Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


22 June 2007
Pindah

Rasa nak pindah lah..
Dah jumpa dah rumah barunya..
Kalau korang nak cr aku..cari kat sini eekkk:-

http://mushroomcute.blogs.friendster.com/kuiingin_terbang_ke_awan/

Blog Baru::Sini
|

14 April 2007
Streamyx

Mushroom sekarang bukan Mushroom yg dulu lg.
Mushroom sekarang dah ada Streamyx kat umah.
Dah boleh online kat umah.
Dah boleh surf internet lama-lama.
Dah leh jalan2 ker blog orang sesuka ati.
Dah ngadap PC berjam-jam.
Dan terbiar lah umah Mushroom ni nanti.
Alahai lagi...

Semalam, balik dgn mirgain dr opis. Ni sumer dr KWSP lah ni. duk berjam2 tunggu giliran. Ah moi robot yg duk sebut no giliran tu tak henti2 bercakap. Tambah2 dengan orang yang ramai gilak. Sampai buat aku migrain.

Balik umah ingat nak rehat. Makan ubat dan cuba tido. Tak sampai setengah jam lena, HP bunyi. Sapalah kacau ni. Rupanya mamat kedai TM tu yg call. Orang nak pasang Streamyx setengah jam lagi katanya. 'Get ready eekk.' Setengah jam lagi?

Macam lipas kudung aku bangun dr katil. Tak ingat pun migrain tak ilang lg. Yer aaa..Ruang tamu bersepah harah. Dapur pun sama. Dah lah masuk2 jer pintu depan tu terus nampak dapur. Sapa ntah arkitek rumah ni dulu. Sumbat2 dalam dapur sumernya, tutup pintu rerapat. Tak lama, org pun bg salam depan rumah.

Tgh2 pok cik tu pasang Streamyx, azan Maghrib pun berkumandang. Tak sangka eekk vendor ni buat keje time2 macam tu. Tak sangka plak aku akan dapat Streamyx ni secepat ni. Best2...

Lepas tu, tak ingt pun migrain td, terus surf internet sampai tgh mlm. Bila kepala dah berdenyut balik baru aaa ingat nak mkn ubat lagi. Aduhhhhh...sakit!!!

Makan ubat, bg makan kat Bintang dan Orked...Tido...Tido...Tido...

Streamyx
Streamyx
Streamyx...

Eh, mimpi ker?
|

12 April 2007
Kecoh-kecoh...

Macam ner nak gi Jeti Merang?
Kul berapa nak gerak dr JB?
Lalu mana?
Baper lama perjalanan?
Macam ner tu, macam ner ni?
Susah tul aaa budak ni. Naik kapal terbang jer aaa senang!
Boleh ker?
Apa plak tak leh?
Oooo, boleh eekk? Heheheh (sambil sengih2 bersalah)

Boleh naik flight rupanya. Hahahahah. Ingatkan tak layak. Rupanya boleh dengan kebenaran khas ketua jabatan. First time nak naik kapal terbang ni...Yahoooo...

Nak pi mana tu?
Nak pi Pulau Redang. Ada meeting. Meeting GIS. Wakil Negeri. Best tu. Mmg impian aku nak gi pulau antara tercantik kat dunia tu. Insyaallah hajat aku bakal tercapai. Amin....

Pastu balik dr Pulau Redang, terus gi KL. Sampai Jumaat. Meeting Re-og plak. Adush.. Meeting lagi. Meeting sajalah keje aku ni....

(badan : aduh, penat, penat!!!)
|

08 April 2007
Meeting..

Semalam, hari jumaat. Ada mesyuarat penutup lawatan penilaian MC&I. Dijadualkan start jam 12.30. Kat PHDJU, Segamat. Sampai jam 10 lebih. Terus masuk bilik meeting.Eh, dah start meeting? Encik Bos Besar kata tu cuma perjumpaan atau meeting tak formal smentara tunggu penilai buat report. Hmmm, oklah.
Rehat dan diorg gi solat Jumaat.
Balik tu start lmbt jugak, 3.00 ptg baru start meetingnya.
Korang tahu habis meeting tu kul brp?
5 ptg? bukan
6 ptg? pun bukan.
dekat kul 9 malam baru habis meeting tu korang tahu?!
lepas kemas2 segala...kul 10 lebih baru gerak dr PHDJU.
kul 12 lebih baru sampai umah..yer aaaa, Segamat - JB dua jam jugak ooooo.
Letihsssssss giler....
|

05 April 2007
Jalan yang terbuka luas.

Selama ini tertutup hati. Selama ini hanya buat-buat tuli.
Tapi ntah kenapa, kali ini ia berjaya mengetuk pintu hati. Membuat tidurku tak lena lagi. Lena ku pula terbuai-buai mimpi. Angan-angan menjadi-jadi. Semangat berkobar-kobar berapi. Keyakinan berdiri kembali. Senyum sering meniti. Adakah ku mula jatuh hati?

Ya, dan akan ku pastikan ia tidak terlepas kali ini. Tak kan ku biarkan ia berlalu pergi. Dan akan ku kejar dan dakapnya sepenuh hati. Kau orang sumer menjadi saksi. Ni MushroomCute punya janji.

Insyaallah, ianya hampir pasti.
|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)