Kita Kawan Kan!?
Kalau Nak Berjaya Dan Gembira, Hidup Ni Jangan Berharap Kat Orang, Sebab Dari Awal Hingga Akhir Jalan, Kita Yang Pilih Tuhan Yang Tentukan So, Watpe Tumpang Kete Orang?!... #My F'rite SmS From SFiq#

AKU?
Maria / mushroomcute / akid :: 8 February 1981 :: Batu Pahat, Johor :: Single n available :-) :: Johor Bahru
HOBI?
:: Membaca dan melepak di kedai buku :: PS1 :: Jalan-jalan



Besday Alarm::Klik sini
Email::mushroomcute[at]yahoo.com.my
YM::mushroomcute02
Album::Album 1
::
Album 2
Gesbuk::Sign


TINGGAL PESAN?
 

DALAM KENANGAN

GengJurnal

Blogger

Buku Sedang Dibaca :-
Jangan Bersedih, Jadilah Seorang Perempuan Yang Bahagia
Buku Baru Sudah Dibaca :-


30 March 2007
Teman Baru.

Mushroom kini bukan lagi Mushroom yang dulu lagi.
Mushroom kini sudah baru.
Mushroom kini sudah ada teman baru.
Mushroom kini sudah ada teman-teman baru.
Mushroom kini sudah membela 2 ekor ikan. Ikan emas.
Mushroom kini tidak sorang-sorang lagi di rumah.
Mushroom kini sudah bercakap-cakap dengan ikan.
Alahai.
|

15 March 2007


virtual pinboard

My new virtual pinboard. Sudilah2 upload photo eekk. Meriah sikit blog aku.
|
Thats Why.

Aku harap kau faham.
Bukan semua yang kita suka
Bukan semua yang kita harapkan
Kita boleh dapat
Kau marah pada siapa?
Keadaan?
Orang yang tidak menerima?
Surata?
Tidakkah kau percaya pada takdir?
Pada qada' dan qadar?
Fahamlah.

Semoga kau beroleh ketenangan.
|
Offline Entry Dolu-dolu (26 Februari 2007)

Bunga Api

Jika kau kata bunga api adalah meriah maka, aku boleh gelarkan JB adalah Bandar paling meriah. Dan jika kau lambangkan bunga api sebagai simbol romantik maka, aku dengan sukacitanya menganugerahkan JB sebagai Bandar paling romantik.

Kau tahu kenapa?

Samada aku yg buta kalendar atau mmg diorg ni suka main bunga api tak kira masa.

Kerap. Terlalu kerap bunga-bunga api berkembang di udara JB. Kau tak perlu tunggu 31 Ogos atau mengira detik saat malam tahun baru. Sebulan sekali, atau seminggu sekali atau lebih bertuah setiap hari kau dapat menikmati keindahan warna-warni percikan bunga terlarang itu. Hampir setiap malam kau boleh dengar bunyi letupan-letupan mekarnya ia sehingga kau mungkin tak dapat nak bezakan samada ia bunyi tembakan pistol sebuah pembunuhan atau bukan.

Malam Isnin. Aku bilang malam Isnin bukan Isnin malam. Tanggal 25 Februari 2007 bersamaan 7 Safar 1428 (mempraktikkan arahan baru Bos untuk praktikkan penggunaan tarikh hijrah) aku boleh kata JB Bandar paling meriah, paling romantik malam tu. Kau boleh lihat beberapa, eh bukan, belasan, juga bukan. Tepatnya puluhan bunga api gergasi mekar di ruang angkasa JB. Dari depan mata sehinggalah saujana mata memandang kau boleh lihat ia. Adakalanya, dalam satu-satu masa 4-5 bunga api serentak diletupkan. Wah, kat KL pon kau tak dapat lihat macam ni.

Untungnya rumah aku di tingkat 9. Sehingga ke seberang Tambak Johor pandangan mata aku tertangkap. Aku kira bunga-bunga api tu pun turut kembang dr tanah pulau sana. Dan pada ketinggian ini juga aku berada separas dengan bunga-bunga api tu td.

JB, Bandar Paling Romantik dan Meriah.

p/s: diorg ada permit ke aaaa?
|

14 March 2007
April Fool?!

1 April 2007 (13 Rabiul Awal 1428)
2 Bulan
Beribu Batu
Rindu?
|

Yang Telah Pergi......Dirindui


with Marena...

Tengah godek-godek album lama, terjumpa gambar ni. Gambar aku dan Marena. Allahyarhamah Puan Marena Ismail. Arwah telah pergi beberapa bulan yang lepas. Akibat dr proses pemindahan buah pinggang di China. Badannya tak dapat menerima buah pinggangnya yang kedua. Pemindahan pertama berjaya. Pemindahan kedua menyebabkan arwah koma dan terus pergi. Sejak pindah JB jarang sekali aku dapat jumpa arwah masa hayatnya yang bertugas di KL. Kami masuk kerja sesama. Arwah seorang yang kuat, tabah, periang. Walau diri diuji dengan pelbagai penyakit kronik, kedua pinggang yang rosak teruk, dia tetap periang dan sentiasa tersenyum, sepertimana di dalam gambar tu. Hmmmm, dia telah pergi, dalam usia yang muda. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang diredhai-Nya. Al-Fatihah buat arwah. Amin.......

Marena, aku rindu sama kamu.

|

Copyright (c) 2005 Mimosapudica. All right reserved. Design by zhoulsz (tm)