marah
Fadhilatnya: Di akhirat nanti Allah memasukkannya ke dalam golongan yg redha
Aku: Ari ni berkurung jer jgn jumpa org...Jgn sesapa buat aku marah ari ni tau!!!!

4. Menunjukkan org sesat
Fadhilatnya: Allah akan memenuhkan cahaya ilmu dalam hatinya
Aku: lepas ni kok jumpa mat salleh yg tercangak-cangak baca peta tu rerajin ler tegur

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim
Fadhilatnya: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut
yang disapunya
Aku: Dr semalam aku dgn member aku mencari anak yatim yg bertuah ni...
p/s: aku nak tanam pokok balak tu tunggu 25 tahun baru besar..Allah dah bg
pokok macam ni punya senang pun susah nak dapat plak....

6. Bersedekah
Fadhilatnya: Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak
terbang tak henti-henti dari kecil hingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Aku: Bersedekah ler takat yg termampu...Errr...tak der sesapa ker yg nak bersedekah
kat aku ni?...

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilatnya: Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
Aku: Insyaallah.....

8. Mandi sunat
Fadhilatnya: Tidak sakit berat pada tahun itu. Lafaz niat:"Sahaja aku mandi sunat
hari Asyura kerana Allah Taala
Aku: Alamak...aku lupalah mandi sunat pg td...mandi petang boleh tak aaaaa?

9. Bercelak
Fadhilatnya: Tidak akan sakit mata pada tahun itu
Aku: dalam bebanyak teknik solekan..ni ler yg aku paling tak reti....

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1000x
Fadhilatnya: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti...
Aku: U can Do It Baby....

11. Sembahyang sunat 4 rakaat
Fadhilatnya: Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 4
rakaat kerana Allah Taal" Pada rakaat pertama dan kedua lepas Al-fatihah
dibaca Al-ikhlas sebelas kali..
Aku: Subuh tadi aku tak sempat nak solat sunat ni....Zohor karang boleh tak?

12. Membaca 'Hasbiyallahu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
Fadhilatnya: Tidak mati pada tahun itu
Aku: Insyaallah

13. Menjamu org berbuka puasa
Fadhilatnya: Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka...
Aku: aku jamu housemate aku...Housemate aku jamu aku..Alhamdulillah...
Rasanya aku rajin nak masak hari ni...sesapa nak singgah makan
jom lah..jgn memalu...

14. Puasa
Fadhilatnya: Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali Umrah dan seribu kali
syahid dan diharamkannya daripada neraka. Niat puasa:
" Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana
Allah Taala"
Aku: Alhamdulillah aku sedang puasa..Insyaallah terus berpuasa.....

Semoga Bermanfaat dan Dapat Dipanjangkan Kepada yg Lain...
Hari Asyura hanya sekali dalam setahun. Ambillah peluang keemasan yang
diberikan oleh Allah pada hari Asyura ni. Jika tak dapat melakukan semuanya,
beribadatlah semampu yg boleh. Biar sedikit dr tak der langsung. Nanti rugi
oooooooo.......
p/s: tahun pertama aku melakukan ibadat sunat Hari Asyura...Alhamdulillah..
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)